Monday, October 1, 2012

.borak-borak.


3 Oct ni, Aaris genap 5 bulan. esok ada check up Aaris. jumaat lepas, Aaris demam, nasib baik sehari je. kuat antibodi anak mama ni. petang tu lepas ambil dari rumah pengasuh, wan kata Aaris demam. kepala panas, merengek je dia. macam tak selesa, ke pening kepala kita pun tak tahu. kesian :/

nak pergi klinik, doctor pula takde. pukul 6.30pm baru doctor ada. lambat lagi maka balik dulu. last-last maktok datang rumah nak tengok Aaris belikan cool fever. dan bagi ubat demam yang doctor bagi minggu lepas. pagi tu Alhamdulillah demam dah kebah :)

sekarang ni susu aku makin merudum. dan aku dah start risau sebenarnya. mula search itu ini dan mula pump ikut time. haha. sebab memang niat dalam hati nak susukan Aaris selama yang mungkin. di samping tu dengar nasihat dari bidan, orang-orang lama and so on. dan aku tanya tukang urut aku haritu, boleh tak buka jalan untuk susu banyak balik? dia kata boleh, suruh urut semula. maka aku pun urut la sekali satu badan. peranakan pun jatuh. haih, angkat berat banyak sangat katanya :/

dan paling utama aku minum susu. horlicks pun baru beli semalam. lepas ni misi mencari lobak putih. aku kena makan hari-hari and at least sedikit bagi menambah susu badan. sebelum ni susu macam sikit je, dan Aaris selalu marah bila nyonyot susu dah habis. but malam tadi Alhamdulillah dia minum sampai melentikkan badan baru aku letak dia semula. mengikut pembacaan, bila baby kenyang dia akan lepas dan melentikkan badan. anak aku dia hover sikit sampai angkat tangan macam menggeliat gitu. hehe. lepas ni aku memang kena jaga makan. tapi tadi teman incik somi makan dah minum air pepsi dan berais? maka lepas tu minum air kosong banyak-banyak untuk menutup rasa bersalah :p
*siapa pernah makan lobak putih? sedap ke?*

tadi cerita pasal pemakanan. now cerita pasal jadual pump. masa pantang dulu aku malas gila pump. sebab pakai pump manual. bila dah dapat pump elektrik selalu culas pump. sebab sibuk dengan rutin harian iaitu mengemas rumah dan menjaga anak. malam mengantuk terus tidur. seminggu lagi nak kerja aku ambil ESP dari Shaklee. tapi susu macam malu nak keluar. aku dah start risau. baru hegeh-hegeh nak buat power pumping dan pada hari ketiga, susu dah tak malu dah. sekali pump Alhamdulillah boleh dapat 8 hingga 9oz. lepas tu maintain je dapat hasil cenggitu. then bila dah tak jaga makan, mula susu merudum seperti yang aku cerita tadi. kadang-kadang sekali sehari je pump so macam mana susu nak banyak kan? *nyesal tak sudah* lagi satu perkara yang aku selalu buat ialah, bila dah bengkak baru nak pump. sangat tidak digalakkan ye para ibu sekalian.

aku berazam dan berharap serta yakin yang aku mampu untuk menyusukan anak aku hingga dia cukup matang untuk minum susu selain dari susu mamanya ini. jadi darah daging atau tidak, itu urusan Allah. yang penting aku telah menjalankan tanggungjawab dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Aaris Zaquan harta mama dan baba dunia akhirat :')

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio