Assalamualaikum!
Sabtu lepas, 13 April yang lalu aku pergi ke Seminar Berani Berniaga 2013 yang dianjurkan oleh team Dr. Azizan Osman (DAO). FREE OF CHARGE wa cakap sama lu. rugi siapa tak pergi. banyak sangat input yang aku dapat. tetapi, aku masih memerlukan sokongan dan ilmu pengetahuan tentang selok-belok dalam perniagaan. memandangkan pelajaran diploma dahulu dah lama hilang dalam kotak fikiranku. hish teruk betul. dulu, kalau dulu aku pernah give up sebab tak dapat sambung Degree. pointer bukan teruk, tapi mungkin salah pilih course (ramai pilih course tu di Universiti yang sama). so i is give up. siap cakap dalam hati taknak buat appeal. sombong dan bongkak. nak kerja to earn income. and finally, Alhamdulillah di sini lah aku membina kerjaya.
bertapak dalam bidang business ini selepas suami tercinta daftar syarikat di SSM yang mulanya aku tak benarkan. ceh, siapa kau tak benarkan? hihi. dia buat juga. then invest dalam jualan aksesori telefon bimbit. sementara company kecil-kecilan kami menjalankan perniagaan membekal peralatan komputer, printing baju dan apa lagi tah? tiba-tiba aku juga terdorong untuk berniaga. salah satu reason untuk aku berniaga baju sebab aku sangat suka membeli baju. so kiranya sambil menyelam, sambil minum air. tak gitu?
kesimpulannya kami laki bini sibuk berniaga. tapi si suami lebih sibuk dari si isteri. selepas pergi mendapatkan ilmu di seminar Berani Berniaga 2013 kami cuba untuk FOKUS pada satu perniagaan sahaja memandangkan pesan sifu kami iaitu DAO salah satu industri yang mudah menarik minat pelanggan adalah perniagaan pakaian. sebab golongan wanita adalah golongan yang paling banyak menghabiskan duit mereka ke atas pakaian dan aksesori. percaya atau tidak? tanya pada diri sendiri wahai kaum hawa. hihihi.
sumpah tak rugi untuk datang walaupun parking mahal, makan mahal tapi seminar berharga ini adalah PERCUMA. kami cuma untuk menembusi pasaran dengan khidmat nasihat yang diberi oleh DAO. tapi kami juga tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri seminar berbayar DAO - Program Advanced Marketing Power (AMP).
SAYA KAYA DAN BERJAYA!
perkataan inilah yang selalu DAO suruh kami ulang sepanjang seminarnya :)
perkataan inilah yang selalu DAO suruh kami ulang sepanjang seminarnya :)
aku diberi sepenuh kepercayaan untuk buat keputusan sama ada nak pergi atau tidak progam AMP ni. sebab apa incik suami suruh aku buat keputusan? sebab aku adalah seorang yang sukar untuk buat keputusan. semua nak tanya laki. eh memang patutnya begitu bukan? tapi aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan buat kami. aku ada aim dalam hidup selepas pergi seminar ni; aku nak jadi macam DAO, pegang ekonomi sendiri tanpa risaukan barang naik, minyak naik jika gaji tak naik-naik. dan aku nak jaga anak-anak aku sendiri, membesar depan mata aku walaupun aku sibuk macam mana pun, amanah Allah yang satu ini tak akan aku abaikan. sampai bila nak suruh orang jaga anak aku? itu pemikiran aku. jangan samakan korang dengan aku. pilihan di tangan masing-masing :)
semoga tiada hasat dengki antara kita. insyaAllah. saya kaya dan berjaya!
0 comments:
Post a Comment