saya ni tak lah pakar sangat masak benda ni. tapi bila dah "GILA" pasta tuh, terasa nak masak and makan puas-puas sampai perut buncit kan. maka, hari ini resepi saya adalah spicy italian sausage. first try ni, ilham dari gerai The Grato, seksyen 3 tambahan. tengok je dia masak, so agak-agak dan try kat rumah. ingat nak masak spaghetti goreng je. tapi encik suami suruh masak cenggini. hee.
kita hanya perlukan:
1 bungkus spaghetti/fettuccine
1 tin cendawan butang
1/2 biji tomato
1 bungkus sausage ayam/daging
beberapa ulas bawang putih yang telah dikisar
cili padi - ikut nak pedas kuasa apa ya puan-puan ;)
sedikit minyak masak/minyak zaiton (lagi sedap guna minyak zaiton)
lada benggala - hiris (tiada dalam gambar) *optional
cara menyediakan:
- rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.
- goreng hirisan sausage sehingga garing. kemudian toskan.
- selepas itu, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili api (dikisar). goreng sehingga sebati. masukkan garam secubit rasa dan tambah sedikit air (jika perlu).
- masukkan cendawan butang yang telah dihiris, tomato, sausage dan lada benggala. selepas beberapa minit masukkan spaghetti yang telah direbus tadi. kacau sehingga sebati.
- akhirnya, siap untuk dimakan.
boleh juga sausage digantikan dengan ayam atau udang. ikut kesukaan masing-masing. selamat mencuba. tapi abg The Grato masak lagi sedap la. gian oh. ;)
0 comments:
Post a Comment