Wednesday, January 30, 2013

.mama sayang Aaris.

Aaris Zaquan, anak mama.

Walaupun mama selalu marah dan hilang sabar dengan Aaris tak bermakna mama tak sayang Aaris. Aaris nyawa mama. Sebelum ni, Aaris duduk dan membesar dalam perut mama. Makan apa yang mama makan. Sekarang pun Aaris dah ada depan mata mama, Aaris makan apa yang mama makan. Aaris minum susu dari badan mama. Bila mana nak tidur, cari mama. Dan kita tak pernah tidur berasingan. Sejak 8 bulan yang lalu, mama tak pernah tinggalkan Aaris tidur malam tanpa mama. Mungkin sekarang Aaris tak tahu betapa mama sayangkan Aaris, or mungkin besar nanti Aaris pun tak kan tahu banyak mana mama sayangkan Aaris, but ingatlah yang Aaris sentiasa ada dalam hati mama. Mana-mana mama pergi, mama akan ingat Aaris. Setiap nafas mama untuk Aaris. Kasih mama tak berbelah bahagi. Sayang mama sepenuh hati. Bila mama mati nanti, Aaris jaga diri sendiri. Dan sentiasa ingat mama sangat sayangkan Aaris okay?

Friday, January 11, 2013

.what a relieved.

rasa lega sangat lepas dah cakap dengan pengasuh Aaris pasal cara pemanasan susu yang betul.

macam ni ceritanya, kelmarin masa aku ambil Aaris di rumah pengasuh, pengasuh dia cakap "botol terbakar sebab air kering. lagi pula ada kawan datang tu tak perasan. macam mana ni?" then masa tu aku mampu sengih while minda berkecamuk. aku bermonolog sendirian. dan macam-macam berada di minda. sayang botol satu hal. but now aku dah boleh terima yang botol boleh di cari semula. yang penting anak aku. dia nyawa aku.

but malam tu memang dugaan hebat la. rasa stress sangat sebab fikir dah nak cari pengasuh lain. sebab aku jenis cerewet dalam serba serbi. ada la lack here and there pada pengasuh ni tapi aku wat diam lagi. tapi pasai susu aku sedikit hangin la. dulu aku bagi warmer dia pulang balik sebab dia kata anak dia dulu dah ada. sekali kantoi botol terbakar. sabor je la. so tadi aku dah cakap, kalau boleh jangan panaskan atas direct api, khasiat dia akan hilang. dia boleh terima, tapi dia curious boleh ke panas susu tu kalau rendam air panas? boleh mak (aku panggil dia mak) tapi lambat sikit la. tak payah panas-panas sangat pun takpe. suam-suam is better. then lanjut ke borak pasal Aaris macam mana. aman sikit borak berdua. kalau petang-petang macam serabut sikit. semalam siap ada orang nak juai minyak urut sebab anak aku berak keras. ye, itu salah satu sebab aku perlu juga cakap jangan panaskan susu ibu atas dapur gas. sepatutnya susu ibu melawaskan, bukan seperti susu formula yang mana anak perlu minum banyak air. dan Aaris bukan seorang yang suka minum air masak. dari dulu lagi. haih.

dan malam tadi aku terfikir, patutlah within 4m-5m check up tu berat Aaris tak naik. stay 6.8kg. minum susu yang dah takde khasiat rupanya anak aku :( masa 0m-1m tu kan sampai 1.7kg kan. masa tu tangan berketak, pipi boyot, dagu double chin. hehe. rindu sangat :)

Aaris be good okay. 10 bulan to go. then maktok pencen, maktok jaga aaris okay sayang. mama pun tak sampai hati nak cakap taknak hantar dah sebab dah biasa dengan pengasuh tu. nak cakap banyak pun segan. maka aku yang makan hati. aku tutup je la mata mana yang sikit-sikit tu. yang major baru aku bersuara. semoga Aaris baik-baik sahaja di sana, insyaAllah.


p/s: semalam lepas ambil Aaris dari rumah pengasuh balik rumah kemas-kemas pergi Alamanda sekejap usha harga dan design car seat. takde yang berkenan dihati. ada pun maxi cosi tapi bukan yang idaman hati. tapi nak cerita sebelum pergi baba duk tanya dua-tiga kali Aaris tak tukar baju ke? pakai baju tidur pergi Alamanda? aku jawab, ala..Alamanda je pun. anak orang lain boleh je? haha. mungkin aku dah ajar kot, tiap kali pergi jalan pakai cantik-cantik. tapi Aaris duduk dalam stroller je. orang tak nampak :p

