Monday, April 22, 2013

.ingatan buat pencuri di luar sana.

Assalamualaikum semua.

kesian adik i uolls, bilik kena pecah di GMI. hmmm. aku dengar je dah menggigil. dugaan lagi buat kami sekeluarga, dan mak pesan "Allah sayangkan kita, maka diberi ujian ini untuk lihat dan tengok sebanyak mana kita mengadu padaNya". adik aku hilang laptop dalam lebih kurang RM3500 dan sebiji blackberry 8250. kejadian berlaku masa dia tengah berkAwat lah senang cerita. satu bilik kena. diorang ni duduk macam dalam satu apartment, tapi bilik hanya dibuat daripada patition (macam dekat office tuuu). 

masuk ni dah 3x hilang laptop. aku dah rasa fobia nak suruh dia beli laptop. yang hilang kali ni dia beli duit dia sendiri. lagi la sedih member kan? kalau aku dapat orang tu memang aku kasi habis la. geram betul. korang ingat senang eh cari duit? dulu aku macam kesian tengok orang (pencuri) kena belasah. sekarang bila fikir balik memang padan muka. nak hidup senang, tapi jalan nak mudah. atau lebih tepat lagi haram dan berdosa. tapi aku percaya, Allah maha adil, dia akan balas pada pencuri-pencuri ni dengan maha hebat lagi, insyaAllah. kau tunggu je ek? aku memang syak budak-budak dalam GMI juga, tak pun sekutu-sekutu yang tahu budak-budak bilik ni ada laptop grand-grand. siap tahu jadual budak-budak ni lagi kan. ish emo doh. dah la haritu aku cakap dengan dia pun dia macam layan tak layan je. sabar eh jeem, nanti along kaya dan berjaya along belikan korang laptop sorang satu. nak mahal mana pun takpe. asalkan kau belajar rajin-rajin. jadi orang berguna, dan jangan lawan mak ayah. mak ayah itu keramat buat kita. ingat tu.

buat pencuri-pencuri di luar sana, sekarang memang kau senang, kau ada fikir akhirat sana nanti tak? kalau agak-agak adik korang kena rompak laptop apa kau rasa agaknya ek? ingat, what goes around comes around. dan janji Allah itu pasti. tak sekarang nanti kau akan kena balik. lepas ni aku nak suruh je adik aku duduk rumah, tak payah duduk hostel yang banyak kaki pencuri tu. ish, sumpah geram. haha. layan je lah ye? thanks for reading!

till then :')


Tuesday, April 16, 2013

.seminar berani berniaga 2013.

Assalamualaikum!

Sabtu lepas, 13 April yang lalu aku pergi ke Seminar Berani Berniaga 2013 yang dianjurkan oleh team Dr. Azizan Osman (DAO). FREE OF CHARGE wa cakap sama lu. rugi siapa tak pergi. banyak sangat input yang aku dapat. tetapi, aku masih memerlukan sokongan dan ilmu pengetahuan tentang selok-belok dalam perniagaan. memandangkan pelajaran diploma dahulu dah lama hilang dalam kotak fikiranku. hish teruk betul. dulu, kalau dulu aku pernah give up sebab tak dapat sambung Degree. pointer bukan teruk, tapi mungkin salah pilih course (ramai pilih course tu di Universiti yang sama). so i is give up. siap cakap dalam hati taknak buat appeal. sombong dan bongkak. nak kerja to earn income. and finally, Alhamdulillah di sini lah aku membina kerjaya.

bertapak dalam bidang business ini selepas suami tercinta daftar syarikat di SSM yang mulanya aku tak benarkan. ceh, siapa kau tak benarkan? hihi. dia buat juga. then invest dalam jualan aksesori telefon bimbit. sementara company kecil-kecilan kami menjalankan perniagaan membekal peralatan komputer, printing baju dan apa lagi tah? tiba-tiba aku juga terdorong untuk berniaga. salah satu reason untuk aku berniaga baju sebab aku sangat suka membeli baju. so kiranya sambil menyelam, sambil minum air. tak gitu?

kesimpulannya kami laki bini sibuk berniaga. tapi si suami lebih sibuk dari si isteri. selepas pergi mendapatkan ilmu di seminar Berani Berniaga 2013 kami cuba untuk FOKUS pada satu perniagaan sahaja memandangkan pesan sifu kami iaitu DAO salah satu industri yang mudah menarik minat pelanggan adalah perniagaan pakaian. sebab golongan wanita adalah golongan yang paling banyak menghabiskan duit mereka ke atas pakaian dan aksesori. percaya atau tidak? tanya pada diri sendiri wahai kaum hawa. hihihi. 

sumpah tak rugi untuk datang walaupun parking mahal, makan mahal tapi seminar berharga ini adalah PERCUMA. kami cuma untuk menembusi pasaran dengan khidmat nasihat yang diberi oleh DAO. tapi kami juga tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri seminar berbayar DAO - Program Advanced Marketing Power (AMP).

SAYA KAYA DAN BERJAYA!
perkataan inilah yang selalu DAO suruh kami ulang sepanjang seminarnya :)

aku diberi sepenuh kepercayaan untuk buat keputusan sama ada nak pergi atau tidak progam AMP ni. sebab apa incik suami suruh aku buat keputusan? sebab aku adalah seorang yang sukar untuk buat keputusan. semua nak tanya laki. eh memang patutnya begitu bukan? tapi aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan buat kami. aku ada aim dalam hidup selepas pergi seminar ni; aku nak jadi macam DAO, pegang ekonomi sendiri tanpa risaukan barang naik, minyak naik jika gaji tak naik-naik. dan aku nak jaga anak-anak aku sendiri, membesar depan mata aku walaupun aku sibuk macam mana pun, amanah Allah yang satu ini tak akan aku abaikan. sampai bila nak suruh orang jaga anak aku? itu pemikiran aku. jangan samakan korang dengan aku. pilihan di tangan masing-masing :)

semoga tiada hasat dengki antara kita. insyaAllah. saya kaya dan berjaya!
 
Blog Template by Delicious Design Studio