Monday, March 7, 2011

.kekesalan.

pagi-pagi lagi kereta kesayangan buat hal. eh, ke aku yang bengong? ;p

begini ceritanya, pagi tadi aku nak hantar adik ke sekolah. sedang enjin dipanaskan, tetapi silap aku g masuk tru' pintu co-driver dan pintu persona ni akan auto lock bila start enjin. dan kemudian, aku tutup pintu kereta. then, tahu apa terjadi? enjin on, kereta terkunci dari dalam. haih. macam mana ni? terus call im. im pula kat office, sebab shift malam tadi and patut pagi ni baru balik. dan dia pun laju-laju balik. kunci spare persona di rumah in law aku. aku nak naik honda hantar ajeem pun tak boleh sebab aku parking persona betul-betul depan rumah sebab memang aku sahaja yang akan guna kereta. haih. mungkin nak dijadikan cerita kan, inilah yang akan berlaku. takdir dan aku pasrah even segunung kekesalan melanda diri. dan aku kata kat dia, tak payah pergi sekolah la jeem, dia jawab hari ini ada ujian bulanan. haih. bersalah sungguh aku rasa. cuai, sangat cuai aku ni. then decide nak tunggu im balik and hantar ajeem ke sekolah. then aku pergi mandi sebab nak pergi kerja kan. masa aku mandi, abah (in law) datang rumah kata tak de kunci spare persona pun (macam tu la kot, sebab dia cakap dengan ajeem). mungkin im suruh abah cari kunci spare kat rumah sana. bila imran dah sampai sana, abah pula tak de kat rumah dan im tak bawa kunci rumah sana maka kena balik ambil kunci dulu kat rumah sini then patah balik rumah sana. nasib baik rumah mak and in law dekat. sangat dekat. haih. sungguh panjang jalan cerita pagi ini bukan? dan ajeem kata dia tak nak pula pergi sekolah. "nanti kak long buat surat la kata tak sihat" haih lagi sekali. tapi dia memang tak sihat pun. dah ambil ubat kat klinik dah dan masih sama keadaannya. aku pula tak boleh tanggung dia. so boleh ambilkan ubat sahaja. kesian.

dah la minggu lepas kena tahan sebab lewat. dia cari songkok dia, sebab apa cari songkok? sebab bilik bersepah. dan sebab apa kena pakai songkok? sebab rambut panjang. then jalan pula jammed. sebab apa jammed? sebab sekolah rendah semua datang sesi pagi sebab ada sambutan maulidur rasul. so, mana nak tahu kan? gerak lewat sedikit dari biasa sahaja. dan kesimpulannya, bila balik rambut tobek sebab kena gunting dengan cikgu. aku dah suruh pergi gunting rambut, tapi dia ni liat gila nak keluar. bila keluar dengan kawan-kawan laju! geram je acik. haihh! so petang tu juga aku suruh im bawa dia gunting rambut, sebab rambut dia dah hodoh. dan sekarang dah hensem balik. siapa lagi kalau bukan akak dia ni nak puji adik sendiri kan? :p

jangan buat hal lagi please :))

eh eh baru perasan. banyak sangat penggunaan dan, then, dan, then. biau ah! layan je lah. :p

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio