Monday, December 21, 2015

.meloya.

Alhamdulillah, masih diberi rezeki untuk mengandung lagi. hihihi. macam tak percaya anak dah nak masuk 3, insyaAllah. dari awal lagi dah ada instinct macam ada isi. tapi macam taknak berharap lagi konon. check on 30th November masih negative since tanda-tanda awal macam ada contohnya susah nak tidur malam, perut kembung, cepat mengah/letih dan mengantuk. malas buat kerja pun ye. kalau tak on weekend je berderet list nak kemas itu ini cuci toilet bagai. ini lepas masak dah penat nak buat benda lain. then emosi pun boleh tahan, takleh nak control sebab cepat penat.

then check lagi upt on 9th Disember, terus terpacul dua line. i knew it. senyum simpul sorang sorang. haha. balik kerja tu letak atas meja terus g mandi. lepas mandi keluar nampak im senyum simpul. kahkah. since dia tanya "eh awak dah period ke?" a day before. aku cakap "belum". "eh ni dah lewat berapa hari ni?" im sambung lagi. aku just cakap, "kadang-kadang cycle aku 30 hari. tengoklah esok lusa cemana". hehe. Alhamdulillah rezeki lagi.

masa dapat tahu tu baru 4 weeks. mungkin minggu ni 6 weeks kot. dah start dah loya-loya. last Sunday paling teruk kot. mual-mual pun bangun pagi rebus nasi impit (even bau tak tahannnn) dan masak sambal goreng johor sebab teringin for breakfast. tunggu baba balik lari sampai dah tengah hari baru sampai. haih. then mual-loya sampai ke petang. sampai tengah jalan then terduduk sebab rasa macam pitam tetiba. tsk. 

sebab nasi impit ada lebih and malas nak keluar, aku masak pulak sup ayam nak suap bebudak makan. mama pun makan sikit nak hilangka loya. nak habiskan lipat kain pun tak tercapai sebab tak larat. sudahnya tidur sampai ke pagi lepas baba pergi kerja.

bangun pagi ni memang rasa sangat nak muntah. tengah gosok gigi muntah buat kali pertama. halahiii, keluar yang pahit kuning kuning tu. kalau tak fikir sebab nak isi sppu pagi ni memang dah mc dah harini.

semoga semuanya selamat sampai akhirnya. lusa dah nak flight pergi Padang. insyaAllah tak ada apa-apa. amin.

3 comments:

MISKOMET said...

Beb..alhamdulillah..nmpk ritu mcm gaya2 pregnant..aku bru bce ni.. congratss.. hehe

MISKOMET said...

Beb..alhamdulillah..nmpk ritu mcm gaya2 pregnant..aku bru bce ni.. congratss.. hehe

Ali Imran Sarmin said...

bila nak rajin update belog?

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio