Wednesday, January 30, 2013

.mama sayang Aaris.

Aaris Zaquan, anak mama.

Walaupun mama selalu marah dan hilang sabar dengan Aaris tak bermakna mama tak sayang Aaris. Aaris nyawa mama. Sebelum ni, Aaris duduk dan membesar dalam perut mama. Makan apa yang mama makan. Sekarang pun Aaris dah ada depan mata mama, Aaris makan apa yang mama makan. Aaris minum susu dari badan mama. Bila mana nak tidur, cari mama. Dan kita tak pernah tidur berasingan. Sejak 8 bulan yang lalu, mama tak pernah tinggalkan Aaris tidur malam tanpa mama. Mungkin sekarang Aaris tak tahu betapa mama sayangkan Aaris, or mungkin besar nanti Aaris pun tak kan tahu banyak mana mama sayangkan Aaris, but ingatlah yang Aaris sentiasa ada dalam hati mama. Mana-mana mama pergi, mama akan ingat Aaris. Setiap nafas mama untuk Aaris. Kasih mama tak berbelah bahagi. Sayang mama sepenuh hati. Bila mama mati nanti, Aaris jaga diri sendiri. Dan sentiasa ingat mama sangat sayangkan Aaris okay?

Friday, January 11, 2013

.what a relieved.

rasa lega sangat lepas dah cakap dengan pengasuh Aaris pasal cara pemanasan susu yang betul.

macam ni ceritanya, kelmarin masa aku ambil Aaris di rumah pengasuh, pengasuh dia cakap "botol terbakar sebab air kering. lagi pula ada kawan datang tu tak perasan. macam mana ni?" then masa tu aku mampu sengih while minda berkecamuk. aku bermonolog sendirian. dan macam-macam berada di minda. sayang botol satu hal. but now aku dah boleh terima yang botol boleh di cari semula. yang penting anak aku. dia nyawa aku.

but malam tu memang dugaan hebat la. rasa stress sangat sebab fikir dah nak cari pengasuh lain. sebab aku jenis cerewet dalam serba serbi. ada la lack here and there pada pengasuh ni tapi aku wat diam lagi. tapi pasai susu aku sedikit hangin la. dulu aku bagi warmer dia pulang balik sebab dia kata anak dia dulu dah ada. sekali kantoi botol terbakar. sabor je la. so tadi aku dah cakap, kalau boleh jangan panaskan atas direct api, khasiat dia akan hilang. dia boleh terima, tapi dia curious boleh ke panas susu tu kalau rendam air panas? boleh mak (aku panggil dia mak) tapi lambat sikit la. tak payah panas-panas sangat pun takpe. suam-suam is better. then lanjut ke borak pasal Aaris macam mana. aman sikit borak berdua. kalau petang-petang macam serabut sikit. semalam siap ada orang nak juai minyak urut sebab anak aku berak keras. ye, itu salah satu sebab aku perlu juga cakap jangan panaskan susu ibu atas dapur gas. sepatutnya susu ibu melawaskan, bukan seperti susu formula yang mana anak perlu minum banyak air. dan Aaris bukan seorang yang suka minum air masak. dari dulu lagi. haih.

dan malam tadi aku terfikir, patutlah within 4m-5m check up tu berat Aaris tak naik. stay 6.8kg. minum susu yang dah takde khasiat rupanya anak aku :( masa 0m-1m tu kan sampai 1.7kg kan. masa tu tangan berketak, pipi boyot, dagu double chin. hehe. rindu sangat :)

Aaris be good okay. 10 bulan to go. then maktok pencen, maktok jaga aaris okay sayang. mama pun tak sampai hati nak cakap taknak hantar dah sebab dah biasa dengan pengasuh tu. nak cakap banyak pun segan. maka aku yang makan hati. aku tutup je la mata mana yang sikit-sikit tu. yang major baru aku bersuara. semoga Aaris baik-baik sahaja di sana, insyaAllah.


p/s: semalam lepas ambil Aaris dari rumah pengasuh balik rumah kemas-kemas pergi Alamanda sekejap usha harga dan design car seat. takde yang berkenan dihati. ada pun maxi cosi tapi bukan yang idaman hati. tapi nak cerita sebelum pergi baba duk tanya dua-tiga kali Aaris tak tukar baju ke? pakai baju tidur pergi Alamanda? aku jawab, ala..Alamanda je pun. anak orang lain boleh je? haha. mungkin aku dah ajar kot, tiap kali pergi jalan pakai cantik-cantik. tapi Aaris duduk dalam stroller je. orang tak nampak :p

Wednesday, January 9, 2013

.kerusi kereta.

