Wednesday, January 2, 2013

.jalang-jalang dan shopping.

Assalamualaikum, 2 Januari 2013. ramai cuti sebab hari ni hari first day sekolah bermula. aku? muka ini juga la yang bekerja since 3 tahun lalu  -_____-

nak cerita, hari itu ai jalan-jalang di Setia City Mall, Shah Alam. best dan puas hati sebab dapat shopping juga dapat spent time with family. hewhew. pagi tu aku pergi office mak aku kat DBP, sebab semua orang pun sibuk nak tengok Aaris. haha. popular sangat kau nak? maka mama Aaris layan je la sambil ambil kesempatan nak berjalan-jalan ken. sebelum Aaris balik, dapat duit raya lagi. wah, seronot. sumpah tak expect dapat duit. rezeki Aaris. tapi Aaris bad mood. pelik tengok orang duk kerumun dia. Aaris memang macam tu. lagipun sudah melewati time tidur, tu pasai tak nak dengan orang.

then kami terus ke SCM. punya la jauh. nak sampai Meru Klang tak silap. tapi okey la. banyak kedai best. tapi aku tak masuk MNG dia dan tak perasan tak shopping pun barang aku? so sad. sebelum balik singgah Little Whiz beli diaper bag (bag back) untuk Aaris. masa kat sini la terdetik rasa hati nak juga beli Quinny. hihi. dan dalam 5.30pm bergerak pulang. gila, sejam setengah dekat menara rebung tu. maaf, saya tak tahu nama jalan. haha. then malam tu kami sekeluarga makan malam di Restoran Red Wok. best juga. aku suka tom yam dia :D *no picture*

tenkiu acu tolong tangkap gambau kitew sekeluargew :p

muka mama hepi kan lepas shopping barang anak? baba dapat crocs sepasang. mama haram tak dapat apa-apa T_T tapi masa pergi The Curve mama beli 2 helai baju di MNG juga untuk persediaan ke USS. haha. gila, kalau boleh aku nak rembat semua. kemeja rm69 je kot. sumpah gila. sebabkan aku takde cash banyak, so selamat la nafsu terpaksa dikawal. hihi. baba pula pergi jalan-jalan man to man dengan Aaris so tak dapat paw :p *pergi Alamanda pun rembat lagi sehelai*

suka beli baju tidur Aaris dekat FOS. 3 helai rm30. selalu beli seluar panjang je sebab Aaris dah merangkak so kena standby seluar banyak-banyak kan. bip 3 helai rm11 ja. ohoi comel-comel. hehe. baju jalan aku suka pergi Mothercare. beli jeans dengan 3 ke 4 helai tshirt tah? sehelai di Esprit. semua ni masa di SCM.

tu dia maktok pun kata banyaknya baju Aaris! dah jangan beli dah. sebenaqnya beli untuk pergi USS la maktok. nak kejar sales bulan December ni. so bulan Januari ni no more shopping for Aaris. sehelai lagi jeans beli di The Curve masa pergi IKEA beli barang-barang office mama. ada yang beli di Alamanda. see tak pernah la tak membeli baju untuk anak. aku rasa baju di rumah tu pun kena sort mana yang tak boleh pakai simpan untuk adik Aaris. eh? 

hensem la anak mama ni. muat-muat je jeans ni. yang dark jeans tu pinggang besar sikit. suka betul main dekat cpu baba. sebab ada lampu-lampu kot. ini dekat office baba. mama pun first time masuk office baba. baba singgah semata-mata nak amik mouse game yang mahal nak mampus tu. boleh?

 ini pula dekat Mines. saja jalang-jalang test stroller baru. semua untuk Aaris sayang. mula-mula plan nak ambil Quinny Zapp je sebab jimat space and senang nak bawa ke USS, tapi baba kata ikut hati nak Quinny Zapp Xtra sebab boleh pusing-pusing boleh baring segala maka mama layan je la. hihi.

 Aaris suka tak? gila tak SUKA? haha.

the latest picture in 2013. Happy New Year Everyone. kami sambut kat rumah je sebab pagi tu baba kerja. as usual, public holiday je baba pulun OT la. sebab nak bayar rumah, kereta and all bills kan. lepas baba balik kerja kami ke TESCO Kajang sebab nak beli groceries. mama nak masak pasta untuk Aaris :)

Aaris suka buat muka notty. Aaris tak suka duduk bila dalam kereta, suka berdiri, suka tolong baba drive and bagi signal even tak diperlukan, tekan wiper, bagi lampu tinggi, hoih bahaya kalau bagi dia duduk dengan baba masa tengah drive. haha. but, i still love you my son. eternity :*

pasta untuk Aaris! mula-mula letak semua bahan-bahan di kotak satu tu je. bila rasa macam something kurang. tengok balik resepi kena letak tomato puree sikit rupanya. nasib baik ada stock kat rumah. hopefully Aaris suka sebab mama pun suka! haha. over sangat. tapi macam kasar sikit kot? nanti dengar review from wan petang nanti (pengasuh Aaris).

okay, rasanya semua yang nak cerita dah cerita so far. but belum masuk cerita pergi jalang-jalang ganung. hujung bulan ni nak g USS pula yeay. baba belanja, orang taknak pun suruh pergi juga :p but passport belum renew. and Aaris, di usia 8m dah ada passport? untunglah. hewhew.

sampai jumpa lagi :) 

Tuesday, December 18, 2012

.i'm not happy.

hari ni aku sedih. rasa nak meluahkan. tapi tak tahu pada siapa.

akhirnya, disini jua ingin kucoretkan sesuatu.

aku kesian. kesian dengan orang tua itu. berhempas pulas memenuhi kehendak anak yang ku kira melampau. dari laptop, motor dan kini telefon pintar. harap-harap lepas ini dia bijak mengambil hati ibu bapa yang inginkan anaknya mendengar kata dan sentiasa membantu ibu bapanya.

tapi yang aku paling sedih, anak meminta seperti sedikit pun tidak memikirkan "eh, mak aku ada ke duit bila aku mintak mahal-mahal ni?" bila tak dapat, "sial, mampus" mainan lidah. bila dah dapat senyum lebar sampai ke telinga. tapi siapa aku mahu menyibuk hal kalian bukan? apa yang mampu ku buat simpati dari jauh buat si ibu dan bapa. sumpah, rasa nak menangis sebab sedih. terbayang jika adik aku buat macam tu kat mak aku memang kena dengan aku. tapi tak boleh nak salahkan anak seratus peratus jika ibu dan bapa merelakan segalanya bukan?

cuma satu yang aku harap, berubahlah. kita makin lama makin meningkat usia. bukan makin muda. yang tua pasti akan mati. yang muda pun tak tahu lagi akan mati bila. 

lately aku selalu rasa sedih. rasa kosong. happy pun sekejap je. ye, aku yang bermasalah bukan kalian. tapi aku tak tau nak luahkan pada siapa. dan rasa taknak luahkan pun. tapi rasa membuak-buak ingin meluahkan. faham tak?

*sigh
-__________________________-

berharap suatau hari nanti, anak aku akan buat mamanya happy sentiasa. please Aaris, tahu tak betapa mama bertarung nyawa untuk melahirkan awak? but still, apa yang akan terjadi awak tetap anak mama yang akan mama sayang sampai bila-bila. dan mama akan buat yang terbaik untuk awak. semuanya untuk awak, Aaris Zaquan.

Monday, December 17, 2012

.budak kenit berjoget.

budak besau tungau berjoget. alahaii. rasa nak gigit. haha. kami perasan Aaris berjoget bila baba dia panggil nama Aaris Zaquan secara berlagu. tiba-tiba dia henjut badan. sikit-sikit je la masa tu. sekarang kemain laju. haritu acu buka lagu oppa gangnam pun kau joget ye dik? hadoi. sapa ajar joget ni? haha.

ha ni baba pula ajar lagu sayang. sebab? baba sangat suka lagu ni sampai ringtone pun lagu ni. waduh-waduh. ni apa lagi ditungguin? mari nonton ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak :p




"sekian terima kasih", kata Aaris. dia kadang-kadang menari ikut mood. macam tau-tau je aku nak rekod. aish. kadang-kadang tu bagi makan sambil diri dia pun kenyit-kenyit mata sampai henjut-henjut badan macam uih sedapnya makanan ni. budak besar ni dah paham sedapnya makanan. bagusssss sangat kan? bak kata mak aku, mama babanya makan banyak maka anak pun ikut makan banyak la! haha.

okay, sampai jumpa lagi :)

Wednesday, December 12, 2012

.i missed.

i missed..

i missed the old friendship.

dari sekolah hingga kini.

aku tau sekarang semua dah berkeluarga, kalau takpun semua dah bizi dengan life masing-masing. apa yang tinggal? memang perasaan kawan itu tetap ada tapi dah lain. perasan tak? ke perasaan aku sorang je? :(

sekolah. yang tak rapat pun still boleh tegur. itu biasa. within facebook. semua pun boleh je kan? depan-depan? mungkin jadi kaku? tak siapa tahu.

PLKN. mati begitu sahaja. the end.

matrik? eyna musa. ninie malek. thank for being there even rarely meeting you guys. sorang lagi? biarlah dia dengan dunia dia. yang penting semua sudah berkeluarga. ninie malek, kau je takde anak lagi. make it fast. haha.

KPM. fera and shida. still the best. tapi... kalian saja yang sudah kan mungkin?

UKM. officemates? semua bermuka-muka. cakap belakang. its a fact. setuju tak? ada juga yang betul-betul baik. but depan-depan semua baik. bosan ah. haha. luar UKM? a few people only yang kenal aku. baik dengan aku. mungkin aku baru setahun jagung di sini.

realitinya. aku lebih selesa dengan adik-adik. family sendiri. dan yang paling penting suami sendiri. family first. kalau tak dahulukan family kau tiada di dunia ini mungkin.

buat suami, terima kasih atas segalanya. kau tetap ada di sisi no matter what.

tapi...aku masih rindu. rindu tentang sesuatu. like something is missing.

dan cemburu terhadap orang lain. tentang persahabatan orang lain. mungkin orang lain masih kuat dan utuh. kenapa aku tidak begitu? ke aku je yang rasa begitu? mungkin aku yang bermasalah? mungkin. but i still missed you.

Friday, December 7, 2012

.7 month and 4 days.

7 bulan 4 hari, berat Aaris kini 7.5kg. naik 0.4kg sahaja from previous. mungkin sebab dia semakin melasak. kalau duduk dalam kereta di letakkan dalam car seat meraung macam kena dera. kadang-kadang je behave. car seat Aaris pun dah macam sendat untuk dia. so, prepare your money to buy a new one @_@

masuk check up dengan misi (eh misi ke kat dalam klinik kesihatan tu ek?) misi tanya dah pandai apa dah ni?  aku cakap "uih, dah pandai berdiri. now dah pandai nak rebahkan diri untuk duduk" then misi kata berani la budak ni, 7 bulan dah pandai berdiri. and kalau tengok makanan lagi kesian. mulut ikut terkumat-kamit sekali. alahai anak, bijaknya la hai. aku baru ada anak sorang, so sila paham ke'excited'an aku ye kawan-kawan? haha.

bulan Dec ni adik aku jaga Aaris. save duit. but still kena reward adik aku yang bersusah payah bangun pagi jaga Aaris kan. thank you wawa. bukan aku paksa, dia yang nak :') so rutin harian balik lunch untuk jumpa anak. banyak gila video nak show off tapi iPhone user ni macam loser pulak sebab kena send to youtube dulu then baru boleh upload anywhere. pahang dop? teehee.

sekarang ni Aaris sangat lasak la hai. kadang-kadang mama kurang sabar. dia lagi kuat dari aku, boleh? kalau dia nak panjat badan kita, macam kena cubit badan ni rasa dia punya cengkam T_T

budak kecik ni bertuah, baba dia manjakan dia. maktok manjakan dia, ayah tok lagi la manja! nampak ayah tok siap mengelinjang kaki nak g kat ayah tok. Aaris, Aaris. cucu sulung belah family aku kan, so semua orang pun manjakan dia. hehe. kalau nampak tok abah (in law) pun Aaris menyengih sambil mengelinjang. haha. budak suka dengan orang laki kot kan? oh lagi satu, ini sangat bijak la aku rasa. dia boleh paham orang pakai tudung tu nak g jalan. boleh? kau baru 7 bulan kot nak. dan dia boleh tahu nama dia Aaris Zaquan. bila kita cakap "bye, mama nak g jalan" dia pun pandang je tak berkelip mata. bila lambai-lambai tangan sambil jalan keluar pintu baru merengus nak ikut. hahaha. tapi paling obvious bila pakai tudung la, lagi-lagi aku. pakai je tudung dia dah tak tentu arah. dah merengek-rengek suruh angkat, belum angkat baru tunduk nak angkat dah menyengih. macam mana tak melting? 

satu lagi perangai bila nak tidur. dia kalau nak tidur suka tahan mata. bila dalam kereta dah meragam kita peluk nak tepuk suruh tidur lagi dia lawan melentik badan bagai. solution dia aku kena lagi kuat peluk baru dia diam. sabar memang kena berada di tahap yang tertinggi pada ketika itu. lagi satu perangai bila nampak aku, melalak-lalak bila aku tak ambil dia means dia nak sesuatu. nak susu lettew. haha. so far, dia masih mnium susu mama sepenuhnya. Allhamdulillah. 

ada satu ketika stok susu dah habis, maka aku pump siang tu untuk bekalan esok hari. dan-dan masa tu pula susu merudum. tapi aku usaha juga untuk bagi susu badan dan pumping. ada la dalam 2 bulan juga macam usaha keras. macam-macam aku buat. urut balik, makan lobak putih, minum horlicks, minum susu bla, bla, bla. and now aku rasa dan selesa sedikit. sekali pump dapat dalam 7oz atau 6oz. so 2x pump kadang-kadang dah cukup untuk bekalan hari esok sebab Aaris minum 11oz-12oz sehari termasuk 8oz makanan. dan sekarang kembali ada stok beku dalam freezer. deep freezer dah tutup kilang dah. pehtu laki ai sibuk nak jual dua-dua peti ais tu. nak beli besor katanya. aku rasa semua nak di jualnya. beli dan jual. itu je lah korejenye. HAHA. ampun bang :p

gambar nantilah aku update later or video si kecik tu. now rasa nak menaip sepanjang-panjangnya sahaja. sampai jumpa lagi di lain hari :)

thanks for reading.
 
Blog Template by Delicious Design Studio