sempena hari raya yang bakal tiba *eh sudah tiba dah pun kan? haha. sebenarnya aku nak cakap, bila hari raya semua pun kita rasa nak tukar kan? kira macam wishlist hari raya lah. aku pun ada juga wishlist sempena raya ni. dan yang tak masuk dalam wishlist lagi banyak dari yang sudah disenaraikan dalam wishlist. makanya, yang tak berapa nak penting tu terus dipangkah atau ditunda untuk menyempurnakan wishlist yang tak termasuk dalam senarai wishlist itu. eh berapa banyak wishlist da?
tu dia. jam murah ja. konon pinjam duit incik somi, last-last dia kata
"takpe, abang belanja la"
maka, boleh buat lagi kan? hewhew.
*aku ni beli jam baru lagi. jam bersepah-sepah takdok bateri tak pi tukaq bateri lagi. haih la :/
this is best bro. tenkiu babaaaaaaa! *hugs*
semua aku pilih sendiri. mula-mula aku nak bawah je sebab nak low cost. at least ada yang semenggah sikit dari previous singki tu. tapi incik somi kata alang-alang buat sekali siap semua supaya aku tak payah nak suruh dia drill itu ini kemudian bukak balik. haha. dapur gas pun pakai yang lama sebab imaginasi asben aku kata kalau rosak yang built in tu 5 atau 6 tahun akan datang size dia tak sama macam mana? boleh? layan je la. lagipun beli dapur gas ni mahal, bukan yang jenis murah punya. mahal bagi aku la. bagi hangpa suma cheq taktau. paling best tong gas aku hadiah dari pak mertua sejak aku pindah tak pernah tukaq yang baru lagi. hebat tak? hebat la sangat *tangan di bahu mata ke atas*
selepas dekorasi. tapi dah rombak balik. nak p ikea beli rak pinggan proper sikit pun tak pi pi lagi.
okey, ini side berdepan dengan tempat memasak. dulu rak atas tu letak hujung sebelah singki. now sebab dah ada kabinet sampai hujung, pindahkan ke sini pula. belum pun siap kemas sepenuhnya sebab tempat penyangkut tu pun belum buka dan drill ke sebelah sinun. konsep pun belum fikir. ceh, ada konsep ke nyah? durhh. heh. lagi pula, aku baru balik rumah semalam dan bermalam di situ. sangat jauh kampung ai kan? :p
*beli rak murah ni kat IKEA je pung. konon nak dapur berkonsepkan IKEA yang simple but nice gitu. tapi harapan hanya tinggal kenangan :S
ini wishlist incik somi. chest freezer untuk isi EBM. mula-mula nak beli yang freezer comel tu. tapi tetiba dia nak beli yang ini. and at first nak cari yang 2nd hand je, tapi tak jumpa. so beli je lah yang baru. sebab incik somi tak sesabor nak beli. sibuk nak hangkut EBM yang tumpang kat rumah mak dia. peti ais mak dia ada dua. tu yang boleh simpan sana sikit. kalau peti ais mak aku penuh bermacam-macam benda isi dalamnya. pehtu sibuk suh aku bawak balik susu simpan kat rumah. maka nak tak nak beli la juga.
walaupun isi dalamnya tak la banyak sangat pun. boleh la buat stok sesikit untuk Aaris. aku pun selalu je culas nak pump. hihi. ingat dulu masa awal-awal pantang susu banyak dan incik somi excited nak pump dan dia yang tolong pump. haha. masa tu baru la perasan storage cup Avent tu takde lids. so dia pun pergilah Mothercare Alamanda cari lids tapi Mothercare tak jual lids sahaja. cuma ada jual cup yang takde lids. boleh? tah pape tah. but nasib baik dekat Parkson ada jual. sekarang aku dah pandai budget dan aku banyak sangat baca pasal EBM, tanya orang paling banyak (malu bertanya sesat jalan) macam mana nak banyakkan susu and so on. sebab aku memang nak anak aku minum susu aku sampai 2 tahun at least. tapi sekarang aku yakin yang kalau kita positif dan yakin insyaAllah susu kita akan cukup untuk anak kita :) *supplement cuma membantu, ingat tu.
go breastfeeding and enjoy it!
2 comments:
tak pernah tukar tong gas lagi? haha rajin u masak kan? i baru setahun duduk rumah sendiri dah 2x tukar tong gas. hehe eh im! i nak dapur camtu gak boleh? :-D
cantek sangat dapo xra kaler putih ....tulus mulus je
wahhh murah rezeki aaris dapat minum susu mama dia ....rajin2 pam tau ....
Post a Comment