Assalamualikum semua :') lama sungguh tak menjengah. bukan takde cerita, cuma lebih senang upload gambar dekat facebook/instagram dan luahkan caption anda bukan? BUKAN? aku je yang macam tu kot? haha. eh hello, siapa yang ada iPhone/samsung tak gila dengan instagram memang LOSER okay. bukan orang tangkap gambar masuk instagram/facebook tu yang loser/sakit mental ek :p
dah sah-sah tajuk pasal AMP, so mestilah nak review pasal pergi seminar Intensive Advanced Marketing Power (AMP) haritu kan. ramai orang tanya berapa kos aku bayar untuk hadir seminar ni. kalau aku cakap kang orang kata aku riak. sebab bisnes aku tak la besar mana tapi mampu pergi seminar riban-riban (ye, semua main riban, paling murah rm997 duduk belakang sekali sanggup?) sebab aku betul-betul nekad nak ubah hidup dari "biasa-biasa" ke hidup "luar biasa". ye, aku memang suka duit banyak. siapa tak suka? aku cakap dia GILA. haha. bila tengok orang ada kau tetiba nak ada juga. si peniru. eh? wakakaka. tapi aku nak duit banyak bukan sebab aku nak beli macam-macam or else (mungkin dulu itu priority) tapi selepas pergi seminar Dr. Azizan Osman (DAO) fikiran aku dah berubah. orang-orang yang kita sayang adalah priority kita. sedar sedar? sedih tak bila kita nak beli sesuatu untuk anak, kita terpaksa fikir eh mahal la so tak jadi beli atau belikan yang mahal-mahal untuk anak dan mak ayah takda apa-apa pun takpa. so sad. aku taknak jadi macam tu. aku nak jadi orang yang boleh membahagiakan orang yang tersayang sambil bahagia tengok orang yang tersayang bahagia. faham faham? so kos dia aku pergi memang riban. aku ambil pakej siap dapat bawa sorang lagi guest percuma. wah, PERCUMA? musti piley! walaupun harganya memang tak tercapai dek akal. haha. tapi aku rasa worth it sangat, insyaAllah dengan ilmu dan doa dari mak, ayah dan DAO sendiri. aku akan berjaya. tunggu dan lihat :D
with kak ayu. pakej ni siap dapat FREE (free lagi?) polo shirt dan tshirt dari Richworks. paling aku suka dalam seminar DAO is bila time joget-joget. best sangat. energetic terus jadinya. dan tak tahu kenapa tengok muka DAO je terus macam kena pukau. dengar je apa dia cakap. sebab semuanya betul belaka. dia ni cakap based on pengalaman dia, so macam banyak benda yang in reality nya itu yang terjadi. dan paling best dia ada setiap masalah yang korang ada. atau korang akan dapat idea dari apa yang dia cakap.
contoh: kenapa aku mulakan bisnes dengan 'honey conflakes' SAHAJA bukan 50 or 60 biji jenis kuih? itulah rahsianya. siapa nak tahu kena pergi Seminar Berani Berniaga. dulu aku rasa aku tak suka dan takda talent nak berniaga. so sekarang apa sudah jadi? aiyoyo! tapi semua ni idea dari suami tersayang. dia yang bagi idea sebab industri makanan adalah industri nombor satu yang boleh dan senang buat duit. tapi incik suami sibuk juga nak buat 2-3 jenis produk and i said NO. nak durhaka ke dengan DAO. haha. faham ke faham? tapi dengan satu ni je dah 'huru-hara' ni pula nak 2-3 produk sekaligus kan? sabar, dan bersyukur itu penting :')
nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab ianya sangat eksklusif untuk peserta seminar kan, so akhir kata aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat DAO yang berjaya buka minda, buka hati kami untuk berniaga dengan lebih giat. insyaAllah. semoga segalanya berjalan dengan lebih lancar dan mudah.
ANDA KAYA DAN BERJAYA
ANDA KAYA DAN BERJAYA
0 comments:
Post a Comment