Wednesday, August 14, 2013

.manusia memang tak sempurna.

kita selalu cakap yang kita tak sempurna, betul betul?

memang memang Allah jadikan kita tak sempurna.

kalau dah setiap kali pun nak cakap "aku tak sempurna then face it or brake it" apekebende. Allah jadikan manusia tu setiap satunya unik. kalau semua sama apekehal pulak kan.
eh eh ni hari raya, so bahasa kena molek sikit kan. sorry, ter'emo'.

kesimpulan yang boleh saya simpulkan disini ialah,

kadang-kadang kita tak tahu kita telah menyakiti hati orang lain.
mungkin melalui sikap kita atau mungkin melalui tutur kata kita,
cara mengatasinya mungkin dengan minta maaf.
tapi kadang-kadang ianya bukan sekadar maaf yang perlu dilafaz.
tapi hati tidak berkata begitu. ataupun, ianya bukan lahir dari hati dan hati ini tak dapat merasainya.

kadang-kadang jika ianya acapkali berlaku, kita pun dah bosan atau dah lali.
hambar. tiada rasa. maka inilah yang terjadi.
hanya yang manis akan tersimpan dihati. yang lain ingin ku buang jauh-jauh tapi...
biarkan ia tergantung disitu kerna aku tiada jawapan yang pasti.

sekian.

Tuesday, August 6, 2013

.misi selesai.

Alhamdulillah misi menyoping akhirnya selesaiii. Sabtu haritu bawak adik-adik (girls only) pergi shopping. sorang nak cari kasut, sorang nak cari handbag. tah berapa banyak handbag nak pun aku tak tahu lah. heh. pergi bertiga (cik bella, wawa) dan Aaris. nasib baik Aaris behave duduk dekat car seat. acu pun ada dekat belakang so boleh layan sikit-sikit sampai dia tidur. aku concentrate on driving sambil cik bella jadi tukang ingat jalan. Alhamdullilah berjaya sampai. proud of myself. siap pasang stroller sendiri. sebelum ni pernah try pasang masa beli tapi dah lupa sebab lepas tu memang tak la nak pasang. sebelum pergi test depan incik suami sekali dan berjaya pasang/bukak sendiri di Paradigm Mall. hewhew.

bukan apa, sebelum ni ayah manjakan aku (sebelum kawen). bukan aku je, adik-adik pun sekali; bak kata ayah "selagi ayah hidup ayah boleh hantarkan" sebab tak bagi aku drive alone. risau teramat keselamatan anak-anak dia. hehe. tapiiiii cik bella terlebih berani sebab dia pengingat jalan bukan macam aku. haha. lepas cik bella kerja mardi aku dah berani sikit bawak kereta. duluuu paling jauh aku pergi Alamanda. sedih kan? tu pun jalan dalam. hihi. luckily jalan okay-okay je tak jammed menggila hari Sabtu haritu.

shopping adik lelaki punya baju bla-bla di Brands Outlet sahaja. oi rasa nak terkeluar biji mata tengok semua benda murah nak beli. aku dah sepuluh juta kali shopping pun beli juga lagi dan lagi. nasib baik tak terjebak beli kasut lagi dekat Charles & Keith. sebab over budget. next gaji mungkin. ha nampak, aku bukan orang senang sangat kan? :p antara yang kitorang beli dekat BO ialah 3 jeans, 8 helai baju/shirt, 3 shawl, spec Aaris dan recycle bag BO. membeli tak hengat bila nak bayor terkedu sekejap. hehe. tapi berbaloi-baloi. senyum sampai telinga. then beli handbag cik bella, kasut wawa, balik. sampai sana pukul 11am macam tu then sampai rumah pukul 2pm lebih sikit.

baru dapat baju kurung+melayu baba Sabtu haritu. baju Aaris tak siap lagi. harini baru siap. dah la janji khamis lepas dapat patutnya. grr. so dah plan awal-awal dengan mak Ahad pergi cari tudung. hari ni ambil baju Aaris pula. yeay!

hoih ramai gila orang dekat Ariani. tudung dah bercampur-campur dah. aku budget rm200 je beli tudung. memula nak beli satu je tetiba terbeli 3 lai pula and within budget okay la tu kan? :p pakej raya pertama sampai ketiga. haha. dah la dapat less untuk member then dapat lagi 5% kalau bawak keratan yang dorang post dekat rumah. siap patah balik rumah ambil sebab Ahad tu last day offer. tapi bagi aku sales yang sebelum ni punya lagi murah kot. sebab tu aku dapat beli banyak siap upgrade kad. beli untuk mil (birthday treat) dengan mak aku sekali. berbaloi baloi. tapi kali ni okay la sebab ada extra 5%.

