Monday, December 15, 2014

.Pameran & Sidang Media Universiti Penyelidikan.

Pameran dan Sidang Media ni di adakan pada 4 Disember yang lalu. kitorang lega gila benda ni dah lepas. dan kiranya berjaya la event ni sebab ramai yang puji. Alhamdulillah. orang-orang kuat yang tak tidur malam bagai pasai benda ni mesti macam batu atas kepala dah pecah. kepala dah jadi ringan kan? hehe.

UKM adalah salah satu daripada 5 Universiti Penyelidikan. so aku sebagai salah seorang yang berkerja di RMC (Research Management Center) atau lebih dikenali sebagai CRIM (Center for Research and Instrumentation Management) di UKM perlu menjadi tuan rumah dalam menjalankan aktiviti yang gilang gemilang sangat :p

UKM menjadi Universiti yang terakhir (yang ke lima) menjalankan aktiviti sidang media ini.

mula-mula kononnya nak buat event di di Bangi Gateaway. last-last tak jadi buat dekat DECTAR je. haha. pun successful sangat. Alhamdulillah. boss i jadi floor manager haruslah successful kan. dalam ni kami dah siap-siap diberi tugasan. kami orang-orang lab (makmal), diberi tugasan JK Logistik. dan juga JK Protokol. ala sambut-sambut VVIP, VIP semua tu la. aku jaga Dato VC. cuak sekejap sebab tak pernah pun jaga protokol bagai ni kan. tapi berlakon cool je la. hihihi.


memulakan minggu pertama dan hari pertama di bulan Disember menghantar naskah percuma di setiap PTJ di UKM. gambar i takde. i is sad T_T


berat gila okay sotkabar ni. so aku jadi driver je. korang je yang angkat. haha.

hari kedua ada di DECTAR juga. tapi tiada gambar. hehe.


hari ketiga. hari raptai penuh. hari ni aku penat gila. balik pukul 7pm kot. dah la tak balik lunch. sian anak-anak mama.


beria posing lepas solat kat Masjid Universiti. dah 5 tahun kerja baru ni first time tangkap gambar depan DECTAR :p

and todayyy is the day.


memula sampai. tapi takde la memlula sangat. dah siap makan bagai. dorang nak tangkap gambar sebab hari tu aku pakai shawl. haha. selama ni kan pakai tudung makcik makcik je :p


bergambar kat dalam pulak. 3 dari kiri dibelakang tu bos i. hee.


pasangan MC kita pada hari tersebut.


ha tu pengarah i. baru lantik bulan Mac hari tu tak silap. sedang bercakap dengan Pengarah IKP: salah satu pembentang untuk Pameran pagi tu.


#selfie dekat rumah orang. tunggu kawan tukar baju sat. masa ni tengah gap untuk ke acara petang pula.

ni no filter. aku tak cakap muka aku cantik flawless gitu. camera kot yang cantik. tettt. bahaha.

aku tanya im "cantik tak hny pakai shawl?" *sambil kelip kelip mata*

lalu tanpa segan silu im jawab "takkk, macam hape je. nampak pipi je tembam"

T_T

dah lupakan.


masa ni tengah tunggu menteri sekali Dato' SMS datang, terus senyum lebau. kak izan sebelah Dato' tu memang peramah so dia la yang ajak bergambar. so kami gedik sekali nak amik gambar sesama. hihi. handsomenyaaaaaa. 


bermula acara dengan kedatangan Menteri. aku patut escort dorang tapi orang Pusat Komunikasi Korporat membantu so kami escort depan sikit. menteri ni Dato' Seri Idris Jusoh. pada i dia ni baik sangat. mesra rakyat gitu. so kita tunggu dia salam-salam dulu then baru masuk.


okay masa ni masa pelancaran buku, media request nak ambil gambar semua VVIP bersama buku. media ramai dan macam hape berebut-rebut nak ambil gambar so kami usher ni macam tak boleh nak gerak usher VVIP. haish.


tengah tunggu dia makan, dapat whatsapp kata Pengarah ajak bergambar dalam DECTAR. so kami pun lelaju turun tinggalkan Menteri yang sedang santap :p

lastly 


bebeq (berkaca mata depan sekali) panggil aku, "zeera nak phone kau, nak selfie"

ini pun setelah 2 3 kali percubaan untuk memasukkan semua muka. sempoiiii :D


tahniah kepada diri sendiri. boleh tidur lena sambil senyum la ni :)

p/s: ini semua dari camera phone aku je. camera dari official photographer tak tengok lagi. huhu.

Wednesday, December 10, 2014

.cerita gadget.

im, internet dan gadget tak dapat dipisahkan. obses gila kot. since kawan + kawen dengan dia aku turut tempias. haha.

dulu masa Samsung baru lancarkan Note dia janji nak belikan. i is so excited. then impian menjadi kenyataan. sebelum tu aku gila Blackberry. sekarang Blackberry is so outdated. orang duk pakai ios or Android kan?

masa gila Blackberry, aku mula beli Storm, then Bold 2 akhirnya beli Torch. lepas tu baru gila nak pakai Android pula. masa tu awal-awal pregnantkan Aaris. lepas deliver Aaris, Note ni dah problem, asik mampus je bateri dia. naik fed up aku. and im memang janji nak belikan something as post pregnancy present, so dia kata nak belikan aku iPhone 4s (tengah in masa tu). aku yang dari anti iPhone terus nak bila di offer. yela, siapa taknak henpon baghu kan? haha.


masa ni zaman beli henpon kat Mines. hihi. im beli iPhone dekat DiGi, ikat kontrak 2 tahun sebab kami memang pakai line DiGi pakej internet sekali tu. masa tu aku tengah pantang, so dia la uruskan pemotongan sim semua. last-last dia naik syok pakai iPhone, dia pun beli juga iPhone 4s. tapi im beli 2nd hand je masa tu. orang tu nak jual sebab tak serasi gitu pakai iPhone katanya.

tak lama lepas tu iPhone 5 dilancarkan (bahasa buku sangat). so dia pun tak lepaskan peluang beli. dapat staff price sebab kakak dia kan kerja Maxis. tapi murah dalam rm200 macam tu kot. then im ni jenis tak reti duduk diam-diam pakai satu fon je tau.

dan dia dapat offer oleh orang koperasi (office dia punya kelab koperasi macam tu la) sebab dia tak pernah buat loan di koperasi dia boleh tukar dengan sebiji henpon Sony Z Ultra ke tak silap. so aku pakai iPhone 5 dia. dan iPhone 4s dia juai murah-murah kat mak aku. masa tu ayah aku pakai iPhone 3gs. then aku pun lupa macam mana (sebab dah banyak sangat) ayah aku pun guna iPhone 4s aku. adik aku yang last guna iPhone 3gs tu pula. then im ada beli iPhone 4 kakak dia. pun dah bagi adik aku yang last guna. so iPhone 3gs dah masuk muzium. hihi.

aku dah tak ingat turutan berapa kali im beli/swap henpon dia. anak dah dua ingatan pun dah loose. antara henpon yang dia pernah pakai Lenovo A3880 (tak silap) then baru beli Asus Zenfon 6. dia suka yang screen sedikit besar supaya senang main game katanya.

dan baru ni dia belikan aku henpon baghu. teehee, dia pakai balik iPhone 5 dia and Asus. dia memang kena ada dua fon. aku tak faham kenapa. haih. then Ahad lepas dia swap dengan orang henpon Asus dia dengan Note 2. nak jadi cerita pagi tadi aku terjatuhkan henpon dia masa nak ambil towel. siapa suruh nak masuk toilet pun bawa henpon then tinggalkan kan? *taknak ngaku salah*

tapi nasib baik screen luar je yang retak tapi masih boleh berfungsi. selamat duit aku sebab dia kata murah je. oh ye, sebelum ni dia ada swap dengan orang henpon apa tah dengan Note 8 inch tu. tapi apa tah problem Note 8 dia haritu, so kengkonon nak baiki sendiri. memang okay je lepas baiki tapiiiiiii tak boleh touch screen dengan jari. kena dengan pen dia je boleh. and kalau nak suruh orang kedai repair pun dia tak sanggup. macam ada masalah motherboard. mungkin im tersentuh ke apa tah masa baiki tu aku pun tak tahu la. so membazir kan di situ anok-anok? terbiar je kat rumah tak terpakai. macam orang kaya. haih geram aku. lepas ni tak tahu nak pakai henpon apa pula? grr.

so far aku rasa iPhone is the best. bateri pun tak la menyakitkan hati sangat. camera pun cantik je. ada camera canggih pun tetap nak guna henpon sebab mudah. family belah aku semua pakai iPhone. adik aku yang ajeem tu je pakai Asus sama dengan im sebab terjebak tengok henpon im la tu. ayah dengan mak aku pakai iPhone 4s. bella pakai iPhone 5s. wawa pakai iPhone 4. untunglah form 5 dah pakai iPhone kan.



Aaris tak habis-habis "apad" (iPad). kalau iPad habis bateri dia akan cakap "charge, nak phoi mama?" faham ke faham? nak henpon mama katanya >.<

tak lama lagi anniversary. kenapa kejap sangat masa berlalu? tetiba. ngeh.

Monday, November 24, 2014

.Maha 2014.

fuhh lama tak berbelog. sebab bawak cable harini, moh kita bercerita sebab ada gambar menarik untuk dikongsi.

asal weekend je mesti baba bz dengan event. takpun baba kan kerja shift so tak menentu cutinya on weekend. last week dah bercuti sakan di Penang (masih tak berupdate) so minggu ni baba bz dengan job aiskrim. Sabtu Ahad bz, tapi Ahad aiskrim habis cepat so petang sikit dalam 3 lebih kami pun ke PICC konon nak g tengok  Karnival Upin Ipin. bila dah sampai kereta banyak gilaaaaa. then parking takde, kemudian kena parking dekat bawah and naik atas mendaki bagai? so baba kata tak payah, mari ke Maha2014 tengok animals. mama ikut je.

bila sampai macam nak hujan tapi pandai tak bawak payung, rain cover stroller pun tersimpan rapi di dalam plastic untuk disimpan di rumah. pffftttt. 


ni baru-baru sampai. so Aaris seronok dapat lepas tak duduk stroller. muka pun masih mengantuk sebab kena kejut ajak nak g jalan.


ingatkan dalam ni ada bird ke apa, sekali tak ada apa. patung belon "burung walid" je besor. nasib baik depan dia ada bendalah ni. so Aaris kelam kabut nampak mainan tak tau mana satu nak main :p


masa ni aku duduk dengan Ayed kat dalam khemah. baba dengan Aaris pergi tengok lembu ke apa tah. malas nak ikut sebab becak, payah nak tolak stroller. 

Ayed pun sama macam abang Aaris, taknak pandang camera tapi senyum kena agah.

kami memang ronda kawasan laman ternakan je ni sebab datang pun dah lewat kan. so nampak rumah rabbit ke apa maka jom masuk. tengah-tengah main rabbit hujan maha lebat turun. nasib baik dah ada dalam khemah. lama jugak Aaris dalam kandang ni main rabbit sampai hujan berhenti. huhu.




suka senyum macam tak ikhlas. haha.


 selain tu, ada hamster, ada ikan laga, ada sugar glider. tapi rabbit paling banyak. siap ade jualan souvenir dalam tu.


kau tengok hamster tu tidur. rasa nak sepak sebab comel. gerammmmm.


ha baru senyum. bila senyum ginilah rupa. mata pun tak nampak. haha.


baba dengan anak sama poyo :p


tengok budak tu naik lembu tipu pusing-pusing tu. level kedua dah jatuh. hihihi.


mama anak dua :D

saja bawak stroller, siap pasang buggy board tu kalau Aaris penat diri dekat belakang tapi dia taknak. eee geram aku. dia naik masa baru beli untuk test je lepas tu taknak naik langsung. eh mama susah payah beli tau? pffft. stroller ada 3 bijik, tapi suka lenjan yang ini sebab senang fold and unfold. ruang pun jimat. Quinny Zapp Xtra2 beli untuk hiasan je -.-"


jentera. hebat sungguh. Maha2014 ni besau gila. sehari tak cukup nak cover semua. tapi tu lah, parking mahal gila kot. sekali masuk rm5. eh apa daaaaa? banyak gila untung kau kaut.


jalan nak balik nampak benda ni, suruh baba dengan Aaris posing. tapi Aaris muka letih.

sekian cerita untuk kali ini. jumpa lagi di lain entri ;)

Monday, October 13, 2014

.baked macaroni.


lepas keluar semalam, balik je buat bendalah ni. tapi guna kepingan lasagna. first time buat lasagna. sama juga buat macam baked macaroni ni. cuma tukar bahan utama je, macaroni kepada kepingan lasagna.

first time aku buat, aku guna mozarella chese. and dia jadi bertali-tali. best bila makan panas-panas. and dalam sos merah aku tambah mixed herbs and bella kata ada effect pizza hut sikit. haha. Aaris suka gila makan mendalah ni. selain carbonara. aku pun suka masak sebab senang :')

yang atas ni kali kedua aku buat. kat rumah sendiri. aku just letak oregano. so rasa dia lain sikit. takde effect pizza hut. ngeh. and aku guna parmesan cheese. 

macam mana aku masak kuah merah? aku tumis bawang merah sebiji then bila dah garing masukkan minced meat. bila daging dah kering, masukkan carrot and button mushroom yang dipotong dadu. then masukkan sos spaghetti. kalau nak kuah banyak masukkan sedikit tomato puree. and rasa, bubuh gula garam sedikit. siap.

kuah putih pula, selama ni kami pakai mushroom soup je. then tetiba aku dapat resepi dari incik google pakai susu segar. panaskan satu sudu mentega, kemudian masukkan dua kotak kecil dutch lady (bergantung kepada kepingan lasagna/macaroni korang) kemudian masukkan dua sudu tepung gandum. dan masukkan satu kiub ayam knorr. kacau sampai pekat. siap satu lagi benda.

lepas tu susun. kalau masak macaroni, masukkan macaroni yang dah direbus. kemudian tuang sos merah, then sos putih. last sekali tabur cheese kat atas.

kalau lasagna pula. rendam kepingan lasagna sekejap dan susun dalam bekas. letak kuah merah. letak kuah putih dan ulang sampai habis kepingan lasagna yang diperlukan. lepas tu tabur cheese.

then bakar 135 darjah celcius selama 30-35minit. oi sedapnyaaaaaa.

haritu aku bawak pergi jamuan raya office. benda ni paling cepat habis. semua cakap sedap *ehem* 
siap suruh aku buat kelas suruh ajar buat bendalah ni. nak menangis rasa. sebab senang lahai. 

tapi masak lasagna tu cik bella potong sosej, fillet ketam tu untuk bagi rasa rich dalam kuah kononnya. tapi tiada gambar. hihi.

selamat mencuba. bukan anak-anak je suka. bapak budak pun suka jugaaa.

.lama tak jumpa.

semalam, tiba-tiba dapat call dari shida tanya klinik mana yang boleh scan sebab mostly hospital swasta/klinik tak ada khidmat scan di hari minggu. aku tengah tidurkan Aayed masa tu sambil aku tidur sekali. lepas letak henfon, baca whatsapp yang fera ajak lepak. tak plan pun tapi main redah je. biasanya begitulah, tiap kali plan mesti tak akan jadi. so bila tak plan insyaAllah menjadi.

masa tu azan tengah berkumandang masuk waktu zohor. aku pun mamai-mamai baru bangun tidur so macam "eh nak pergi ke?" sebab fikir macam mana nak bawak dua askar ni? imran kerja. first thing aku cakap kat im dulu. bila cakap dengan bella suruh teman, dia kata nak bawak mak g Daiso. mak nak beli barang katanya. eh macam nak ikut jugaaa. last-last tak jadi ikut sebab dorang dah siap aku masih lagi terhegeh-hegeh nak siap, dah la kat Kajang lagi. konon dorang kata pergi sekejap, sekali pukul 5.30pm baru balik? pergi lepas zohor macam tu. amboiiii.

last-last aku pun kata pergilah sekejap, sebab rasa macam lama gila tak jumpa. memang lama gila pun tak jumpa korang. sampai aku merajuk-rajuk kan. aku kan cepat terasa even benda kecik-kecik je pun. haha. sebelum gerak, whatsapp fera "kau dah sampai ke?" dia replied "otw" ada la lagi dia reply dua tiga baris. then aku macam gerak je la. dah siap-siap masuk anak dalam kereta dah pun. bila dah sampai, nampak Old Malaya Kopitiam, aku call shida tanya dah sampai ke? dia pun otw tapi dah nak dekat sampai. eh dah 4 lebih kot, apasal semua otw? haha. janji pukul 4pm.

macam tak percaya, aku boleh bawak dua orang anak pergi lepak. paling penting aku tak tinggal anak even nak bersuka ria. and nasib baik zul (husband shida) tolong tengokkan Aaris masa dia berlari nak g tengok belon-belon. and belanja Aaris satu. kejap je pun main bendalah tu. thank youuuu. service OMK sangatlah lembab -.-" air tak datang sekali. order 3 air yang berlainan. dan semuanya datang berperingkat. milo special aku paling lembab gila. hangin satu badan. special pun letak milo tabur je kot. 

and thank you Aaris for being good. behave sangat. kalau internet okay dia boleh je layan youtube. tapi maxis macam problem asik loading je. wifi pula tak boleh connect. kitorang lepak bertiga tunggu nora sampai. ojai tak jadi datang sebab husband tak bagi. Aayed pun okay je. cranky sekejap, bagi susu tidur. bila letak dalam stroller balik, dia jaga. sebab dia tak biasa tidur terlentang.

lepas nora sampai, borak kejap then terus gerak. ambil kereta dulu sebab hujan renyai-renyai. aku tinggal Aayed. then aku tinggal Aaris dalam kereta (dengan pak guard which is bahaya juga sebenarnya) tapi fera pun otw nak hantar Aayed. and nasib baik aku datang sebab dorang tak tau macam mana nak jalankan stroller tu sebab aku lock kan. haha. kelakar bila ingat balik. paling kelakar aku tak reti nak tutup stroller. reti sebenarnya cuma tak boleh sebab dia ketat. aku dah cuak, siap peluh-peluh. tak paham aku kenapa stroller baru ni ketat sikit. geram je. siap pak guard pun willing to help. hehe. at last aku berjaya juga fold down. and aku pun mengundurkan diri. jumpa lagi tahun depan - bak kata fera :p


KAMI

aku dah anak dua.
nora bakal ikut aku juga.
shida makin mengembang dengan jaya.
fera tunggu jodoh dengan siapa sebenarnya.
Aaris tak masuk dalam gambar. bz dengan henpon mama. 

moga ikatan yang terbina ini sampai bila-bila akhirnya.
terima kasih atas segalanya :')

 
Blog Template by Delicious Design Studio