Monday, January 27, 2014

.corat coret, lusa dah pergi.

oi oi esok je tinggal. kerja aku membasuh apa yang patut je keje. ha tu la, siapa suruh banyak sangat duk membeli. pastu nak kena fikir baju anak (paling penting), baju baba dengan baju sendiri. mana tak pening kepala? belum kira kena air karat lagi kalau baju putih, alahaiii. memang nak kena beli water filter jugak dekat rumah burung ni. sabor je lah. dah la air mahal duk rumah burung ni. sabor lagi. muliakan hati, senang kerja nanti. hihi.

persiapan mostly baru 60%. so aku memang kena cuti esok. esok cuti pun bukan boleh lemah gemalai kemas bag, kemas rumah semua. lepas kemas nak kena balik rumah in law, bukan mengeluh cuma beritahu bahawa begitu pack nya masa aku. heh.

aku cuak sebenarnya. rasa macam ilmu tak cukup di dada. yela, aku bukan baik sangat. sebab tu kena mintak ampun dari semua. kerja kita mintak ampun walau tiada dosa, orang nak maafkan ke idok itu belakang cerita. janji kita dah buat kerja kita. yang lain Allah yang punya kerja. ingat tu adik-adik? fuhh.

satu lagi aku harap Aaris behave hendaknya. aku kisah dalam flight je ni. so banyak kisah barang-barang dia. bantalnya hape nya. budak kan. dan mintak seat nanti dapatlah duduk dekat dengan mak or adik-adik. so tak rasa macam helpless. 8 jam kau. transit Dubai. hohoi. first time nak g Dubai :p

terima kasih la sangat ke emak. hajat dia untuk tunaikan hajat kami. walaupun aku tak fully sponsored, aku bersyukur sangat. mak kata, nanti bila dah pergi esok-esok mesti nak pergi lagi. rasa la apa yang mak rasa. oh sedih. eh bukan sedih, lebih kepada terharu. mak aku alhamdulillah dah nak masuk 4 kali pergi Mekah. sekali je buat Haji yang lain umrah. kami idok la kaya, tapi macam ustaz pernah kata kalau kita pergi rumah Allah, bukan balik nanti jadi fakir miskin. Allah limpahkan rezeki lagi ada. insyaAllah. amin ya rabb.

semalam mak aku bagi kain ihram Aaris yang dah siap jahit. Allah comel gila kot. haha. gelak tak henti tengok. mak kata mesti Aaris rimas nanti. hihi. so masa tawaf Aaris akan pakai kain ihram juga. rambut pun dah panjang, saja biarkan. nak botakkan sekali. Aaris takut tengok orang botak, tapi bila dia botak ok kot? ngeh.

doa aku semoga kami sihat semasa mengerjakan ibadah dan dipermudahkan segala. aku tak kisah pun kena bawak anak, bawa perut. anak dalam perut aku yang mintak dengan usaha. terima kasih pada Allah kerana diperkenankan doa. anak yang sedia ada sedih nak tinggal dengan siapa, so mak aku kata bawa (sebab dia pernah rasa tinggal anak umur 2 tahun macam mana) aku rasa baik dop payoh aku g kalau Aaris tinggal. sungguh. oh sebak kejap.

kalian yang membaca doakan kami sekeluarga ye :)

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio