last two weeks kot aku teringin makan kat TGIF. so moh aku bulanja. sebelum meletop, mari makan macam-macam kan. so aku kata nak g Paradigm. tujuan utama nak g H&M. haha. service dekat TGIF Paradigm sangat mengecewakan. lepas ambil order dia kata "nak saya bawakan pencil colour dan kertas untuk dia tak sementara menunggu?" sebab dia tengok Aaris dah out of control nak panjat-panjat meja bagai. "yes please" kata aku. sekali sampai habis makan nan adoooo. bengong. kan kids dapat meal free with every main course, aku makan burger sebab macam best je tengok. im makan half chicken. haha. tapi aku makan separuh. gila banyak kan aku makan? dia on diet, so makan sikit dah kenyang. aku makan kenyang tapi still nak sumbat. pastu nak jalan macam hape je. oh sambung pasal service dia, sebelum sampai makanan ada waiter datang bawak bill and card suruh sign sini. aku kata eh kami belum makan kenapa nak kena bayar? dia kata "just sign here" pastu letak bill depan anak aku, memang anak aku amik la bill tu. pastu dia cakap lagi "please sign here". aku hangin aku cakap, "this is not our card" dia cakap balik "yes, please sign here" eh kejadahnya? rupanya bill tu orang belakang punya. then sorry pun takdo. pftttt. gilo. baru kerja kot. geram aku. pastu aku tengok if ada kad pinch of salt dapat 10% less. so i bagi kad tu, tapi dia bagi balance seperti yang tertera di amount bill. hmmph malas aku nak tanya banyak sebab yang bagi balance lelaki yang janji nak bagi kertas dan colour pencil tu. terus blah laju-laju. menyampah. first and last aku jejak kaki kat TGIF Paradigm. pastu g H&M. suka beli baju Aaris je kat sini. baju Raya, lagi? sebab tengok comel sangat short tu. hihi. beli sekali kemeja T dan satu tshirt. dah lepas tu balik kot. oh shopping kat Tesco sebelum balik.
baba punya. dia salahkan aku berat dia naik 1kg sebab makan half chicken ni. tu pun aku habiskan quarter. order ni siapa suruh? pffttt.
aku makan ni. pun baba makan quarter. salahkan aku jugak? mana aci. sedapppp benda ni :D
kids eat free. pun sedap! pun baba makan jugak sikit -.-"
then lepas tu kan ada cuti Labor Day. kemain hebat sales 4 hari tu, semua nak sales. first sekali aku dapat message dari Mothercare sempena Anniversary so add up another 10%. harus pergi ini. lepas tu siapa tengok berita Ariani kabor juga kata ada sales up to 70% kan. so g hari Rabu tu jugak nak cari tudung raya semata. sampai 3 helai. 3 helai je. malas nak lelama kat dalam tu. sesak. nak cari yang raya pertama je kot. terjebak, biasalah perempuan kan :p hari Jumaat aku cuti konon buat makan-makan sempena birthday Aaris. patut bithday dia 3 mei, tapi sebab baba ada event ice cream 3 Mei so kita buat awal sehari. jemput pun tak ramai, dua buah keluarga je. tu pun makan berlambak. hoih. terima kasih pada yang memberi hadiah. tak suruh pun beri, ingatan pun dah cukup. kang kalau suruh beri tapi tak beri lagi sakit hati kan? hee. paling best tiap tahun dapat hadiah best dari makdeq a.k.a cik bella. thank you makdeq. esok dah dapat anak buah kena beri hadiah best-best gak la camni. hehe. eh esok aku taknak panggil maklong, tak glemer. nak panggil apa ni? *start thinking*
muka happy -____-
dia reti main cenggini jek. jadilahhh. haha.
I LOVE YOU BOTH :*
hari Ahad konon ajak baba g IKEA nak makan meatball. so ajak mil sekali. tapi sekali orang beratur sampai tempat air tu ha. hoih tak payah. terus g The Curve makan dekat Secret Recipe. aku teringin sangat nak makan spaghetti meatball dia. sedap. ingat nak share dengan Aaris, sekali dia nak pasta baba dia. so aku melantak sorang spaghetti tu. heh. lepas tu memang cadang nak g Mothercare. tak mustahil tak membeli kan kat dalam tu. beli set baju tidur untuk si baby dan 2 tshirt untuk si abang. aku memang suka tengok Aaris pakai tshirt je. like baba like son. sempoi and santai. tu pun nasib tak terjebak beli short kuning untuk Aaris. tetiba suka pulak warna kuning mama kau apehal? kitorang g IKEA haritu naik mebi so tak dapat shopping banyak. and nasib baik pergi balik Aaris duduk dengan maktok. heaven je mama tak kena henyak-henyak kat perut :p tapi maktok nak shopping banyak tak boleh. so kena repeat pergi ikea lagi naik alza. hehe.
*saya suka saya suka*
*saya suka saya suka*
SEDAP OKAY. bila tak share dengan siapa-siapa lagi bertambah sedap. haha.
then hari khamis hari tu kami pun ke IKEA lagi. hahaha. seronok dating berdua. siap tengok wayang cerita Spiderman. pastu kelam kabut makan and beli barang then balik. balik dah lewat dalam 4 lebih macam tu sebab nak bayar Q panjang gila. IKEA tengah renovation so kaunter tak banyak buka. stress. kesian anak aku duk cari-cari mama. yela, selalu balik lunch bagai kan. bila sampai rumah tuju baba dulu, mama tak heran dah. pfttt. sampai dalam jam 6pm macam tu. hoih letih. sian mak aku pun ado. ampun mak. hihi. bukan selalu :p paling penting dapat makan meatball. yeay. mission accomplish.
pastu masa Wesak Day aku tengok orang buat kek pulak dekat insta, tetiba telan ailio rasa nak makan kek jugak. pastu g call kedai uncle tanya ada tak cake choc mousse 1/2kg. bila dia kata ada je suruh dia simpankan siap-siap. hihi.
budak happy sambut birthday lagi *konon-konon*
lunch tu aku masak ni kat rumah mil. terkurang garam. tapi habis semangkuk. hihi. pagi tu pulak bangun-bangun baba kata lapar, suruh masak nasi goreng. ha masaklah aku. habis jugak. sedap ke aku masak ni? bahaha. panas perut asik masak je sepanjang hari :p
malam mil belanja makan satay. balik rumah mak aku makan nasi. eh ni orang ke apa makan banyak sangat?
malam mil belanja makan satay. balik rumah mak aku makan nasi. eh ni orang ke apa makan banyak sangat?
kat rumah aku, mesti kena ada stock ice cream Le Cremia. then Aaris memang suka strawberry ni, tapi masam so dia tak berapa nak makan. adoii. tambah dengan choc zip. emmm lazat sekali.
hoi, ini lagi umph. sekarang musim mangga kot eh? melayut-layut buah mangga depan rumah mak aku. mangga lain tak berapa nak power. mangga epal depan rumah mak aku, kalau dapat kuning-kuning tua lemak berkerim tu yang superb. sedaknyaaaa.
ni time nak pancing Aaris makan. gorengkan spaghetti sosej. tapi sosej je dia makan. lain mak pak dia makan.
satu lagi cubaan masak tapi malas. so masak yang senang-senang, mudah, cepat dan ringkas :p
ni sedap. cukup rasa. haha. tak malu puji masakan sendiri. oh masa ni nak masak udang petai tapi cari-cari petai tak jumpa sebab tu masak ni je lah. baba pun diet kan. Aaris bukan nak makan sangat. nak susu je dia.
Aaris Zaquan pujaan hati mama dan baba. kadang-kadang boleh jadi amukan juga ini budak. halah-halah anakku. hehe.
hai, saya dah 36weeks dah this week. tak sabor nak beranok :p
next week dah gaji, cepat gila. so aku dah remind baba, kalau tak beranak lagi jom kita g makan kat chilis pulak. nak makan beger besor. muahaha.
0 comments:
Post a Comment