Monday, April 21, 2014

.balik kampung.

weekend datang lagi dan pergi begitu pantas sekali. rumah mak aku dah start kena catu air since awal April haritu. tak tahu la apa nasib sampai bila kena catu. rumah aku pulak kena juga. tapi start hari kedua baru takde air. kira hari pertama air tangki masih cukup nak tampung kot. tapi haritu adaaaa je air. pelik la cemana tah dorang catu air ni. dan ada kawasan yang tak kena langsung, ini tidak adil. grr.

so patutnya Jumaat haritu dah kena catu, tapi rumah aku masih ada air sampai ke malam. nasib baik aku dah siap basuh pinggan, tadah air minum semua siap. basuh baju je tak malam tu, baju pun sikit membazir je basuh. then pagi Sabtu tengok air dah kecil, so cepat-cepat basuh baju and ingat nak masak. sekali nak g masak tengok eh dah takde air. hoih makan cereal je la kita Aaris. nasib baik ada cereal. banyak jugak Aaris makan. then lepas makan, mandi, susu bagi dia tidur caj tenaga. mama pun start packing sebab memang plan nak balik kampung. lama gila tak balik kampung hoi. banyak benda nak kena bawa sebab nak datang rumah tinggal kan. mak aku semua dah sampai sana. im kerja pagi, so tunggu dia balik then pergi birthday party anak kawan dia barulah kami ke kampung. so sampai dalam jam 6 lebih macam tu. semua keletihan je sebab mengemas, masak segala kan. mak aku memang akan masak sebab ibu mithali kan :p

malam tu singgah rumah atok sedara. borak punya borak dah sampai jam 10pm. Aaris pun dah mengantuk gila. yela, berjaga dari jam 12pm kan. tapi dalam kereta tidur gak la sejam macam tu. tu kereta berhenti je bila sampai kampung terus celik mata. punya la seronok dapat main ball dengan kawasan lapang tu kan. seronok je tengok. 


ni jalan depan sebelah rumah. so tiap orang yang lalu jalan ni akan horn ayah aku. haha. yela, lama gila tak balik kan. ayah aku pulak dari sampai, sampai nak balik asik ngerjakan kat luar. tebang pokok la, tebas kemuncup la. ghisau, awak tu badan bukan kuat sangat lagi. jalan sebelah ni takde pun dulu, hutan je semua. tapi sekarang dah jadi macam main road pulak. rindunya suasana kampung yang dulu. dulu depan rumah atok penuh pokok manggis. ada satu pokok rambutan yang rendang tapi berbuah. bawah pokok rambutan ada buai. rutin setiap pagi, sapu daun-daun manggis yang berguguran. pastu siapa bangun awal boleh ikut atok pergi pasar. nanti dapat jajan. rindu arwah atok :'(


sebab Aaris active sangat, ajak baba je bergambar. tapi tengoklah. main-main je kerja dia. nyampah -.-"

pagi Ahad ingat nak g pantai, sekali atok sedara ajak g camp. macam pasar pagi tapi macam-macam jual. ala-ala downtown pagi. mak aku nak cari tudung katanya. maka moh kita. konon aku taknak cari apa-apa la sebab awal bulan je dah habis shopping tudung kat Ariani, bukan sekali pergi tapi 3 kali. pastu pergi pulak putri dewi cari tudung soft awning tu. dan akhirnya kat pasar pun beratus habis. pftttt. beli pun tak banyak, yang baba dah lama nak seluar yang macam aflin shauki jual tu. so bila jumpa, kain pelikat "gajah duduk" kot. so terus beli. bukan satu tapi dua. belikan Aaris satu. aku pulak beli kain cotton murah. kain tu aku tengok kat Butik Zaida, dia jual rm259 tak silap baju dah siap. dah lama berkenan kain tu, so beli la jugak :p mak dengan wawa pun borong sekali. bella je beli kain pelikat nak buat baju. pun cantik. tu lah dia kalau perempuan shopping. haih. 

balik dah jam 11am. siap-siap nak masak. lepas masak, makan. sibuk balik mengemas nak balik. rehat kejap tunggu Asar, terus g Pantai Morib. tapi alahai, air lambat pasang. kitorang sampai dalam 5 lebih kot, air jauh sangat. so main pasir dulu. then baba bawak la Aaris ke laut. aku malas nak ikut. hihi. Aaris geli pasir masuk selipar dia. sibuk nak bukak selipar nak bersihkan. mana boleh -.-"


mimoknya mama masa ni. haha. lepas mandi siap-siap semua terus balik. balik rumah mak dulu, lepas makan baru balik rumah. 10 lebih sampai rumah. letihnyaaaa. pergi kerja pun lewat harini. haha.

sebelum pop out ingat nak bawa Aaris pergi Melaka Wonderland pulak. bagi dia happy je sekarang ni sementara takde baby lagi. tapi tetap kena marah kalau notty! mama and baba love you Aaris :*

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio