Tuesday, March 19, 2013

.asah minda.

dunia sudah tidak selamat lagi
dan ianya bukan pasal sulu dan saki baki
tapi pasal orang dengki dan iri hati
pada aku insan yang kerdil ini

atau aku perlu tengok diri sendiri
dan sedia untuk terima hakikat
yang ada udang disebalik mi
dalam hati dia penuh tersirat

dalam dunia ini, memang ada macam-macam ragam manusia
yang update status berkoyan-koyan untuk nampak sempurna
padahal, diri sendiri tidak seberapa
konon macam dia seorang yang mulia hatinya

dalam diam ubi berisi
korek rahsia sana sini
dalam diam bina misi
untuk jadi macam yang dihajati

aku update anak setiap bulan, dia nak juga
aku beli dia pun nak juga
time nak korek rahsia kau la yang paling baik
lepas dapat apa yang nak dengan aku kau buat taik

dunia ini kecil
tak payah nak pusing-pusing cerita
jangan nampak sangat kau hidup terpencil
syukurlah dengan apa yang ada

terasa? padan lah muka

Thursday, March 14, 2013

.masak-masak.

duduk rumah mak kemain seronok. hari Isnin baru balik rumah sendiri. haha.


lauk hari Selasa. main dengan anak sampai penat petang tu. lepas maghrib, hek-hek nak susu terus masuk buai tidur sampai siang. bagus betui. senang mak kau besilat dekat dapur while baba is working. dalam jam 9 lebih siap masak kemas semua. mandi dan tunggu baba balik makan sama. ye, aku dinner jam 10.30pm. konon isteri solehah, konon je lah. sekian terima kasih. hihi

Telor dadar.
Sup ayam siap masuk kentang, celery,kobis bunga dan carrot.
Sayur cendawan butang dengan brokoli dan capsicum merah.
ohoi, sawan sayur.
akhir sekali, kicap pedas sedap :D
Air stoberi, winks.


Rabu. last day untuk masak. sebab? harini balik rumah mak balik dah. haha. tak buleh ah balik lelama, ayahtok kata nanti rindu Aaris. hukhuk. Selasa buat facetime, kemain suka nengok ayahtok. hihi. manja.

Sotong cili merah.
Kentang dengan tauhu masak kicap.
Sayur campur.
Air anggur.

tapi makan sikit je, tak lalu. kenapa tah? :/


Selasa malam tu sempat suruh incik hubby (awww) belikan ice cream magnum, tapi lupa makan sebab penat dan mengantuk. esok pun nak bangun pagi-pagi masak makanan anak. maka Rabu baru makan sambil nengok tibi bersama laki. sebelum makan dah sound "jangan makan dulu" sambil buka lampu. lalu, laki jawab "tak kan nak ambil gambar jugak?" lalu ai jawab "biar ah, nak jugak" hahaha. selalunya tak bukak lampu pun dekat hall. bukak dekat dining je sebab lampu ni terang sangat. okay tu je nak cerita.


last sekali tataplah gambar anakku ini.
mama, nak kiss :*

Wednesday, March 13, 2013

.cemburu baik.

cemburu, siapa yang tak pernah cemburu? tapi ada dua jenis cemburu; cemburu baik atau cemburu tak baik.

aku pun pernah ada dua-dua rasa cemburu ni. tapi sekarang, aku cemburu baik pada orang-orang yang berniaga online dan dah berjaya. siap ada butik sendiri and so on. sumpah jeles. kan?

aku pernah konon-konon nak jadi blogger tegar, tak menjadi. nak menjadi tukang jahit, tak juga menjadi. sebab? satu malas nak update belog setiap hari, setiap saat. haha. menjahit pula, kena praktis selalu sedangkan aku jahit baju adik aku time raya je. dan aku malas potong kain. juga takut tersilap, ha payoh pulak kang? tsk tsk.

la ni, aku betul-betul nekad. dedulu aku ada gak niaga tudung awning. tapi tu lah, semangat dop penuh di dada. tapi niaga baju ni aku nak wat bebetul. tapi nak slowly even incik suami bebel dop promote ke? masalahnya aku dah invite, kalau orang tak nak like tak kan nak paksa? nanti orang menyampah pulak kan? dan aku tahu, orang memang ramai menyampah dengan aku kan? aku kan anti sosial. haha. takpelah, aku percaya rezeki tu Allah yang tentukan. bukan kamu yang dengki, iri hati dan benci pada aku. dulu mungkin aku pun ada perasaan macam ni, tapi kan lebih baik kita memaafkan orang lain? ewah, ye ke ni? macam tak caya je? insyaAllah :')

dan ribuan terima kasih pada yang telah menyokong Dunia Gadget. macam-macam soalan yang perlu dijawab dengan sabar. dan sedaya upaya memenuhi permintaan customer. yelah, hand phone korang tak sama macam aku ye dop? kalau aku mesti nak pink, hello kitty, yang comel-comel. bila takde orang nak beli aku pakai sendiri. wakaka. dan siapa-siapa yang rasa gilakan shopping online contohnya baju-baju silalah kiranya sudi like page aku pulak di Rainsbow's Collection. jasa baik anda amat dihargai. terima kasih in advanced. tanpa anda kami tiada apa. ewah :p

Monday, March 11, 2013

.rindu baby.

sumpah rindu nak ada baby. baby sekarang dah pun besar. panjang akal dah. sampai kadang-kadang mama hilang sabar. sorry Aaris. tapi, ketahuilah yang mama sayang Aaris sepenuh hati. lebih dari nyawa sendiri. ingat sampai mati.

pada aku, so far dah sedia even aku tahu macam mana sakitnya contraction itu. seksanya pantang 44 hari. tapi semua tu lenyap bila tengok anak depan mata. baba dia? dah lama ready, sibuk duk sebut-sebut Aaris takde kawan je. boleh? semalam tanya Aaris nak adik tak? sekali dia boleh geleng. haha. ye, anak aku bila dengar ada "nak tak" mesti geleng. kadang-kadang orang tanya soalan lain pun geleng. macam faham itu soalan, so better aku geleng. lucu. hihi. tak lama lagi dah nak masuk 11 bulan. sekejap sungguh masa berlalu meninggalkan kita.

thanks for reading :')

Thursday, March 7, 2013

.cukup sampai di sini.

lama rasanya tidak bercerita itu ini di dalam belog. dulu belog, instagram, facebook mahupun twitter menjadi salah satu cara untuk aku berkongsi, meluahkan dan bercerita di dalamnya. tapi, setelah disedarkan kadang-kadang ianya perlu menjadi rahsia kepada umum. sebabnya? tak semua orang berniat baik dengan kita. maka kadang-kadang aku lebih suka bersikap anti sosial walaupun aku aktif di dalam laman sosial.

kadang-kadang aku terlalu ramah dengan orang yang ramah pada aku, tapi tanpa aku sedar dia ada kepentingan tersendiri di dalam berkawan. ye, aku mudah ditipu. lurus. 

insyaAllah, kini tidak lagi. aku tidak punya apa-apa yang lebih untuk dibanggakan oleh kalian. kalau nak stalked aku dan cemburu dengan apa yang aku ada cukup sampai disini. kini, kenali aku sebagai orang yang tak punya apa-apa selain harta dunia akhirat aku iaitu suami, anak (dan bakal anak-anak) serta keluarga. kerana keluarga jika bergaduh tidak akan putus ikatannya, insyaAllah :')
 
Blog Template by Delicious Design Studio