kereta beroda sudah menjadi milik kami, pasai mama dia duk minat sesangat since early pregnancy. kalau takdop sapa nak beli yang lama tu tak juga la kami beli stroller idaman tu. tak kan nak buat perhiasan pula kan? semak ja. so letgo mur-mur. hehe. terima kasih kepada si pembeli :)

tapi sekarang Aaris dah besaq. masuk car seat kecik yang macam baring tu dah pandai demand. kadang-kadang baik, duduk tengok depan. kadang-kadang baik, duduk tengok tepi sambil gentel ekor rimau. tapi selalunya dia buat perangai, buat stunt siap angkat-angkat badan protes tak nak duduk dalam tu. grr. then siap melalak-lalak atau merengek-rengek lalu membuat aku tergesa-gesa bawa kereta untuk cepat sampai ke rumah. haish.

so aku fikir, dan memang dah sepatutnya kita tukar car seat kecil itu menjadi car seat besar gabaq kan? walaupun car seat kecil itu sepatutnya boleh duduk sampai umur 1yo. car seat tu nanti nak letgo kat sapa-sapa nak, pasai next baby beli yang lain. HAHA. dan bila dah beli car seat hat besaq gabaq tu aku nak train Aaris duduk dalam tu setiap kali masuk kereta. sebab nowadays Aaris sangat "behave" bila mama pegang dia. grrr. sibuk nak drive juga bila baba tengah drive. kalau tak dapat still buat aksi melentik badan macam acara gimnastik. sabor je la. 

dulu sudah ada pilihan di hati. ferrari. nak kata murah tu tak la murah but still within under budget kata kau. eh aku yang kata. but then jumpa yang murah lagi dari ferrari. sparco. macam best juga. duk google-google car seat sekali nampak yang ni. aduih, memang cun habis. rega dia? memang tak mampu la. baik aku beli iPad mini. ngeh. mama tak mampu la Aaris nak belikan Aaris yang ni. maafkan mama. tsk tsk.


TAPI CANTIK KAN?
tengok rega la. beriban. beli kereta beroda pun ambil yang paling murah. kalau tak pandang je la jenama tu. 
-________-

Tuesday, January 8, 2013

.incik somi dan sedikit azam tahun baru.

since ada anak ni asyik cerita pasal anak je kan? yela, anak baru sorang, maka terlebih excited dalam segala hal. but harini nak cerita pasal bapa kepada anak saya atau lebih dikenali sebagai incik somi kesayangan saya. hahahak tuih. moh cerita melalui gambar di bawah.

setiap hari isnin, syiok je tengok minyak full bar. hihi. since pakai satu kereta ni, minyak kereta dia isi, minyak motor pun dia isi. bestnya! sorga sangat. thank you suamiku :')

ini masa on the way pergi wedding aunty ninie miskomet. tak paham kenapa ada miskomet? haha. Aaris sibuk nak pergi dekat baba masa baba tengah drive. then baba yang tak sampai hati ambil la anak kesayangan dia letak kat peha. tapi Aaris pelik, apa yang dekat mata baba tu? maka sekejap sekejap dia pandang ke belakang. lama dia perhati. apa ye mama kat mata baba tu? :p

 ini masa dekat homestay Cherating. baba keletihan drive all the way from Terengganu ke Cherating. mama tengah basuh baju baba tidurkan anak tapi dia pun tidur sekali. baik punya landing kan? haha.

 masa pergi pantai berdekatan. Aaris takut ombak. asyik pandang bawah je. mulut hek hek. seluar dah bunga-bunga ikut tema pantai, tapi tak nak mandi pantai. apa ni Aaris? hehehe.

 Aaris tak suka minum air kosong. bila makan bagi air kosong dia akan marah, ataupun dia tak akan telan. maka keluarlah air kosong itu membasahi bajunya. grrr. so, baba layan je anak dia nak minum gaya apa pun.

 suka sangat jelir lidah. wek.

 ha, dapat pun letak benda ni dekat mata kita. yeay :D

 anak bapak :p

tengok, tengok. senyum riang dapat pegang stereng. kadang-kadang dia over dari kita. mana kita letak tangan, situ dia nak letak tangan dia. haish.

 hanya baba je yang boleh pikul Aaris dengan benda ni. mama tak pernah try pun. haha. tapi sekarang dah tak boleh buat posisi ni sebab Aaris dah pandai nak menggapai segala benda yang berada dihadapan dia. bila dalam posisi mengadap baba, dia boleh tidur dengan sendirinya.

 suka tengok Aaris masa ni. comel *puji anak sendiri* :p

tengoklah perangai si budak gedik ini -_____-

dua-dua pun buah hati saya. sebelum ada Aaris, baba la teman setia mama. dan sampai sekarang pun masih teman setia mama juga. teman borak dan teman bergaduh. tapi lepas gaduh nanti baba pujuk mama balik. hihi. sebab mama suka marah-marah. emo terlebih-lebih as usual. cepat terasa, sentisip tak kena tempat. eh sentitip kena ada tempat ke? tak kan? :p

paling aku suka tentang dia, dia seperti kamus dewan. kau tanya apa je dia akan boleh jawab. lagi-lagi pasal kereta. or internet. or bola. obses sangat. dan dia obses terhadap nescafe aku. haha. walaupun kadang-kadang his stupid jokes makes me annoyed, but i still love him *gaya dee dalam adam hawa* haha. banyak lagi pasal dia yang buat aku tak cari lain. karang cerita semua nak muntah pula korang baca :p

paling utama, thank you sebab sediakan rumah, kereta dan segala keperluan lain untuk keselesaan kita bersama. setiap bulan pun awak akan bayar rumah, kereta, internet, maintenance rumah, bil elektrik, indah water, isi minyak kereta dan macam-macam lagi. thank you so much baba, i love you :')

dan setiap bulan aku akan bayar duit kutu dan duit pengasuh Aaris. yang lain dia akan suruh simpan but end up aku akan shopping baju aku & Aaris. bila nak beli baju dia, dia kata tak payah -______-

maka azam baru nak simpan duit. kau nak pergi umrah zeera. tahun depan tu dah tak lama. maka tingkatkan kesabaran, bersihkan hati mulai sekarang. bersangka baiklah dengan semua orang dan berbuat baiklah kepada orang yang menganiaya kamu. *hela nafas panjang* 
insyaAllah. 
tanam dalam hati, kuatkan iman. itu azam tahun baru ini. 
amin.

Friday, January 4, 2013

.8 bulan sudah.

Aaris Zaquan turned to 8m yesterday! 
Alhamdulillah membesar dengan sihat dan pesat. hehe.

0m = 2.8kg
1m = 4.5kg
2m = 5.7kg
3m = 6.2kg
4m = 6.8kg
5m = 6.8kg
6m = 7.1kg
7m = 7.5kg

aku hafal setiap turun naik kg's berat anak aku. dan ini semua berdasarkan check up di klinik kesihatan je. within 4m-5m ada pergi check dekat swasta masa tu berat dia naik 7.1kg. but bila datang check up KK balik berat stay 6.8kg tidak naik dan tidak turun. 2x timbang.  and sekali lagi  masa 5m-6m check dekat swasta berat naik 7.5kg, dekat KK dia naik sikit from 6.8kg ke 7.1kg. apa-apa je la asalkan anak aku sihat dan membesar dengan sihat :')

on 8m yo, Aaris dah pandai apa? meniti perjalanan ini. haha. sungguh, anak aku dah pandai berdiri since 7m lagi. so sekarang bangun duduk dah laju sangat. merangkak lagi la kan. dan sekarang dah pandai pegang then jalan sampai hujung (meja contohnya) dan akhirnya duduk sebelum merangkak kembali. manja bukan main. tak boleh duduk sorang-sorang. mesti menangis mengada-ngada sambil mendapatkan mamanya di dapur. kadang-kadang boleh berdiri tanpa pegang apa-apa. sekejap je la tapi. Aaris cepat jalan ye? boleh main kejar-kejar dengan mama :D

makan Alhamdulillah, sangat memberansangkan. dan aku tak sangka aku masih mampu untuk susukan anak aku selama 8 bulan walaupun terpaksa bertungkus lumus bila takde stock banyak. sekarang pun hasil tak tentu. ikut kerajinan pump. kalau ikut kemalasan, dah dapat 14oz sehari dah cukup untuk bekalan Aaris esok hari. bukan pump untuk buat stock :p kalau ada lebih baru bekukan dan boleh guna bila saat-saat genting. semoga dipanjangkan rezeki hingga Aaris 2 tahun umurnya. atau dah dapat adik :p HAHA

esok cuti. happy! duduk rumah golek-golek dengan anak sebelum balik kampung Bangi. heh. sampai jumpa lagi!

Thursday, January 3, 2013

.telatah anak.

semalam hari pertama Aaris ke rumah wan (pengasuh) setelah sebulan acu jaga dia. selalu balik tengah hari jumpa anak, tapi semalam tidak. rindu oh telatah budak kenit ni. then semalam hujan lebat gila kan? sampai rumah wan awal sedikit dari biasa. Aaris tak mandi lagi. comot. tsk tsk. dan Aaris lasak wan kata, dia jatuh masa memanjat. kepala macam bengkak sikit kena tikar katanya. ada 3 line di kepala. tsk tsk, again. mandi pun macam kena simbah dengan air sejuk, mana la budak tu tak menjerit menangis? dah la hujan, mesti sejuk. sabarlah Aaris ye, mama work. wan jaga okay je, cuma Aaris manja. malah terlebih manja bila acu dengan makdeq dia jaga. aku selalu sangat cakap dengan Aaris even dia tak faham "Aaris please be good okay, anak mama is a good boy kan". pandai-pandai bawa diri, setahun je lagi. then maktok pencen, maktok jaga Aaris ye sayang :')

