barang baby is almost done. yeayy. nafsu beli baju je yang tak sudah-sudah. pasai bila buka almari, eh kenapa baju anak mama tak penuh almari lagi ni? hewhew. cuma sedikit kekeliruan di fikiran perlukah napkin ketika berpantang? hurm. dah la jual 10pcs rata-ratanya, mak kata if ada 5pcs okay la nak beli kan. takpe, bulan depan teruskan pencarian. kita habiskan duit baba ye dik. HAHA. *baba kan dapat bonus bulan depan, insyaAllah. hehe. jangan ada orang nak berhutang lagi sudah. baba kau ni pemurah untuk menjadi pemiutang :p
bulan depan tinggal nak beli barang mama je. masuk bulan 4 kena bersedia dari segi mental dan fizikal, mampukah aku? pasti yakin! dengan Yakult. eh apa kena mengena? haha. last weekend pergi jumpa mama fiena. selamat bersalin dah dia. Muhammad Alexis Zafran (gitu kot ejaannya) yang suka tidur ja. buka mata hek hek sumbat nenen tidur balik. aunty nak pegang pun tak sampai hati. aunty dengar pengalaman bersalin mama kamu je la. alhamdulillah, mama kamu punyai pengalaman yang tidak menakutkan semasa di Serdang. aku nak bersalin mana? masih dalam keraguan :/
with mama Fiena and baby Zafran :')
kadang-kadang saya rasa saya sudah bersedia memandangkan tak lama lagi akan masuk minggu ke 32. sungguh cepat masa berlalu bukan? semoga dipermudahkan dalam segala urusan. itu sahaja pintaku, pinta semua ibu-ibu mengandung juga. amin.
0 comments:
Post a Comment