Wednesday, January 9, 2013

.kerusi kereta.

kereta beroda sudah menjadi milik kami, pasai mama dia duk minat sesangat since early pregnancy. kalau takdop sapa nak beli yang lama tu tak juga la kami beli stroller idaman tu. tak kan nak buat perhiasan pula kan? semak ja. so letgo mur-mur. hehe. terima kasih kepada si pembeli :)

tapi sekarang Aaris dah besaq. masuk car seat kecik yang macam baring tu dah pandai demand. kadang-kadang baik, duduk tengok depan. kadang-kadang baik, duduk tengok tepi sambil gentel ekor rimau. tapi selalunya dia buat perangai, buat stunt siap angkat-angkat badan protes tak nak duduk dalam tu. grr. then siap melalak-lalak atau merengek-rengek lalu membuat aku tergesa-gesa bawa kereta untuk cepat sampai ke rumah. haish.

so aku fikir, dan memang dah sepatutnya kita tukar car seat kecil itu menjadi car seat besar gabaq kan? walaupun car seat kecil itu sepatutnya boleh duduk sampai umur 1yo. car seat tu nanti nak letgo kat sapa-sapa nak, pasai next baby beli yang lain. HAHA. dan bila dah beli car seat hat besaq gabaq tu aku nak train Aaris duduk dalam tu setiap kali masuk kereta. sebab nowadays Aaris sangat "behave" bila mama pegang dia. grrr. sibuk nak drive juga bila baba tengah drive. kalau tak dapat still buat aksi melentik badan macam acara gimnastik. sabor je la. 

dulu sudah ada pilihan di hati. ferrari. nak kata murah tu tak la murah but still within under budget kata kau. eh aku yang kata. but then jumpa yang murah lagi dari ferrari. sparco. macam best juga. duk google-google car seat sekali nampak yang ni. aduih, memang cun habis. rega dia? memang tak mampu la. baik aku beli iPad mini. ngeh. mama tak mampu la Aaris nak belikan Aaris yang ni. maafkan mama. tsk tsk.


TAPI CANTIK KAN?
tengok rega la. beriban. beli kereta beroda pun ambil yang paling murah. kalau tak pandang je la jenama tu. 
-________-

Tuesday, January 8, 2013

.incik somi dan sedikit azam tahun baru.

since ada anak ni asyik cerita pasal anak je kan? yela, anak baru sorang, maka terlebih excited dalam segala hal. but harini nak cerita pasal bapa kepada anak saya atau lebih dikenali sebagai incik somi kesayangan saya. hahahak tuih. moh cerita melalui gambar di bawah.

setiap hari isnin, syiok je tengok minyak full bar. hihi. since pakai satu kereta ni, minyak kereta dia isi, minyak motor pun dia isi. bestnya! sorga sangat. thank you suamiku :')

ini masa on the way pergi wedding aunty ninie miskomet. tak paham kenapa ada miskomet? haha. Aaris sibuk nak pergi dekat baba masa baba tengah drive. then baba yang tak sampai hati ambil la anak kesayangan dia letak kat peha. tapi Aaris pelik, apa yang dekat mata baba tu? maka sekejap sekejap dia pandang ke belakang. lama dia perhati. apa ye mama kat mata baba tu? :p

 ini masa dekat homestay Cherating. baba keletihan drive all the way from Terengganu ke Cherating. mama tengah basuh baju baba tidurkan anak tapi dia pun tidur sekali. baik punya landing kan? haha.

 masa pergi pantai berdekatan. Aaris takut ombak. asyik pandang bawah je. mulut hek hek. seluar dah bunga-bunga ikut tema pantai, tapi tak nak mandi pantai. apa ni Aaris? hehehe.

 Aaris tak suka minum air kosong. bila makan bagi air kosong dia akan marah, ataupun dia tak akan telan. maka keluarlah air kosong itu membasahi bajunya. grrr. so, baba layan je anak dia nak minum gaya apa pun.

 suka sangat jelir lidah. wek.

 ha, dapat pun letak benda ni dekat mata kita. yeay :D

 anak bapak :p

tengok, tengok. senyum riang dapat pegang stereng. kadang-kadang dia over dari kita. mana kita letak tangan, situ dia nak letak tangan dia. haish.

 hanya baba je yang boleh pikul Aaris dengan benda ni. mama tak pernah try pun. haha. tapi sekarang dah tak boleh buat posisi ni sebab Aaris dah pandai nak menggapai segala benda yang berada dihadapan dia. bila dalam posisi mengadap baba, dia boleh tidur dengan sendirinya.

 suka tengok Aaris masa ni. comel *puji anak sendiri* :p

tengoklah perangai si budak gedik ini -_____-

dua-dua pun buah hati saya. sebelum ada Aaris, baba la teman setia mama. dan sampai sekarang pun masih teman setia mama juga. teman borak dan teman bergaduh. tapi lepas gaduh nanti baba pujuk mama balik. hihi. sebab mama suka marah-marah. emo terlebih-lebih as usual. cepat terasa, sentisip tak kena tempat. eh sentitip kena ada tempat ke? tak kan? :p

paling aku suka tentang dia, dia seperti kamus dewan. kau tanya apa je dia akan boleh jawab. lagi-lagi pasal kereta. or internet. or bola. obses sangat. dan dia obses terhadap nescafe aku. haha. walaupun kadang-kadang his stupid jokes makes me annoyed, but i still love him *gaya dee dalam adam hawa* haha. banyak lagi pasal dia yang buat aku tak cari lain. karang cerita semua nak muntah pula korang baca :p

paling utama, thank you sebab sediakan rumah, kereta dan segala keperluan lain untuk keselesaan kita bersama. setiap bulan pun awak akan bayar rumah, kereta, internet, maintenance rumah, bil elektrik, indah water, isi minyak kereta dan macam-macam lagi. thank you so much baba, i love you :')

dan setiap bulan aku akan bayar duit kutu dan duit pengasuh Aaris. yang lain dia akan suruh simpan but end up aku akan shopping baju aku & Aaris. bila nak beli baju dia, dia kata tak payah -______-

maka azam baru nak simpan duit. kau nak pergi umrah zeera. tahun depan tu dah tak lama. maka tingkatkan kesabaran, bersihkan hati mulai sekarang. bersangka baiklah dengan semua orang dan berbuat baiklah kepada orang yang menganiaya kamu. *hela nafas panjang* 
insyaAllah. 
tanam dalam hati, kuatkan iman. itu azam tahun baru ini. 
amin.

Friday, January 4, 2013

.8 bulan sudah.

Aaris Zaquan turned to 8m yesterday! 
Alhamdulillah membesar dengan sihat dan pesat. hehe.

0m = 2.8kg
1m = 4.5kg
2m = 5.7kg
3m = 6.2kg
4m = 6.8kg
5m = 6.8kg
6m = 7.1kg
7m = 7.5kg

aku hafal setiap turun naik kg's berat anak aku. dan ini semua berdasarkan check up di klinik kesihatan je. within 4m-5m ada pergi check dekat swasta masa tu berat dia naik 7.1kg. but bila datang check up KK balik berat stay 6.8kg tidak naik dan tidak turun. 2x timbang.  and sekali lagi  masa 5m-6m check dekat swasta berat naik 7.5kg, dekat KK dia naik sikit from 6.8kg ke 7.1kg. apa-apa je la asalkan anak aku sihat dan membesar dengan sihat :')

on 8m yo, Aaris dah pandai apa? meniti perjalanan ini. haha. sungguh, anak aku dah pandai berdiri since 7m lagi. so sekarang bangun duduk dah laju sangat. merangkak lagi la kan. dan sekarang dah pandai pegang then jalan sampai hujung (meja contohnya) dan akhirnya duduk sebelum merangkak kembali. manja bukan main. tak boleh duduk sorang-sorang. mesti menangis mengada-ngada sambil mendapatkan mamanya di dapur. kadang-kadang boleh berdiri tanpa pegang apa-apa. sekejap je la tapi. Aaris cepat jalan ye? boleh main kejar-kejar dengan mama :D

makan Alhamdulillah, sangat memberansangkan. dan aku tak sangka aku masih mampu untuk susukan anak aku selama 8 bulan walaupun terpaksa bertungkus lumus bila takde stock banyak. sekarang pun hasil tak tentu. ikut kerajinan pump. kalau ikut kemalasan, dah dapat 14oz sehari dah cukup untuk bekalan Aaris esok hari. bukan pump untuk buat stock :p kalau ada lebih baru bekukan dan boleh guna bila saat-saat genting. semoga dipanjangkan rezeki hingga Aaris 2 tahun umurnya. atau dah dapat adik :p HAHA

esok cuti. happy! duduk rumah golek-golek dengan anak sebelum balik kampung Bangi. heh. sampai jumpa lagi!
 
Blog Template by Delicious Design Studio