Tuesday, December 18, 2012

.i'm not happy.

hari ni aku sedih. rasa nak meluahkan. tapi tak tahu pada siapa.

akhirnya, disini jua ingin kucoretkan sesuatu.

aku kesian. kesian dengan orang tua itu. berhempas pulas memenuhi kehendak anak yang ku kira melampau. dari laptop, motor dan kini telefon pintar. harap-harap lepas ini dia bijak mengambil hati ibu bapa yang inginkan anaknya mendengar kata dan sentiasa membantu ibu bapanya.

tapi yang aku paling sedih, anak meminta seperti sedikit pun tidak memikirkan "eh, mak aku ada ke duit bila aku mintak mahal-mahal ni?" bila tak dapat, "sial, mampus" mainan lidah. bila dah dapat senyum lebar sampai ke telinga. tapi siapa aku mahu menyibuk hal kalian bukan? apa yang mampu ku buat simpati dari jauh buat si ibu dan bapa. sumpah, rasa nak menangis sebab sedih. terbayang jika adik aku buat macam tu kat mak aku memang kena dengan aku. tapi tak boleh nak salahkan anak seratus peratus jika ibu dan bapa merelakan segalanya bukan?

cuma satu yang aku harap, berubahlah. kita makin lama makin meningkat usia. bukan makin muda. yang tua pasti akan mati. yang muda pun tak tahu lagi akan mati bila. 

lately aku selalu rasa sedih. rasa kosong. happy pun sekejap je. ye, aku yang bermasalah bukan kalian. tapi aku tak tau nak luahkan pada siapa. dan rasa taknak luahkan pun. tapi rasa membuak-buak ingin meluahkan. faham tak?

*sigh
-__________________________-

berharap suatau hari nanti, anak aku akan buat mamanya happy sentiasa. please Aaris, tahu tak betapa mama bertarung nyawa untuk melahirkan awak? but still, apa yang akan terjadi awak tetap anak mama yang akan mama sayang sampai bila-bila. dan mama akan buat yang terbaik untuk awak. semuanya untuk awak, Aaris Zaquan.

1 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. sedihnya.. kesian org tua tu.. semoga anak itu insaf..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio