Tuesday, December 18, 2012

.i'm not happy.

hari ni aku sedih. rasa nak meluahkan. tapi tak tahu pada siapa.

akhirnya, disini jua ingin kucoretkan sesuatu.

aku kesian. kesian dengan orang tua itu. berhempas pulas memenuhi kehendak anak yang ku kira melampau. dari laptop, motor dan kini telefon pintar. harap-harap lepas ini dia bijak mengambil hati ibu bapa yang inginkan anaknya mendengar kata dan sentiasa membantu ibu bapanya.

tapi yang aku paling sedih, anak meminta seperti sedikit pun tidak memikirkan "eh, mak aku ada ke duit bila aku mintak mahal-mahal ni?" bila tak dapat, "sial, mampus" mainan lidah. bila dah dapat senyum lebar sampai ke telinga. tapi siapa aku mahu menyibuk hal kalian bukan? apa yang mampu ku buat simpati dari jauh buat si ibu dan bapa. sumpah, rasa nak menangis sebab sedih. terbayang jika adik aku buat macam tu kat mak aku memang kena dengan aku. tapi tak boleh nak salahkan anak seratus peratus jika ibu dan bapa merelakan segalanya bukan?

cuma satu yang aku harap, berubahlah. kita makin lama makin meningkat usia. bukan makin muda. yang tua pasti akan mati. yang muda pun tak tahu lagi akan mati bila. 

lately aku selalu rasa sedih. rasa kosong. happy pun sekejap je. ye, aku yang bermasalah bukan kalian. tapi aku tak tau nak luahkan pada siapa. dan rasa taknak luahkan pun. tapi rasa membuak-buak ingin meluahkan. faham tak?

*sigh
-__________________________-

berharap suatau hari nanti, anak aku akan buat mamanya happy sentiasa. please Aaris, tahu tak betapa mama bertarung nyawa untuk melahirkan awak? but still, apa yang akan terjadi awak tetap anak mama yang akan mama sayang sampai bila-bila. dan mama akan buat yang terbaik untuk awak. semuanya untuk awak, Aaris Zaquan.

Monday, December 17, 2012

.budak kenit berjoget.

budak besau tungau berjoget. alahaii. rasa nak gigit. haha. kami perasan Aaris berjoget bila baba dia panggil nama Aaris Zaquan secara berlagu. tiba-tiba dia henjut badan. sikit-sikit je la masa tu. sekarang kemain laju. haritu acu buka lagu oppa gangnam pun kau joget ye dik? hadoi. sapa ajar joget ni? haha.

ha ni baba pula ajar lagu sayang. sebab? baba sangat suka lagu ni sampai ringtone pun lagu ni. waduh-waduh. ni apa lagi ditungguin? mari nonton ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak :p




"sekian terima kasih", kata Aaris. dia kadang-kadang menari ikut mood. macam tau-tau je aku nak rekod. aish. kadang-kadang tu bagi makan sambil diri dia pun kenyit-kenyit mata sampai henjut-henjut badan macam uih sedapnya makanan ni. budak besar ni dah paham sedapnya makanan. bagusssss sangat kan? bak kata mak aku, mama babanya makan banyak maka anak pun ikut makan banyak la! haha.

okay, sampai jumpa lagi :)

Wednesday, December 12, 2012

.i missed.

i missed..

i missed the old friendship.

dari sekolah hingga kini.

aku tau sekarang semua dah berkeluarga, kalau takpun semua dah bizi dengan life masing-masing. apa yang tinggal? memang perasaan kawan itu tetap ada tapi dah lain. perasan tak? ke perasaan aku sorang je? :(

sekolah. yang tak rapat pun still boleh tegur. itu biasa. within facebook. semua pun boleh je kan? depan-depan? mungkin jadi kaku? tak siapa tahu.

PLKN. mati begitu sahaja. the end.

matrik? eyna musa. ninie malek. thank for being there even rarely meeting you guys. sorang lagi? biarlah dia dengan dunia dia. yang penting semua sudah berkeluarga. ninie malek, kau je takde anak lagi. make it fast. haha.

KPM. fera and shida. still the best. tapi... kalian saja yang sudah kan mungkin?

UKM. officemates? semua bermuka-muka. cakap belakang. its a fact. setuju tak? ada juga yang betul-betul baik. but depan-depan semua baik. bosan ah. haha. luar UKM? a few people only yang kenal aku. baik dengan aku. mungkin aku baru setahun jagung di sini.

realitinya. aku lebih selesa dengan adik-adik. family sendiri. dan yang paling penting suami sendiri. family first. kalau tak dahulukan family kau tiada di dunia ini mungkin.

buat suami, terima kasih atas segalanya. kau tetap ada di sisi no matter what.

tapi...aku masih rindu. rindu tentang sesuatu. like something is missing.

dan cemburu terhadap orang lain. tentang persahabatan orang lain. mungkin orang lain masih kuat dan utuh. kenapa aku tidak begitu? ke aku je yang rasa begitu? mungkin aku yang bermasalah? mungkin. but i still missed you.

Friday, December 7, 2012

.7 month and 4 days.

