Monday, February 24, 2014

.happy weekend.

kisah di Mekah masih dalam draft. malasnya nak upload gambar segala. sabar ye? cewah, ada orang ke nak baca? :p

weekend baru ni seronok sangat rasa. haha. Sabtu pergi Big Bad Wolf. dengan mak ayah dan adik-adik, baba and Aaris tinggai rumah. first time pergi BBW punya la jauh nak jalan. ala-ala pergi KLCC punya exhibition hall tu. tapi ni lagi la teruk, naik turun tangga. nasib baik tak bawak Aaris dengan stroller bagai. parking dah la susah! gila juga tengok buku baby semua bawah rm10. hard cover. ada yang ada toys, ada yang ada music. even Aaris taklah pandai membaca lagi, tapi aku nak jugak beli. haha. dari beli mainan je kan. memang aku jarang la beli mainan tuk dia. kalau aku beli pun, aku akan beli soft toy. bahaha. nasib la kau anak. or aku lagi suka belikan dia baju. so baba la rajin beli mainan. dan sekarang dia dah pandai tengok mainan. tapi belum pandai mintak NAK lagi. dia suka tengok je kalau ada mainan depan kedai macam dekat Madinah dulu.


semua-semua ni below rm100. dalam rm70 macam tu kot. plastesin dua kotak tu dia offer rm5 sahaja. dan aku ada beli colouring book untuk Aaris. lepas bayar, ada lagi orang jual buku dekat luar, 4 rm10. bengong tak? buku yang sama. dekat dalam rm5 satu. pfttttttt -.-"


 dan semalam is a happy day. wiwiwiwi. Jumaat lepas saja google laman web ikea. tengok katil idaman dah ada stock ke? sekali dia kata dah ada stock. laju-laju ajak si suami pergi dan kebetulan dia pun off day hari Ahad haritu. memang ingat nak gerak awal pagi. sekali Aaris sedap tidur jam 9.15am baru bangun. lepas aku mandi nak suruh dia mandi, melalak-lalak taknak mandi dengan baba sampai melentuk-lentik badan bagai. pastu aku pujuk la suruh mandi juga. then bagi nengok upin ipin dekat ipad. aman sekejap. siap punya siap jam 10.30pm baru gerak tapi g minum dulu. haha. last-last jam 11.30 baru gerak. sampai dalam 12.30pm camtu kot. kereta dah banyak, parking penuh. oih korang datang pukul berapa ha? peliks nau. tapi memang murah gila kot. ikea tengah sales. sampai 5 Mac ni. aku kalau kereta besau memang aku hangkut segala mak nenek. sebab nak tunggu dorang delivery lambat :p tengok semalam punya la banyak barang nak deliver, sebab tu parking sentiasa penuh. dorang curik slot parking yang ada. cait. rak yang aku idam-idamkan semalam rm99 je dari rm199. gila aku sekejap. tapi panjanggggg sangat nak masuk mebi. tengok je lah kan. tsk. lagi satu sebab dah beli katil. ingat nak beli changing table sekali, sekali takde stock pulak. tengok kat web je la. semalam tak pulak tengok. hehe. katil idaman pun ada satu je lagi. fuhhh, rezeki sangat :')


Aaris masa ni dah mengantuk, dia tengah makan biskut. dia suka sangat makan biskut KEX dekat ikea food tu. biskut alphabet. sejak Aaris ada, aku dah tak pernah makan dekat restaurant ikea tu. manjang penuh. malas teman nak tunggu. haih. oh mainan Aaris yang macam dekat kedai Siti Khadijah tu pun dah dapat. dah dua kali pergi sold out. ni baru sampai stock kot, berlambak.

sebelum pergi ikea jalan-jalan the curve dulu. cari Mothercare beli bottle teats Aaris. beli online pun lebih kurang je plus postage bagai. tapi kalau ada murah memang aku borong sampai 4-5. senang. and beli baju baby sekali. cannot tahan sebab 50%. heh. balik je tidurkan Aaris, pasang baby cot. sorry baby, memang katil tu untuk baby, but for now abang pinjam dulu. untung anak first ni kan? :p

mula-mula kena tidurkan dia sama-sama atas katil. then baru angkat masuk dalam cot. then dalam jam 2am macam tu Aaris jaga, dia diri dalam cot mintak angkat. then aku tidurkan dia sama-sama atal katil. tak lama lepas tu dia mintak nak masuk dalm cot balik. senang sikit cot ni sebab ada lubang boleh masuk tangan aku usap-usap dia. yes, anak iolls nak kena usap-usap, garu sini garu sana baru boleh tidur. macam playpen dulu payah sikit. ingat nak buh playpen rumah mak je nanti. playpen ni pulak senang nak angkut ke sana ke sini. dua-dua ada pro and cons. nanti baby dah lahir ingat nak letak Aaris dalam katil single. but still tidur sebilik dengan kami. tunggu 4 tahun kot baru asing tidur dengan adik. hehe. ini semua perancangan, semuanya Allah yang tentukan. hopefully Aaris nak la tidur baby cot untuk malam-malam seterusnya. kalau baba kerja baru kita tidur sama-sama ye? sian baba asik tidur bawah sebab Aaris lasak tidurnya. 

eh panjang pula membebel. dah selamat bekerja. Monday blues ke idok harini?

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio