Friday, September 27, 2013

.perkembangan Aaris Zaquan.

minggu depan Aaris dah 1 tahun 5 bulan dah. kejap je masa berlalu. mama nak awak besar tapi jangan cepat sangat besar T.T

perkembangan Aaris sangat membanggakan. sebab kadang-kadang aku tak pernah ajar pun semua tu tapi dia pandai sendiri. dan tika itu pasti aku akan tersenyum sendiri. Aaris membesar di rumah pengasuh. mungkin macam-macam cabaran yang perlu dia hadapi atau mungkin juga dia happy duduk dekat situ, aku pun tak tahu. dan kadang-kadang ada time dia menangis taknak kena tinggal dekat rumah pengasuh. masa tu alahai remuk redam jiwa aku yang terpaksa juga tinggalkan dia di situ. tsk tsk.

mungkin dia belajar melalui pemerhatian dan melalui apa yang kita ajar dia. kan? ;')

antara contoh perkembangan terbaru Aaris yang aku perasan bila dia menguap dah pandai tutup mulut. alahaiiiiii, comel je tengok. budak setahun jagung dah pandai tutup mulut bila menguap kot? tak ke melting? macam pagi tadi, dia menguap then macam terlupa kot nak tutup, dah lama sikit tu baru teringat nak tutup mulut. aku perhati je sambil tersenyum :')

sekarang juga bila dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan jerit "aaaaaahhhh" macam protes. hamboih. kadang-kadang kalau dia bengang sebab aku marah dia, dia pukul aku (macam aku selalu buat :p) tapi dia pukul banyak kali, sakit pulak tu. sabar je lah. kadang-kadang kalau aku marah dia main-main nanti dia sengih nampak gigi 5 batang dia tu. lagi sekali melting dengan anak sendiri. makin besar, makin bijak awak ni. penceria hidup kami.

sekarang juga dah sibuk nak cakap, tapi tah hape-hape la dia cakap. mungkin ada la sikit-sikit yang kami faham macam "akit" (sakit), "puuu" (lampu), "da a tu" (dah la tu) dan ada la certain benda dia dah boleh sebut tapi masih blur-blur untuk faham. tapi dia memang dah boleh faham apa yang aku cakap. kalau aku cakap "Aaris sayang mama tak?" nanti dia angguk. wiwiwiwi. omel angat :p kalau dia marah aku, nanti aku cakap "oh Aaris tak sayang mama ye?" nanti dia datang hulur kepala dia suruh kita cium dia. hehe. kelakar.

last week dah pandai gelak tutup mulut. eh eh sumpah kelakar nak mampus. tak tau mana dia dapat? kadang-kadang gelak tutup dengan satu tangan, kadang-kadang gelak tutup dua-dua tangan. eeeee geram!

bila tengok sejadah pandai ruku' konon macam solat. kadang-kadang sujud la pulak. hahaha. kalau suruh jalan dari lift sampai depan rumah (dia lead) pun dah pandai. tengok Quran pun mulut macam menyanyi konon baca Quran. haloh-haloh awak ni. pandai buat semua ni biar sampai besar pandainya ye? amin.

oh kalau suruh berjoget nombor satu la si kenit ni. siap pusing-pusing tangan kot. haih la. mama sentiasa doakan awak semoga sihat dan membesar normal macam baby yang lain. we love you, Aaris Zaquan :*


tengok, tengok perangai dia. orang kata sebiji perangai aku. eh mestilah, anak aku kan? :p


ni pun ikut mama, rajin menyapu, membersih dan lain-lain. kasi sepah pun ye juga, yang kaki sepah sama macam baba -____-"


eh saya pandai drive juga. awak nak pergi mana? maghi saya hantar :p


keluarga kecil kami. bertambah lagi nanti? insyaAllah :')

Thursday, September 12, 2013

.pertemuan penuh erti.


pagi ni heboh dengan kenalan Firdaus Haziq sharing benda ni :)
*semalam dah kecoh dia masuk berita tb tiga.

Alhamdulillah, baik sungguh pekerti budak ni. dulu aku tak berapa berkenan dengan dia ni, rambut panjang. tak gemor teman nengoknya. sekarang dah hensem sikit. haha. dia ni aku kenal secara tak sengaja. tapi dia kenal aku, sebab dia duduk belakang rumah aku. junior aku dulu, tapi sumpah tak kenal. aku kan tak bersosial :p baik je duduk rumah. haha.

dia ni kawan im. geng kereta kononnya. aku panggil pidot. nama sebenar Firdaus Haziq. maaf bro, kenduri kau aku tak pergi sebab Aaris tidur awal waktu malam sebab siang dah penat bersilat. hehe. aku ingat dia pergi menunaikan haji dengan famili, rupanya pergi seorang diri. berani kan dia? kalau cukup ilmu di dada, tiada apa yang perlu kita takut betul? respect sama lu bro. untung siapa dapat dia ni. mihmihmih. insyaAllah. 

tup-tup masuk berita semalam. mesti bangga mak bapak kau kan? Alhamdulillah. aku yang kenal sipi-sipi ni pun turut bangga dengan kau. dekat dalam facebok, aku suka dan kebayakannya hampir setuju dengan apa yang kau posted. status ke, sharing ke kan. sungguh aku kata. kadang-kadang kau pandai menyusun kata. paling penting perkara positif la, kalau negative orang benci lagi ada. hihi.

moga hati kau yang mulia ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti. congrats bro. muda-muda lagi dah pergi menunaikan haji. aku baru nak g umrah next year ha. masih lagi ada rasa gentar. best tak dekat sana? nanti aku nak dengar cerita! 

okay, tu je nak membebel sebab excited sangat. share dekat facebook tak best sebab nak tulis takleh panjang lebar. mari melalui hari yang bz dengan surat berjebah-jebah! pftttt.

Wednesday, September 11, 2013

.ingatan untuk diri sendiri.

"Adakah semua kebaikan tidak boleh diungkit?

Depan Allah boleh, depan manusia tak boleh. Kerana kita kena ingat bahawa yang memberi itu adalah Allah swt & bukan manusia.

Tanyalah Ustaz TV9. "


terima kasih atas peringatan pagi ini.

i feel like to share benda ni sebab kadang-kadang ada manusia yang mesti nak kena ungkit perkara baik yang dia buat pada orang lain. betul tak? 

mungkin kadang-kadang aku pun begitu walaupun tak pernah mengharapkan balasan atas pertolongan yang diberi. sebab aku rasa pertolongan tu terlalu kecil. 

tapi,

ingatlah bahawa setiap apa yang kita buat kerana Allah, bukan sebab mahukan balasan balik kepada orang yang kita tolong. sentiasa ingat bahawa mungkin orang yang kita tolong mungkin tak akan tolong kita balik, tapi Allah akan balas kebaikan kita tolong orang tu dengan orang lain yang akan tolong kita kelak. faham kan konsep tolong menolong ni adik-adik? 

tapi, 

kalau kau nak sombong dengan apa yang kau tolong orang lain aku takleh nak cakap apa-apa la. terus ignore dan taknak kawan dengan aku lagi dah pun tak apa. Allah ada dengan aku, insyaAllah :')

Monday, September 9, 2013

.kebaya nyonya.

last weekend aku pergi Melaka. sumpah tak plan nak beli kebaya nyonya. then mak dengan cik bella duk cerita tempat nak beli kebaya nyonya. okay aku follow je. masuk kedai ni, ada yang cantik aku berkenan bunga dan kaler tapiiiii saiz L. i is sad. plus kebaya nyonya ni satu design satu kaler. kira limited and rare gitu. belum lagi yang sulaman tangan. rm500 dan boleh capai harga rm1k. gila. tapi sumpah cantik. halus je jaitan dia. tapi aku beli yang jaitan mesin sudah. eh kantoi beli? haha.

kedai kedua kitorang masuk tu mula-mula macam kerek (acik macam mamak-mamak). ada kain dia sangkut (belum siap) cantik sangat. aku tanya berapa harga? tu yang dia jawab rm500+. bukan aku je terkejut, semua pun macam haaaa? then dia cerita la, ni pakai jaitan tangan. ambil masa 3 hari atau seminggu baru siap. corak boleh jadi bunga-bunga atau burung merak. burung cenderawasih pun ada. memang cantik. tapi kain yang belum siap tu dia akan jahitkan sekali sebab bukan semua orang boleh jahit kebaya nyonya ni. dia kena ada skill, dan paling penting belakang kena cantik je bila pakai. ohhh, baru ku tahu. kau tahu? tapi malangnya kedai acik ni tak ada baju siap yang cantik. so lepas dengar cerita yang panjang lebar tu kami pun belah :p

then masuk kedai satu ni. cik bella suka corak dan dia siap matching dengan kain. kaler brown nude macam tu. aku tak berapa nak suka kaler tu. tapi dia tak muat dah saiz S, kena pakai M. bila aku tanya im cantik tak kaler coklat tu? dia terus kata "tak. tak ceria langsung" haha. okay kita pilih kaler lain. last-last aku pilih kaler turquoise bunga pink. dia bagi aku kain pink light which is aku tak suka, tapi mak dengan bella cakap cantik. tetiba akak tu bagi satu kain hitam bunga dia kaler turquoise. ha terus suka aku. ayah pun kata "haaa cantik, cantik. dah cepat" hahahaha.

bila tengok aku terai menerai dengan cik bella, tetiba cik wawa pun nak sepasang. dah berlumba-lumba nak terai dalam satu fitting room. hoiiii panas kottt. mintak kurang haram tak dibagi. tapi last-last dapat juga kurang rm10 untuk 3 helai beli kan. dah jom makan Cendol Jam Besar.

cukup tiga kedai je aku masuk. sebab anak aku dah melasak, baba pun dah berpeluh-peluh ken. moh kita makan cendol menyejukkan badan.

itulah kisah pertama kali membeli kebaya nyonya. cik bella dah kali kedua la beli. tapi dulu beli baju je. kali ni beli satu set. aku dah fikir dah nak pakai bila. next week aku ada sedara nak tunang dengan sedara kawen. aku rasa nak pakai masa sedara tunang. hehe.

nanti i show off ye, kalau rajin. ada ke nak tengok? pftttt :p


nota kaki: ikut wishlist setiap bulan, bulan ni nak beli telekung. tapi tup-tup beli kebaya nyonya. haih. tapi semalam pakai telekung mak (Siti Khadijah) hoih terus falling in love sangat. dah la cantik. mak aku memang suka collect telekung. telekung dia semua cantik-cantik. dan aku suka suruh dia belikan telekung untuk aku. belum pernah lagi aku beli telekung sendiri. haha. semua mesti mak yang beli atau orang beri. so tengah konfius nak beli telekung kaler-kaler ke nak beli macam mak? nak bawak pergi umrah je pun :p

Friday, September 6, 2013

.media sosial.

sekarang ni media sosial sangat berleluasa kan? dari sekecik-kecik anak dah pandai unlock screen iPhone atau iPad. ni aku cerita based on pengalaman; anak aku sendiri. haih. haha. dulu aku kan kena PLKN, so masa tu la baru dapat henpon. tu pun henpon Nokia 3315 mak aku. paling hebat dah la masa tu. haha. sekarang ni adik aku form 4 tu dah pakai Blackberry Bold 2 aku dulu. henpon ni paling aku sayangggggg sangat. dulu bagi mak aku pakai, then mak aku pakai iPhone 4S im dulu (pun tak jual sebab sayang) so boleh la bagi dia guna Blackberry tu. henpon kitorang turun temurun. hihi. tu belum henpon dedulu macam Motorola V3 aku dah jadi macam mainan je. nak jual pun tak laku. bahaha.

dulu masa Note baru keluar im racun aku tukar dari Blackberry Torch ke Samsung Note, tapi lepas bersalin makin teruk battery dia. so incik suami racun pakai iPhone pulak, haha. terus jatuh cinta. bila bagi aku Samsung balik aku dah blur macam mana nak guna. haha. tapi sekarang bersepah kawan-kawan aku pakai Samsung lagi-lagi Note II. but i is tak heran sebab aku tau battery Samsung laju macam air, nyampah. aku aim iPhone 5S je lepas ni sebab incik suami dah beli iPhone 5 so dia kata aku kalau nak beli henpon baru beli iPhone 5S je nanti. dengar cerita nak launch September ni kan? kau ada ke duit? bahahaha. nak g umrah lagi. pfttt. berangan. tapi takpe, angan-angan akan jadi kenyataan insyaAllah. yang pasti dengan usaha :')

back to story. dulu masa ada Friendster (macam ni ke eja eh?) aku lagi suka Friendster dari Myspace. pastu dah taknak main Friendster main Myspace kejap. then last-last bukak juga account Facebook. mula-mula macam peghak, segala benda nak update. hari-hari mesti nak cakap sesuatu. mesti nak marah-marah or what so eber. sekarang dah matang sikit (ye ke? :p) dah pandai fikir mana baik mana buruk. tak kan asik nak marah-marah je dan buat orang fikir negative pasal hidup kita kan? no, no, no. ingat, kata-kata satu DOA.

then aku kenal pulak dengan belog. eh masa ni pun baru-baru bukak Facebook. kira sama naik dengan kenal belog la. pernah la dapat income sekali. walaupun aku just suka-suka je. konon impian nak jadi macam RedMummy. tapi nak kesini sinun pasal advert bagai malas la pulok ghasanya. haha.

then Twitter. ni aku tak berapa nak active la. cuma bila aku marah aku luah dekat sini selain belog. hihi. tapi Twitter takleh nak merepek raban macam dalam belog. sukati nak tulis panjang mana pun kan? wiwiwiwi.

oh ye, satu lagi instagram. Samsung kan ciplak semua application dalam ios. so masa pakai Note dulu aku dah ada account instagram. seghonok tengok gambar-gambar orang kan? sampai dah tak tertengok dah sekarang :p

conclusion nya, zaman sekarang ni zaman it kengkononnya kan? tapi aku taklah terror sangat sebab malas nak mengadap. macam im dia minat. eh apa yang dia tak minat tah? haha. dan bagi aku each account ada benda yang kita rasa nak share dekat Facebook, ada benda kita share dengan belog. dan begitu juga dengan instagram dan twitter. instagram semua pasal gambor je la kan. hehe. tapi kalau orang yang ada satu je account dalam media sosial ni mesti dia peghak segala benda nak cerita dalam satu account tu ye tak? hihi. tapi itu hak individu, siapa kau nak halang kan :p

dah moh layan gambar Aaris yang semakin hari semakin "bijak" sangat. semoga awak sentiasa sihat dan active sayang. you knows mama and baba loves you so much kan? *hugsss*


ini paling poyo. kau tau seminit je dia duduk macam tu. pastu dia akan tekan screen so video tu akan pause. then dia akan jatuhkan iPad tu. sebab? cepat bosan. haha. dia boleh mengadap kalau orang tu main game, masa tu dia khusyuk tengok. baba dia rajin layan, aku? malas sebab iPad berat. muahaha. lagipun aku tak suka main game. benciiii. tak paham kenapa orang boleh ngadap main game? 

aku beli iPad sebab nak suruh dia layan cerita kartun ke apa bila pergi mana-mana. tapi Aaris ni sebijik mama dia, cepat bosan :p so baba la rajin guna iPad, charge iPad segala. hihi.


ni lagi satu perangai sebijik aku. suka Anuar Zain. kau tau dia boleh tidur sambil tengok dan dengar video clip ni (Ajari Aku). cara pegang tak menahan. hehe.


 ni semalam punya cerita. kalau aku tengah khusyuk tengok henpon mesti dia rampas iPhone aku. tak pun nak duduk dekat peha nak tengok apa yang aku tengok la konon. so semalam aku biar dia amik henpon aku then aku tengok tv. pastu senyap je, sekali tengok baik punya landing macam ni. laju-laju cari iPad nak tangkap gambor. hahaha. pastu aku tengok apa yang dia khusyuk sangat? dia tengah tengok video diri sendiri. hahaha. bijak la haiii awak ni :)

 makin lama makin besar dah anak mama ni. cakap pun dah pandai sikit-sikit. hujung-hujung je dengar. and mostly dia dah faham apa yang kita cakap, cuma tak boleh nak respond dengan perkataan je lagi. nanti bila dah cakap letih nak jawab soalan dia la pulak ye? hehehe. 

okay, sekian laporan dari belog saya. sampai ketemu lagi nanti :D

Thursday, September 5, 2013

.jamuan raya lagi.

semalam aku bangun lambat. sekali Aaris pun bangun, adoii pastu buat hal taknak letak. hangin aku sekejap. tak pasal-pasal kena marah sebab aku kalut nak mandi and siapkan segala benda kan. kesian Aaris. mahap ye nak. baba takde tu yang mama duk kelam kabut.

ok dah tukar topic. 

so semalam adalah hari yang ditunggu-tunggu. acara makan-makan di hari raya! kitorang plan nak buat makan-makan untuk unit instrumentasi semalam. collect duit sikit-sikit, ada yang sponsor air, cendol, kuih muih etc. makanan is super banyak. yang penting ikut tekak kami. seronok sangat. unit instrumentasi ada la dalam 20 orang termasuk bos dan pengurus makmal. 

nindia orang admin dan orang-orang makmal. masa ni aku g balik kejap amik cendol. sebab bila orang tanya ada tak kenal siapa-siapa yang buat cendol sedap? haruslah aku jawab ayah den. wiwiwiwi.


pompuan 5 orang ye dekat lab. unit instrumentasi terkenal dengan panggilan budak-budak lab sebab dorang jaga alat gunasama. kira alat tu untuk pelajar-pelajar ukm/luar ukm guna.


okay ni masa bos tengah berucap sesikit konon.


3 orang dah jadi mak dara. ce teka mana yang bujang? jeng jeng jeng.


antara menu makanan yang ada. satay is wajib. 


nasi impit beli dan rebus sendiri. tapi bukan aku la yang rebus. haha.


buah-buahan dan kek.


samosa dan pizza. sedap! cuma samosa tu macam abang burn sikit. wakaka.


nasi arab. daging tu masak stew makan dengan roti. tapi makan dengan nasi arab pon sedap. sedap gila ok. phew!


ini dia cendol PakMan. dari hari Sabtu lagi aku tanya ayah aku boleh tak buat? dia cakap tak boleh, mana sempat. siapa nak bancuh nanti bla, bla bla. tapi mak aku kata boleh nanti dia beli la santan pagi tu bla, bla, bla. sampai la hari Selasa malam baru cakap cendol is on. hahaha. nasib baik jadi kalau tak i is malu.

mak aku dah start kursus 3 bulan (bagi orang yang nak bersara) sebelum bersara. so dia ada kelas sampai kul 11. balik-balik terus bancuh santan, cendol etc. Alhamdulillah semua suka cendol PakMan. sedap gila juga katanya. *ayah aku siap sajes bawak punch bowl baru cantik nak hidang katanya. aku? tak kuasa mak nyah nak angkut barang banyak-banyak. haha. kesimpulannya semua makanan sangat sedap semalam. puas hati. 

cuma konon-konon jamuan raya tapi semua tak pakai baju raya macam jamuan raya dekat office induk. hihi.

nak tengok tak bos ai? ke dah pernah tengok? hihi. meh scroll sikit. 

















sikit je lagi...


























TADA! 



macam cina kan? dia dulu kerja factory. so tau la orang swasta kerja macam mana kan. tapi dia pun dah ikut budaya gomen dah sikit-sikit. hihi.

tu tokey emas tengah buat air bandung soda. tokey emas ni jual pineng powerbank juga. hehe.

bila buat makan-makan macam ni baru rasa majikan dengan pekerja sangat close. tapi bos kami memang close pun dengan semua. hari-hari panggil, call, email nak follow up kerja. orang swasta kan.

tahun depan boleh buat lagi. sekian :D

jumpa lagi di lain entry. hihi.

Tuesday, September 3, 2013

.fikir dulu sebelum cakap.

aku tengok je orang duk tweet, update status pasal minyak naik. mostly semua marah dan kaitkan dengan bien menang haritu. then penyokong bien pun marah lalu cakap "harga rokok naik orang tak marah pun?"

eh eh bodow ke apa? kenapa kena kaitkan sampai macam tu? then harini aku terbaca orang share benda ni;


"harga rokok naik bukan semua hisap rokok & merasa kesannya melainkan perokok, tapi bila petrol naik harga, kau perokok ke tak, tetap gak merasa kenaikan...


jangan salahkan perokok kalau tetiba harga coli naik sebab majoriti perokok tidak datang dari kalangan pemakai coli

bagi contoh nak argue biar bijak, jangan tunjuk benak macam tak faham isu..."

kelakar. pastu ada pulak yang cakap tak payah kecoh-kecoh naik basikal je kalau tak puas hati. cik adik yang manis, tak guna belajar tinggi-tinggi ye? kalau tak tinggi tak apa juga. bazir je bayar dekat "universiti buka". tolong jangan kait dengan parti or what so ever. kaitkan dengan duit yang kita ada dengan kenaikan harga barang dalam Malaysia. bila minyak naik, harga barang pun akan naik. sebab? nak hantar barang semua guna minyak/petrol. ada ke orang nak hantar setan lori barang naik basikal? aduhai. cakap bodoh kang marah. please lah, buka minda tu besar besar. jangan duk fikir diri sendiri je, fikir orang lain yang terbeban. ada orang yang duduk dengan makpak so tak terasa sangat. memang orang duk heboh sebab dulu kata tak naik. sekarang apa sudah jadi? memang benda dah jadi, kita pun tak boleh nak ubah apa-apa. tapi tolong jangan keluarkan kenyataan yang macam tak masuk dek akal. minyak naik 20sen seliter, bukan setakat 20 je naik. 

dan tolonglah jangan guna tagline Malaysia masih aman. rumah mak aku 2x kena rompak so aku tak pernah rasa selamat dengan negara ni, rakyat asing bersepah-sepah tapi what to do terpaksa juga hidup di negara ni sebab ini tanah tumpah negara aku cuma kita perlu lebih berwaspada. but lepas ni rompak samun mungkin akan lebih berleluasa sebab segala benda naik, tapi gaji still macam tu. bukan tak bersyukur, tapi compared dengan negara-negara jiran yang bukan pengeluar minyak pun rate gaji mereka lebih tinggi dari kita rakyat Malaysia yang negaranya pengeluar minyak. kita adalah negara pengeluar minyak ye kawan-kawan. indon datang sini balik negara dia jadi jutawan kot :)

fikir nak jimat minyak kurangkan apa yang kita belanja sekarang. insyaAllah. selama ni pun aku duk berjimat. lagi-lagi sebab dah ada anak ni kos hidup jadi lebih sikit. bukan mengeluh, sumpah tidak cuma aku nak mention dari segi berjimat tu macam mana nak berjimat. nak kata henpon aku mahal, last tukar birthday tahun lepas. kereta mahal? myvi je kot. rumah pun kecik tapi bayar bulan-bulan rm720. belum masuk maintenance (duduk apartment kan) segala. paling busuk cecah rm900 untuk rumah. belum masuk cukai pintu, indah water yang bayar tiap tahun or suku tahun. insurance rumah. semua rumah ye belum masuk maintenance kereta. tapi syukur maintenance diri kerajaan tanggung. mungkin cara berjimat orang lain-lain kan.

satu je aku nak cakap, rakyat tak bodoh. so tolong fikir sebelum cakap. 
 
Blog Template by Delicious Design Studio