Wednesday, April 30, 2014

.Ariani sales lagi.

stress mak nyah. adoii. semalam aku check up jumpa pakar, lama gila. eh apa kena mengena dengan ini cerita? tak macam ni, masa sales Ariani yang 50% tu lepas check up aku g Ariani dengan im. hihi. bukan selalu orang nak belanja tudung baghu. tapi tak beragak, amik 5 lai plain tone and satu tudung printed. ni im racun sebab asik amik plain jek katanya. aku banyak tudung plain, tapi yang pendek. so nak beli yang labuh sikit :p

pastu aku g lagi teman kawan aku nak beli tudung Ariani, sebab bila ada kad kan kau ada extra diskaun. sekali aku terjebak lagi sekali membeli 3 lai. sekian terima kasih. pastu ingat nak beli tudung printed awning hitam, tapi macam hold dulu. then akhirnya hari last tu pergi juga lagi beli tudung yang aku nak tapi dah habis, so ambil awning macam dark coklat nak ke hitam. so semua sekali jumlah tudung yang dibeli adalah 9 helai haritu rupanya. peh peh.

selalu kalau tudung corak-corak aku suka beli wafi. tapi sekarang macam dah tak suka. ada siapa-siapa nak? haha. ada yang baru lagi, ada yang pakai sekali jek. aku ingat nak jual kat car boot sale je nanti. hihi.

ni last week aku pergi beli kain untuk buat baju raya. aku memang dah lama nak kaler ni since imran dah ada kaler tu. so beli untuk kami berdua jek. baby maktok kata tak payah la, sian dia kecik lagi. lagipun imran dah dua tahun ganti baju melayu, so tahun ni kita recycle je. simpan duit nak buat aqiqah. hehe. then tetiba bella pun kata eh beli jek la sama, nanti masa aqiqah dengan tunang pakai je baju raya. eh siapa nak tunang tu? :p

so disebabkan dah beli kain untuk buat baju raya boleh la kita beli tudung raya. ehem. menggoda sangat tengok gambar-gambar tudung baru yang saja je nak tarik pelanggan datang untuk memeriahkan. tapi yang pasti hambik la berapa lai kau nak pun tak jadi masalah. tak payah nak tidur tepi jalan. tak payah sibuk nak ambil nombor bagai. haha. mari kita serbu Ariani. sales sampai 4 May, hamik.




semua ni cantik, *saya suka saya suka*

Thursday, April 24, 2014

.tazkirah pagi.


pang kena pada diri sendiri. sebab aku selalu macam ni. lagi-lagi dengan suami sendiri. hihi. lepas ni take note. semat dalam hati baik-baik. insyaAllah, kita kena berubah kepada yang lebih baik :')

tapi aku pun pernah mintak maaf dulu pada orang lain, biasa lah bila hati tengah panas semua jadi baran. lagi-lagi perempuan penuh dengan emosi bukan? sebab tu kita (lebih-lebih lagi aku) perlu cool dulu and bila dah boleh fikir rasional memang tak jadi masalah dah benda-benda yang lepas. sebab sekarang kita hidup untuk masa depan. cewah, pandai kau berkata-kata ye zeera? :p

kita kena la matang kot bagi aku, bukan sentiasa nak cari salah orang. perlu sangat-sangat muhasabah diri. ini cakap untuk diri sendiri okay. siapa makan cili dia rasa pedas kan? dan aku sedar, tak semua orang akan suka kita dan suka dengan setiap yang kita buat. cuma kita kena pandai jaga diri dan pandai ambil hati orang. gitu. okay sekian tazkirah pagi ni. renung-renungkan dan selamat beramal :D

Wednesday, April 23, 2014

.membebel-bebel.

semalam saja-saja cuti sebab bella cuti. haha. konon nak cuti sama-sama sebab nak tukar nama akaun tabung haji. nama kami adik beradik masih atas nama mak, so tak boleh daftar haji. last-last tak pergi pun tabung haji sebab malas. muahaha. lagipun mak kata better tunggu suami masing-masing untuk daftar sekali sama-sama. so senang nanti dapat pergi sama-sama. que pun sama-sama gitu. aku nanti tunggu masa cuti pantang je lah. then mak ajak pergi nilai 3, nak survey katanya. maghilah. aku pulak pantang berjalan, MESTI nak kena beli something. apa la nak jadi. nafsu, nafsu -.-"


aku beli bunga, aku memang suka beli bunga kalau pergi nilai 3. haha. and kalau pergi KK Home Deco, aku akan beli mangkuk comel-comel. bunga pun banyak juga dekat sini, selalu dapat offer sebab kami member. belum balik rumah so takdo picture. hihi. semalam dengan harini tidur rumah mil. biasalah, mesti nak kena bagi atok dan maktok jumpa cucu kan every week. nasib baik dekat, kalau tak menangis nak kena balik tiap minggu. nak unpack baju bajan lagi. dengan sarat barat lagi, memang menangis la. sekarang ni pun rasa macam sakit sangat nak jalan. baru 33 weeks. dengan baby asik mengeras je. aku dapat rasa akan bersalin awal. haha. dugaan bila ada anak lasak, mengandung lagi sarat pun still kena handle anak. lagipun anak kau, takkan nak avoid pulak kan? ngelat sikit takpe. don't worry mama sayang Aaris sangat. semalam lepas pergi nilai 3, balik tu sidai kain. then rasa penat sangat, lelap sekejap sampai tengah set alarm boleh tertidur. haha. sekali baba masuk "lah tidur ke?" rupanya sejam jugak aku tidur. terus bangun then mandi sebab tidur pun berpeluh-peluh. thank you baba handle Aaris petang tu. siap bagi makan. semalam pagi baba ada meeting, so mama handle Aaris. aku siap masak semalam kat rumah mak. suap Aaris makan, banyak dia makan Alhamdulillah. malam pun makan banyak baba kata. Aaris makan memang ikut mood. makan lari-lari, kita kena layan je.


baby dalam perut pulak sekejap je dah 8 bulan. tapi bag g hospital tak pack lagi. baba dah tanya "eh awak dah kemas bag ke belum?" rileks je aku. haha. sebab dekat je kan nak bersalin :p set bersalin dah decide. tapi belum order. ambil apa yang perlu je kot. loose pack. malas nak beli set-set bagai. bukan pakai pun, membazir. tukang urut pun tak call and book lagi. adoii. yang pasal baby semua dah settle dah. tinggal nak g beli set mandian baru je ha. and maternity pad tak beli lagi. oi baju baby pun tak basuh lagi. aduhai. banyak lagi rupanya nak kena buat eh? huhu. lama tak bukak checklist so lupa. next week jumpa doctor pakar lagi. apa la khabar anak mama ni? tak sabar mahu ketemu.


ok bai, tu je nak bebel. lain masa aku update lagi pasal checklist pregnancy. kalau terlebih rajin tempek gambau sekali buat kenangan abadi. hihi.

Monday, April 21, 2014

.balik kampung.

weekend datang lagi dan pergi begitu pantas sekali. rumah mak aku dah start kena catu air since awal April haritu. tak tahu la apa nasib sampai bila kena catu. rumah aku pulak kena juga. tapi start hari kedua baru takde air. kira hari pertama air tangki masih cukup nak tampung kot. tapi haritu adaaaa je air. pelik la cemana tah dorang catu air ni. dan ada kawasan yang tak kena langsung, ini tidak adil. grr.

so patutnya Jumaat haritu dah kena catu, tapi rumah aku masih ada air sampai ke malam. nasib baik aku dah siap basuh pinggan, tadah air minum semua siap. basuh baju je tak malam tu, baju pun sikit membazir je basuh. then pagi Sabtu tengok air dah kecil, so cepat-cepat basuh baju and ingat nak masak. sekali nak g masak tengok eh dah takde air. hoih makan cereal je la kita Aaris. nasib baik ada cereal. banyak jugak Aaris makan. then lepas makan, mandi, susu bagi dia tidur caj tenaga. mama pun start packing sebab memang plan nak balik kampung. lama gila tak balik kampung hoi. banyak benda nak kena bawa sebab nak datang rumah tinggal kan. mak aku semua dah sampai sana. im kerja pagi, so tunggu dia balik then pergi birthday party anak kawan dia barulah kami ke kampung. so sampai dalam jam 6 lebih macam tu. semua keletihan je sebab mengemas, masak segala kan. mak aku memang akan masak sebab ibu mithali kan :p

malam tu singgah rumah atok sedara. borak punya borak dah sampai jam 10pm. Aaris pun dah mengantuk gila. yela, berjaga dari jam 12pm kan. tapi dalam kereta tidur gak la sejam macam tu. tu kereta berhenti je bila sampai kampung terus celik mata. punya la seronok dapat main ball dengan kawasan lapang tu kan. seronok je tengok. 


ni jalan depan sebelah rumah. so tiap orang yang lalu jalan ni akan horn ayah aku. haha. yela, lama gila tak balik kan. ayah aku pulak dari sampai, sampai nak balik asik ngerjakan kat luar. tebang pokok la, tebas kemuncup la. ghisau, awak tu badan bukan kuat sangat lagi. jalan sebelah ni takde pun dulu, hutan je semua. tapi sekarang dah jadi macam main road pulak. rindunya suasana kampung yang dulu. dulu depan rumah atok penuh pokok manggis. ada satu pokok rambutan yang rendang tapi berbuah. bawah pokok rambutan ada buai. rutin setiap pagi, sapu daun-daun manggis yang berguguran. pastu siapa bangun awal boleh ikut atok pergi pasar. nanti dapat jajan. rindu arwah atok :'(


sebab Aaris active sangat, ajak baba je bergambar. tapi tengoklah. main-main je kerja dia. nyampah -.-"

pagi Ahad ingat nak g pantai, sekali atok sedara ajak g camp. macam pasar pagi tapi macam-macam jual. ala-ala downtown pagi. mak aku nak cari tudung katanya. maka moh kita. konon aku taknak cari apa-apa la sebab awal bulan je dah habis shopping tudung kat Ariani, bukan sekali pergi tapi 3 kali. pastu pergi pulak putri dewi cari tudung soft awning tu. dan akhirnya kat pasar pun beratus habis. pftttt. beli pun tak banyak, yang baba dah lama nak seluar yang macam aflin shauki jual tu. so bila jumpa, kain pelikat "gajah duduk" kot. so terus beli. bukan satu tapi dua. belikan Aaris satu. aku pulak beli kain cotton murah. kain tu aku tengok kat Butik Zaida, dia jual rm259 tak silap baju dah siap. dah lama berkenan kain tu, so beli la jugak :p mak dengan wawa pun borong sekali. bella je beli kain pelikat nak buat baju. pun cantik. tu lah dia kalau perempuan shopping. haih. 

balik dah jam 11am. siap-siap nak masak. lepas masak, makan. sibuk balik mengemas nak balik. rehat kejap tunggu Asar, terus g Pantai Morib. tapi alahai, air lambat pasang. kitorang sampai dalam 5 lebih kot, air jauh sangat. so main pasir dulu. then baba bawak la Aaris ke laut. aku malas nak ikut. hihi. Aaris geli pasir masuk selipar dia. sibuk nak bukak selipar nak bersihkan. mana boleh -.-"


mimoknya mama masa ni. haha. lepas mandi siap-siap semua terus balik. balik rumah mak dulu, lepas makan baru balik rumah. 10 lebih sampai rumah. letihnyaaaa. pergi kerja pun lewat harini. haha.

sebelum pop out ingat nak bawa Aaris pergi Melaka Wonderland pulak. bagi dia happy je sekarang ni sementara takde baby lagi. tapi tetap kena marah kalau notty! mama and baba love you Aaris :*

Tuesday, April 15, 2014

.jangan cepat besar please.

next month Aaris dah dua tahun kejap je masa berlalu. seronok dealing dengan Aaris Zaquan walaupun ianya meletihkan. kadang-kadang aku stress sangat bila handle Aaris. kadang-kadang-kadang aku rasa malas, lagi-lagi bila tengah sarat and baba dia ada. so biar baba handle dia sebab aku memang lebih banyak spent time dengan dia kan. paling stress bila nak suruh dia tidur bila tanpa buai. dia memang tak akan tidur okay unless dia betul-betul letih. tapi nak tunggu dia letih tu, berjanggut. macam haritu kat rumah nora, kami gerak dalam 11.30am macam tu. masa tu dia tengah tidur, so baba kejut dia. lepas habis event rumah nora, im pergi satu lagi event tapi aku follow bff pergi Alamanda dengan Aaris. drive berdua je. huhu. dalam kereta dia layan dvd tak tidur. sampai Alamanda kami lepak Big Apple. mula-mula okay je makan donut. last-last dah bosan dia nak turun. aku bagi henpon aku, dia campak. hoi aku dah geram. kena cubit sekali. pastu dia nangis, dalam nangis tu macam biasa dia sebut "mamma". sedih pulak teringat. aku memang selalu marah, eh tapi takla selalu. cuma selalu tinggikan suara je. mungkin sebab dah selalu so dia buat bodoh je bila aku marah. sebab tu kadang-kadang kena guna tangan :( tapi takla selalu juga naik tangan. aku jarang pukul sampai dia menangis macam tu. adalah juga bila tengah marah sesangat tu kan. Aaris takla susah nak handle, kadang-kadang je macam eh kenapa dengan awak ni? mama yang letih tengok. ha macam tu. lasak tu memang sangat lasak. anak lelaki kan. baru sorang, another one is coming. peh peh.

lepas tu kami terus balik, tengah aku cari parking dia dah tidur dalam stroller. payah okay nak tengok dia tidur dalam stroller. sangat payah. anak aku memang susah nak tidur dan aku tak tahu kenapa. kalau dia mengantuk, dia akan jadi lagi active. lari sana, lari sini. baling barang semua. bila tak dapat dia menangis. hadoii. tu paling stress. kalau tidur malam pun dia akan masuk baby cot terus mintak ipad. layan dalam setengah jam tengok kepada kemengantukan dia baru dia akan lepas ipad. tapi belum tidur lagi. usap sana usap sini, garu sana garu sini, pusing sana pusing sini dekat setengah jam lepas tu baru lena. kadang-kadang tunggu dia layan ipad aku tidur dulu dah. haha. 

macam malam tadi lepas main ipad dia dah mamai-mamai, baba kerja so dia tidur sebelah aku. senang sikit nak garu ke apa. Aaris ada eczema so dia bila berpeluh dia jadi gatal. bila gatal dia akan cakap "atal, amuk". tak pun "emut". haha. kadang-kadang ambil tangan aku suruh usap kaki dia. takpun kepala dia. aih macam-macam la. layan je la. sambil tu tanya dia "Aaris sayang mama tak?" mata dah terpejam pejam, tapi tahan-tahan. banyak kali aku tanya last-last dia angguk. aloh comel. pastu peluk leher aku suruh kiss dia. melting sangat. pastu aku pun cakap, "mama sayang Aaris juga". rasa macam terharu sangat. dia faham :')


Aaris suka sangat pergi playground. nasib bawah rumah ada playground. rumah mil pun dekat, rumah mak aku je takde. haha. Alhamdulillah, so far duduk dengan maktok Aaris belum lagi pernah demam, selsema or batuk. cuma dekat Mekah tu je dia macam dedar tapi takla demam panas ke apa. sekotak cool fever aku beli pun tak guna lagi. Aaris pun layan je makan makanan pedas. cuma semalam aku makan kueh teow tomyam tapi aku lupa pesan tak pedas. tapi dia makan je sampai dia rasa tak tahan sambil pegang lidah, pedas sangat la kot. hihi. Aaris ni lebih banyak ikut perangai aku. manja, (aku manja ke? :p) sedikit degil, (nak juga buat bila orang tak bagi) suka baling barang bila marah (ni sebijik aku, haha). tapi Aaris peramah macam baba, sangat kot.


aku balik tengah hari, tengok anak layan ipad macam ni sekali. amboiii, santai sangat ni. haha. 


aku memang jarang beli mainan untuk dia, aku prefer beli benda-benda macam ni or baju untuk dia. hehe. kadang-kadang rasa puas dapat beli benda yang aku suka untuk anak. macam stroller. tak kisah mahal, aku akan usahakan juga. ada juga aku beli benda murah macam buggy Aaris tu aku beli murah gila, as long aku suka benda tu. haha.


ni gambar paling latest. baba ada discussion pasal lori. aku layan la dia ni, sibuk nak "akem, nak, nak, nak" kan. pastu bila dapat je, asik la cakap sedap sampai aku "ye, mama tau sedap. makan elok-elok". ice cream rm4.10 kalau tak sedap mau aku bagi balik kat 7E tu kan. haha. dah naik dah ice cream magnum ni. hoih.

aku taktahu nak beli apa untuk Aaris tahun ni. nak beli playground yang kecik tu. tapi nak letak mana? dari dulu nak beli. dulu tu masa ada offer rm299 je kat Tesco. tapi tulah, nak letak mana? haha.

pagi tadi Aaris nak dukung. pastu aku cakap, "ala, mama tak larat sambil tunjuk perut. ni ada baby". pastu dalam lift dia nak dukung lagi sebab nak tekan number-number tu. dukung la kejap. pastu nak jalan ke parking dia macam angkat-angkat tangan lagi. aku tanya lagi "nak dukung ke?" bila aku nak angkat, dia geleng, dia nak pegang tangan rupanya. sambil tunjuk perut "baby" alahaiiii, kau tak cair dengar? T.T

jangan cepat sangat besar please.

Monday, April 7, 2014

.weekend gateway.

amboi tajuk, gateway lah sangat. haha. seronok la kalau im cuti on weekend. boleh spent time lama sikit kan. 5th of April, ramai nau orang kawen date ni. macam aku ada 3 wedding. satu jiran je, so hujan renyai-renyai meh pakai payung jalan ramai-ramai. then pergi Dewan Sri Siantan, actually zehan ni aku kenal dari ekin. yang pakai shawl oren bawah ni. ekin ni pulak aku kenal dari bf dia. bf dia kawan im. and kami kawan sampai la ni. ekin ni sangat peramah to the max. so mungkin sebab tu orang suka kawan dengan dia. sekarang ni dia full time housewife tapi dia juga ig seller yang sangat top sekarang ni. followers dia beratus ribu. siap kena beli nombor fon baru sebab nombor lama dah jadi nombor bisnes.


yang pakai tudung hitam tu teed. bff ekin. kira teed, zehan dengan ekin ni bff since dorang belajar uitm dulu. gitu. and teed je tak kawen lagi. coming soon kot. hehe. dorang ni semua cantik-cantik, kurus dan tinggi. benci i. masa dekat wedding ni ingat nak borak-borak and tangkap gambar dengan pengantin, but Aaris dah melasak macam hape. berlari satu dewan, baba dia pun dah rimas so moh la kita balik. sempat capture gambar dengan dorang je. tu pun dari camera ekin. huhu. jumpa lagi nanti korang :')

and zehan, congrats. enjoy ur life of marriage!


then pergi kenduri eja, classmate masa sekolah dulu. datang pun dah lewat, dalam jam 3 lebih macam tu. jumpa juga ex classmate masa sekolah dulu, berry dengan moon. siap join dorang selfie dengan pengantin semua. im jaga Aaris dekat luar. sekali eh budak kecik ni menyusup masuk dengan shoes tak bukak. eh eh. ha moh ambil gambar sekali. hehe. bukan selalu im dengan Aaris nak hensem hensem macam ni. haha. aku suka lagi tengok im pakai round neck and crocs. sempoi and santai gitu.

dulu masa kenal im dia memang la keluar pakai kemeja bagai, tu masa mula-mula kenal la kan. pastu dah lama-lama tshirt sudah. haha. sebab dia kerja pun pakai jeans and round neck and crocs je. kadang-kadang je pakai kemeja T. hehe.



memang dah lama plan nak bawa Aaris pergi zoo ke apa, nak tengok binatang. last week im kerja malam, balik nak tidur dulu sekali dah petang so ingat macam tak berbaloi nak pergi farm in the city ni. so tunda Ahad next week. then semalam Aaris bangun je tidur siap-siap terus gerak. sampai dalam 10 lebih ke 11 macam tu kot. Aaris excited toksah cakap dapat berlari sana sini.


masuk ni kena bayar rm30 with mykad. dekat je farm in the city ni. dekat seri kembangan. cewah, dekat je katanya. kalau tanya lalu ikut mana aku pun tak tahu. haha. sebab bukan aku drive kan :p

best jugak la pergi benda ni. boleh pegang anak ayam, pegang arnab, pegang cicak apa tah. eee geli. spesis iguana tu semua ada. dia tak letak dalam cage kecik-kecik tu. boleh tengok live dekat dekat kot. dia dalam satu cage yang besar and sorang jaga dalam tu. ada burung merak, kancil, ayam toksah cakap, berlari sana sini. eh banyak la binatang dalam ni. dia taklah sebesar zoo negara, tapi lencun jugaklah baju masuk benda ni. haha.


aku main tangkap gambar dorang je. tu yang banyak gambar dari belakang sebab Aaris taknak pandang. pandang pun sekejap je. haih. mungkin sebab lagi excited tengok binatang dari tangkap gambar kan. tapi bila aku suruh baba tangkap gambar kami, dia boleh pulak buat peace la, smile la. ish budak ni. gerammm.

masa tengah bagi ikan makan, Aaris mujur tak jatuh dalam kolam. nasib baik baba paut dia kat lengan. ish seram gila. aku tengah syok amik video sebab ikan super banyak dan besar. ikan koi tu. ada video macam jatuh tu tapi tak nampak la dia, dengar suara aku je. im kata aaris nak bagi ikan makan pastu dia macam nak terjun macam tu. seriau betul. nasib baik tak jatuh apa-apa, Alhamdulillah.

kalau nampak pintu besar kat kotak ketiga tu, ha tu la yang aku maksudkan dengan cage besar. then kau boleh tengok dekat-dekat itik tu berenang-renang. bawah tu ada ayam. pastu nanti orang tu bagi makanan burung kat kau then burung datang makan atas tangan kau. banyak sangat burung yang makan. tapi masa tangkap gambar tinggal satu je. haha.


 paling best sebab dapat bagi binatang-binatang ni makan, pegang dia. sebab almost semua binatang dalam ni jinak. so takyah takut, tapi aku still takut. hihi. sebabtu aku duk tangkap gambar je. baba yang layan Aaris. bila dah penat moh kita balik. pastu aku tanya Aaris, "seronok tak?" dia jawab "onok". comel je. macam faham sangat apa seronok tu. haha. baba pulak tanya "best tak?" dia pun jawab "best". haloh-haloh bijaknya anak mama ni. banyak lagi gambar, tapi tak larat nak edit and upload. korang pergi la tengok live lagi best :D

weekend korang macam mana? 

Friday, April 4, 2014

.progress aaris day by day.

tak lama lagi aaris dah nak masuk dua tahun dah. tak sampai sebulan pun lagi. bulan ni dia dah setahun sebelas bulan :) pandai dah macam-macam. lasaknya tak usah cerita. letih aku tengok dia yang tak letih-letih. bijak dia pun boleh tahan. macam-macam akal dia. kaki sepah rumah memang champion. and aku nak cerita pasal progress dia yang agak membanggakan aku. aku la nak bangga dengan anak sendiri, kalau tak siapa lagi kan? peh peh.

dari semalam aku berzikir dekat aaris, "aaris duduk rumah maktok ye. nanti lunch mama balik. petang kan ada acu" then "aaris don't cry okay, aaris kan good boy". banyak kali aku ulang. sebab? masuk minggu ni dah dua minggu dia tantrum pepagi nak duduk dalam kereta taknak toleh ke maktok. adoiii. semua gara-gara baba ajar tengok dvd dalam kereta supaya behave. kalau tak dia merepes sana, merepes sini. pening kepala mak kau nak. dah la perut semakin memboyot :p sampai aku suruh baba letak car seat dekat tengah-tengah bahagian belakang. ada masa dia nak turun dan duduk depan. payah sikit nak letak dia with seat belt kalau seat tu tetengah. haha.

pagi ni aku cakap lagi macam tu sambil usap tangan dia, usap kepala dia. respon dia? sama macam semalam. buat bodoh je sambil tengok dvd. sampai baba dia yang jawabkan "yelah, aaris taulah" eh eh? haha. semalam amik cd kampung boy sebab dah bosan tengok upin ipin, anak-anak sidek, boiboiboi tu kan. dia nak kartun melayu je sebab dia faham. kadang-kadang je layan tom and jerry. kat tb layan baby first, cbeebies dengan apa tah satu lagi channel kat unifi tb tuh. pastu kan tetiba ada lembu then aaris terus cakap "mooo" sambil tunjuk. aku macam eh? pandainya. mana dia tahu? amazed dengan anak sendiri. aku pun tak perasan bila aku ajar dia. ada ke aku ajar dia? ha camtu. aku ni jenis rilek je, go with the flow. ajar sikit-sikit, tak pressure dia. kalau dia taknak ikut ha sudah, pergilah main. tapi jangan main benda bukan-bukan. tapi dia suka min benda bukan-bukan. bukan-bukan menas bukan permainan. kalau nak tengok dia duduk diam, dia akan bersama ipad. hehe. ipad tu bukan asik main game je. ada juga education dalam tu. acu ajar lagu "head and shoulder" nanti dia menari sambil tunjuk head and shoulder bagai. macam funny, tapi baguslah kan dia belajar? happy je tengok. semalam juga aku tengah kemas baju baby masuk dalam almari (dah start pindah masuk sikit-sikit) then aaris nak lompat pastu dia kira "one, two, three, four" aku lagi sekali macam eh? good boy. pandainya aaris sambil ulang balik "one, two, three". haha. sangat excited okay.

melalui observation aku selama ni, budak ni belajar dari apa yang kita cakap dan buat. betul tak? kalau nampak kita solat, bila solat dia kan diri sebelah buat apa yang kita buat. even sekejap je kan pastu dah malas, gitu. bila azan, dia akan tadah tangan macam baca doa. padahal tu lepas azan la aaris. haha. then semalam hujan dia cakap "hujan" then bila nak naik kereta (hujan dah reda) tengok kereta basah dia cakap "basah". and kadang-kadang ada gerimis dia akan tutup kepala same goes with bila tengah panas. aaris jarang say "no" dengan orang even aku selalu cakap "nooooooo" dengan dia. tapi dia akan cakap "no" bila dia betul-betul taknak benda tu berlaku. haha. comel. selalu tersenyum sendiri sebab tak percaya anak dah besar T.T rasa nak nangis terharu pun ada. semalam tunjuk dia gambar cawan dia masa aqiqah. aku tanya siapa ni aaris? tau dia jawab apa? "baby" haha. bila kita tanya aaris mana? dia jawab "aye". bila kita tanya dia tu siapa then dia akan jawab "aaris". banyak lagi yang dia boleh respon dan buat orang tersenyum lagi-lagi aku :D

berbalik pada bila dalam kereta, dan bila kereta berhenti aaris akan cakap "yeay, dah sampai" ni obviously aku yang ajar. haha. but then sampai satu tahap bila dia cakap aku jadi happy. semua benda pun kau nak happy kan zeera? eh mestilah :p tapi sejak dua minggu ni bila sampai rumah maktok aku cakap "okay dah sampai, yeay" dia reply "yom" means belum. ya Allah, sejak bila pandai? adoiii, sumpah rasa nak gelak. haha. anak aku memang pelat sikit. tapi apa yang dia cakap still boleh faham. lagi-lagi bila cakap "ayangggg mamma" dia punya sebutan mama tu memang double m. dan lembut pulak tu dia panggil, cairrrrrrr sangat. mama love you so much aaris zaquan :)

Thursday, April 3, 2014

.membebel-bebel.

assalamualaikum :)

dah 3 bulan berlalu, entri di Mekah masih dalam deraf dan ingatan (ye ke? :p) haha. mahap ye. tuan punya belog punya la malas nak hadpet cerita plus gambau. adoii. hari ni nak cerita-cerita je boleh? hee.

aku dari semalam macam stress. banyak benda nak stress sebenarnya. first things pasal stroller. haha. memang aku minat Quinny Zapp Xtra 2.0 tu. tapi tahan je napsu. sekali incik suami bagi green light, jom beli baru yang lama jual. eh eh riang ria rasa hati. minta ada satu ig ni tolong jualkan. tapi dia kata tunggu que berderet dan sampai aku rasa eh sayang pulak nak jual. tapi tetiba satu malam ada orang ni macam beria nak beli, aku kesian aku pun ingat nak jual. dah deal kasi jadi ni. sekali tetiba esok nak jumpa malam ni habaq mai kata tak jadi. kau gila? aku dah bayar deposit untuk stroller baru kot. sebab kaler yang aku nak tak sampai lagi akak tu kata. mau tak stress? tapi im kata "rilekssssss" okay aku CUBA untuk rileks walaupun hati bergelora dan minda bercelaru, cewah. lagipun dia yang bayar, bukan aku bayar so aku rileks je la patutnya kan? tapi no no no, aku tak suka susahkan suami. ececewah. suka susahkan suami bila suruh drive ke tempat yang nak aku tuju je. i kan anjer :p 

