aku bersyukur atas segala rahmatMu, thank you Allah.
kita tidak pernah lepas dari rasa iri hati terhadap orang lain kan? aku juga begitu. tapi cepat-cepat muhasabah diri sendiri, bersyukur dengan apa yang ada.
- aku bersyukur kerana telah berkahwin; dengan orang yang aku cinta dan menghindari maksiat.
- aku bersyukur kerana mempunyai kenderaan untuk memudahkan perjalananku dan suami.
- aku bersyukur kerana tidak lama lagi aku akan mendiami rumah sendiri, akan ku tunggu dengan penuh sabar.
- aku bersyukur kerana telah mempunyai kerja tetap dan masih berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
- aku bersyukur kerana kami masih lagi dalam tahap selesa dalam hidup ini serta masih mampu mengecap apa yang diingini.
- aku bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan mempunyai kesabaran yang tinggi berbanding diri ini.
- aku juga bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memenuhi kehendak diri sendiri. (bila tah nak puas? setiap kali keluar nak membeli. haha)
0 comments:
Post a Comment