Tuesday, October 23, 2012

.Aaris demam dan tercampak.

assalamualaikum semua (semua? ramai ke baca belog kau nyah? haha)

bersawang sudah belog ku ini. pejam celik, pejam celik cepat betul hari berlalu dengan begitu pantas. setiap hari pun ada cerita baru menjelma dan untuk diceritakan dan disematkan di belog. tapi aku macam bz benor sampai tak menyempat nak update semua itu. haih.

to make it short,

anak aku demam start khamis lepas. ahad lepas dah nampak dah macam ada ruam di badan. tapi aku diamkan. bila naik ke kepala pagi isnin aku tanya incik suami, dia kata panas kot. tidur rumah in law ada air-cond, panas juga ke? confuse acik. aku syak sebab ubat, dia gelakkan aku? sabor aje lah.


semalam, aku pergi juga kerja. tapi hantar kat adik aku, wawa aka acu. pagi Aaris being good. cuma petang acu kata Aaris takmau letak. nak dukung je. lepas tu bila duduk luar suka, senyap je. haha. notty! pastu dia cakap kaklong makan apa sampai badan naik merah-merah? sekali mak aku kata rasanya kena campak ni. so kami terus shoot g klinik. betui demam campak. kaki belum turun lagi. tapi kesian kat Aaris, mesti gatal. dah la dah bijak, bila pegang mulut je dah tau kena makan ubat maka menangislah dia semahunya. sedih hati ini. sobs. baba dia je hati kental, Aaris makan ubat sampai muntah-muntah rilek je. aku yang kesian, luluh hati rasa. hadoih. memang macam ni kan perasaan bila jadi emak? tsk tsk.

semoga Aaris cepat sembuh. mama sayang Aaris so much :*

p/s: sebenarnya gambar berlambak-lambak aku capture. tapi selalu upload di instag je. hewhew. malasnya nak transfer ke pc.
sekian :p

Wednesday, October 10, 2012

.keluarga bahagia.

nak kuik apdet je sebenarnya ni. sebab lama tak tempek kat belog gambar aku dan lain-lain. asyik gambar anak je kan. orang ada anak. sorang pula tu, so excited terlebih-lebih. kalau ada anak puang lepas ni aku tak tau gane excitednye aku. haha. bakpe aku cakap ganung ni? maklumlah aku nak g ganung ngang keluarga bahagia aku. mu nok ikuk ke? :p
*sila baca dengan intonasi orang ganung yew*


 first family portrait together. I love you both equally so far. HAHA


ini masa mama shopping at Alamanda. baba jaga anak. thanks ba :)


 ini masa mama tengah tunggu turn nak tukar ipon baru sebab the previous fon gila. padahal beli baru hokey. nasib baik under warranty, yeay :))


 our 1st Raya bersama. but kaler tak berapa nak sama. baju Aaris beli and lupa bawa baju baba for sample. so end up ini jadinya. takpe, try better next time. hee :D


 mama baba PERLU baju sama or seakan-akan. Aaris? tak banyak baju lagi sebab baby limited choices of baju lah kan? so sad.


 started of ruam susu and still ada lagi. but getting better. insyaAllah. bila dah sembuh mama buat satu entri nanti. haha.


 I love you sayang :')


 as usual, Aaris mesti lari tema sedikit. haha. I love this one ;)


 yeay, mama sama dengan Aaris!


 going out with maktok and ayah tok for wedding. baba work, so kami jalan-jalan pergi Bora Asmara sampai sesat-sesat lepas tu pergi IKEA. tapi tak makan meatball pun :(


mereka yang banyak berjasa pada diri ini. kini, aku hanya mampu memberi cucu sebagai penyambung zuriat keluarga kita. semoga kita sekeluarga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik. dan semoga keluarga kita aman damai bahagia sentiasa. amin.

Wednesday, October 3, 2012

.anakku si Aaris.

hari ini genap Aaris Zaquan Ali Imran 5 bulan. Alhamdulillah.
akal makin cerdik, dan makin lasak.

masuk bilik doctor semalam, ditepuknya meja doctor lalu
doctor berkata "activenya dia"

pagi tadi atok pegang Aaris sementara mama siap nak g kerja. ye, malam tadi tidur rumah atok. rumah kami duduk 2 hari je. haha. bila atok dah penat pegang Aaris secara berdiri, maka atok pun duduk di dalam sambil tengok tv. ewah, kemain kuat suara marah agaknya. bila aku nak ambil dia kemain gebang tangan macam tahu orang nak ambil dia. alahai anak, geram mama dengan awak ni. 

satu lagi, dia akan active gila sebelum nak tidur. main puas-puas then menangis nak susu lalu tidur senyenyak-nyenyaknya di dalam buai.


 see how lena he is? ini semalam. oh rindu mama pada Aaris :')


 few days back. dah berpusing-pusing dan tersasar dari landasan.
juga, suka isap itu tikar. kotor la dik!


 pun berpusing dah. dan bila dipanggil, ini reaksinya. muka thinking. hehe.


 ini baba yang capture. masa ni Aaris nak jilat jari katanya, tapi baba sempat capture ini. terus mama kata Aaris tutup hidung sebab baba busuk! haha.


 ini semalam masa tengah tunggu turn nak timbang berat.
*maaf tonggang terbalik susunan gambar. 
taikun bak kata baba. Aaris dengan cap barunya. baba belanja.
wan (pengasuh) kata macam askar korea :p


every Monday morning, Aaris Monday Blues. dan bila petang mama ambil dia, wan kata Aaris manyak cengkadak. ini minggu lepas. minggu ini pon sama.
anak oh anak -.-" 


video kegemaran. twinkle twinkle little star. suka sangat tonton ini. baba yang ajar. 
Tab 7.0 plus kecik la, iPad please baba!


this is i love most. bila baba buat-buat dengkur, inilah reaksi dia. baba capture curi-curi. siap berlagak dengan mama bila baba dapat capture ini.
mama sayang Aaris!

dalam masa 5 bulan, macam-macam kerenah Aaris. tanpa jemu, mama layankan saja. tu belum lagi nampak ipon mama berlampu terus nak sambar. ipon mama kan comel sebab cover hello kitty sampai budak-budak pun ingat hp mainan. boleh tak? hish.

Aaris, Aaris. tak sabar nak jumpa awak! esok mama dengan baba nak dating, awak tinggal rumah wan ye? hihi. baba malam tadi kerja, balik pagi ini. then pergi kerja balik jam 2 lebih tadi esok pagi baru balik. plan asal, mama hantar Aaris rumah wan kemudian mama jumpa baba di rumah Kajang. tapi baba rindu anak katanya maka esok balik rumah dulu baru hantar Aaris sebelum berdating. 

penangan anak :') segalanya untukmu.

Monday, October 1, 2012

.borak-borak.


3 Oct ni, Aaris genap 5 bulan. esok ada check up Aaris. jumaat lepas, Aaris demam, nasib baik sehari je. kuat antibodi anak mama ni. petang tu lepas ambil dari rumah pengasuh, wan kata Aaris demam. kepala panas, merengek je dia. macam tak selesa, ke pening kepala kita pun tak tahu. kesian :/

nak pergi klinik, doctor pula takde. pukul 6.30pm baru doctor ada. lambat lagi maka balik dulu. last-last maktok datang rumah nak tengok Aaris belikan cool fever. dan bagi ubat demam yang doctor bagi minggu lepas. pagi tu Alhamdulillah demam dah kebah :)

sekarang ni susu aku makin merudum. dan aku dah start risau sebenarnya. mula search itu ini dan mula pump ikut time. haha. sebab memang niat dalam hati nak susukan Aaris selama yang mungkin. di samping tu dengar nasihat dari bidan, orang-orang lama and so on. dan aku tanya tukang urut aku haritu, boleh tak buka jalan untuk susu banyak balik? dia kata boleh, suruh urut semula. maka aku pun urut la sekali satu badan. peranakan pun jatuh. haih, angkat berat banyak sangat katanya :/

dan paling utama aku minum susu. horlicks pun baru beli semalam. lepas ni misi mencari lobak putih. aku kena makan hari-hari and at least sedikit bagi menambah susu badan. sebelum ni susu macam sikit je, dan Aaris selalu marah bila nyonyot susu dah habis. but malam tadi Alhamdulillah dia minum sampai melentikkan badan baru aku letak dia semula. mengikut pembacaan, bila baby kenyang dia akan lepas dan melentikkan badan. anak aku dia hover sikit sampai angkat tangan macam menggeliat gitu. hehe. lepas ni aku memang kena jaga makan. tapi tadi teman incik somi makan dah minum air pepsi dan berais? maka lepas tu minum air kosong banyak-banyak untuk menutup rasa bersalah :p
*siapa pernah makan lobak putih? sedap ke?*

tadi cerita pasal pemakanan. now cerita pasal jadual pump. masa pantang dulu aku malas gila pump. sebab pakai pump manual. bila dah dapat pump elektrik selalu culas pump. sebab sibuk dengan rutin harian iaitu mengemas rumah dan menjaga anak. malam mengantuk terus tidur. seminggu lagi nak kerja aku ambil ESP dari Shaklee. tapi susu macam malu nak keluar. aku dah start risau. baru hegeh-hegeh nak buat power pumping dan pada hari ketiga, susu dah tak malu dah. sekali pump Alhamdulillah boleh dapat 8 hingga 9oz. lepas tu maintain je dapat hasil cenggitu. then bila dah tak jaga makan, mula susu merudum seperti yang aku cerita tadi. kadang-kadang sekali sehari je pump so macam mana susu nak banyak kan? *nyesal tak sudah* lagi satu perkara yang aku selalu buat ialah, bila dah bengkak baru nak pump. sangat tidak digalakkan ye para ibu sekalian.

aku berazam dan berharap serta yakin yang aku mampu untuk menyusukan anak aku hingga dia cukup matang untuk minum susu selain dari susu mamanya ini. jadi darah daging atau tidak, itu urusan Allah. yang penting aku telah menjalankan tanggungjawab dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Aaris Zaquan harta mama dan baba dunia akhirat :')
 
Blog Template by Delicious Design Studio