7 bulan 4 hari, berat Aaris kini 7.5kg. naik 0.4kg sahaja from previous. mungkin sebab dia semakin melasak. kalau duduk dalam kereta di letakkan dalam car seat meraung macam kena dera. kadang-kadang je behave. car seat Aaris pun dah macam sendat untuk dia. so, prepare your money to buy a new one @_@

masuk check up dengan misi (eh misi ke kat dalam klinik kesihatan tu ek?) misi tanya dah pandai apa dah ni?  aku cakap "uih, dah pandai berdiri. now dah pandai nak rebahkan diri untuk duduk" then misi kata berani la budak ni, 7 bulan dah pandai berdiri. and kalau tengok makanan lagi kesian. mulut ikut terkumat-kamit sekali. alahai anak, bijaknya la hai. aku baru ada anak sorang, so sila paham ke'excited'an aku ye kawan-kawan? haha.

bulan Dec ni adik aku jaga Aaris. save duit. but still kena reward adik aku yang bersusah payah bangun pagi jaga Aaris kan. thank you wawa. bukan aku paksa, dia yang nak :') so rutin harian balik lunch untuk jumpa anak. banyak gila video nak show off tapi iPhone user ni macam loser pulak sebab kena send to youtube dulu then baru boleh upload anywhere. pahang dop? teehee.

sekarang ni Aaris sangat lasak la hai. kadang-kadang mama kurang sabar. dia lagi kuat dari aku, boleh? kalau dia nak panjat badan kita, macam kena cubit badan ni rasa dia punya cengkam T_T

budak kecik ni bertuah, baba dia manjakan dia. maktok manjakan dia, ayah tok lagi la manja! nampak ayah tok siap mengelinjang kaki nak g kat ayah tok. Aaris, Aaris. cucu sulung belah family aku kan, so semua orang pun manjakan dia. hehe. kalau nampak tok abah (in law) pun Aaris menyengih sambil mengelinjang. haha. budak suka dengan orang laki kot kan? oh lagi satu, ini sangat bijak la aku rasa. dia boleh paham orang pakai tudung tu nak g jalan. boleh? kau baru 7 bulan kot nak. dan dia boleh tahu nama dia Aaris Zaquan. bila kita cakap "bye, mama nak g jalan" dia pun pandang je tak berkelip mata. bila lambai-lambai tangan sambil jalan keluar pintu baru merengus nak ikut. hahaha. tapi paling obvious bila pakai tudung la, lagi-lagi aku. pakai je tudung dia dah tak tentu arah. dah merengek-rengek suruh angkat, belum angkat baru tunduk nak angkat dah menyengih. macam mana tak melting? 

satu lagi perangai bila nak tidur. dia kalau nak tidur suka tahan mata. bila dalam kereta dah meragam kita peluk nak tepuk suruh tidur lagi dia lawan melentik badan bagai. solution dia aku kena lagi kuat peluk baru dia diam. sabar memang kena berada di tahap yang tertinggi pada ketika itu. lagi satu perangai bila nampak aku, melalak-lalak bila aku tak ambil dia means dia nak sesuatu. nak susu lettew. haha. so far, dia masih mnium susu mama sepenuhnya. Allhamdulillah. 

ada satu ketika stok susu dah habis, maka aku pump siang tu untuk bekalan esok hari. dan-dan masa tu pula susu merudum. tapi aku usaha juga untuk bagi susu badan dan pumping. ada la dalam 2 bulan juga macam usaha keras. macam-macam aku buat. urut balik, makan lobak putih, minum horlicks, minum susu bla, bla, bla. and now aku rasa dan selesa sedikit. sekali pump dapat dalam 7oz atau 6oz. so 2x pump kadang-kadang dah cukup untuk bekalan hari esok sebab Aaris minum 11oz-12oz sehari termasuk 8oz makanan. dan sekarang kembali ada stok beku dalam freezer. deep freezer dah tutup kilang dah. pehtu laki ai sibuk nak jual dua-dua peti ais tu. nak beli besor katanya. aku rasa semua nak di jualnya. beli dan jual. itu je lah korejenye. HAHA. ampun bang :p

gambar nantilah aku update later or video si kecik tu. now rasa nak menaip sepanjang-panjangnya sahaja. sampai jumpa lagi di lain hari :)

thanks for reading.

Monday, December 3, 2012

.umrah dan ziarah.

assalamualaikum. pagi ini, pagi-pagi dah bw. hihi. then aku baca belog Dr. Halina pasal dia buat umrah bawa Bella. comel sangat Bella ^_^

hajat mak nak bawa kami semua mengerjakan umrah. in syaa Allah, jika panjang umur sampai lah kami ke sana. kadang-kadang fikir, mampu ke aku nak ke sana dan menahan segala dugaan? yela, aku bukan baik sangat pun. takut terdetik di hati yang bukan, bukan. dan jika terlafaz apa yang terdetik di hati lagi la parah? tapi mak aku kata sebelum pergi kena buat solat taubat. tiba-tiba insaf. dan nanti mak bawa pergi kursus. pergilah sebanyak mana pun kita nak pergi. mak dan ayah, Alhamdulillah sudah 2x menunaikan umrah. haji pun dah selamat ditunaikan. dan setiap kali pergi pun sekejap je berubah, sangat berkembang dengan pesatnya.

melalui penceritaan Dr. Halina. Bella sangat behave, she even don't cried at all. Subhanallah, Allah permudahkan segala urusan mereka di sana. dan aku berdoa semoga Allah permudahkan segalanya juga semasa aku disana. kami jangka akan pergi awal tahun 2014. so masa tu Aaris will turned into 2 yo, in syaa Allah.

perasaan nak ke sana? rasa dah dekat sangat di hati. mak cerita itu ini, tentang keadaan di sana. tengok Adam Hawa lagi. oh rasa sayu sangat. tapi bersediakah aku? aku sangat perlu untuk belajar bertenang, bersabar dan berfikir secara tenang. sebab aku tergolong dalam orang yang tak sabar dan cepat marah. tengok muka pun tahu kan? haha. but i'll be nice to people IF people treat me nicely ;)

dah, itu sahaja nak share even banyak gila cerita nak cerita. but takde mood nak cerita lagi la. haha. till then, bye :)
 
Blog Template by Delicious Design Studio