Wednesday, May 11, 2016

26th weeks of number 3 :')

Assalamualaikum *sambil sendawa angin* Aaris kalau dengar aku sendawa angin ni mesti laju-laju dia tolong cakap Alhamdulillah (walaupun sedikit pelat). tapi bila dia sendawa kekenyangan tak pulak pandai cakap sendiri. hesh budak ni. selalu bikin mama geram marah dan geli hati tengok perangai awak ni >.<

tadi mama pergi check up adik baby. Ya Allah dari malam tadi active bebenor dah kenapa? senak perut aku asik menyepak je kerjanya. memandangkan jantina tidaklah nampak lagi maka kadang-kadang hati kecil ini bertanya adakah baby ini lelaki? walaupun sememangnya mama memang mengharapkan kali ini adalah baby girl :') yelah, dah ada dua lelaki kan so mestilah mengharapkan perempuan pula. since dah 4 kali (termasuk tadi) tak juga ketahuan jantinanya dan selalu rasa sedikit tertekan bila orang tanya dah reveal gender kah? mama pun rasa macam nak buat details scan untuk tahu gendernya. tapiiiii, maktok kata tak payah la. seperais sikit kononnya. maka sampai ke sudah mood membeli baju dan peralatan lain belum mari kata orang. hahah. tapi, doctor selalu kata "macam girl ma, tapi mama jangan berharap ya. dia kepit ni nampak (sambil tunjuk ke mesin scan) sopan anak mama ni" doctor menyambung. okay foine baby, taknak tunjuk dop pe lah asalkan mama tahu awak sihat dan cukup sifatnya. syukur Alhamdulillah. plus doctor kata kepala baby dah kat bawah. tiba-tiba mama rasa macam sayu, sebak dan hampir menangis waktu scan. cepatnya masa berlalu, cepatnya anak mama dah besar dalam perut mama :'(


ini gambar last week masa birthday abam Aaris. abam sayang benor dengan adik baby nyaa. dengan adik Ayed asiklaaaa nak bergaduh, berebut. orang kata jangan kacau adik pun dia still kacau dalam diam. eh pening kepala mama tau? 


ini baru sekejapan tadi. sambil menulis pun baby asik nendang nendang. yelah, kepala dah dibawah kan, apa lagi kasi side kick, front kick bagai la. adoilah. muka setiap kali pregnant memang kusam. kali ini ditambah pula dengan jerawat yang selalu datang tanpa diundang. hoih seteghess.

ok daaa. sampai ketemu bila mama ghajin untuk menulis semula. haha.

Thursday, February 25, 2016

.meloya lagi ke?.

Assalamualikum,

pejam celik, pejam celik dah 15 minggu dah my journey pregnancy. Alhamdulillah dah capai fasa sedikit stabil, but still ada bau-bauan yang masih meloyakan tekak. awal-awal dulu memang melepek je atas katil, but bila kau nak tidur kau tak boleh tidur or rehat so sedikit sebanyak memang stressed kot. and tak tau nak makan apa dari awal pagi sampai ke malam. pernah nak dinner sayur je on dinner then ok dah kenyang. so not me. hahah. dulu dr awal kau memang boleh fikir apa next menu yang kau nak makan. tapi this time tengok nasi pun tak lalu tapiiii masakan mak memang tak boleh tolak. selera je makan even tak makan banyak macam selalu. nasib baik mak dekat so tak la hehari berendam air mata stress up nak makan apa? hehe.

and throwback masa pergi Padang haritu sumpah tak lalu makan. masa sampai-sampai pak supir bawa kami makan ikan bakar, that the first and last yang aku lalu makan. hari lain memang ke laut la. dia macam lauk nasi padang yang banyak-banyak pinggan tu tapi ikan sungai then dia bakar. rasa air sungai tu aku takleh blah. makan pizza hut pun tak berapa nak lalu, Aaris lagi la makan ayam Texas dengan nasi kosong. and the worst part bila sampai Tasik Maninjau tak silap, sepanjang perjalanan tu aku muntah. ada la 4-5 kali aku muntah. nasib baik masa tu Aaris tidur sebab dia pun kaki muntah. nasib tak baik lately Ayed memang terover manja dengan aku so dia memang taknak duduk dengan baba, dengan aku pening meloya so macam you know? horror bila fikir balik. balik dari tasik aku naik kereta je terus muntah. then lama sikit Aaris muntah pulak, lepastu aku muntah lagi. hoi menangis sepanjang perjalanan tu sampai hotel nak rehat. kesimpulannya memang tak berapa nak shopping sangat pun sebab tak berapa nak sihat. tapi pak supir rajin melayan posing sana sini nak tangkap gambar so gambar kami berempat sangat banyak (tapi malas nak share masuk belog, haha). plus jalan dekat Padang semua berbukit berbukau pusing pusing so memang tak recommend untuk orang yang mengandung dan mudah muntah macam aku. hahah.

next month insyaAllah ke Bandung pulak. aku sponsor tiket flight je, yang lain baba kasi settle. kalau diizinkan Allah dapat tahu gender apa, boleh shopping untuk baby baru ni, insyaAllah. kali ni pun memula fikir nak check up mana yang senang? kali nak guna panel im sebab last klinik aku dulu im kata lembab. so bila fikir memang plan nak bersalin azzahrah, so check up situ jek la. tak payah dua tiga kali nak buat buku. so dah buat pun first check up tapi doc kata gender tak nampak lagi. iols nebes ok masa check up kot kot kalau dah nampak ke kan? yela, dah dua lelaki mestilah nak girl pulak. plus aku datang dari family yang ramai perempuan so keinginan nak baby girl tu memang tinggi. moga-moga ada rezeki, nanti aku update lagi :p


Monday, December 21, 2015

.meloya.

Alhamdulillah, masih diberi rezeki untuk mengandung lagi. hihihi. macam tak percaya anak dah nak masuk 3, insyaAllah. dari awal lagi dah ada instinct macam ada isi. tapi macam taknak berharap lagi konon. check on 30th November masih negative since tanda-tanda awal macam ada contohnya susah nak tidur malam, perut kembung, cepat mengah/letih dan mengantuk. malas buat kerja pun ye. kalau tak on weekend je berderet list nak kemas itu ini cuci toilet bagai. ini lepas masak dah penat nak buat benda lain. then emosi pun boleh tahan, takleh nak control sebab cepat penat.

then check lagi upt on 9th Disember, terus terpacul dua line. i knew it. senyum simpul sorang sorang. haha. balik kerja tu letak atas meja terus g mandi. lepas mandi keluar nampak im senyum simpul. kahkah. since dia tanya "eh awak dah period ke?" a day before. aku cakap "belum". "eh ni dah lewat berapa hari ni?" im sambung lagi. aku just cakap, "kadang-kadang cycle aku 30 hari. tengoklah esok lusa cemana". hehe. Alhamdulillah rezeki lagi.

masa dapat tahu tu baru 4 weeks. mungkin minggu ni 6 weeks kot. dah start dah loya-loya. last Sunday paling teruk kot. mual-mual pun bangun pagi rebus nasi impit (even bau tak tahannnn) dan masak sambal goreng johor sebab teringin for breakfast. tunggu baba balik lari sampai dah tengah hari baru sampai. haih. then mual-loya sampai ke petang. sampai tengah jalan then terduduk sebab rasa macam pitam tetiba. tsk. 

sebab nasi impit ada lebih and malas nak keluar, aku masak pulak sup ayam nak suap bebudak makan. mama pun makan sikit nak hilangka loya. nak habiskan lipat kain pun tak tercapai sebab tak larat. sudahnya tidur sampai ke pagi lepas baba pergi kerja.

bangun pagi ni memang rasa sangat nak muntah. tengah gosok gigi muntah buat kali pertama. halahiii, keluar yang pahit kuning kuning tu. kalau tak fikir sebab nak isi sppu pagi ni memang dah mc dah harini.

semoga semuanya selamat sampai akhirnya. lusa dah nak flight pergi Padang. insyaAllah tak ada apa-apa. amin.

Monday, May 25, 2015

.saya dah berhijrah.

selalu rasa nak meluah rasa dekat sini, tapi apakan daya perasaan malas menguasai diri. adoiiii.

selalu rasa nak berhenti kerja, tapi nanti tak boleh beli maciam maciam so ku tahankan sajaaa -.-"

and bila beranak dua ni sangatlah terkejar kejar dan memenatkan. so semua benda jadi berat nak buat.


tetiba harini rasa rindu dengan belog sendirik. hikhik. kita dah berhijrah. hijrah tudung awning ke shawl. dari Ariani tegar kepada Elya Shazleen. shawl lain aku tak hingin. malas nak meng'iron' dan melilit bagai. ini instant shawl sebab tu iols suka sangat. boleh tengok ig dia misti kau terpanggil untuk beli satu. lepastu terus jadi hantu tetiap hari nak g butik beli lagi dan lagi macam aku. hahah. inilah padah rumah dekat dengan butik. aptb


semua ni aku punya. dah tambah sehelai lagi color autumn. dan dah letgo satu lagi color dusty pink (3 dari kiri)

shawl dia tak mahal; RM39 je. tapi kalau beli hari-hari kopak juga. aku jual Ariani aku, aku beli shawl ni. hihihi. tinggal a few je yang printed yang aku sayang nak jual. ada yang tak pernah pakai pun sebab tu sayang nak jual.

mula-mula Nora la yang sibuk cerita pasal shawl ni. aku try beli satu grey. sekali rasa best sangat sebab senang nak pakai. mudah bentuk. terus rasa muda remaja bila pakai shawl. bahahahah.


selfie dengan adik motak. yang ni color milo :)


ni color plum


ni paling faveeee; baby blush. 
kawan aku cakap masa ni macam muka Ayed pakai tudung. haha. 
meaning muka Ayed ikut mama lah kan? :D


selfie dengan Ayed lagi. color dusty green


asik la selfie sebab teruja sangat dengan color shawl yam ni 


color ni mesti kena ada black :)


ini color dull blue. 
sebelum ni aku beli royal blue tapi takde baju match so aku letgo dekat Fera aku beli color ni. hee


last sekali; my bestie :)

Nora pakai sweet pink, aku pakai fuchsia pink, Fera pakai sunkist, Shida pakai black. semua pakai ES. *saya suka, saya suka*

OK BYE. jumpa lagi nanti tak tahu tahun bila :p

Friday, March 20, 2015

.besar dah anak mama.

tiba-tiba macam "rindunyaaaaa Aaris" walaupun baru tadi jumpa dia. 
aku balik lunch break dia tengah mamai nak tidur. kalau dekat rumah mak, kadang-kadang dia tidur buai kat luar. adik tidur kat dalam bilik dengan buai juga. kadang-kadang boleh je dia tidur atas katil tapi kena teman dia sampai dia tidur. so tadi dia tidur dalam bilik, bila terjaga dia terus keluar (dah pandai buka pintu bilik sendiri, besor dah anak mama T_T) then aku keluar, dia tengah baring sambil makan roti "eh mama" sambil senyum nampak gigi. alahaiiii melting. 

bila nak pergi kerja tadi dia menangis pulak panggil; "mama, mamaaaaaa". dah la pagi tadi buat hal juga. inilah padahnya jarak dekat-dekat kata orang. takpe, esok dah besor takdelah gap jauh sangat. kecik-kecik je susah sikit. tapi susah banyak rupanya sebab anok kami si Ayed jenis clingy. hadoi. kadang-kadang bila weekend without baba kami asik kena buli ja. taknak letak asik nak berdukung. hoih letih. kalau nak buat kerja aku up back carry (babywearing). tapi Ayed jenis susah nak tidur dalam carrier. kalau keluar dalam sejam jalan usap usap kepala baru tidur. kalau kat rumah tengah bising-bising buat kerja memang tak tidur laaaaa.

eh jauh menyimpang. nak cerita pasal Aaris la. Aaris sekarang dah banyak sangat pandai. kadang-kadang kita ajar tak nak dengar tapi lama-lama dia pandai dan belajar sendiri. pandai baca doa makan even tak perfect mana tapi bila cakap baca doa nanti dia pandai baca sendiri. comel je. lagu ABC pun pandai dah. cuma ada a few huruf dia tak reti pronounce dengan betul. aku tak sangka anak aku dah pandai semua tu. sebab aku tak terlalu mengharap dan terlalu menekankan perkara-perkara tu pada dia. so bila dia tahu dengan sendiri aku jadi amazed. lagi-lagi bila anak dua ni. macam tak terkejar dah. sibuk nak buat puri anak lagi, ceh alasan. warna pun dah pandai kenal, mulanya aku saja tanya (memang aku selalu buat tapi dia akan diam dan tengok je aku sebab tak tahu nak respond apa) tapi haritu dia jawab "greemmmmm (green)" then aku macam oh em geee pandainya anak aku. eh kau dah kenapa puji anak sendiri? #anakakukauyangpanaskenapa 

haritu dia tengok no plat kereta, dia sebut huruf tu satu satu. eh amazed gila. lagu-lagu kat youtube pun dia boleh hafal. lagu ultraman, robocar poli. eh banyak la. dulu zaman upin ipin, sekarang zaman dah berubah. haha. tapi aku menyampah kalau dia tengok laptop. sibuk tekan screen, ingat touch screen ke? haha. dah biasa tengok iPad kan. hihi. dulu tak pandai, sekarang dah pandai pilih cuma tak reti eja je lagi. bila tanya iPad ni siapa punya? dia jawab "Ayish unye" bila aku kata aku punya, dia akan kata "tak payah, ni Ayish unye" fine! pftttt.

teringat anak tomok yang begitu fluent dengan English. seronok dapat duduk sepanjang masa dengan anak sampai jadi bijak macam tu. tapi Aaris masih belum diaper free. tak sampai hati nak suruh mak aku ajar. so selagi mampu beli diaper, mama belilah. ni lepas GST tak tau lah macam mana hidup T_T


mata mana Aaris? kuat betul baka cina la awak ni. 
*rindu crocs batman Aaris yang hilang dekat Madinah :(*


sekarang nampak aku lagi tembam. grr


cina mualaf. kihkih
aku nak try kat adik dia. pastu dia sibuk Ayish, Ayish. ha pakaikan dia pastu meh mama nak ambil gambar. menyengih la dia. nampak gigi kedepan sikit sebab tak berenggang dengan puting. huhu
si adik jenis spesis si abang jugak kekecik tak suka ada benda atas kepala. haih


mak aku kata, bila dah besor Aaris ada rupa baba dia. gambar ni ada kan? :)

ok Aaris, kejap lagi kita jumpa! mama is always LOVE you :*
 
Blog Template by Delicious Design Studio