Friday, August 24, 2012

.anak mama.

pejam celik pejam celik anak mama, Aaris Zaquan hampir mencecah 4 bulan usianya. minggu depan check up untuk 4 bulan. last check up 6.2kg. mana tak terkehel tangan mama pegang/dukung anak mama ni kan. sejak bila sakit pun tak pasti, yang pasti sakit-sakit pun gagah dukung/pegang anak. itulah pengorbanan seorang emak/ibu/mama/ummi/mummy kan? dah jadi ibu baru tahu semua itu dan lebih menghargai emak saya. ilepbiu mak :')


ini betul-betul sehari sebelum air ketuban aku pecah. masa ni pun aku dah perasan lendiran lebih banyak daripada sebelum-sebelum ini. tapi ku diamkan saja sebab tak rasa sakit. sumpah rindu time ini. masa mengandung adalah paling best :')

tapi next baby tetiba kena alahan then kau nak cakap tak best pula ke? haha. mintak dijauhkan. hewhew.


ini rupa Aaris Zaquan selepas dilahirkan. masa ni dah naik ward. mak aku message suruh upload and tag dia sebab kawan-kawan nak tengok cucu mak tok ni.  *masa ni kurus ja anak mama ni. 2.8kg's only.


ini masa hari ke-6. masa ni mak tok dah kerja dah. Aaris tukar baju je ni. tak mandi pun. sebab Aaris kecik-kecik takut mandi. meraung-raung macam kena dera. takut haku nak mandikan dia. haha. masa ni tengok kaki dia, alahai kurus kemain. halus. bontot pun takde isi mak aku kata. kulit pun sedikit gelap.


ini masa lepas tali pusat dia tercabut. but lost of count hari ke berapa. haha. capture sebab rasa eh comelnya dia buat tangan macam tu bila tidur. teruja gila. terus sent pada makdeq dia yang jauh di mata ketika itu. hewhew.


bila tengok tarikh, 28th May. maknanya hari ke-26. belum cukup sebulan leher dah berlapis. hehe.


selepas sebulan tengah duduk pun boleh lelap? -.-"


selepas 3 bulan. suruh pandang camera buat muka. but Aaris suka kerut dahi and semua pun cakap Aaris ikut aku sebab suka kerut dahi. eh anak haku kan? :p 

Aaris memang muka bengis macam mama dia, but peramah bukan main macam baba dia :)


 tangan dia pantas melibas, menampar dan bermacam-macam lagi. kaki lagi la kuat yang amat. menedang-nendang sejak dalam perut lagi. 


Aaris Zaquan di Hari Raya pertama. salah satu hobi dia, buat tangan macam tu dan kemudian masuk mulut. atau dalam erti kata yang lain adalah suka hisap jari, like shedap gila jari ni. malah bukan jari, bantal, baju, tudung atau apa saja yang berdekatan pasti menjadi habuan air liurnya. heh.


 Aaris with tok abah. tengok, tegak berdiri. kalau mak tok timang dia, kaki melompat-lompat mengikut irama ewah. kita yang penat. bijak, bijak.


raya kedua. Aaris lambat sikit mengiring dan meniarap. baru-baru ni baru rajin sikit meniarap, sebelum ni dia malas nak angkat kepala. bila dah meniarap ni kena extra care. tak nak pula ada kejadian anak jatuh katil. 


the latest one. Aaris mamai lagi masa ni. tengah tidur dalam buai tetiba menangis macam terkejut. dia kalau terjaga tidur menelentang memang selalu terkejut. sebab tu kecik-kecik dulu dia takut tidur buai. seminggu dua ni baru berjinak-jinak tidur buai. malam je tidur kat dada. and nak biasakan sebab tak lama lagi Aaris dah hantar kat babysitter. lepas susu pun still muka macam ni. kena cakap-cakap baru dia jadi senyum dan active. tengah loading nak panas la katakan. hehe. 

minggu depan entah berapa berat Aaris? sayang anak mama. moga membesar dengan sihat dan kuat!

1 comments:

MyraQhairel said...

nanti da besar mesti ensem...mata sepet..suke tgkk..hehe..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio