Friday, August 26, 2011

.luka.

kau yang palitkan luka di hati ini,
luka yang amat dalam,
luka yang tidak bisa sembuh.
luka yang akan terus berdarah,
luka yang hanya akan meninggalkan parut,
yang hodoh lagi jijik.

begitulah perasaan ku.

.kehilangan.

aku paling benci bila barang aku hilang. tapi salah aku ke? aku pun tak perasan bila barang tu hilang, sebab setahu aku aku tak usik pun barang tu. bukan dia memang ada je dalam handbag ke? selagi tak tukar handbag, selagi tu la dia di dalam.

apa yang hilang? bag kecil yang ada bermacam-macam barang. terutamanya kunci office, access card office, touch and go. selain itu ada 2 eyeliner tersayang, lip balm, brooch and apa tah lagi dalam tu. mana tak meroyan aku? tapi siapa yang faham? semua pun tak boleh harap. sumpah mood hilang hari ini. mood raya dah humban longkang jauh-jauh. ish, benci benci benci. mana nak cari lagi ni? tiga-tiga buah rumah dah aku pergi cari. ke hulu ke hilir. penat! tapi masih tiada hasil.

tangisan pun tak akan mampu kembalikan semua itu. tapi yang pasti tangisan mungkin dapat meredakan tekanan ini biarpun sebentar.

.duit Raya.

dulu kecik-kecik beraya rumah orang mesti dengan harapan nak dapat duit raya kan? la ni dah besaq, dah kahwin kena bagi anak-anak buah, adik-adik dan sesiapa yang aku rasa nak bagi la kan? see guna word 'kena', nampak sangat tak ikhlas? haha.

so sempena Hari Raya yang bakal tiba ni kan, aku pun tidak ketinggalan untuk menukar duit untuk diberikan kepada adik-adik tersayang. maaf tak banyak yang boleh aku beri. sebab PM bagi bonus seciput. sebab gaji aku pun seciput. hehe. *alasan bernas.

suka bau duit baruuu kan? wangi je. rasa sayang nak guna. aku tukar rm10 dan rm1 je. mak ayah keluar je dekat bank, tak payah baru sangat eh. kalau baru-baru aku simpan buat ibu duit dalam purse. korang tukar banyak ke sikit?

bahang Raya semakin terasa!

Thursday, August 25, 2011

.sekadar kata-kata.

comel je marion ni kan? suka tengok dia dengan Awal masa jadi pengacara One In A Million suatu ketika dahulu. hari tu tengok dia dalam Nona pasal kecantikan. "jangan malas" ayat yang dia selalu gunakan bila cakap pasal kecantikan. pasai tu la dia cantik sangat kan? :)

bila dia dah mengandung, terpancar seri orang mengandung. glowing je. cantik, sangat cantik ciptaan tuhan.

tapi gila annoying bila baca dalam belog abang N yang asik-asik keluarkan perkataan
".....memang jantan"
bila dapat tahu artis-artis mengandung. itu semua rezeki kan? so ucap tahniah dah la. yang masih belum ada rezeki maknanya suami mereka bukan jantan kah? ambil kira sensitivity orang lain bila berkata-kata itu.
*eh aku ke ni yang berkata-kata? haha.

bila macam-macam benda jadi pada diri kita, anggap semua tu sebagai pengajaran. tiada orang yang tidak buat salah. dan semua itu akan mematangkan dan membuat kita lebih berhati-hati. kalau orang baik dengan kita, tak kan kita nak jahat dengan orang kan? lain la ada backstabber. menyampai cerita yang bukan-bukan sampai hidup aku porak-peranda. nasib ada suami tersayang di sisi no matter what. I love you more as always!

Tuesday, August 23, 2011

.menatap gambarmu.

bulan-bulan puasa ni macam-macam nak makan kan? aku la orangnya tu. si kuat makan. ini antara masakan di rumah sendiri dan di rumah emak. mangkuk putih-putih tu rumah aku la tu. mangkuk color-color rumah mak aku. setiap kali masak wajib ada sambal. sebab aku suka makan makanan pedas. incik somi pun suka sambal aku. mil pun suka dia cakap. habis kembang punggung. HAHA. dah jom layan menu masakan yang simple tapi menyelerakan. *bagi aku laa. presentation sumpah out. buang masa je aku rasa. lain la kalau nak masuk pertandingan kan? heh. kekemasan lebih penting bagi saya. tak suka comot-comot :')

ready? moh kita menatap gambar ini :)

kacang panjang + tauhu goreng,
ikan bilis + kentang + tempe masak sambal
ketam masak lemak

sawi pendek masak sos tiram
ayam masak merah dan telur dadar

sarapan pagi yang dibuat bersama.
*sardin (aku) dan lempeng (incik somi)

kacang panjang + tempe goreng,
ikan masak cili

tempe goreng,
terung masak cili padi,
burung puyuh masak kicap

burung puyuh masak sambal,
sawi pendek masak sos tiram

ikan sardin masak cili dan sup telur
*masakan bujang + pemalas

ikan bilis masak sambal,
tomyam campur dan telur dadar.
*percubaan pertama masak tomyam sendiri. sedap!

udang masak sambal
tomyam sayur + ayam

udang masak sambal *udang masak sambal juga merupakan peberet saya!
terung masak cili padi,
tempe goreng

sardin, nugget tempura dan roti telur kesukaan incik somi

sup ayam (saya suka sup!)
ikan bilis + tempe masak cili,
sayur kailan ikan masin dan cili kicap

spaghetti aglio olio cara zeera,
daging burger ayam

oh sedapnyaa! spaghetti bolognese

bolognese again with meatballs

paprik daging! percubaan pertama dengan bimbingan emak.
*terlebih kicap tapi masih sedap :p

ikan bawal masak sweet sour.
*ikan sepah-sepah sususannya

kacang panjang + cendawan butang goreng belacan

ayam cepedas. tiru resepi orang. memang pedas!

ini paling saya nak makan dari hari itu :((
oh meatballs IKEA
*cravingggg!
 
Blog Template by Delicious Design Studio