Friday, December 7, 2012

.7 month and 4 days.

7 bulan 4 hari, berat Aaris kini 7.5kg. naik 0.4kg sahaja from previous. mungkin sebab dia semakin melasak. kalau duduk dalam kereta di letakkan dalam car seat meraung macam kena dera. kadang-kadang je behave. car seat Aaris pun dah macam sendat untuk dia. so, prepare your money to buy a new one @_@

masuk check up dengan misi (eh misi ke kat dalam klinik kesihatan tu ek?) misi tanya dah pandai apa dah ni?  aku cakap "uih, dah pandai berdiri. now dah pandai nak rebahkan diri untuk duduk" then misi kata berani la budak ni, 7 bulan dah pandai berdiri. and kalau tengok makanan lagi kesian. mulut ikut terkumat-kamit sekali. alahai anak, bijaknya la hai. aku baru ada anak sorang, so sila paham ke'excited'an aku ye kawan-kawan? haha.

bulan Dec ni adik aku jaga Aaris. save duit. but still kena reward adik aku yang bersusah payah bangun pagi jaga Aaris kan. thank you wawa. bukan aku paksa, dia yang nak :') so rutin harian balik lunch untuk jumpa anak. banyak gila video nak show off tapi iPhone user ni macam loser pulak sebab kena send to youtube dulu then baru boleh upload anywhere. pahang dop? teehee.

sekarang ni Aaris sangat lasak la hai. kadang-kadang mama kurang sabar. dia lagi kuat dari aku, boleh? kalau dia nak panjat badan kita, macam kena cubit badan ni rasa dia punya cengkam T_T

budak kecik ni bertuah, baba dia manjakan dia. maktok manjakan dia, ayah tok lagi la manja! nampak ayah tok siap mengelinjang kaki nak g kat ayah tok. Aaris, Aaris. cucu sulung belah family aku kan, so semua orang pun manjakan dia. hehe. kalau nampak tok abah (in law) pun Aaris menyengih sambil mengelinjang. haha. budak suka dengan orang laki kot kan? oh lagi satu, ini sangat bijak la aku rasa. dia boleh paham orang pakai tudung tu nak g jalan. boleh? kau baru 7 bulan kot nak. dan dia boleh tahu nama dia Aaris Zaquan. bila kita cakap "bye, mama nak g jalan" dia pun pandang je tak berkelip mata. bila lambai-lambai tangan sambil jalan keluar pintu baru merengus nak ikut. hahaha. tapi paling obvious bila pakai tudung la, lagi-lagi aku. pakai je tudung dia dah tak tentu arah. dah merengek-rengek suruh angkat, belum angkat baru tunduk nak angkat dah menyengih. macam mana tak melting? 

satu lagi perangai bila nak tidur. dia kalau nak tidur suka tahan mata. bila dalam kereta dah meragam kita peluk nak tepuk suruh tidur lagi dia lawan melentik badan bagai. solution dia aku kena lagi kuat peluk baru dia diam. sabar memang kena berada di tahap yang tertinggi pada ketika itu. lagi satu perangai bila nampak aku, melalak-lalak bila aku tak ambil dia means dia nak sesuatu. nak susu lettew. haha. so far, dia masih mnium susu mama sepenuhnya. Allhamdulillah. 

ada satu ketika stok susu dah habis, maka aku pump siang tu untuk bekalan esok hari. dan-dan masa tu pula susu merudum. tapi aku usaha juga untuk bagi susu badan dan pumping. ada la dalam 2 bulan juga macam usaha keras. macam-macam aku buat. urut balik, makan lobak putih, minum horlicks, minum susu bla, bla, bla. and now aku rasa dan selesa sedikit. sekali pump dapat dalam 7oz atau 6oz. so 2x pump kadang-kadang dah cukup untuk bekalan hari esok sebab Aaris minum 11oz-12oz sehari termasuk 8oz makanan. dan sekarang kembali ada stok beku dalam freezer. deep freezer dah tutup kilang dah. pehtu laki ai sibuk nak jual dua-dua peti ais tu. nak beli besor katanya. aku rasa semua nak di jualnya. beli dan jual. itu je lah korejenye. HAHA. ampun bang :p

gambar nantilah aku update later or video si kecik tu. now rasa nak menaip sepanjang-panjangnya sahaja. sampai jumpa lagi di lain hari :)

thanks for reading.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio