Tuesday, December 16, 2014

.Bella getting hitched.

pejam celik, pejam celik tak lama lagi Bella dah nak kahwin. omaigod *scream*

Bella ni jenis tak cerita semua benda dengan aku. same goes to me. tapi ada certain benda kami share and dissolve together. dulu kecik-kecik asik bergaduh je. tu beza empat tahun. esok Aaris dengan Ayed aku tak tahu gane. haha. so ada part-part yang dia survey and dia bagitahu aku okay ke tak? memang survey online je sebab lebih murah. aku yang banyak ajar dia sebenarnya survey online. dulu masa aku kahwin tak reti nak berinternet di hujung jari. tapi sekarang masing-masing jari duk scroll henfon je. 

and depa (bella and fiancee) hubungan jarak jauh so aku lagi dekat. and kami mostly same taste gitu. and aku la jadi tukang beli online untuk dia sebab aku ada cimbclicks kan. 1st aku belikan dia jam. lepas tu handbag. perfume dia dah beli sendiri. list of hantarans dia pun aku dah tak ingat. oh dia nak clutch, aku ada juga survey tapi kalau dia berkenan harga pulak mahai nak mampus. haha. biasalah orang baru kerja nak kahwin so bukan ada duit banyak sangat. macam aku dulu la. cuma dulu aku laki bini semua urus sendiri. barang hantaran je la. beli dekat shopping mall. catering, apa semua mak dengan ayah. 

sekarang macam delegate tugas. hal dewan dah jadi hal aku. kami try mintak dewan di GMI. tapi tunggu takwim tak keluar keluar lagi. kata bulan Jan ni. eh gila ke hape, bila nak keluar kad centu? awal-awal dulu aku ada tanya dewan di UKM dia kata nak renovate. so haritu mak kata try tanya lagi, so aku called dia kata 8hb is free, 7hb fully booked. lepas dapat tahu yang GMI tak boleh nak beri kata putus lagi so mak kata booking je la if 8hb pun. so aku call orang tu balik, dah rezeki Bella kot kan tiba-tiba dia kata free pula tarikh tu. syukur Alhamdulillah. dia nak sangat tarikh 7hb tu bukan apa, nak tarikh 6hb untuk nikah tu. Bella punya birth date 5hb Feb, nikah 6hb Feb and Tawfiq punya birth date 7hb Feb. so sweet sangat kan? haha. Bella nak nikah tahun depan tapi mak aku tak bagi tunang lama-lama. aku pun tak bagi :p


lepas hal dewan. bincang pula pasal kad. Bella ni jenis semua benda dia nak buat sendiri. dia dah reka kad kawin. and ayah aku tak berapa nak suka design tu. so dia tampil dengan beberapa design dia pula. so sekarang masih mencari a few design yang berkenan di hati. tu pepandailah korang settle kan. dateline bulan ni.

door gift pula. semua pun duk google up and survey sana sini siap bagi pendapat bagai. aku pun ada tanya kawan-kawan yang buat benda ni. tapi bila suruh semua orang buat mesti jadi mahal kan? mula-mula nak bagi donut big apple tu. tapiiiiii mahal. dah tak dapat harga murah macam kawan ayah aku tu. so hold dulu. cari benda lain yang sedikit affordable. pun dateline dia akhir bulan ni nak beli barang semua.

katil, langsir, bed sheet dan kelengkapan lain dah settle juga. tunggu cat bilik and katil masuk bulan Jan ni. baju nikah dia semua pun dah settle rasanya, haritu dah ukur. tinggal nak fitting. tapi sebab jauh mungkin tak payah fitting. tengok macam mana nanti. baju family pun mestilah dah tempah. baju lelaki beli siap je. mostly banyak dah selesai. tinggal runcit-runcit je lagi.

so far ini yang major yang boleh aku fikir sekarang. nak gubah hantaran tu memang mak and the gang la yang akan buat. so far tak pernah lagi hantar orang buat hantaran. mak i is creative you know. hihi. Bella google gambar pastu tunjukkan pada mak and mak akan realisasikan impian dia tu :p

dah penat membebel, jom layan gambar Bella prewed. bosan baca panjang lebar mesti nak tengok gambar pula kan? hehe.




eh eh ni je rupanya yang ada dalam henfon aku. masa ni dia sent kat aku. pandai OP ni tangkap gambar. cantikkkkkkkkkkk sangat. akak suka. sila check instagram dia: @iszsudirman_official

BYE :D

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio