Monday, December 15, 2014

.Pameran & Sidang Media Universiti Penyelidikan.

Pameran dan Sidang Media ni di adakan pada 4 Disember yang lalu. kitorang lega gila benda ni dah lepas. dan kiranya berjaya la event ni sebab ramai yang puji. Alhamdulillah. orang-orang kuat yang tak tidur malam bagai pasai benda ni mesti macam batu atas kepala dah pecah. kepala dah jadi ringan kan? hehe.

UKM adalah salah satu daripada 5 Universiti Penyelidikan. so aku sebagai salah seorang yang berkerja di RMC (Research Management Center) atau lebih dikenali sebagai CRIM (Center for Research and Instrumentation Management) di UKM perlu menjadi tuan rumah dalam menjalankan aktiviti yang gilang gemilang sangat :p

UKM menjadi Universiti yang terakhir (yang ke lima) menjalankan aktiviti sidang media ini.

mula-mula kononnya nak buat event di di Bangi Gateaway. last-last tak jadi buat dekat DECTAR je. haha. pun successful sangat. Alhamdulillah. boss i jadi floor manager haruslah successful kan. dalam ni kami dah siap-siap diberi tugasan. kami orang-orang lab (makmal), diberi tugasan JK Logistik. dan juga JK Protokol. ala sambut-sambut VVIP, VIP semua tu la. aku jaga Dato VC. cuak sekejap sebab tak pernah pun jaga protokol bagai ni kan. tapi berlakon cool je la. hihihi.


memulakan minggu pertama dan hari pertama di bulan Disember menghantar naskah percuma di setiap PTJ di UKM. gambar i takde. i is sad T_T


berat gila okay sotkabar ni. so aku jadi driver je. korang je yang angkat. haha.

hari kedua ada di DECTAR juga. tapi tiada gambar. hehe.


hari ketiga. hari raptai penuh. hari ni aku penat gila. balik pukul 7pm kot. dah la tak balik lunch. sian anak-anak mama.


beria posing lepas solat kat Masjid Universiti. dah 5 tahun kerja baru ni first time tangkap gambar depan DECTAR :p

and todayyy is the day.


memula sampai. tapi takde la memlula sangat. dah siap makan bagai. dorang nak tangkap gambar sebab hari tu aku pakai shawl. haha. selama ni kan pakai tudung makcik makcik je :p


bergambar kat dalam pulak. 3 dari kiri dibelakang tu bos i. hee.


pasangan MC kita pada hari tersebut.


ha tu pengarah i. baru lantik bulan Mac hari tu tak silap. sedang bercakap dengan Pengarah IKP: salah satu pembentang untuk Pameran pagi tu.


#selfie dekat rumah orang. tunggu kawan tukar baju sat. masa ni tengah gap untuk ke acara petang pula.

ni no filter. aku tak cakap muka aku cantik flawless gitu. camera kot yang cantik. tettt. bahaha.

aku tanya im "cantik tak hny pakai shawl?" *sambil kelip kelip mata*

lalu tanpa segan silu im jawab "takkk, macam hape je. nampak pipi je tembam"

T_T

dah lupakan.


masa ni tengah tunggu menteri sekali Dato' SMS datang, terus senyum lebau. kak izan sebelah Dato' tu memang peramah so dia la yang ajak bergambar. so kami gedik sekali nak amik gambar sesama. hihi. handsomenyaaaaaa. 


bermula acara dengan kedatangan Menteri. aku patut escort dorang tapi orang Pusat Komunikasi Korporat membantu so kami escort depan sikit. menteri ni Dato' Seri Idris Jusoh. pada i dia ni baik sangat. mesra rakyat gitu. so kita tunggu dia salam-salam dulu then baru masuk.


okay masa ni masa pelancaran buku, media request nak ambil gambar semua VVIP bersama buku. media ramai dan macam hape berebut-rebut nak ambil gambar so kami usher ni macam tak boleh nak gerak usher VVIP. haish.


tengah tunggu dia makan, dapat whatsapp kata Pengarah ajak bergambar dalam DECTAR. so kami pun lelaju turun tinggalkan Menteri yang sedang santap :p

lastly 


bebeq (berkaca mata depan sekali) panggil aku, "zeera nak phone kau, nak selfie"

ini pun setelah 2 3 kali percubaan untuk memasukkan semua muka. sempoiiii :D


tahniah kepada diri sendiri. boleh tidur lena sambil senyum la ni :)

p/s: ini semua dari camera phone aku je. camera dari official photographer tak tengok lagi. huhu.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio