Wednesday, April 23, 2014

.membebel-bebel.

semalam saja-saja cuti sebab bella cuti. haha. konon nak cuti sama-sama sebab nak tukar nama akaun tabung haji. nama kami adik beradik masih atas nama mak, so tak boleh daftar haji. last-last tak pergi pun tabung haji sebab malas. muahaha. lagipun mak kata better tunggu suami masing-masing untuk daftar sekali sama-sama. so senang nanti dapat pergi sama-sama. que pun sama-sama gitu. aku nanti tunggu masa cuti pantang je lah. then mak ajak pergi nilai 3, nak survey katanya. maghilah. aku pulak pantang berjalan, MESTI nak kena beli something. apa la nak jadi. nafsu, nafsu -.-"


aku beli bunga, aku memang suka beli bunga kalau pergi nilai 3. haha. and kalau pergi KK Home Deco, aku akan beli mangkuk comel-comel. bunga pun banyak juga dekat sini, selalu dapat offer sebab kami member. belum balik rumah so takdo picture. hihi. semalam dengan harini tidur rumah mil. biasalah, mesti nak kena bagi atok dan maktok jumpa cucu kan every week. nasib baik dekat, kalau tak menangis nak kena balik tiap minggu. nak unpack baju bajan lagi. dengan sarat barat lagi, memang menangis la. sekarang ni pun rasa macam sakit sangat nak jalan. baru 33 weeks. dengan baby asik mengeras je. aku dapat rasa akan bersalin awal. haha. dugaan bila ada anak lasak, mengandung lagi sarat pun still kena handle anak. lagipun anak kau, takkan nak avoid pulak kan? ngelat sikit takpe. don't worry mama sayang Aaris sangat. semalam lepas pergi nilai 3, balik tu sidai kain. then rasa penat sangat, lelap sekejap sampai tengah set alarm boleh tertidur. haha. sekali baba masuk "lah tidur ke?" rupanya sejam jugak aku tidur. terus bangun then mandi sebab tidur pun berpeluh-peluh. thank you baba handle Aaris petang tu. siap bagi makan. semalam pagi baba ada meeting, so mama handle Aaris. aku siap masak semalam kat rumah mak. suap Aaris makan, banyak dia makan Alhamdulillah. malam pun makan banyak baba kata. Aaris makan memang ikut mood. makan lari-lari, kita kena layan je.


baby dalam perut pulak sekejap je dah 8 bulan. tapi bag g hospital tak pack lagi. baba dah tanya "eh awak dah kemas bag ke belum?" rileks je aku. haha. sebab dekat je kan nak bersalin :p set bersalin dah decide. tapi belum order. ambil apa yang perlu je kot. loose pack. malas nak beli set-set bagai. bukan pakai pun, membazir. tukang urut pun tak call and book lagi. adoii. yang pasal baby semua dah settle dah. tinggal nak g beli set mandian baru je ha. and maternity pad tak beli lagi. oi baju baby pun tak basuh lagi. aduhai. banyak lagi rupanya nak kena buat eh? huhu. lama tak bukak checklist so lupa. next week jumpa doctor pakar lagi. apa la khabar anak mama ni? tak sabar mahu ketemu.


ok bai, tu je nak bebel. lain masa aku update lagi pasal checklist pregnancy. kalau terlebih rajin tempek gambau sekali buat kenangan abadi. hihi.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio