Friday, June 28, 2013

.susu anak.

Assalamualaikum...

tetiba rasa nak update belog pasal susu anak. sebab aku terfikir, adakah susu anak penyebab gigi tumbuh lambat? hehe. ye, anak aku akan capai setahun 2 bulan minggu depan tapi takdok gigi sebatang pun lagiiii. alahai, sian anak mama. makan nak macam-macam tapi takdok gigi. aku dah tak pantang dah anak aku makan apa. eh tak boleh nak control la. kesian pun ada kadang-kadang. lagipun dia dah faham. so apa yang boleh buat is kurangkan. kalau nak pantang no salt and sugar until 2yo ha mampuslah. kau mampu buat roti segalanya sendiri with no sugar ke hape? lainlah kalau suri rumah sepenuh masa. dan mempunyai kerajinan yang amat tinggi. kan? eh dah melalut ke makanan anak pulak ni ape kes?

back to story, anak aku masa 10 bulan dua minggu aku dah campur dah. sebab stok dah tak cukup. selalu bekal 3-4 botol and masa tu cukup 2 botol je sehari. mula-mula dekat rumah memang dia taknak. tapi bila dekat rumah pengasuh, wan kata dia okay je. oh aku try susu Amum sebab rata-rata yang aku tanya semua minum susu ni. thank you Aaris sebab faham. senang sangat jaga awak ni :') then bila dah nak setahun, baba kata nak try susu murah (lah konon). dia nak try dutch lady sebab anak kawan dia minum susu tu. aku refused. tapi suami kan layan je lah tapi aku kata dugro lah, taknak dutch lady. and masa ni dia dah fully minum formula milk. and still Aaris okay je. masuk packet yang kedua aku beli yang ada buah-buahan pulak. wangi je bau. ada la dalam 3 packet jugak dia minum susu tu. then asik ulcer lidah, berak pun sembelit then mak aku cakap ke sebab susu? mungkin susu tu panas ke kan. kita tak tahu. so aku cakap dengan im, and dia kata okay jom tukar susu mahal balik. konon nak beli enfagrow, sekali sila ukur baju di badan sendiri ye? haha. so back to anmum. kali ni beli with honey. Aaris suka okay susu tu. dulu kadang-kadang habis kadang-kadang tak. minum pun 4oz je dulu. sekarang 6oz pun dah boleh habis. cuma kalau dia kenyang, dia taknak then susu tu dah sejuk mampus dah dia taknak. haha. cerewet macam mak kau. dan kadar pembuangan susu tu sekarang dah sikit. paling banyak 2oz la kalau dibuang.

tapiiii, aku google (cey, sikit-sikit nak google. sebab incik suami ajar, bila tak tau and nak tahu google je. semua ada. faham ke faham?) mostly orang kata yang minum s-26 lebih cepat tumbuh gigi. ye ke? mula-mula aku ada juga terfikir nak tukar lagi tapi tak sampai hati. kesian Aaris nanti. lagipun bila dengar anak wardina pun minum susu Anmum so tak jadi nak tukar :p dan aku baca lagi baby lambat tumbuh gigi sebab kurang kalsium. dan orang kata lagi pulak, kalau cepat jalan lambat tumbuh gigi dan lambat cakap. haish macam-macam la kan? mak saya cakap tumbesaran budak tak sama. so tunggu je lah. insyaAllah semuanya akan okay. mak saya sangat positif. thank you mak :')

korang rasa cemane? hehe. sampai jumpa lagiiii :D

.si peniru.

saya stress ni, tahu tak? ish. stress gila ada orang macam ni dalam dunia. sebab tak boleh tengok orang lebih dari dia. dulu si dik non tu, sekarang dia pulak rupanya. aish.

orang macam ni kan, dia duk perati aku buat apa, kira stalker terhebat la. tapi taknak tanya apa-apa, bodoh sombong. then tetiba pop keluar benda yang sama yang post macam-macam. ayat pun tak boleh blah nak jugak sama. kau tak hangin? aku hangin la jugak. dah kenapa? kata berpengalaman, tak kan takde strategy sendiri? pastu claim as Marketing Manager? hahaha. bapak lawak. sorry to say la kan.

paling aku stress aku buat bunting PERCUMA, and know what? dia pun ada PERCUMA jugak dekat bunting dia. what the? nampak tak nampak tak? physco ke pathetic dia ni? semalam aku cakap dekat im, pastu dia terkejut. selama ni kami ada la borak pasai dia ni, im cakap dia ni macam nak berlawan-lawan pulak. tapi ada aku kesah? lepas cerita dekat im, dia pun stalked and tengok apa dia tulis untuk market dia punya barang. hello, semua pun tiru ok. update dekat page agent-agent pun nak tiru. siap ada tuis HQ sekali. sama gila. kau rasa tak panas hati aku tengok?

yang aku peliknya, kalau dia pernah pergi kelas sama dengan aku pernah pergi, why tak start dari dulu. kenapa lepas aku buat dia pun buat. sangat obvious okay sebab tu aku berani cakap, aku tak tuduh. semua pun berbukti. sebab tu aku rasa kau ni talam weh. tapi post kat facebook tak berhagak dan tak gheti malu sungguh. kesian sangat. ish ish ish.

orang macam ni baik dengan kita ada makna. aku patut remove ke block? block bagus jugak, tapi aku ni kesian. kang orang kata aku jahat pulak, aku kalau orang baik dengan aku tak kan aku nak balas jahat. aku ada perasaan, bukan patung ye cik adik? dah la. saja nak luahkan perasaan terpendam. hihi.

thanks for reading :p




Thursday, June 27, 2013

.stokke.

OMG. haha. semalam lepas Aaris bangun pukul 1am nak susu, suddenly aku tak boleh tidur. sejam okay lagi. bila tengok jam dah pukul 3am terus tweet "apekehal aku tak boleh tidur balik ni?" sigh. tapi since tak boleh tidur, tahu aku buat apa? haha.

tengok stagrem vivvy yusof. comey baby cot dia. then terbaca orang komen "blog it please" dan detik hati kecilku bertanya, eh dia ada belog ke? ok google up. jumpa. baca belog dia and so on. kat hp kecik tu juga. ada iPad, tapi aku rasa besar sangat. bodoh kan? haha. dulu suruh beli iPad mini kau sombong bongkak cakap kecik, sekarang kau cakap besar pulak? dush.

ok back to story, stokke brand baby cot dia. comey. bulat. nak tengok? jom.




masa baby, guna yang round tu. bila dah besar sikit boleh jadi oval. then boleh jadi as a bench juga. oh my yinglish. teruja bukan? cantiknyaaaa! dan terus terfikir, eh mana nak dapat stokke ni? dulu fasha sanda pun pernah ada gambar macam ni. where are this place? so find and find. nah, Mothercare. tapi tak semua Mothercare ada. The Curve atau Bangsar if i'm not mistaken. patut pun. kan? Bangsar beb. dan tiba-tiba baca pulak pasal stokke xplory stroller. oh Dato' Sheikh Muszaphar punya anak pakai stroller ni! aku dah excited untuk tahu dengan lebih lagi. gila hebat la konon? dan aku googled up everything about this and there jumpa satu belog dia cerita all about the stokke ni. kerusi makan, baby cot, stroller. and now i know, kerusi makan bella (anak sheikh muszaphar) dan stroller datang dari stokke. dan dengar khabarnya, stokke ni paling murah rm5k. kau mampu? dan kalau nak kena based on order sebab tak banyak dekat Malaysia ni. wah gitu. aku dah berangan dah. tapi bukan angan-angan mat jenin okay. sebab dari dulu aku minat stroller quinny dan banyak buat reserch here and there. tapi sebab incik somi tak minat so aku terpaksa akur nak beli esprit. then i regret, jual and beli jugak quinny tu. haha. but percaya tak, aku langsung tak pernah pasang sendiri stroller tu sebab macam payah :p


tapi cara tutup dia macam bulky. tunggu aku beli kereta besau. boleh kot ni. hihi. buat masa ni rasa nak beli mac laren pulak sebab macam mudah je kan? dush dush. hahaha.


hari-hari aku menghitung hari bila aku boleh berhenti kerja? urgh. aku taknak sampai tua kerja makan gaji beb. ya Allah, bantulah hambamu ini mencapai kejayaan. amin.

Tuesday, June 25, 2013

.kuatkah aku?.

aku tahu manusia tak mungkin sama seperti yang lain. tapi kau seolah tak mengerti. yang aku juga punya hati. yang perlu kau jaga dan bukan ambil enteng segala benda.

bukan semua boleh lenyap begitu saja. ianya ambil masa. dan aku mohon pada Yang Esa moga Kau permudahkan segala.

Aaris pun seperti ngerti kesedihan mamanya. mana tak nya, sembilan bulan berkongsi makanan yang sama. kamulah nyawa mama. aku pasti dia juga begitu, tapi bukan dengan aku.

dua tiga hari ni, emosi sangat berluasa. rasa mahu tidur sepanjang masa. hari ini pula menangis sentiasa. entah kenapa? yang pasti sesuatu yang menggamit jiwa berlegar-legar di minda.

dah lama tak rasa macam ni. rasa macam mati. langsung tiada hati.

ya Allah, berdosakah aku? memang banyak dosaku padaMu. kuatkah aku?



Tuesday, June 11, 2013

.9 Jun 2013.


Mardziah Binti Sahlan (1934-2013)

ini first time aku tahu nama nenek (sebelum ni incik suami dah pernah bagitahu tapi tak lekat dekat kepala) dengan ejaan penuh dan terus lekat dalam otak selepas tengok sijil kematian.

ceritanya bermula dengan;

pagi tu dapat whatsapp dari maira dekat group family in law. dan nasib baik juga incik suami tak silentkan notification macam aku. dia cakap tak jadi pergi Perak, nak pergi tengok nenek sebab nenek dah takde response. dan incik suami terus kata jom tengok nenek, hati tak sedap. dan dia siap sambung "maktok meninggal masa birthday maira, harini 9hb". aku pulak sambung "eh awak ni jangan la cakap macam tu" sebab nak sedapkan hati mungkin. tapi ajal dan maut semua kerja Allah bukan. dan kami sempat breakfast anak beranak dekat rumah, siap-siap dan terus pegi Klang. sampai sana dalam pukul 11am macam tu. terus tengok nenek, mata ke atas tak berkelip, nafas kuat sampai dada berombak. dalam bilik ada abah (muka abah sayu sangat, menangis), ada mak (menangis), ada maklang (menangis), cik wok (menangis sambil pegang tangan nenek), dan cik ana (juga sedang menangis). aku terdiam sambil dukung Aaris. dan Aaris seperti faham and behave so well sebentar. tak lama lepas tu air mata gugur juga melihat keadaan nenek. tiba-tiba cik wok kata "kaki tangan semua dah sejuk, tangan pun tak ada nadi dah" aku macam tak percaya dengar semua tu T.T

lepas tu aku pun keluar. layan anak dsb. adalah dalam sejam lepas tu tiba-tiba cik ghoni jerit "adik, adik. mana adik?" dia cari pak busu adik bungsu dia. aku terus masuk dalam bilik nak tengok keadaan nenek. masa tu abah berzikir di telinga nenek, lepas pak busu masuk dia pulak ganti sebab lutut abah dah tak kuat. tak boleh bengkok lama-lama. tapi abah tetap pegang tangan nenek. aku tengok nenek hidung dan kebawah semua dah pucat. tinggal mata sahaja yang pandang ke depan. dan akhirnya mata nenek terus tertutup dengan sendirinya. nenek dah tak ada, nenek dah tinggalkan kami T.T tapi Alhamdulillah nenek pergi dengan mudah serta anak-anak ada di sisi. buat pertama kalinya aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana orang menghembuskan nafasnya yang terakhir. ya Allah, tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan tu. mata berpinar lepas tu macam tak percaya. aku rasa kalau aku di tempat anak-anak nenek, aku tak kuat. ya Allah, kau panjangkanlah umur orang tuaku. dan sihatkanlah tubuh badan mereka.

lepas tu, semua macam tak percaya. bergilir-gilir jaga nenek sambil baca yassin. tak tinggalkan nenek sendirian. nenek macam sedang tidur. muka bersih sangat. nenek pergi sebab kanser tulang. bermula dengan sakit kaki, then patah kaki, kena operate dan masuk besi. besi tak serasi dan akhirnya disahkan menghidap kanser tulang. tulang kaki dan masuk besi tu pun khabarnya tidak bersambung dan hilang. kanser pula dah merebak ke seluruh tubuh tapi tidak di jantung dan tulang belakang. cik ana (tuan rumah dan juga orang yang jaga nenek lepas doktor sahkan dah tak boleh buat apa-apa dan boleh pulang ke rumah) ada cerita, masa mata nenek tertutup dengan sendirinya ada air mata mengalir. mungkin sakit bila ajal ditarik walaupun dengan cara yang paling lembut. cik ana juga cerita dan aku juga pernah melihat, masa tu nenek baru lepas operate kaki masuk besi. nenek tetap menunaikan solat maghrib walaupun tengah sakit. lepas solat, dia bertasbih memuji ilahi. bila sakit dia berzikir meminta Allah ringankan bebannya. itulah nenek yang begitu menjaga amalannya. dan kami bersyukur, nenek pergi dengan keadaan baik sekali. terima kasih ya Allah. semoga roh nenek di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang-orang beriman.

nenek akan dikebumikan di kampung, Bukit Changgang. aku dan family juga tuan rumah tunggu van jenazah sampai untuk bawa jenazah ke kampung. aku tak tengok masa mandikan (rugi betul) tapi aku tengok serba sedikit masa nenek dikafankan. bila kami dibenarkan cium nenek buat kali terakhir, suasana hiba sekali. lebih-lebih lagi buat orang yang rapat dengan nenek. abah dengan mak hanya dapat usap kepala nenek, sebab tak boleh duduk berlutut. sedihnya hanya Allah yang tahu. walaupun aku tak berapa rapat dengan nenek, kesedihan tetap di rasa. baru 3x kali beraya bersama nenek, nenek sudah dijemput ilahi. tenanglah di sana nek. kami semua akan merinduimu.

Al-Fatihah.

.Intensive Advanced Marketing Power.

Assalamualikum semua :') lama sungguh tak menjengah. bukan takde cerita, cuma lebih senang upload gambar dekat facebook/instagram dan luahkan caption anda bukan? BUKAN? aku je yang macam tu kot? haha. eh hello, siapa yang ada iPhone/samsung tak gila dengan instagram memang LOSER okay. bukan orang tangkap gambar masuk instagram/facebook tu yang loser/sakit mental ek :p

dah sah-sah tajuk pasal AMP, so mestilah nak review pasal pergi seminar Intensive Advanced Marketing Power (AMP) haritu kan. ramai orang tanya berapa kos aku bayar untuk hadir seminar ni. kalau aku cakap kang orang kata aku riak. sebab bisnes aku tak la besar mana tapi mampu pergi seminar riban-riban (ye, semua main riban, paling murah rm997 duduk belakang sekali sanggup?) sebab aku betul-betul nekad nak ubah hidup dari "biasa-biasa" ke hidup "luar biasa". ye, aku memang suka duit banyak. siapa tak suka? aku cakap dia GILA. haha. bila tengok orang ada kau tetiba nak ada juga. si peniru. eh? wakakaka. tapi aku nak duit banyak bukan sebab aku nak beli macam-macam or else (mungkin dulu itu priority) tapi selepas pergi seminar Dr. Azizan Osman (DAO) fikiran aku dah berubah. orang-orang yang kita sayang adalah priority kita. sedar sedar? sedih tak bila kita nak beli sesuatu untuk anak, kita terpaksa fikir eh mahal la so tak jadi beli atau belikan yang mahal-mahal untuk anak dan mak ayah takda apa-apa pun takpa. so sad. aku taknak jadi macam tu. aku nak jadi orang yang boleh membahagiakan orang yang tersayang sambil bahagia tengok orang yang tersayang bahagia. faham faham? so kos dia aku pergi memang riban. aku ambil pakej siap dapat bawa sorang lagi guest percuma. wah, PERCUMA? musti piley! walaupun harganya memang tak tercapai dek akal. haha. tapi aku rasa worth it sangat, insyaAllah dengan ilmu dan doa dari mak, ayah dan DAO sendiri. aku akan berjaya. tunggu dan lihat :D


with kak ayu. pakej ni siap dapat FREE (free lagi?) polo shirt dan tshirt dari Richworks. paling aku suka dalam seminar DAO is bila time joget-joget. best sangat. energetic terus jadinya. dan tak tahu kenapa tengok muka DAO je terus macam kena pukau. dengar je apa dia cakap. sebab semuanya betul belaka. dia ni cakap based on pengalaman dia, so macam banyak benda yang in reality nya itu yang terjadi. dan paling best dia ada setiap masalah yang korang ada. atau korang akan dapat idea dari apa yang dia cakap. 

contoh: kenapa aku mulakan bisnes dengan 'honey conflakes' SAHAJA bukan 50 or 60 biji jenis kuih? itulah rahsianya. siapa nak tahu kena pergi Seminar Berani Berniaga. dulu aku rasa aku tak suka dan takda talent nak berniaga. so sekarang apa sudah jadi? aiyoyo! tapi semua ni idea dari suami tersayang. dia yang bagi idea sebab industri makanan adalah industri nombor satu yang boleh dan senang buat duit. tapi incik suami sibuk juga nak buat 2-3 jenis produk and i said NO. nak durhaka ke dengan DAO. haha. faham ke faham? tapi dengan satu ni je dah 'huru-hara' ni pula nak 2-3 produk sekaligus kan? sabar, dan bersyukur itu penting :')

nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab ianya sangat eksklusif untuk peserta seminar kan, so akhir kata aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat DAO yang berjaya buka minda, buka hati kami untuk berniaga dengan lebih giat. insyaAllah. semoga segalanya berjalan dengan lebih lancar dan mudah.

ANDA KAYA DAN BERJAYA
 
Blog Template by Delicious Design Studio