selama aku pakai stroller tu, op kos la ada calar here and there. dah kata asik letak dalam kereta je kan. stain pun ada la sikit sebab kaler merah kan. tapi aku dah siap bersihkan dah, aku kan pembersih konon. stress kalau tengok kotor-kotor ni. kalau baju aaris kotor, aku rendam dulu baru aku cuci sampai hilang kotor. sebab tu aku stress if tengok baju dah bersih eh kotor balik. lagi-lagi baju putih. aku semua nak stress. eh stress ke psycho? haha. oh adapter maxi cosi dan rain cover masih dalam plastic. punya baik aku jaga. tak caya? tanya kengkawan aku macam mana aku jaga barang kecuali henpon. tapi sekarang dah tak baling henpon dah. kau gila nak baling ipon5? hihi.

ada la satu lagi benda buat aku stress semalam. tapi malas nak ulas. cukup la aku dah luah kat imran untuk hilangkan stress. okay cerita harini better bertajukkan STRESS. haha. lepas ni memang aku malas la nak layan kau weh. sebab tu kadang-kadang aku rasa eh macam bosan je ada kawan? better ada a few of sahabat. kawan biar ia berlalu dan pergi, gitu. sebab selalunya mesti aku je yang terhegeh-hegeh dengan dorang, dorang macam tak appreciate pun aku. benci betul.

so bila stress aku pun malas masak. jom makan luar, again. paling ya, aku nak shopping. ingat nak cari benda untuk diri sendiri but end up beli baju basahan anak-anak di fos. melayang rm70. belum masuk nampak seluar panjang rm10 beli. nampak seluar rm5 lagi la beli, bukan 1 tapi 5. dan bukan sekali nampak rm5, tapi berkali-kali. lagi-lagi kat expo. hehe. eh yelah, murah kan. kita kena bijak membeli. baju jalan baru beli yang mahal sikit. dulu beli baju aaris so takdelah rasa banyak sangat duit keluar, sekarang anak dah bakal dua. takpe, anak tu rezeki. baju raya pun dah settle. tapi mesti ada pertambahan here and there nanti. haha. tapi aku rasa sudahlah tu :p baju adik aku beli kat Mothercare, sebab sales. baju abang beli dekat  H&M. baju adik beli sikit-sikit. asal jumpa yang berkenan je beli, so tetiba jadi banyak. baju abang beli sekali harung, terkejut tengok price sekejap. so untuk raya tinggal baju raya pertama je lah.

okay dah habis bebel pasal stress. jom layan gambar yang ada dekat pesbuk. malas nak upload gambar dari ipon. hehe.


ni je aku beli untuk baby yang baru masa capture gambar ni. belum masuk baju-baju yang beli dekat expo. semalam beli dekat fos lagi. haritu beli dekat metro. bak kata im, tak habis lagi ke? aku pun tak tahu bila nak habis -.-"


bawa aaris ikut baba g event ice cream masa kenduri aqiqah irine dan birthday arryan anak ain kawan sekolah dulu. panjangnya ayat. peh. next week kenduri aqiqah iman anak nora pula. this week ada 3 kenduri kawen. peh peh.


ni masa depan H&M Avenue K beli baju raya aaris. lama gila tak jejak KLCC. 


 aaris makan sushi. suka je dia makan. good boy sangat. aku bagi yang ada sosej, fillet ketam tu, nasi plus kicap dia pun aaris boleh telan. dia pernah makan masa dalam perut so layan je dia. hehe. ni last aku rasa teringin nak makan sushi sebab haritu makan sampai kenyang sangat sampai rasa nak muntah balik. im la ni asik suruh makan. sekarang nafsu makan tu dah tak macam dulu, asal nampak je teringin. jarang-jarang rasa nak makan. tapi masak still malas. suka makan mak masak je. apa mak aku masak semua sedap, semua rasa nak makan. sebab tu berat pun dah slow dah naik.


ni latest pic, semalam. selfie bersama anak di playground. bawah rumah je pun. sibuk "nak, nak" sambil tunjuk playground. bukan tunjuk je, dah berlari dah pun. sebab playground sebelah lift je pun. kalau rumah bawah mampus nak layan tiap masa nak ke playground. hehe. tapi rumah bawah best ada laman belakang. depan je tak berapa best environment dia. apapun, bersyukur ada rumah sendiri walaupun kecil.

sekian terima kasih. dah habis membebel.
 
Blog Template by Delicious Design Studio