Wednesday, August 29, 2012

.hadiah hari raya.

sempena hari raya yang bakal tiba *eh sudah tiba dah pun kan? haha. sebenarnya aku nak cakap, bila hari raya semua pun kita rasa nak tukar kan? kira macam wishlist hari raya lah. aku pun ada juga wishlist sempena raya ni. dan yang tak masuk dalam wishlist lagi banyak dari yang sudah disenaraikan dalam wishlist.  makanya, yang tak berapa nak penting tu terus dipangkah atau ditunda untuk menyempurnakan wishlist yang tak termasuk dalam senarai wishlist itu. eh berapa banyak wishlist da? 


tu dia. jam murah ja. konon pinjam duit incik somi, last-last dia kata 
"takpe, abang belanja la"
maka, boleh buat lagi kan? hewhew.

*aku ni beli jam baru lagi. jam bersepah-sepah takdok bateri tak pi tukaq bateri lagi. haih la :/


this is best bro. tenkiu babaaaaaaa! *hugs*

semua aku pilih sendiri. mula-mula aku nak bawah je sebab nak low cost. at least ada yang semenggah sikit dari previous singki tu. tapi incik somi kata alang-alang buat sekali siap semua supaya aku tak payah nak suruh dia drill itu ini kemudian bukak balik. haha. dapur gas pun pakai yang lama sebab imaginasi asben aku kata kalau rosak yang built in tu 5 atau 6 tahun akan datang size dia tak sama macam mana? boleh? layan je la. lagipun beli dapur gas ni mahal, bukan yang jenis murah punya. mahal bagi aku la. bagi hangpa suma cheq taktau. paling best tong gas aku hadiah dari pak mertua sejak aku pindah tak pernah tukaq yang baru lagi. hebat tak? hebat la sangat *tangan di bahu mata ke atas*


selepas dekorasi. tapi dah rombak balik. nak p ikea beli rak pinggan proper sikit pun tak pi pi lagi.


okey, ini side berdepan dengan tempat memasak. dulu rak atas tu letak hujung sebelah singki. now sebab dah ada kabinet sampai hujung, pindahkan ke sini pula. belum pun siap kemas sepenuhnya sebab tempat penyangkut tu pun belum buka dan drill ke sebelah sinun. konsep pun belum fikir. ceh, ada konsep ke nyah? durhh. heh. lagi pula, aku baru balik rumah semalam dan bermalam di situ. sangat jauh kampung ai kan? :p
*beli rak murah ni kat IKEA je pung. konon nak dapur berkonsepkan IKEA yang simple but nice gitu. tapi harapan hanya tinggal kenangan :S


 ini wishlist incik somi. chest freezer untuk isi EBM. mula-mula nak beli yang freezer comel tu. tapi tetiba dia nak beli yang ini. and at first nak cari yang 2nd hand je, tapi tak jumpa. so beli je lah yang baru. sebab incik somi tak sesabor nak beli. sibuk nak hangkut EBM yang tumpang kat rumah mak dia. peti ais mak dia ada dua. tu yang boleh simpan sana sikit. kalau peti ais mak aku penuh bermacam-macam benda isi dalamnya. pehtu sibuk suh aku bawak balik susu simpan kat rumah. maka nak tak nak beli la juga.


walaupun isi dalamnya tak la banyak sangat pun. boleh la buat stok sesikit untuk Aaris. aku pun selalu je culas nak pump. hihi. ingat dulu masa awal-awal pantang susu banyak dan incik somi excited nak pump dan dia yang tolong pump. haha. masa tu baru la perasan storage cup Avent tu takde lids. so dia pun pergilah Mothercare Alamanda cari lids tapi Mothercare tak jual lids sahaja. cuma ada jual cup yang takde lids. boleh? tah pape tah. but nasib baik dekat Parkson ada jual. sekarang aku dah pandai budget dan aku banyak sangat baca pasal EBM, tanya orang paling banyak (malu bertanya sesat jalan) macam mana nak banyakkan susu and so on. sebab aku memang nak anak aku minum susu aku sampai 2 tahun at least. tapi sekarang aku yakin yang kalau kita positif dan yakin insyaAllah susu kita akan cukup untuk anak kita :) *supplement cuma membantu, ingat tu.

go breastfeeding and enjoy it!

.lagi-lagi pasal anak.

semalam Aaris Zaquan ada check up untuk 4 bulan. tapi belum masuk 4 bulan pun. Klinik Kesihatan set date awal sikit untuk buat check up. datang dalam pukul 8.00am gitu sebab aku kerja kan. pukul 8.45am baru panggil untuk ukur lilit kepala, timbang berat badan dan panjang. yang aku sempat ingat berat badan dia dah 6.8kg. naik 0.6kg from previous weight. bulan lepas pun tak naik banyak. naik 0.5kg je. memang kan orang kata? sebab dia dah mula lasak. ye memang sedikit lincah dan lasak. makdeq, acu semua pun lenguh bila pegang. dan semua yang angkat anak aku kata 'terasa' pegang budak kecit conet ni. hehe. so far membesar dengan sihat. masih fully breastfeeding, Alhamdulillah. Aaris Zaquan dah pandai dah tengok makanan, bila tengok makanan mulut mengunyah. sabar dik non, lagi dua bulan mama masakkan Aaris bubur k? :) 


tengok-tengok, muka memang suka berkerut tangan macam nak capai tapi belum berapa pandai lagi capai. macam faham ui sedapkan bihun dengan nasi goreng baba ni. haha. *geram*


si kenit mama ni dah pandai meniarap. tapi malas ya hamat. kalau tengah nak pakai pampers tu, masa tu la dia nak meniarap. grr, geram ai. dah mula angkat-angkat bontot nak maju. hehe. 


muka shin chan. rambut Aaris tumbuh tak rata. tak tau pasai pa. ke normal cenggini?


 bila tengok balik gambar ni macam kena dera anak mama ni. dah macam kena cekik, tapi aku tolak pakai ibu jari je pala dia ni. asik keje nak menunduk. macam mencari benda yang hilang kat bawah. kadang-kadang kalau biar, macam nak ruku' dah. 90 darjah membongkoknya ha. hai la anak.


 muka notty boy. takmau tidur. hidung kembang-kembang bila bercakap. hewhew. dahi berkerut sokmo budak ni. *ikut mak dia*

chinta hati mama forever :*

Friday, August 24, 2012

.anak mama.

pejam celik pejam celik anak mama, Aaris Zaquan hampir mencecah 4 bulan usianya. minggu depan check up untuk 4 bulan. last check up 6.2kg. mana tak terkehel tangan mama pegang/dukung anak mama ni kan. sejak bila sakit pun tak pasti, yang pasti sakit-sakit pun gagah dukung/pegang anak. itulah pengorbanan seorang emak/ibu/mama/ummi/mummy kan? dah jadi ibu baru tahu semua itu dan lebih menghargai emak saya. ilepbiu mak :')


ini betul-betul sehari sebelum air ketuban aku pecah. masa ni pun aku dah perasan lendiran lebih banyak daripada sebelum-sebelum ini. tapi ku diamkan saja sebab tak rasa sakit. sumpah rindu time ini. masa mengandung adalah paling best :')

tapi next baby tetiba kena alahan then kau nak cakap tak best pula ke? haha. mintak dijauhkan. hewhew.


ini rupa Aaris Zaquan selepas dilahirkan. masa ni dah naik ward. mak aku message suruh upload and tag dia sebab kawan-kawan nak tengok cucu mak tok ni.  *masa ni kurus ja anak mama ni. 2.8kg's only.


ini masa hari ke-6. masa ni mak tok dah kerja dah. Aaris tukar baju je ni. tak mandi pun. sebab Aaris kecik-kecik takut mandi. meraung-raung macam kena dera. takut haku nak mandikan dia. haha. masa ni tengok kaki dia, alahai kurus kemain. halus. bontot pun takde isi mak aku kata. kulit pun sedikit gelap.


ini masa lepas tali pusat dia tercabut. but lost of count hari ke berapa. haha. capture sebab rasa eh comelnya dia buat tangan macam tu bila tidur. teruja gila. terus sent pada makdeq dia yang jauh di mata ketika itu. hewhew.


bila tengok tarikh, 28th May. maknanya hari ke-26. belum cukup sebulan leher dah berlapis. hehe.


selepas sebulan tengah duduk pun boleh lelap? -.-"


selepas 3 bulan. suruh pandang camera buat muka. but Aaris suka kerut dahi and semua pun cakap Aaris ikut aku sebab suka kerut dahi. eh anak haku kan? :p 

Aaris memang muka bengis macam mama dia, but peramah bukan main macam baba dia :)


 tangan dia pantas melibas, menampar dan bermacam-macam lagi. kaki lagi la kuat yang amat. menedang-nendang sejak dalam perut lagi. 


Aaris Zaquan di Hari Raya pertama. salah satu hobi dia, buat tangan macam tu dan kemudian masuk mulut. atau dalam erti kata yang lain adalah suka hisap jari, like shedap gila jari ni. malah bukan jari, bantal, baju, tudung atau apa saja yang berdekatan pasti menjadi habuan air liurnya. heh.


 Aaris with tok abah. tengok, tegak berdiri. kalau mak tok timang dia, kaki melompat-lompat mengikut irama ewah. kita yang penat. bijak, bijak.


raya kedua. Aaris lambat sikit mengiring dan meniarap. baru-baru ni baru rajin sikit meniarap, sebelum ni dia malas nak angkat kepala. bila dah meniarap ni kena extra care. tak nak pula ada kejadian anak jatuh katil. 


the latest one. Aaris mamai lagi masa ni. tengah tidur dalam buai tetiba menangis macam terkejut. dia kalau terjaga tidur menelentang memang selalu terkejut. sebab tu kecik-kecik dulu dia takut tidur buai. seminggu dua ni baru berjinak-jinak tidur buai. malam je tidur kat dada. and nak biasakan sebab tak lama lagi Aaris dah hantar kat babysitter. lepas susu pun still muka macam ni. kena cakap-cakap baru dia jadi senyum dan active. tengah loading nak panas la katakan. hehe. 

minggu depan entah berapa berat Aaris? sayang anak mama. moga membesar dengan sihat dan kuat!

Thursday, August 23, 2012

.Selamat Hari Raya.

diam tak diam, hari ini sudah lima hari kita menyambut kedatangan bulan syawal. masa berlalu sungguh pantas bukan? aku hari ini sudah mula bekerja. bekerja sewaktu orang lain masih bercuti amat menyeksakan. dalam pada itu, seronok pun ada. sebab? masih sempat berbelog ketika hari bekerja. haha.

gambar raya will upload soon. seronok beraya bersama si kecik kenot itu. melihat ia berbaju melayu serta berkopiah amat menggelikan hati. meragam bila tak sabar-sabar nak susu bila dibaringkan di peha sementara mak kau bersusah payah menyelak baju. tu lah, pakai lagi baju kurung modern kan? nak santek punya pasal. santek ke? eh? :p *terkenang pesanan suami ketika aku komplen stretch mark merata di peha, "takpe lah siapa je nak tengok. abang je yang tengok. asalkan jangan selekeh sudah" tapi tadi aku rasa stretch mark semakin pudar sedikit demi sedikit. mungkin lama-lama jadi bukit? amin!

raya kedua disambut dengan menjenguk anak kawan yang lahir pada 1 ramadhan yang lalu. mendengar dan berkongsi pengalaman amat menyenangkan. happy bila orang sekeliling kita happy bukan? semalam, rakan sekerja aku selamat melahirkan anaknya yang kedua. baby girl. oh sumpah jeles. aku teringin sangat nak anak perempuan. eh? sabar zeera. haha. seorang lagi rakan pejabat sebelah selamat melahirkan anak lelaki. and surprisingly, kedua-dua rakanku ini due datenya sama dan mereka melahirkan anak pada hari yang sama *mungkin tetapi berlainan hospital. hehe. tumpang gembira mendengar kedua-duanya selamat melahirkan. terkenang ketika di bulan syawal yang lalu aku dikejutkan dengan berita gembira bila disahkan mengandung anak yang pertama :') *pengalaman mengandung dan melahirkan adalah pengalaman yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. teringat ayah berkata pada sang suami, "untung imran dapat tengok macam mana Aaris lahir, ayah dulu tak merasa" oh sedih *lapairmata,sobs*

dan buat mereka yang ditimpa kesedihan di Aidilfitri ini, tabahlah menghadapi dugaanNya. Allah sebenarnya menyayangi umatnya dan Allah tidak akan memberi ujian jika umatnya tidak mampu menghadapi ujian itu. semoga akan ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam di seluruh dunia. *eh macam satu dunia baca belog kau? kau ingat kau fofular ke? haha :p
Maaf Zahir dan Batin :')

Tuesday, August 14, 2012

.personal assistant.

saya suka jadi PA. haha. mula-mula kerja dulu macam blur, macam mana tah jadi PA? and kakak depan ni la banyak bagi tunjuk ajar ke aku. macam mana nak served bos, macam mana nak failing, set temujanji and so on. so far i'm still learning. dan itu la juga gunanya kursus kan? paling penting is communication dengan bos. awal-awal dulu aku dapat bos perempuan. dia okay, aku je tak okay. sebab? aku ni peramah bila orang ramah dengan aku. tapi kadang-kadang macam kekok. ye la, benda baru, kita pun macam blur-blur lagi kan. so communication not going very well. tapi bos lama baik sangat. every time dia travel, bila balik bawak ole-ole. choc, telekung and hape tah lagi. then bila raya paling best, dapat duit raya kau. amount pun best je tengok :D

2nd bos aku perempuan juga. kekwat sedikit. dan kerja banyak gila. nyampah. duit raya tak dapat :( *belanja minum pagi ada la sikit. hehe. the worst is tak nak mengaku salah sendiri and burukkan nama aku pada my new bos. terbaik right? kesian aku ni sebagai orang bawahan. dah la gaji ciput, diburukkan nama pula. so sad T_T paling best, masa ni la aku lebih rapat dengan officemates sebab duduk di Pejabat Am. masa ni pun level bos aku bawah dari bos yang lama. dan masa ni bos 1st aku dinaikkan pangkat jadi Pengarah di tempat lain. sebab takde bos, aku ditarik ke Pejabat Am untuk jadi PA Ketua Penolong Pendaftar.

3rd bos. lelaki. dari swasta ke gomen. masa ni aku ditarik semula untuk jadi PA Timbalan Pengarah. mula-mula orang duk takutkan aku sebab cara kerja swasta dan gomen kan berbeza, maka mereka takut aku nanti teruk gila kerja dengan bos baru. but sebenarnya okay je. best gilak. rileks, sporting and simple je bos ni. aku jaga Timbalan Pengarah, dulu position ni di isi oleh orang Akademik. so elaun Pembantu Khas untuk gelaran Prof sedikit tinggi. tapi bos ni suka belanja makan. baru-baru ni bagi kuih raya. ala somel-somel :)

but still aku masih dapat elaun itu. siap back dated kot dapat dulu. now boleh claim bill telefon pula. rm50 sebulan. siapa nak beri kan? bill aku pun paling mahal rm60. tenet je rm48, so save bill tenet UKM tolong bayarkan. seronok kan jadi PA? tapi tak seronok sebab gaji basic SPM je. aku isi juga form bila ada kerja kosong kat UKM. and pernah juga panggil interview but takde rezeki lagi. sabar je, yang penting pandai manage duit la kau ye zeera? jangan nak menyoping sampai tak cukup mall nak membeli belah. teehee.
 
Blog Template by Delicious Design Studio