then malam misi terjah downtown nak cari sampin. memang idok ler nak ke Jalan TAR tu. time tidur anak aku tu. terpaksa kacau. boleh pulak dah sampai dia baru lelap tapi belum lena la. kitorang g awal. g Downtown Reko je. dah pusing satu downtown then nak balik dah baru jumpa kedai sampinnya. hadoi. haha. misi aku dah selesai, ayah dengan ajeem punya tak settle lagi.

pagi semalam aku halfday. so misi mendobi baju. tudung-tudung segala. letih acik. rumah tak mop lagi, bed sheet, langsir semua tak tukar lagi. cat rumah tak settle lagi. hoih memang raya sakan tahun ni. semua baruu. Alhamdulillah atas kurnian Mu Ya Allah. moga Allah terima segala amalanku di bulan yang mulia ini walaupun masih banyak yang perlu diperbetulkan. insyaAllah, Amin.

Friday, August 2, 2013

.bila nak habis?.

fuh, sumpah penat. ramai gila manusia dekat Alamanda tadi. tak cukup-cukup eh dorang ni shopping? eh cakap orang. kau tu? aku saja jalan-jalan. haha. berkenan kasut dekat Bershka. tapiiiii aku nak hitam. ada yang hitam mak oi rega dia macam eh nantilah dulu. fikir sepuluh juta kali. sebab berkira. heh. sebab aku bukan orang senang. orang je nampak aku macam senang :p *yelah, senang sebab bila takdok duit duduk diam-diam. bak kata daddy yanie. hee. sebijik kena, terasa ke tak? haha.


aku memang saja g sorang-sorang cuci mata. malas nak ajak orang sebab aku ni cerewet, nak fikir beli baju pun sepuluh juta kali. nampak lagi baju Aaris, ish macam nak beli. memula aim jeans yang aku minat (eh takde kerja minat jeans baby) untuk Aaris. tapi aku nak hold dulu sebab ingat sebelum balik baru singgah Mothercare. sekali dekat Parkson ada baju somel sangat. aku memang nak cari baju kaler Merah untuk Aaris. pasai pe tah? haha. then jalan-jalan jumpa pula baju yang aku berkenan. bila tah kau tak berkenan? :p


bila jalan balik dekat Poney Baby tu eh macam cantik pakai kemeja Merah tadi dengan skinny ni. pegang dulu, sekali promoter tu tanya seluar tu nak tak sebab dapat extra 10% for Bonuslink Members. eh terus cakap nak -.-"


pastu bila nak bayar fikir lagi, nak ke tak baju aku ni? nak pakai pergi mana? walhal tadi dah fikir, baju jalan pun boleh, office wear pun boleh. selamber. last-last beli juga. setengah jam tunggu nak bayor. gila. first time aku gigih tunggu. selalunya kalau macam ni lagi-lagi dengan baba dan Aaris memang tak la aku tunggu. haritu masa dekat picc pun sikit lagi aku nak blah, sekali incik suami kata biar dia bayar aku jaga Aaris. selamat :p


esok cadang nak pergi shopping lagi. dengan adik-adik. baba Aaris sibuk nak ngecat ghumah katanya. dia suruh aku pergi bawak Aaris. apa la ghupanya nanti? awal-awal ai dah sound, aku ni cerewet. sila cat cantik-cantik. jangan comot sana sini, ai tak suka! haha. tudung tak cari lagi ni. baju pun tak ambil lagi. hadoih. bila nak Raya ni? penat dah nak beli itu ini untuk Raya kengkononnya.


-_______________-




hihi. show off. banyaknya baju Aaris Raya niiiiii. dah dua bulan ke depan, tak payah shopping.










BOLEH KE?

Thursday, August 1, 2013

.finally, thank you.

at last, thank youuuu. haha

untuk pengetahuan anda, aku dah deal pun dengan cik adik manis yang baik hati tu nak ambil bila kuih tu. dia sangat baik. penuh budi bahasa. aku sampai senyum lebar deal dengan dia. menyesal deal dengan kau lah. tak pasal-pasal dah ada musuh (kot). grr.

sukati kau lah. aku doakan kau hidup bahagia ye? tolonglah buang perasaan hasad dengki dan sentiasa tak puas hati dengan orang. eh get a life lah. jangan jadikan hidup diri sendiri nampak sedih sentiasa. pathetic. tahu perkataan ni? find out ur self.

satu lagi, jangan ingat diri tu dah banyak sangat buat baik dengan orang. kalau buat baik pun tak payah nak ungkit segala. faham tak bila menderma dengan tangan kanan, tangan kiri tak perlu tahu? tahu ke tak tahu semua ni? jangan ingat kita tolong orang, nanti satu hari orang tu kena tolong kita balik. akan ada orang lain yang mungkin tolong kita. Allah tu maha adil. kesian la kau ni, cakap dekat orang lain macam dah lama hidup, tapiiii?

satu je eh kena buat dalam hidup ni, bersyukur. so hidup insyaAllah happy. jangan duk nak salahkan orang lain siap update status. jangan nampakkan diri sendiri tu macam bagus sangat. kadang-kadang takpe la kot? haha.

aku perasan je kau ni yang sebenarnya sentiasa tak puas hati dengan aku. tapi kau pulak yang kata aku tak puas hati dengan kau. kau tak puas hati eh sebab aku pakai Quinny? then kau pun nak jugakkkk tetiba kan? sian der. hamik lah. wa tak kisah pun, duit sendiri sendiri. haha.

aku gembira sampai nak update belog. haha. lepas ni kita mulakan hidup baru, biar orang buat kita jangan kita buat orang. kbye!

