Friday, January 11, 2013

.what a relieved.

rasa lega sangat lepas dah cakap dengan pengasuh Aaris pasal cara pemanasan susu yang betul.

macam ni ceritanya, kelmarin masa aku ambil Aaris di rumah pengasuh, pengasuh dia cakap "botol terbakar sebab air kering. lagi pula ada kawan datang tu tak perasan. macam mana ni?" then masa tu aku mampu sengih while minda berkecamuk. aku bermonolog sendirian. dan macam-macam berada di minda. sayang botol satu hal. but now aku dah boleh terima yang botol boleh di cari semula. yang penting anak aku. dia nyawa aku.

but malam tu memang dugaan hebat la. rasa stress sangat sebab fikir dah nak cari pengasuh lain. sebab aku jenis cerewet dalam serba serbi. ada la lack here and there pada pengasuh ni tapi aku wat diam lagi. tapi pasai susu aku sedikit hangin la. dulu aku bagi warmer dia pulang balik sebab dia kata anak dia dulu dah ada. sekali kantoi botol terbakar. sabor je la. so tadi aku dah cakap, kalau boleh jangan panaskan atas direct api, khasiat dia akan hilang. dia boleh terima, tapi dia curious boleh ke panas susu tu kalau rendam air panas? boleh mak (aku panggil dia mak) tapi lambat sikit la. tak payah panas-panas sangat pun takpe. suam-suam is better. then lanjut ke borak pasal Aaris macam mana. aman sikit borak berdua. kalau petang-petang macam serabut sikit. semalam siap ada orang nak juai minyak urut sebab anak aku berak keras. ye, itu salah satu sebab aku perlu juga cakap jangan panaskan susu ibu atas dapur gas. sepatutnya susu ibu melawaskan, bukan seperti susu formula yang mana anak perlu minum banyak air. dan Aaris bukan seorang yang suka minum air masak. dari dulu lagi. haih.

dan malam tadi aku terfikir, patutlah within 4m-5m check up tu berat Aaris tak naik. stay 6.8kg. minum susu yang dah takde khasiat rupanya anak aku :( masa 0m-1m tu kan sampai 1.7kg kan. masa tu tangan berketak, pipi boyot, dagu double chin. hehe. rindu sangat :)

Aaris be good okay. 10 bulan to go. then maktok pencen, maktok jaga aaris okay sayang. mama pun tak sampai hati nak cakap taknak hantar dah sebab dah biasa dengan pengasuh tu. nak cakap banyak pun segan. maka aku yang makan hati. aku tutup je la mata mana yang sikit-sikit tu. yang major baru aku bersuara. semoga Aaris baik-baik sahaja di sana, insyaAllah.


p/s: semalam lepas ambil Aaris dari rumah pengasuh balik rumah kemas-kemas pergi Alamanda sekejap usha harga dan design car seat. takde yang berkenan dihati. ada pun maxi cosi tapi bukan yang idaman hati. tapi nak cerita sebelum pergi baba duk tanya dua-tiga kali Aaris tak tukar baju ke? pakai baju tidur pergi Alamanda? aku jawab, ala..Alamanda je pun. anak orang lain boleh je? haha. mungkin aku dah ajar kot, tiap kali pergi jalan pakai cantik-cantik. tapi Aaris duduk dalam stroller je. orang tak nampak :p

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio