Wednesday, October 23, 2013

.#softicecream di Sekolah Kebangsaan Jalan 4.

Alhamdulillah, masuk harini dah 3 hari berturut-turut dah incik suami berniaga icecream depan sekolah. hari Isnin dengan Selasa sold out cepat gila. hari ni imran buat spare tapi mesin pulak problem sikit, lambat keluar icecream nya tapi tetap 2 bag choc icecream habis. vanilla yang buat hal tak nak turun. budak kerumun toksah cerita. haha. suka tengok. esok kalau tak ada aral, incik suami nak bukak petang pula since dia kerja pagi esok hari. dia jadi high sebab tengok budak-budak seronok je makan icecream kan.

Sabtu ni ada event dekat DEMC. Ahad ada event juga, so aku kena pilih satu hari je untuk ikut dan tolong dia. sebab dekat DEMC ni pun kena bawak barang banyak, so im kata aku duduk rumah pun takpe. pagi je pun sampai tengah hari. yang hari Ahad ni bawa dua kereta kot sebab lagi banyak barang nak bawak. haha. kira kami bukak booth la. menjual untuk satu hari tu. maghilah datang beramai-ramai. dapatkan #softicecream dari kami di Taman Tasik Permaisuri. yang penting HALAL dan sedap! hari Ahad ni boleh makan icecream dengan kon, kalau tak suka boleh makan dengan roti, tak pun makan dalam cup. hehe. jom jom jom serbu Taman Tasik Permaisuri hari Ahad ni. dari pagi sampai petang :) 

oh ye, kereta pakcik icecream dah berwajah baru. biasalah, ada kawan tokey printing, harus gatal je tangan nak buat sticker bla, bla, bla. yang bisnes icecream ni memang totally im jaga, tapi orang ramai suruh aku pm. takat cakap minimum order aku tahu la. lebih-lebih aku pas ke dia je. selain tu tugas aku; tukang kira duit je. hahaha. tapi kitorang tak usik pun duit company biasanya. kalau usik pun untuk rolling duit modal and service ke apa yang berkaitan dengan bisnes baru pakai duit company. dah kata nak keluar duit kena pakai cek kan. duit singgit-singgit jual dekat sekolah im akan tukar dengan duit dia, kiranya jadi duit belanja dia duit singgit-singgit tu. hehe. hasil jualan dia akan masuk dalam bank setiap minggu. Alhamdulillah bisnes so far makin orang kenal. bila dia dapat job je aku tanya "eh macam mana orang tu tau awak jual icecram?" bengong kan? cuba ucap syukur, pang. yela, mesti kena tahu. tapi biasanya dorang akan search internet la.


tudia, kereta pakcik icecream. sebelah sana pun adooo.


ni hari Isnin.
masa ni aku datang pun dah lewat. dalam 1.30pm kott.


ni hari Selasa.



aku rasa Selasa paling ramai. masa ni aku awal, so dapat tengok budak berpusu-pusu. macam nak kena peluk je laki aku ha. hihi.


ni tadi, Rabu. terima kasih adik-adik tak jemu-jemu makan icecream hari-hariiii :D


sebenarnya im yang nak sangat buat benda ni. aku back up je. tapi aku yang dapatkan dia first job. wiwiwi. tapi lama-lama buat benda ni jadi seronok. seronok berniaga ni tau tak? hehe.

doakan kami berjaya dunia akhirat insyaAllah.

Thursday, October 17, 2013

.event di Selayang #softicecream.

ada yang dah tahu pasal bisnes kedua kami ni kan? #softicecream. 

 honey cornflakes berjalan seperti biasa. cuma sekarang permintaan dah kurang. tak kan orang nak makan kuih raya sepanjang masa kan. so kami hold dulu. buat benda lain. kawan dia dah lama buat benda ni. sharing dengan dia pasal untung dan sales. so dia jadi high nak buat. mula-mula aku tak campur sangat. lama-lama macam kena ambil tahu sebab orang asik duk tanya aku. first event dekat Salak Tinggi. akak tu aku kenal melalui fb je. aku beli Shaklee dengan dia. dia pun support aku beli honey cornflakes, sampai berbelas balang. pastu tahu suami aku buat ice cream dia nak juga sempena Majlis Hari Jadi anak dia. terima kasih banyak-banyak kak support kami :)

so ni event kedua kami. kira #softicecream ni perniagaan usahasama imran dengan kawan dia. #bobosofticecream. so barang-barang icecream imran beli dengan bobo.

memandangkan kesian dekat suami, so aku pun ikut la dia pergi event Sabtu lepas. hoi, mencabar. mula-mula cuaca cantik je. sekali hujan lebat kata kau. pastu reda tapi still rintik-rintik air bergelora. hujan lebat lagi berlarutan kejap reda kejap lebat sampai habis event. hoho. Aaris kami tinggalkan dekat mak aku. 

rupanya event dia Majlis Hari Jadi anak dia yang berusia setahun dan Majlis Aqiqah. tengok anak dia, teringat anak aku kat rumah. tsk. mejelis dia siap ada clown okay. ha kerlas kan. kira tuan rumah ni sangat pentingkan tetamu dia. baik pulak tu encik irwan (nama tuan rumah) ni. selalu jugak datang lepak borak-borak sambil mintak icecream. makanan pun banyak. ada laksa, ada kambing golek, ada nasi goreng, ayam golek pun ada, mushroom soup, ada mihun sup. tu je kot? hee.

moh layan gambar sekitar event di Selayang.


baru lepas set up everything. renyah bila kena pasang khemah je.


 tengah tonton persembahan clown. siap buat magic.



cake dan manisan semua dekat dalam. aku tak masuk pun. takla dalam mana, porch kereta je pun. malu. ke malas? :p


budak-budak yang sporting sangat. mula-mula semua malu-malu kucing sekali dah lama-lama semua cerita keluar. mostly diorang ni satu sekolah. baju hijau dengan 2 orang perempuan tu sebaya. so selalu gaduh sesama sendiri. kelakar pun ada. haha. yang kecik sekali tu mula-mula sombong kata tak sedap icecream tu bila bapak dia suruh rasa dulu. sekali ha amik kau sampai ke sudah tak berhenti makan.


masa aku ambil gambar ni abang ni dah malu-malu. pastu cakap "eh janganlah ambil gambar saya kak" hahaha.


ada fruit salad sekali. yang bakar pun ada. dressing pun ada macam coleslaw dan sos-sos dia.


ha tengok, pakcik-pakcik ni layan jugak icecream ni. kata FREE. rugi tak makan kan?


anda nak kami datang ke majlis anda bagi memeriahkan suasana? tempah kami sekarang dengan minimum order hanya rm300/kon, FREE transportation fees (tapi hanya valid di Lembah Klang sahaja). anda pasti suka. untuk bulan October tempahan dah penuh. untuk bulan November kita boleh bincang. ayuh tempah sekarang! :D

.6 weeks #2.

kan best kalau hari-hari boleh masuk kerja ikut suka? haha.
sumpah aku rasa hari-hari nak halfday. hoih malas gila nak kerja.
perut tak selesa. tekak loya :/

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 6 minggu :D
*ye, saya mengandung lagi akhirnya, syukur ya Allah.


Petang tu, aku ingat lagi; 2 October 2013. Kami baru balik dari rumah mak aku. Tapi bila sampai dekat parking rumah, Aaris nampak motor so dia nak naik motor. Baba pun bawak la Aaris jalan-jalan kejap. Aku pulak lari laju-laju naik atas. Haha. Memandangkan aku tak tahan nak buang air so buat la upt sekali. Konon baba balik nak buat surprise (kalau positif la).


Sekali memang positif. Aku tak tau macam mana perasaan masa tu? Macam blur, tapi ada perasaan gembira dan terharu. Terus nangis T.T 


Tanda hamil kan banyak, aku paling kerap kencing dan perut kembung (sangat). Pastu hati asik berdebar-debar je. 


Bila baba balik, aku cakap "tu tengok tu siapa tak flush lepas berak tu?" Dia cakap "mana ada abang guna toilet tu" Aku sambung "tengok la betul-betul dalam tu" (Aaris pun ikut masuk toilet dalam bilik) Then dia keluar sambil dukung Aaris dan tengok aku dengan pandangan betul ke? Sambil tersenyum. Aku? Melalak. Haha. Kata cengeng tegar. Pastu dia cakap la ayat-ayat leleh dia. Kang cerita korang nak muntoh pulak. Hihi. Apapun, bersyukur sangat ya Allah. Dia perkenankan doa kami (dengan usaha) yang aku nak pregnant sebelum ke Mekah. Im duk risau larat ke aku pergi sana dengan Aaris lagi, dengan baby lagi. Aku yang nak, so larat tak larat kena laratkan juga la kan? Mohon sangat supaya diperkenankan nak baby girl. Wiwiwiwi. Anak lelaki pun takpe. Baju berlambak ha. Siap dah asingkan dah. Cuma nanti nak pilih mana boleh pakai, mana idok.


Ya Allah, terima kasih kerana tak putus beri kami rezeki walaupun kadangkala kami alpa kepadaMu. Moga Kau sentiasa mengampunkan dosa-dosa kami.


Esoknya kami g confirmkan berapa minggu semua. Sekali dapat Doctor cina yang blur. Aku last period 31 Ogos so dia kata baru lagi. Baru seminggu? Pftttt. Kalau dah period untuk bulan September tak datang means dah sebulan la kan? Atte macam mana kau jadi doctor ni? Dah la gagap. Pastu aku tanya baru kerja sini ke? Haha. Patut aku tanya baru harini jadi Doctor ke? Hadoii. Lemah den. Pastu tanya estimated due date pun kata masa 3 bulan lagi. Eh hello, kalau aku anak pertama memang aku percaya je. Hishh nyesal g klinik tu. Eh tapi nanti aku check up situ la. Maleh nak g kkm. Hihi. Situ ada Doctor yang in charge on pregnancy, tapi masa aku datang tu hari Khamis so Doctor tu tak ada. Dia ada Isnin, Rabu, Jumaat. So lepas ni check up call dulu Doctor ada tak. Seb baik dekat je.

kadang-kadang rasa macam tak percaya (macam anak sulung la pulak excitednya) sebab aku try dari bulan puasa lagi. cycle period aku tak tetap so susah nak predict bila aku subur kalau ikut ovulation date ke apa kan. so ada la hari tu aku rasa aku macam subur, tapi takla cakap kat im tengah subur moh buat anak. saja suka-suka. eh boleh cakap suka-suka? wakaka. tapi siapa sangka, bila Allah nak bagi, so Dia akan bagi ye dop? Alhamdulillah sangat-sangat. aku cuba juga kaedah ni masa anak sulung haritu. tu lagi hebat, sekali je terus lekat :')


so far nak kata ada loya-loya tu ada la jugak. pastu rasa tak selesa je memanjang. malas tok sah cerita. tidur kemain awal. hopefully rasa malas ni sementara je. jadilah rajin balik seperti biasa cepat. eh rajin ke? pfttt :p

kbye!

Tuesday, October 8, 2013

.misi raya haji selesai.

hari raya haji atau hari raya aidil adha bakal tiba. 

mil aku dah tanya "zira balik mana raya haji?" 
aku tetiba macam blur "entah, eh balik sini la kan? sambil pandang muka suami. kenapa mak?" 
mak replied "buat bergedil eh?" 
aku terus sambung "eh mak tak buat laksa johor ke?" dah terbayang-bayang dah selama ni. ahaha. sebab selalunya mak bila raya haji mesti masak laksa johor.
lepas tu mak sambung "siapa nak masak? masak soto je lah" 

okay je. mak masak soto pun sodap. asal mengidam je mak masakkan soto. eh bestnya. wiwiwi.

semalam update status cakap mana nak cari jubah budak lelaki? mil cakap dekat warta ada. so wassap bella jom cari jubah Aaris petang ni. haha. then mak aku kata tak payah pergi warta banyak kereta. pergi dekat belakang pkns tu je ada. aku pun ikutlah. kedai memang jual pakaian haji dan umrah. mula-mula aku tanya akak tu "kak, ada tak size dia (sambil tunjuk Aaris)?" dia jawab "takde" tu je weh. geram aku. bila patah balik aku tengok eh macam ada saiz kecik, then sorang lagi akak layan and bagi saiz kecik. paling kecik ah but still labuh untuk Aaris. takpe, tu maktok boleh settlekan. sebab akak tu baik bila aku tanya tak boleh kurang? terus bagi rm40 dari rm49. okay la kan? balik rumah mak aku kata mahal. haha. kenapa tak mintak kurang lagi. mana ku tahuuu. dekat Mekah berapa riyal je katanya. aloh, tu dekat Mekah. 

aku beria cari jubah sebab depa kata nak pakai jubah di hari raya. babah dah ada jubah, mama pun dah ada beli borong dekat kenanga haritu. kini Aaris pun dah ada. aku bab baju dan raya memang orang paling excited la kan. wiwiwiwi. jangan tak sihat pada hari kejadian sudah. sebab aku kan dah terkena buatan orang. bahaha. doakan saya sihat dan kuat #statement nak kena lempang kali kedua :p

kan aku mengidam nak iponpaiS. mak aku dah sound awal-awal, tak payahhhhhhhh beli henpon baru. simpan duit untuk anak-anak. eh? haha. yelah mak, tapi dengan syarat mak masak sedap-sedap tau. nanti cucu mak muka macam mak lagi. eh? hehe.

baru lepas makan. tak sabar nak balik makan. muahaha.

Thursday, October 3, 2013

.soalan cepumas.

ceh tajuk, soalan cepumas. ke nak kena cepuk? haha.


dalam bulan ni kan, aku rasa dah berapa ramai tanya benda ni.


haritu abah im tanya pada im;


fil: zira tu mengandung ke? 
im: taklah, kenapa?
fil: abah tengok asik pakai baju mengandung je. perut pun macam besar.


bila im cerita balik ke aku, aku macam? pfftttt bila aku pakai baju mengandung? hahaha.


tapi haritu pun mil ada cakap, zira macam mengandung pulak pakai baju ni. ye la, saya tahu perut saya besau. tsk.


baju ni lah yang macam mengandung tu T.T


haritu jugak balik Kelana Jaya atok aku tanya kau ada lagi ke? beranak la muda-muda ni senang. 


then few days back, ada orang tanya aku bila lagi nak ada anak lagi? ikut perancangan dalam masa terdekat. tapi kuasa Allah siapa tahu kan. memang nak baby sebab aku plan gap 2 tahun je :')


tapiiii yang peliknya kenapa semuanya berkisarkan benda tu? pelik kan? haha. tapi aku fikir satu je. kata-kata tu satu doa. amin. korang suka ke aku mengandung lagi? ahahah. doakan saya sihat dan kuat. statement nak kena penampar :p
 
Blog Template by Delicious Design Studio