Wednesday, February 22, 2012

.luah meluah.

orang kata ibu mengandung ni sensitip. ye ke?

bagi aku ye kot. lagi-lagi time dah sarat. kau rasa penat. buat apa-apa pun rasa penat, mengah. salah sikit rasa nak marah. belum tambah senak perut if baby terlebih active. kadang-kadang mengeras ja. kena urut-urut suruh dia jangan mengeras. bila lapar kau kena makan cepat, if not asik menendang. ketat perut tok sah cakap. jantung pun mudah berdegup laju. nak bercerita pun rasa semput. tapi bila aku banyak cakap suruh diam, bila aku diam suruh bercakap. cenggana?

ada sapa-sapa paham? hmmm.

emosi terlebih-lebih.

NAK SIKIT?

p/s: bukan mengeluh, tapi meluahkan apa yang terpendam :/

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio