Wednesday, March 30, 2011

.creative wedding ring.

saya suka tengok photographer yang kreatif tangkap picture wedding ring customer mereka. nak tengok? JOM!

kenal udey ismail? oh, saya kagum dengan dia. :)



i love this one so much! <3





comel sangat. :D



ini dari shah fariz. banyak yang comel. :))




ini sangat comel kot kan? haihh. kreatif gila!


ini pun comel!

bagi yang belum kahwin, nanti tiru idea ini ek? heh. sampai jumpa nanti!

Saturday, March 26, 2011

.si merah ku.

oh tak nak cakap banyak. cuma nak cakap saya sayang si merah saya. terima kasih encik suami.

ini yang pertama. oh, suka gila. orang kampung baru belajar pakai bb kan. hee.

yang kedua, dapat duit jatuh dari langit terus beli ini. heh. bukan duit loan hokey.


ini yang terbaru dan terakhir. ye ke? :p

i LOVE red, tetiba. HAHA.

Thursday, March 24, 2011

.membeli kelengkapan rumah.

bila dah ada rumah sendiri ni, kena la beli peralatan rumah pula kan? so pening-pening kepala aku nak decide. asik kira budget selain mengelist barang yang perlu. lengkap sampai encik suami pun takde nak tambah apa-apa dah. HAHA. dan asal lunch je aku ajak encik suami pergi survey barang. kami kerja time tak berapa nak sama, so asal sempat terus pergi terjah. tadi selamat sudah duit beli katil plus meja makan. budget nak meja makan ikea yg save ruang tuh, sekali nampak yang agak save ruang dan murah terus book weh. kita perlu semua barang yang murah ye buat masa ini. dan kalau anda rasa tak beri saya hadiah kahwin lagi, boleh la sponsor kami sekarang. teehee. katil idaman memang yang ada tiang keliling tuh, boleh letak kelambu kan?

macam ni ha ke.

oh, suweet! tapi apakan daya, apa yang menarik dan mampu sahaja menjadi keutamaan dahulu. dulu masa kahwin, mak kata tak payah la berkelambu bagai, esok rumah sendiri baru beli. but now rumah kecil, so kau nak bubuh katil berkelambu yang besar gabak tu ke? ha lu pikirlah sendiri. tapi cantik juga katil ni. sedapkan hati. heh.

ni pun best kan? katil saya color putih lagi. :))

then beli rak tv sekali, konon tengah offer semuanya kan. hopefully tak kena tipu la kan. hoho. nampak pula sofa yang agak comel dan unik, tapi im kata hold dulu. sebab kita dah sofa free. tengok budget dulu, tengah offer juga tu. haih. television, washing machine dan peti sejuk belum decide lagi nak beli di mana. ada lagi satu tempat nak survey. yang lain-lain kelengkapan pun belum beli. mahu settlekan yang besar-besar dahulu. hopefully cukup la duit ni. amin. berdoa supaya duit turun dari langit. oh bercakap rezeki yang turun dari langit, aku nak share something. barang siapa yang sembahyang dhuha sekurang-kurangnya 3x seminggu, insyaAllah Allah akan turunkan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak diketahui. teruja bukan? sesungguhnya Allah maha pemurah. selamat beramal. ;)

ini selingan sahaja. memang ada survey juga bendalah ni. tapi hold dulu. pelan-pelan kayuh.

best kan? dapat macam ni pun dah okay.

ni pun alhamdulillah.

yang ni? hmmm. fikir dulu. haha. aku demand tinggi oh!

Wednesday, March 23, 2011

.kunci & rumah.

dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah.
saya sangat happy semalam.

KENAPA?

saya dah dapat kunci rumah!

yeay, dah ada rumah sendiri. wee~
at last, selepas setahun menunggu. thanks to anda yang bantu kami, kalau nak harap perempuan tu, entah bila? haihh. sabar je la.
rezeki tak kemana kan? :)

rumah kami kecil je. itu saja yang mampu setakat ini. :p

comel kan rumah ni? rumah ni la. bukan rumah kami. hehe. bak kata im, "mungkin ada rahmat kita dapat rumah minggu ni. tak lama lagi gaji, bonus pun dapat (dia je)". eh, lupa! aku pun dapat duit kutu bulan ni? SUKA! aku tak habis-habis calculate apa yang nak beli. banyak juga nak beli doh. lebih-lebih lagi bila yang konon-konon nak disponsor tiba-tiba tak jadi nak sponsor. sabar je la -.-
lain kali jangan bagi harapan dan tanya nak ke if tak sure nak bagi or tak kan? memang kalau boleh aku nak semua baru pun. tapi duit pun memang seperti air yang mengalir deras, so sekarang aku berkira-kira perlu ke aku tukar "itu"? teehee. tapi im kata tukar je. heh. apa dia? tak de apa pun. ;p

so sekarang tengah list barang apa yang perlu dibeli dan siap sedia untuk di packing dalam kotak. tapi perlu basuh rumah dulu. nanti nak ajak ayah suruh baca-baca sikit kan before buat the real housewarming.
oh, sesungguhnya saya sangat happy bila ada rumah sendiri. kemas rumah sendiri, masak di rumah sendiri dan merasa la kau jadi penjawat awam dan suri rumah tangga dalam satu masa.
semoga di permudahkan segala. :)

saja letak gambar ni sebab suka dengan design rumah dia. rumah aku takde design lagi, kosong lagi. so nanti-nanti i publish rumah baru i ye? hehe. saya suka rumah banyak cermin. maklumlah, rumah kecil perlu banyak cermin supaya nampak rumah lebih luas. oh, tak sabar nak pergi ikea beli cermin banyak banyak! :)

Monday, March 21, 2011

.bengang! grr.

kalau korang bengang kan, apa yang korang buat?

menjerit? kalau la aku boleh pergi ke suatu tempat yang lapang dan menjerit macam ni kan best -.-

kalau aku, aku malas nak cerita cerita kat orang dah sebab nanti ada tukang cerita kat orang lain then benda tu jadi putar belit. dah la aku memang jenis malas nak cakap bila aku bengang. aku suka buat muka, tahu tak macam mana? kadang-kadang orang yang rapat dengan aku pun tahu ada yang tak kena bila tengok muka aku. muka kerek gila rasa nak sepak je kan? ada aku kesah? haha. but then bila kau dah luahkan kat orang yang kau bengang tu, tapi tak dapat respon apa-apa, kau rasa apa? macam useless kan? haih. so better kau diam. atau patut luahkan pada orang lain yang tak berkenaan or orang yang berkenaan?

stress mak nyah! tapi tak kan jadi macam ni kot, aku saje letak sebab kaler pink, teehee. boleh? HAHA. kalau aku, kalau tak tahan sangat nak fikir, air mata akan turun membasahi muka. tapi sekejap je pun tenangnya. hmm.

mungkin lebih baik kau serahkan segalanya pada yang maha Esa.

Wednesday, March 16, 2011

.isteri penghibur suami.

isteri penghibur suami, dengarilah dan sayangilah dia.

maksud ayat di atas ialah:

perempuan kan suka membebel, so para suami sila tadah telinga dengar apa yang dia nak bebel. lagi-lagi time dia marah, jangan la pandai-pandai suruh berhenti. lagi-lagi yang perangai macam aku. HAHA. sudah ke nak dengar? dengar sahaja. bukan nak suruh tolong selesaikan or what so ever kan? kalau aku diam kang sibuk pula nak tahu kenapa kan? haih. berapa banyak "kan" dah kan? :p then, satu tanda kalau aku bengang sangat (kalau aku la), aku malas nak cakap dah. ekspresi muka menggambarkan segala.
siapa yang macam aku sila angkat kaki? :D

tapi, macam mana marah sekalipun, dia hanya mahu para suami pujuk dia je tuh. susah sangat ke?

BELAJARLAH FAHAM WANITA DENGAN LEBIH MENDALAM.

wanita ni ada time-time dia macam meroyan sikit kan? rasa nak PANG je, tapi dah isteri kau kan? sabau aje lah :p eh, kalau gf pun kena la faham juga. nanti dah kahwin senang. bukan time belum dapat tatang bagai minyak yang penuh, bila dah dapat tak heran langsung. pelik kan? patut dah dapat kena la jaga lebih baik kan? itu lah yang dinamakan sayang, bagi hadiah ke on her birthday and anniversary. berabis duit bukan untuk siapa pun. untuk isteri tercinta juga kan? dan duit boleh dicari. uhh, aku suka ayat ni. terima kasih tuan haji jalal. patut tuan haji buat kursus untuk para suami la ;)

siapa tak suka bunga? selain orang yang allergic dengan bunga la kan.

teringat moment ni, si lelaki bagi bunga banyak-banyak and end up si perempuan beri ciuman pada si lelaki. so suweet :')

siapa yang tak suka melancong? sumpah orang itu pelik :p

siapa yang tak sayang bini cantik? orang itu memang merugikan diri sendiri. GILA. heh!


sekian, terima kasih. tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah mati. so, selamat beramal.

.RUANG.

mungkin RUANG itu perlu bagi kita untuk memuhasabah diri sendiri,
dan mungkin RUANG itu mengajar kita erti rindu. <3

.tonton la sangat.

minggu lepas tunggu aksi selongkar handbag fazura (i adore her :')) dalam fuhh! tapi tak ada! but today, saya terlepas tengok rupanya! mungkin tadi saya tengok anda ada 60 saat sekejap then bila saya buka tb3 balik dan tunggu sampai akhir rancangan fazura tak keluar pun? SEDIH! cepat-cepat naik atas even kepala dah weng-weng bukak tonton semata nak tengok fazura sahaja tapi tiada episod hari ini atau yang lepas-lepas pun? apa kes ntah? website dah habis gah dan dah sibuk war-war kan se melaya. tapi habuk pun tarak? haih! tekanang cik yang memang sedia ada tekanan ini!

nyampah! grr. dan silakan buka link yang telah saya hyperlink kan itu sebagai bukti.

sekian. mahu tidur sudah!

Thursday, March 10, 2011

.happy birthday my dior.

hari ini hari lahir kawan baik saya. mungkin belum terlambat lagi untuk saya coretkan sesuatu disini sebagai tanda ingatan saya kepada dia yang jauh nun di Korea. ye ke? :p


awak kawan baik saya,
saya sayang awak,
saya akan doakan awak sihat selalu, bahagia di samping si dia yang tercinta dan gembira sentiasa bersama family tersayang.

saya tak dapat nak buat surprise tuk awak macam kita buat dekat dot sebab saya rushing buat itu ini hari ini,
esok mak dan ayah saya nak balik dari Mekah dah.
tapi saya tetap ingat awak, sentiasa!

awak take care okay,
belajar rajin-rajin,
nanti dah kaya jangan lupa saya. ;)

dan akhir kata semoga persahabatan kita kekal abadi.
terima kasih sebab jadi kawan saya yang terbaik among the rest.
saya sayang awak! :))

cik feera yang pakai baju putih, cantik kan dia? masa ni dia kurus dan masih free hair. kaki sakit pun masih mahu jumpa kami. thanks sayang for the moment! <3

kalau kami berjumpa, ini adalah aktiviti wajib kami. we are the camera freak! always and it will be forever kot? haha. :))

ini masa tengok anak o'on. oh, tiba-tiba rindu irfan -.-

ini pula masa birthday shidot! :) 11.11.11

five of us. kery p mana tah?

mak KAMI! kan dot? teehee.

maaf tak dapat buat macam ni on ur birthday sayang! but, kau tetap di hatiku.

cik feera bersama kekaksih hatinya! love to see you happy again! :)

ini ucapan yang terakhir dari aku di hari lahir mu <3

.gila SALE.

kenapa semua tengah SALE ni? benci. kenapa benci? sebab nanti saya asyik nak membeli. hesh, geram! promoter memang pandai pujuk kan? even tak termakan pujuk, tapi nanti tiap masa duk terkenang-kenang. haih.

baju urusetia pameran akan di jahit dan mungkin akan siap seperti yang di kehendaki. terima kasih kak ani. :)) siap dapat tudung ariani free lagi. seronok bukan duduk di crim? wee. habis bulan, habis gaji kau zeera. berapa bulan dah kau tak saving? haih. eh, hari wanita kan? maka, boleh shopping la kan? :p

tak sabar nak jumpa angkasawan negara! :D

Wednesday, March 9, 2011

.oh Bendahari.

oh rupanya Bendahari tu tak la banyak duit pun kan? sian. dia 'pegang' duit orang je yang banyak. haha. aku suka ayat itu. paling sedih, beli baju korporat pun pejabat kami yang bayar selain ubah suai office dan g kursus. apa lagi tah? patut ramai nak duit crim kan? haih. bukan apa, aku teringat kat someone yang perangai macam orang Bendahari ni. HAHA.


okay, sekian terima kasih. HAHA (gelak jahat lagi :p)

Monday, March 7, 2011

.makan selepas memasak.

semua pasti suka makan bukan. aku memang suka makan, maka berat dah naik 4kg. ada aku kesah?
sedikit lah -.- tak nak jadi pear doh!

jom layan picture ini. sorry la kalau tak menarik. saya bukan chef wan! ;)

teringin nak buat tom yam kaw macam ini. siapa reti? in secret recipe.

sabtu.
1st day masak, harus semangat kan? haha. ayam masak merah, pak choi masak tiram, tempe
goreng plus petai! :)

ahad.
ini paling aku suka. ayah panggil mee kungfu. tapi aku lebih suka kueh teow. begedil made by myself. gud job zeera! :D selalu aku goreng kentang, adik tumbuk plus buat semua dan emak goreng.
tapi ni wawa tolong tumbuk kentang la. tq wawa :)

isnin.
masak lemak rebung, sambal ikan bilis petai, telor dadar dan ikan masin.
tak larat nak buat sambal belacan dah.

selasa.
paling malas. sebenarnya dah takde barang basah sgt dah, ada ayam je, ikan tak dok. mak tak sempat nak beli. daun sup pun tak de. maka sup togel plus kubis+carrot (malas nak masak sayur sebab budak berdua tu tak makan pun sayur) dan sambal telur+ikan bilis. sambal ikan bilis ni favorite ajeem ;)

rabu.
oh ini lauk dari office. ada majlis kuat kuasa iso tadi, dan banyak lebih makanan. maka aku bungkus bawa balik dan tak payah masak! :D

khamis.
lauk beli, sebab tak tahu nak masak apa dah dan tak pergi lagi beli barang basah. tomyam campur, daging masak merah, sayur kailan ikan masin dan telor dadar (menu wajib goreng sendiri) dan lupa order sambal belacan! haihh.

jumaat?
makan pasta! ;D

aku makan ni, wawa pun makan ni.

ni ajeem and adeq makan. im makan lamb chop with pasta!

sabtu.
sup telor, sayur kacang+tempe, sambal udang dan sambal ikan bilis. menu malam campur menu tengah hari :p

ahad.
cik bella masak hari ini. terung+kentang cili padi, asam pedas sawi jeruk dan ayam goreng ayamas red hot.

isnin.
ikan siakap ni aku beli tadi, aku siang sampai luka-luka jari :( tapi pengalaman semua itu kan? sebab aku tak pernah siang ikan. selalu mak dah siap siang dan letak dalam fridge. aku cuma keluarkan dan masak! tadi dah la tak suruh orang tu buang sisik, mula-mula blur macam mana nak buang sisik ni? then teringat mak buat guna pisau. haha. then goreng sayur kacang panjang. penat dah nak masak banyak-banyak lauk.

esok masak apa? tunggu lah! :p
 
Blog Template by Delicious Design Studio