Thursday, March 24, 2011

.membeli kelengkapan rumah.

bila dah ada rumah sendiri ni, kena la beli peralatan rumah pula kan? so pening-pening kepala aku nak decide. asik kira budget selain mengelist barang yang perlu. lengkap sampai encik suami pun takde nak tambah apa-apa dah. HAHA. dan asal lunch je aku ajak encik suami pergi survey barang. kami kerja time tak berapa nak sama, so asal sempat terus pergi terjah. tadi selamat sudah duit beli katil plus meja makan. budget nak meja makan ikea yg save ruang tuh, sekali nampak yang agak save ruang dan murah terus book weh. kita perlu semua barang yang murah ye buat masa ini. dan kalau anda rasa tak beri saya hadiah kahwin lagi, boleh la sponsor kami sekarang. teehee. katil idaman memang yang ada tiang keliling tuh, boleh letak kelambu kan?

macam ni ha ke.

oh, suweet! tapi apakan daya, apa yang menarik dan mampu sahaja menjadi keutamaan dahulu. dulu masa kahwin, mak kata tak payah la berkelambu bagai, esok rumah sendiri baru beli. but now rumah kecil, so kau nak bubuh katil berkelambu yang besar gabak tu ke? ha lu pikirlah sendiri. tapi cantik juga katil ni. sedapkan hati. heh.

ni pun best kan? katil saya color putih lagi. :))

then beli rak tv sekali, konon tengah offer semuanya kan. hopefully tak kena tipu la kan. hoho. nampak pula sofa yang agak comel dan unik, tapi im kata hold dulu. sebab kita dah sofa free. tengok budget dulu, tengah offer juga tu. haih. television, washing machine dan peti sejuk belum decide lagi nak beli di mana. ada lagi satu tempat nak survey. yang lain-lain kelengkapan pun belum beli. mahu settlekan yang besar-besar dahulu. hopefully cukup la duit ni. amin. berdoa supaya duit turun dari langit. oh bercakap rezeki yang turun dari langit, aku nak share something. barang siapa yang sembahyang dhuha sekurang-kurangnya 3x seminggu, insyaAllah Allah akan turunkan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak diketahui. teruja bukan? sesungguhnya Allah maha pemurah. selamat beramal. ;)

ini selingan sahaja. memang ada survey juga bendalah ni. tapi hold dulu. pelan-pelan kayuh.

best kan? dapat macam ni pun dah okay.

ni pun alhamdulillah.

yang ni? hmmm. fikir dulu. haha. aku demand tinggi oh!

2 comments:

MyeAqma said...

seronoknya dah ada rumah sendiri!
selamat menghias rumah eyh!

zeera said...

weee~ thanks cik mye.
masa anda akan tiba nanti! :))

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio