Friday, December 31, 2010

.azam baru.

semua orang pasti dan mesti ada azam baru setiap tahun. tapi masalahnya, tercapai tak? tepuk dada tanya selera. memandang kan hari ini public holiday yang sebenarnya saya pun berfikir dan terfikir untuk cuti sebenarnya, maka terima kasih Pak Jib kerana bagi kami public holiday hari ini. untuk kali ini sahaja terima kasih. haha. dah tak mahu merepek dengan lebih lanjut. mari lihat apa azam baru saya untuk tahun 2011.

AZAM BARU = 2011:

  1. tak mahu benci-benci orang banyak sangat seperti kau sorang the perfect one hazirah. but for those yang sangat dibenci a.k.a manusia yang bernama enemy, sorry tak dapat nak maafkan kau. and untuk kalian yang rasa saya ni sombong, bongkak dsb, saya tak lah teruk sangat sebenarnya. saya ni baik sikit la. haha. saya akan layan orang dengan baik, jika orang layan saya dengan baik. :')
  2. kalau tadi tak mahu benci orang, ini pasal diri sendiri pula. semoga akan menjadi orang yang lebih sabar dan perbanyakkan muhasabah diri sendiri. semoga saya lebih sabar dengan orang-orang yang selalu mencabar kesabaran saya. insyaAllah.
  3. semoga menjadi isteri yang solehah dan disayangi suami senantiasa. ;')
  4. nak simpan duit, i mean banyak sikit from this year. sebab rasa dah banyak sangat dah buang duit kat baju's and handbags, and slippers, and eh banyaknya and? haha. memang banyak kot. but semua ni keperluan kan? teehee. kalau this year (masih in 2010 kan) seringgit sehari, but for 2011 mesti lebih dan masuk ke tabung haji terus supaya tak boleh bawa keluar sebab buku masih nama emak. apakah? kau dah kawin kot? biar ah. heh. furthermore, next year insyaAllah dah ada rumah sendiri so we need more monthly expenses kan? amin.
  5. bila dah banyak expenses sambil jangan lupa untuk menyimpan, maka saya juga bercita-cita untuk earn more money. melalui menjahit maybe? insyaAllah. terima kasih mak (in law) sebab beri zeera peluang untuk belajar kemahiran. akan dimanfaatkan sepenuhnya. amin. p/s: saya juga berniaga tudung, secara kecil-kecilan je. alhamdulillah. hehe.
cukup lima (5) kot? amin. azam anda pula? :)

Monday, December 27, 2010

.nota cintaku kepadamu :).

dear encik suami yang tercinta; ALI IMRAN SARMIN,

tanggal 25 December 2010, setahun sudah kita mengharungi alam perkahwinan. bukan mudah sebenarnya untuk menjaga dan mendidik isterimu ini bukan? terima kasih di atas kesabaranmu selama ini. terima kasih atas makan malam yang aku kira sempurna sekali untuk kita berdua di malam ulangtahun kita yang pertama. terima kasih di atas ucapan cintamu di atas sekeping kad and the gift. it was so lovely. tapi bunga tak ada pun as usual? haha. semuanya tidak ku jangka sebenarnya. terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan padamu. ini akan menjadi kenangan terindah buat kita berdua. aku berdoa semoga segalanya akan kekal selamanya. aku juga berdoa moga kita dilimpah dan dimurahkan rezeki sentiasa. i love you dear, and thank you so much sayang! <3


p/s: gambar saya update later okay. ;)

Wednesday, December 22, 2010

.pecahkan ais PINK.

belog saya dah PINK! :)

maka nak join cik yaya dan cik shidot aka my very best friend.
oleh itu, mari kita pecahkan ais pink sekarang!

nama saya hazirah abd rahman. selesa dengan panggilan zeera. umur 24 bila lahir pada 2 jun 1986 dan sudah mempunyai suami. dah tak belajar, sedang bekerja di ukm. bukan pensyarah ye, kaki dan tangan sokongan sahaja. anak jati Bandar Baru Bangi. hehe. i'm so madly deeply in love with PINK, maka teruja gila bila tengok shidot join this belog. shidot dan saya suka PINK kan dot kan? kenapa tah? lalu, belog saya pun bertukar wajah dan join cik yaya yang sempoi. i loike. belog cik yaya pun comel, secomel orangnya. ye, bak kata shidot mesti buat geng belog pink hangout day nanti kan? love love! sekian.


akhir kata, cupcake ini memang comel. kreatif betul cik yaya ni. btw, macam comel je kan panggil "cik"? sebagai contoh cik zeera even dah tak cik dah pun kan. maka cik yaya, apa kata kita gelar kawan-kawan dalam GBP as "cik"? hee. sekadar beri cadangan. boleh difikirkan mungkin oleh tuan pengerusi? heh. okay, sekian bebelan dari cik zeera untuk entry kali ini. sehingga kita berjumpa lagi. ;)

Tuesday, December 21, 2010

.sebab kau.

agak-agak kau puas hati tak tengok bbm contacts aku dah kosong?

semua sebab kau.

kau ingat aku heran sangat ke setakat contacts bbm tu? sebab lepas ni, dah malas nak add. sorry la kawan-kawan. terpaksa dilibatkan. nak benci ke, nak mengata ke, aku tak kesah. sebab aku pun selalu buat macam tu. siapa yang tak buat memang mulia la.

emo berlebihan. nak sikit?

hidup sorang-sorang best tak?

benci mengadu pada orang yang tak memahami. BENCI, faham?

hidup tak selalu indah.

Monday, December 20, 2010

.kepura-puraan.

hari ini terlebih rajin mengupdate belog.

ada tak orang yang tak rasa marah/geram dalam sehari?
saya tidak, hari-hari pasti ada orang yang akan buat saya marah/geram.
grr.

SAYA TAK SUKA ORANG PURA-PURA BAIK DENGAN SAYA.
di ulangi, PURA-PURA.

orang-orang yang macam ini, please go away. saya tak kisah tak ramai kawan dari ada kawan yang hipokrit macam kau atau kau. haih. malas ambil tahu hal kalian lagi. biar aku dengan hidup aku. tapi selalunya bila kau cakap baik-baik dengan aku, aku jadi lembut hati dan tak sampai hati. haih. itu kelemahan aku. sekian.

.gila bergambar.

pagi-pagi lagi saya telah di paksa-rela untuk bangun dan "berpotongshoot". al-maklumlah semangat masih menebal di dada, maka rajin la kan untuk snap-snap.

lokasi pertama: taman tasik cempaka.

find me. HAHA.

menguap, mengantuk betul doh -.-

eh, dia ke? ;p

senyum :)

model kereta. hot tak? HAHA.

lokasi kedua: pullman putrajaya - bersama adik-adik tersayang.

sumpah cantik! :D

mereka adik-adik saya.

sesi pertapaan. kreatif kan kami dan cameraman? amatur je pun. kamera pun kecik je. edit color je ni. kamera cikai kan, maka kena la edit supaya nampak lagi cantik. yang penting kerjasama! :)

ilovethisone, damnmuch!

pelakon terhebat!

<3

:)

pantai buatan manusia.

jambatan putrajaya.

hari kedua: ahad - putrajaya again.



then ke dengkil - kenduri rumah pengantin.

bersama-sama kawan dan si dia. :)

the bride and the groom.

malam: putajaya lagi. nak tengok narnia!

kita makan dulu! tapi tak sedap pun -.-

comel kan? patung tu la. ;p

banyak lagi, tapi letih dah nak upload. hihi. seronok sangat. dan hadiah anniversary untuk si dia dah beli (saya punya syer sikit je). hadiah saya postpone bulan depan, sebab bulan ni nak kesana-kemari. semua perlukan duit. takpe, saya cuba untuk sabar. senyum. :))

.aku bersyukur.

aku bersyukur atas segala rahmatMu, thank you Allah.

kita tidak pernah lepas dari rasa iri hati terhadap orang lain kan? aku juga begitu. tapi cepat-cepat muhasabah diri sendiri, bersyukur dengan apa yang ada.

  • aku bersyukur kerana telah berkahwin; dengan orang yang aku cinta dan menghindari maksiat.
  • aku bersyukur kerana mempunyai kenderaan untuk memudahkan perjalananku dan suami.
  • aku bersyukur kerana tidak lama lagi aku akan mendiami rumah sendiri, akan ku tunggu dengan penuh sabar.
  • aku bersyukur kerana telah mempunyai kerja tetap dan masih berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
  • aku bersyukur kerana kami masih lagi dalam tahap selesa dalam hidup ini serta masih mampu mengecap apa yang diingini.
  • aku bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan mempunyai kesabaran yang tinggi berbanding diri ini.
  • aku juga bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memenuhi kehendak diri sendiri. (bila tah nak puas? setiap kali keluar nak membeli. haha)

Thursday, December 16, 2010

.spicy italian sausage.

saya ni tak lah pakar sangat masak benda ni. tapi bila dah "GILA" pasta tuh, terasa nak masak and makan puas-puas sampai perut buncit kan. maka, hari ini resepi saya adalah spicy italian sausage. first try ni, ilham dari gerai The Grato, seksyen 3 tambahan. tengok je dia masak, so agak-agak dan try kat rumah. ingat nak masak spaghetti goreng je. tapi encik suami suruh masak cenggini. hee.

goreng juga la ni kan? senang je nak masak ni.

kita hanya perlukan:

1 bungkus spaghetti/fettuccine
1 tin cendawan butang
1/2 biji tomato
1 bungkus sausage ayam/daging
beberapa ulas bawang putih yang telah dikisar
cili padi - ikut nak pedas kuasa apa ya puan-puan ;)
sedikit minyak masak/minyak zaiton (lagi sedap guna minyak zaiton)
lada benggala - hiris (tiada dalam gambar) *optional

cara menyediakan:
  1. rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.
  2. goreng hirisan sausage sehingga garing. kemudian toskan.
  3. selepas itu, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili api (dikisar). goreng sehingga sebati. masukkan garam secubit rasa dan tambah sedikit air (jika perlu).
  4. masukkan cendawan butang yang telah dihiris, tomato, sausage dan lada benggala. selepas beberapa minit masukkan spaghetti yang telah direbus tadi. kacau sehingga sebati.
  5. akhirnya, siap untuk dimakan.
boleh juga sausage digantikan dengan ayam atau udang. ikut kesukaan masing-masing. selamat mencuba. tapi abg The Grato masak lagi sedap la. gian oh. ;)

Wednesday, December 15, 2010

.tak puas hati.

tak puas hati.

SEBAB?

terdelete post sendiri. haih. semalam puas try banyak kali untuk kecilkan tulisan macam sebelum-sebelum ini. dan setiap kali tekan publish, keluar berkali-kali entry yang sama. grr. tapi akhirnya pasrah. then pagi ini ingin mengemaskini segala deraf yang ada, but terdelete post yang semalam itu? adoi. T_T

sekarang sweet sudah jadi betul-betul sour. sedih. tapi tak boleh nak buat apa-apa. dan rasa tak puas hati. tapi macam mana nak puaskan hati ku ini?

.meletop.

sewel dah mai lagi.

GRRR!

nak tahu pasal apa?


ini 1st.

ini sekarang.
kegilaan yang buat aku sewel KINI. dari dulu gila dan sewel sebenarnya. tapi $ menjadi kewarasan ku ketika itu. tapi sekarang, kau fikir kau mampu ke? haha.

macam best kan? storm bergabung dengan bold = torch.

MELETOP!

nak sangat. haih. -.-

.sorry VS maaf.

senang je say sorry bila buat salah kan?
tak pernah fikir hati yang telah terguris.
atau mungkin sudah rabak dan tidak punya hati lagi.
for certain people, memang macam ni kan?
bak kata im, tak matang langsung. HAHA.
takpe, SABAR je lah selagi boleh.
tapi meluat doh. grr.
but, buat bodoh sudah.

p/s: sebab tu saya susah nak minta maaf, kot kan? haha. and senang memaafkan but susah untuk melupakan.

Tuesday, December 14, 2010

.google diri anda.

tadi saya google nama saya "hazirah".

tahu apa yang keluar?

NI DIA!

uish, sumpah femes sekejap. siap ada picture meh? dah la picture sumber dari ukm. hee. gambar kat kad matrik saya. muka baik and pinky pinky girl gitu kan. haha. sekian. :')

Thursday, December 9, 2010

.dua puluh lima :).

baru hari ini berkesempatan untuk tulis 25 perkara yang anda tidak tahu tentang saya. heh, kenapa 25? sila tanya orang yang tag saya, mye si cantik manis.

AYUH!
  1. first impression orang terhadap saya adalah sombong, muka garang dan tidak peramah. haha. mungkin. dan ramai orang takut dengan saya. kan? saya sebenarnya peramah orangnya (in your dreams, haha) tapi kalau ada perkara yang saya tidak suka, secara tidak langsung muka saya akan menggambarkan segalanya. haha. so faham-faham sendiri lah. ;p
  2. suka shopping sangat-sangat. pantang nampak. hesh. suka sangat beli baju, kedua flip flop & kasut,tudung awning (minat baru selepas kahwin), jeans, handbag, dan yang sewaktu dengannya. tapi beli banyak-banyak baju and so on, ada yang tak terpakai pun. membazir kan? ;p
  3. tak suka main game. BOSAN. tak heran langsung dengan game apa pun dengan tagline "ada aku kesah? ;p"
  4. sukakan pasta. oh, meleleh air liur sudah. bila rasa nak makan kalau rajin saya masak. kalau tak rajin atau teringin sangat abang hensem tu masak terus ke gerai the grato dan makan disana. tapi tak puas sebab sikit. nak mintak 2 pinggan, malu. haha.
  5. bila bangun pagi, lewat macam mana pun sebelum pergi kerja or nak keluar rumah, MESTI kemas katil dulu. :)
  6. suka mengemas rumah, dan akan lebih rajin mengemas rumah sendiri kelak. cepat lah dapat kunci please! :(
  7. teringin nak ada kedai jahit sendiri suatu hari nanti. ;)
  8. tak reti nak make up, teringin nak belajar make up. tapi mahal dan tiada masa sebab sekarang sedang belajar menjahit. maka, jangan tamak. ;p
  9. suka bawa kereta laju-laju. bila bawa selow, nanti saya khayal tengok orang keliling atau main hp atau joget-joget bila dengar lagu rancak. hihih.
  10. umur 24 tahun ini tapi masih berperangai seperti budak 4 tahun. haha.
  11. sumpah suka gila dengan warna pink. entah kenapa? apa yang pink, semua nampak cantik bagi saya. hee.
  12. adik saya seperti kakak saya. sebab saya kecil, dia besar. haha. ada juga yang kata kami kembar lagi-lagi bila aku pakai cermin mata.
  13. ya, saya rabun. dan tak suka pakai cermin mata. rimas dan nampak tua. heh.
  14. suka orang tangkap gambar saya! :D
  15. gila cincin. nak lagi boleh? ;p
  16. tak suka potong kuku. grr.
  17. pentingkan kesempurnaan. tak boleh nampak kotor pada baju especially nya. mesti nak bersihkan.
  18. sangat berbeza dengan encik suami. umpama api dengan air.
  19. manja. in difference site. bukan menggedik-gedik okay. lebih kepada tidak reti berdiri di atas kaki sendiri. haha.
  20. suka matematik. rindu cikgu mat! :(
  21. suka buat kerja last minute.
  22. encik suami kata saya ni kelam kabut. anda rasa?
  23. cepat marah, cepat sejuk (jika kena cara pujuk) ;p
  24. teringin nak jadi macam redmummy. kan? *dreaming*
  25. saya sayang semua yang sayang saya! sekian.
tamat sudah. sekarang saya nak tag orang. imran, shida, feera, farrah, atau siapa-siapa nak buat? sila buat! seronok bukan? hee.

.senyum kambing.

cuma nak cakap kat sini. sebab tak siapa nak marah if aku cakap kat belog aku sendiri kot kan?

aku nak cakap yang:

kelakar tengok orang yang cakap broken english and show off to people yang kau konon-konon kau good in english or else. for me, itu macam menampakkan kelemahan sendiri. better kau cakap melayu je lah, haih. kelakar doh. maksud dia dah lain kau tahu tak? haha. and for those yang sangat excellent in english, wa tabik spring lah kan. kedua-dua type of people ni buat aku tersenyum sendirian selalunya. thanks guys! heh. ;p

Tuesday, November 30, 2010

.please envy me.

pagi-pagi lagi dah senyum lebar-lebar. :D

SEBAB?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ini!

oh, i adore perfume ini so much. masa di Langkawee tak dapat beli, SEDIH.
but now dengan tiba-tiba incik suami tersayang bagi ini dan sungguh tidak ku sangka.
PLEASE ENVY ME. ;p
dan siap masak nasi goreng serta makan bersama pagi ini.
oh, iloveyou lah! :)
(tak boleh berhenti senyum doh, haha)

Monday, November 29, 2010

.gigit kasut.

sebelum sempat ke movie (ngangkung) hari itu, nampak item 50% kat vincci dan kasut-kasut ballerina and high heels kat depan-depan tu ha. mahu tak tergugat aku? HAHA. tapi kalau shopping dengan encik imran, i'll decide by myself and cepat-cepat try, nak or tak terus pergi kaunter dan bayar. maka, aku pun terjebak beli wedges sebijik. heh. dan dalam perjalanan balik terus try lagi (tak sabar-sabar kan?) and terus tanya im, "nak gigit kat mana kasut ni?" kenapa nak gigit? korang mesti pernah dengar kan; "gigit kasut kalau tak nak kasut tu makan kaki" aku selalu beli kasut, tapi baru first time gigit kasut. dan first time dengar pun masa kat kolej, sayangku si fera yang bilang padaku.

to conclude this, betul tak korang rasa? lepas aku dengar dari fera, aku ada juga baca dari blogger lain. bila tanya im, dia kata mitos je. dia pernah try, but kasut tu still makan kaki dia. hehe. maka, entahkan betul, entah kan tidak benda ni kan? teehee. macam yang kita selalu percaya "orang tua-tua kata".

comel kan? oh my G -.-

ini pun cantik! :D

ini super duper cantik! that's why ilovepink! hehe.

Friday, November 26, 2010

.for a day only.

kadang-kadang aku terfikir, boleh tak kalau kita tak tertekan satu hari?
for a day only.
tertekan dengan kerja or else.
tak semua orang faham kita, but kita kena faham orang?
mesti, mesti dan mesti (dah macam perkara wajib) ada yang tak kena.
BENCI bila perkara yang tak kena dengan jiwa dan buat aku tertekan.
please, go away!

baru post "please don't take away the happiness", kat facebook pagi tadi.
but now?
haih. sesiapa pun tidak memahami diriku ini.
lebih tepat dikenali sebagai kehendak.

lelaki selalu buat macam ini kan? **teringat sudah. please jangan emosi zeera.
cukup sampai di belogbarubahagia only.

Thursday, November 25, 2010

.addicted.

addicted dengan ini benda; selain shopping. haha. pernah buat sebelum ini tapi tak pernah mula dari volume 1. tapi aku terus upgrade ke volume 7. haha. sebab apa? sebab volume 7, buku dia warna PINK! heh. kata gila pink. :D

beli di as-syabab, kompleks PKNS di kala kebosanan yang terlampau. sebenarnya, i'm not that type yang suka masuk kedai buku and beli buku or else. i prefer a lecture. tapi bukan lecture yang tengking-tengking and bored. it must be fun okay! haha. so siapa yang rasa bosan, sila cuba ini sebagai hobi baru anda di kala kebosanan yang terlampau. ini juga mampu untuk mengesan ketajaman fikiran dan mata anda untuk mencari perkataan yang di minta. BEST!

Friday, November 19, 2010

.oh cik pink.

NAK!

unfortunately, dah out of stock.

malang sungguh.

maka, saya yang sedang mendung, kini sudah hujan.

:((

.annoying.

ANNOYING GILA.

Tuesday, November 16, 2010

.kek cantik.

anniversary sebulan lagi, err..setahun sudah? macam tak percaya je kan? pejam celik, pejam celik dah setahun aku jadi isteri orang? umur pun dah makin lanjut, so zeera please lah. behave please, jangan childish sangat boleh? haih. selow-selow la ye? sebab tu aku belum boleh nak jadi mak orang kot? ;p ke bila dah ada isi nanti tiba-tiba jadi matang? haha. amin. kata-kata itu satu doa. kan? :)

maka dengan ini saya pun usha-usha belog orang, dan saya memang adore sangat dengan si tukang buat kek ini. kek dia buat sangat cantik okay. dan orang kata kek dia sedap. dan sumbernya macam boleh dipercayai. dan aku ni jenis makan kek bila ada event or function yang boleh di 'celebrate' kan. kalau tak, tak la makan kek pun. jarang sangat, tapi tak bermakna aku tak suka makan kek, suka sangat okay! tapi makanan lain lebih menggoda jiwa ini memakannya selain makan kek. hehe.

see, cantik kan kek ni? sumpah cantik gila plus sangat comel with the kids. kek fondant memang cantik, tapi i'm not prefer this one la to eat. fondant tak sedap bila makan, manis (ikut tekak aku la kan) dan harga dia memang sedikit mahal compared to butter cream or fresh cream. ewah, dulu saya kerja bakery kan, so tahu la sedikit sebanyak tentang cara dan pembuatan kek. tapi tak reti buat kek. deco-deco reti la. ;)

kek ini pun cantik kan? tapi the rings? mesti lelaki kot yang order? so sweet. hehe. dua-dua fondant.
cantik, cantik, cantik. :)

kek kat belog itu semua cantik-cantik. betul saya tak tipu. rambang mata! -.-


p/s: saya dapat balik duit hotel (langkawee) aka duit raya. SERONOK!

Monday, November 15, 2010

.berchenta-chenta.

okay, skip sebentar cerita langkawee yang tak tahu bila nak habis update. hee. nak cerita hari yang ceria ini, kenapa ceria? mari scroll ke bawah. nak cerita la ni. heh.

sumpah seronok gila weekend ni. sebab aku busy gila. walaupun tak cukup rehat, tapi seronok sangat sebab bersama orang-orang tersayang. mari senyum lebar-lebar. :D hari ini mahu cerita tentang cinta kami bertiga. hehe. cinta sampai mati selain incik suami yang dicintai sampai syuga.

soalan cepumas: berapa kali cintakah yang saya sebut? heh.

sudah-sudah, nak dipendekkan cerita, dah banyak kali plan nak berjumpa chenta's hatiku ini sebenarnya. tapi nasib tidak menyebelahi dan akhirnya kini pasti maka dengan ini di isytiharkan bahawa tanggal 14 November 2010 kami telah berjaya mengadakan sesi berjimba-jimba dan tujuan utama mahu melihat baby comel yang baru keluar dari perut ibunya dan sudah melihat dunia kini (tapi masa kami pergi melawat, kerja dia tidur sahaja). eh, panjang juga ayat diatas ni kan? HAHA.
kamu, kamu, kamu mahu lihat si comel itu? mari!

irfan naufal bersama mamy zeera yang comel. err, perlu ke? ;p

ha tengok? dia suka tidur je budak onet ni; bak kata ibu dia.
ibu dia house mate, roommate dan segala mate lah masa di zaman kolej dulu. ojai kawan baik kami lagi satu (macam ayat tadika sudah, peduli apa aku? ;p) yang kenal o'on ni masa sukma dulu. then kami pun berkenalan dan menjadi rapat. rapat ke? rapat-rapat, renggang-renggang. ;p

sebelum masuk, posing dulu :)

fera kini sudah bertudung. congrats sayangku!

shahida kembar ku yang kini semakin pendek. ahaks. jangan mara yang!

my dior! <3

makan pizza yang sangat ekonomi. haha.

then karox time. sumpah murah karox kat giant subang. haih. dan puas gila melalak kan kawan-kawan?

gumbira hatiku bersama chenta's.

dah tu kenapa? ;p

feel lebih. heh.

loving couple ke? fera yang kata, aku tak kata. weks.

terima kasih incik suami kerana bawa saya jalan-jalan bersama kawan-kawan saya. <3>

shidot yang keputihan dikala kami kehitaman. hehe.

berduet berdua. feel doh.

kami yang kegilaan. ojai si perdana menteri selalu tidak dapat join kegilaan kami. benci tahu tak? grr. dan sekian untuk kegilaan kali ini. next trip kita perlu rancang untuk menjadi lebih gila okay? sayang gila doh dengan korang. SUMPAH! kawan yang tidur sebantal dan makan sepinggan memang the best lah! :D
 
Blog Template by Delicious Design Studio