Tuesday, October 23, 2012

.Aaris demam dan tercampak.

assalamualaikum semua (semua? ramai ke baca belog kau nyah? haha)

bersawang sudah belog ku ini. pejam celik, pejam celik cepat betul hari berlalu dengan begitu pantas. setiap hari pun ada cerita baru menjelma dan untuk diceritakan dan disematkan di belog. tapi aku macam bz benor sampai tak menyempat nak update semua itu. haih.

to make it short,

anak aku demam start khamis lepas. ahad lepas dah nampak dah macam ada ruam di badan. tapi aku diamkan. bila naik ke kepala pagi isnin aku tanya incik suami, dia kata panas kot. tidur rumah in law ada air-cond, panas juga ke? confuse acik. aku syak sebab ubat, dia gelakkan aku? sabor aje lah.


semalam, aku pergi juga kerja. tapi hantar kat adik aku, wawa aka acu. pagi Aaris being good. cuma petang acu kata Aaris takmau letak. nak dukung je. lepas tu bila duduk luar suka, senyap je. haha. notty! pastu dia cakap kaklong makan apa sampai badan naik merah-merah? sekali mak aku kata rasanya kena campak ni. so kami terus shoot g klinik. betui demam campak. kaki belum turun lagi. tapi kesian kat Aaris, mesti gatal. dah la dah bijak, bila pegang mulut je dah tau kena makan ubat maka menangislah dia semahunya. sedih hati ini. sobs. baba dia je hati kental, Aaris makan ubat sampai muntah-muntah rilek je. aku yang kesian, luluh hati rasa. hadoih. memang macam ni kan perasaan bila jadi emak? tsk tsk.

semoga Aaris cepat sembuh. mama sayang Aaris so much :*

p/s: sebenarnya gambar berlambak-lambak aku capture. tapi selalu upload di instag je. hewhew. malasnya nak transfer ke pc.
sekian :p

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio