Syukur Alhamdulillah, finally cita-cita nak lahirkan baby dalam perut termakbul pada 29 Mei 2014. Patutnya due date pada 8 Jun 2014. Hehe. Last sekali makan sebelum tidur malam Khamis tu makan durian, maktok dengan ayahtok beli. Masa tu perut penuh gila. Kenyang makan udang goreng sambal mak masak lagi. Lepas tu makan mangga then makan durian. Nasib tak meletop perut. Tapi durian aku makan dua ulas je. Tiba-tiba malam tu start jam 1am lepas buang air dah sakit merengat macam tu. Sampai jam 6am, every hours akan terjaga sebab sakit tu. Tapi pagi tu pergi gak kerja. Sebab memang niat nak settle semua kerja by this week. Gigih naik tangga bertingkat-tingkat iron baju segala. Sampai office turun bawah jalan kaki nak g beli makanan bagai. Tapi sebelum g makan tu masih rasa sakit. Kejap dia datang tiap 25-30min. Kejap dia datang 10-15min gitu. Aku dah confused. Ni false alarm ke apa? Tapiiiiii memang ada lendir pelik dr biasa. Lendir macam putih telur. Tak la pelik sangat sebab cecair tu datang selalu bila aku subur. So bila datang time ni aku la yang pelik. Hihi. Aku cerita kat akak opis, dia kata dah tanda kot. Dia pun perasan perut aku dah turun. Aku pun perasan. Kosong sangat dah kat atas. Pastu rasa penuh je kat bawah, nak jalan pun payah.
Pastu hp pulak tinggal haritu. Aku mintak im hantar aku pergi kerja. Pertama kali minta im drive kan pergi kerja. Selama ni aku redha je kena bawak kereta siap boleh ambil wawa balik sekolah semua. Pregnant anak kedua sangat-sangat independent aku rasa, cuma selalu mengeluh penat. So dalam 11.30am aku kata nak balik. Tak larat sebab sakit. Tak jumpa pun bos sebab hari sebelum tu aku dah halfday. Sehari sebelum bos pergi melawat pameran kat KLCC. Balik je peluk Aaris baru bangun tidur. Dia tengah tengok ipad. Dia alih ipad dia ke arah bertentangan sebab nak baring sebelah aku. Alahai anak, memahami sangat. Lepas tu bagi Aaris makan, habis sepinggan even mula-mula cranky. Lepas makan g main dengan baba then aku tidur berehat. Tapi tak lena kejap-kejap sakit. Pastu g tengok Aaris, dia tengah tidur dalam buai masa tu. Then mak tanya "awak sakit kenapa? Nak beranak ke?" Aku cakap "tah, ye kot. Dari malam tadi sakit sejam sejam dia datang". Mak sambung "eh, pegilah hospital. nak beranak kot". Aku kata nantilah sebab fobia dulu anak pertama lama sangat kat hospital tak beranak-beranak. Hehe.
Lepas tu aku tukar cadar, kemas bilik sikit-sikit. Tapi tak sempat vacuum. Sempat basuh kain tapi tak sempat sidai sebab dah 5min sekali dia datang. Mak pun suruh g hospital lepas maghrib. Aku rilek je tak nak g awal-awal sebab dekat je kan. Hee. Then datang Azzahrah, check jantung baby. Sambil boleh tengok contraction berapa 0%. Sampai 99% je dia boleh bagi scala. Aku rasa lebih 99% kot. Check dilation baru buka 3-4cm. Benci kena seluk, menggigil kaki aku. Sakit! Pastu dia suruh rileks. Tak paham aku.
Then tukar baju lepak dekat ward jap. Dia bagi ubat buang air besar terus rasa nak membuang. Yang tak tahan tu tengah nak buang sakit datang. Adoi la. Boleh bayangkan? Sila bayangkan. Bila dah settled aku baru nak lelap, doctor suruh masuk labor room sesiap. Masuk air segala. Lepas masuk air memang lagi sakit la. 2-3min sakit. Sampai aku kata kt im boleh tak nak epidural? Sekali nurse perasan pula aku mengerang lebih, so dia tanya "puan okay tak? Nak injection? Boleh kurangkan sakit" aku takleh nak jawab sebab tengah sakit. Sorang lagi tanya "puan ada rasa nak teran ke? Ada rasa nak berak ke?" Tiba-tiba aku rasa ada. Sambil menahan sakit aku jawab "ha ada adaaaa" haha. Check dilation dah 8-9cm. Tapi tak boleh teran. Doctor otw katanya. Nak try teran pun macam tak keluar. Katil macam licin. Sampai doctor datang pun aku teran baby tak juga keluar. Jantung baby dah lemah, try sekali lagi kalau tak boleh doctor akan bantu dengan vacuum. Tapi masih tak berjaya, sorry baby. Then doctor masukkan vacuum. Aku pun teran sekuat hati sampai rasa ngilu sangat dan boleh rasa baby dah selamat keluar. Then doctor terus letak kat dada aku. Ya Allah, macam mimpi. Dah selamat keluar anak aku, Alhamdulillah. Then doctor bius sebelum jahit. Luckily tak rasa sakit langsung macam dulu. Sikit-sikit tu ada rasa sakit. Lepas tu lama gila aku tunggu nak naik ward. 12.45am baru sampai ward. Baby tak naik sekali dengan aku. Dia monitor dulu kat atas sebelum bagi kat mama sbb aku request fully bf.
Budak ni manja. Bagi susu isap sikit tidur yang lebih. Tapi demand nak tidur kat lengan je okay. Then aku rasa mata aku macam kecik dah kenapa? Lepas terlelap sekejap gitu. G toilet nak buang air, tengok cermin sah mata bengkak. Alergic ubat apa pulak ni. Padahal ubat bius je tadi. Nurse tu pun cuak eh ada makan ubat ke tadi? Esok tu baru surut sikit. but still nampak bengkak. Malam tu memang tak lena tidur. dengan suami orang sebelah siap tidur berdengkur lagi. Apa pun tak boleh, pffftttt. Geram je aku. Yela, nurse beria kata kalau boleh suami tak boleh tunggu malam ni sebab patient sebelah perempuan. Dah la tutup aircond. aku panas gila kat sebelah. Aku ambil 2 orang sebilik sebab bilik sorang fulled. Aku pun takla kisah sangat duduk sorang sebab anak first dah pernah handle sendiri sebab duduk hospital kerajaan kan so takla manja sangat kan. Lagipun berapa jam je lagi nak siang. Tapi rasa lama sebab aku tak boleh tidur.
Esoknya aku berdoa je boleh balik hendaknya. Kalau hospital kerajaan, doctor datang round check pepagi buta. Sini doctor check jam 5pm. Lepas makan malam baru boleh balik. Sampai rumah pun dalam jam 7pm macam tu. Lepas maghrib je mata aku dah tak boleh nak buka, mengantuk gila. Itulah kisah bersalin anak kedua. Sekarang dah 3 bulan dan anak mama. Anak itu diberi nama Zayed Arrazi :')
Sehari selepas lahir. Baru lepas mandi :')
Masa ni, di Hari Jadi mama, 2 Jun 2014
anak-anak mama
esok dah besor jangan gaduh-gaduh ye anok-anok :p
budak ni suka hisap jari sampai tercekik-cekik -.-"
budak ni juga suka lawan mata nak tidur. letak kat dada nanti dia angkat kepala.
okay, itu sahaja nak cerita. jumpa lagi :D
0 comments:
Post a Comment