.mood Raya dah datang.

aku dah semangat dengar lagu Raya. semangat nak Raya dah maghiiiii. haha. dari awal puasa aku dah semangat. baju-baju Raya korang semua dah settle ke?

baju Raya aku taklah banyak, pat ke lima lai je. tadi aku tengok mak macam nak jahitkan aku baju kurung lagi. siap ke idok teman tak kisah sangat. tapi kalau siap boleh pakai pergi office. hihihi. tapi masalahnya sekarang baju Raya 1 first aku dah siap, baju melayu baba dan anak tak sesiap lagi. haih. tudung tak cari lagi (mak aku dah pesan, kalau awak g Ariani mak nak ikut. dah terjebak sekali nampak. heh), kasut nak cari lagi. eh? :p handbag Raya pun dah ada kau. gila aku simpan je dalam lemari. nak pakai baju tengok je handbag dalam paper bag tu. haha. baba punya sampin tak cari lagi. Aaris pun tinggal sampin je.

kuih Raya pun dah settle. order 2 3 jenis je. siapalah yang sudi Raya rumah aku kan? huhu. pastu ada la kerepek sikit. paling penting Honey Cornflakes yang bila anda makan sekali, pasti nak lagi. takkan berhenti dan termimpi-mimpi tu mesti ada. tak percaya meh cuba! :D Alhamdulillah permintaan tak dijangka. hasil jualan pun memberansangkan sampai orang cakap aku senang. haha. dah berusaha senanglah sikit. bukan dapat rm500 merungut-rungut tak cukup. syukur paling penting. faham ke idok? wakakak. aku pun terkejut bila tengok update account last few days mak aih lebih gaji aku laki bini? syukur Alhamdulillah. penat lelah berhasil. dan banyak lagi plan kami untuk bisnes ni. bukan setakat ni je insyaAllah. azam aku satu, kalau korang masih ingat; aku nak berhenti kerja. nak jaga anak-anak. kalau aku boleh dapat side income more than what i get every month aku akan berhenti. itu janji aku. sampai bila nak suruh orang jaga anak aku. even nanti mak aku yang akan jaga, aku nak mak aku rehat. mak aku suka pergi surau dengar ceramah, belajar agama. so kalau dia jaga anak aku, terbatas sikit nak buat semua tu. insyaAllah mak, doakan rezeki kami anak beranak sentiasa ada. yang penting mak percaya yang kaklong boleh buat dan pasti akan berjaya. amin. aku tak pasti, tapi aku percaya sebab aku buat saja! sampai bila nak hidup biasa-biasa? eh over pulak.

back to story, tahun ni turn rumah mak aku. so sebab tu aku extra happy. abah (fil) dialisis hari raya first tu. so dah confirm tak pergi mana-mana. so hari kedua baru kami balik kampung abah pulak. nenek dah takde beraya bersama kami tahun ni T.T *untung kampung dekat-dekat ni kan? hehe. 

dalam pada menyiapkan diri dengan persediaan Raya, aku masih gigih menyiapkan order. baru fresh kata kau. aku suka makan Honey Cornflakes masa lepas bakar. sumpah sedap. bau dia pun wangi. memang benda ni mudah nak buat, tapi kalau korang malas? meh beli je dekat aku. haha. satu lagi, pernah juga orang kata dekat aku "kenapa lepas aku bakar dia berderai?" adalah yang tak kena tu. hihi. ada juga kalau tak cukup bakar, dia akan lemau cepat. benda ni aku dah banyak kali try and adjust. sebab aku almost hari-hari buat benda ni. sekarang aku tengah kumpul kederat yang sedikit ni untuk produce produk baru. lepas Raya ye. ni dah tak sempat. semput adalah :p ada juga yang beli satu dari kami bila sedap (kot) nak makan lagi suruh tunang buat. pun boleh. tapi resepi lelain. ada yang letak kacang tanah berbagai-bagai, wangilah konon. aku tak pun. ikut resepi bodoh aku je :)

minggu depan je nak Raya, oi macam tak percaya. aku dah Raya dulu dah. haha. biasalah orang perempuan kan. tengah fikir, bila nak g nyoping lagi ni? wiwiwiwiwi.

Selamat Hari Raya in advanced korang :*
 
Blog Template by Delicious Design Studio