semalam masuk-masuk kereta Aaris senyap je duduk sebelah mama. tak lama lepas tu tidur sampai rumah. kesian, letih sangat anak mama ye? then bila azan je Aaris jaga. main punya main sampai gosok-gosok mata. tapi bila masuk buai menangis tah hape kena tah? :/ dua tiga kali keluar masuk buai. then bila aku marah-marah manja, dia nampak aku baring merangkak laju ke aku terus letak kepala ke aku. alahai anak, apa yang cuba kau sampaikan? nak bermanja? nak pujuk mama ye? how sweet you are. ye sayang, mama marah-marah pun mama tetap sayang Aaris. and I can't stop to tell you that I love you, sangat! ohoi, tetiba rasa sebak. nak nangis. tsk tsk.

and now baru aku faham kasih seorang ibu macam mana. tak terhingga. rasa menyesalnya la hai dulu selalu melawan cakap mak. kan? emo sangat aku ni, baru sorang anak. esok ada anak perempuan lagi terlebih emo kot? haha. aku ni dah la jenis sensitip, orang tegur pun nak marah. hehe. bila tengok orang menangis, nak menangis sama. lagi satu sekarang ni aku tak boleh tengok atau dengar kes dera anak. tak sanggup. rasa macam sedih sangat. hello, nak beranak bukan senang okay. then kau buat macam patung je anak tu? takde perasaan langsung. gila. rumah wan ada kucing, cucu dia rilek je main landing sampai penyek kucing tu. kucing tu pun redha je kena penyek, tak cakar pun cucu dia. nampak tak kasih seekor kucing itu? mungkin kucing tu pun kata nasib baik kau budak lagi Amir. haha. Amir tu baru setahun lebih rasanya. so aku tak faham, sangat tak faham bila mak tak sayang anak ni. memang gila la aku rasa orang tu.

eh eh dah melencong jauh. aku nak update pasal telatah anak je ni. hehe. always remember Aaris, mama is always love you. oh ya, Aaris dah 8m harini! jumpa petang nanti :)

Wednesday, January 2, 2013

.jalang-jalang dan shopping.

Assalamualaikum, 2 Januari 2013. ramai cuti sebab hari ni hari first day sekolah bermula. aku? muka ini juga la yang bekerja since 3 tahun lalu  -_____-

nak cerita, hari itu ai jalan-jalang di Setia City Mall, Shah Alam. best dan puas hati sebab dapat shopping juga dapat spent time with family. hewhew. pagi tu aku pergi office mak aku kat DBP, sebab semua orang pun sibuk nak tengok Aaris. haha. popular sangat kau nak? maka mama Aaris layan je la sambil ambil kesempatan nak berjalan-jalan ken. sebelum Aaris balik, dapat duit raya lagi. wah, seronot. sumpah tak expect dapat duit. rezeki Aaris. tapi Aaris bad mood. pelik tengok orang duk kerumun dia. Aaris memang macam tu. lagipun sudah melewati time tidur, tu pasai tak nak dengan orang.

then kami terus ke SCM. punya la jauh. nak sampai Meru Klang tak silap. tapi okey la. banyak kedai best. tapi aku tak masuk MNG dia dan tak perasan tak shopping pun barang aku? so sad. sebelum balik singgah Little Whiz beli diaper bag (bag back) untuk Aaris. masa kat sini la terdetik rasa hati nak juga beli Quinny. hihi. dan dalam 5.30pm bergerak pulang. gila, sejam setengah dekat menara rebung tu. maaf, saya tak tahu nama jalan. haha. then malam tu kami sekeluarga makan malam di Restoran Red Wok. best juga. aku suka tom yam dia :D *no picture*

tenkiu acu tolong tangkap gambau kitew sekeluargew :p

muka mama hepi kan lepas shopping barang anak? baba dapat crocs sepasang. mama haram tak dapat apa-apa T_T tapi masa pergi The Curve mama beli 2 helai baju di MNG juga untuk persediaan ke USS. haha. gila, kalau boleh aku nak rembat semua. kemeja rm69 je kot. sumpah gila. sebabkan aku takde cash banyak, so selamat la nafsu terpaksa dikawal. hihi. baba pula pergi jalan-jalan man to man dengan Aaris so tak dapat paw :p *pergi Alamanda pun rembat lagi sehelai*

suka beli baju tidur Aaris dekat FOS. 3 helai rm30. selalu beli seluar panjang je sebab Aaris dah merangkak so kena standby seluar banyak-banyak kan. bip 3 helai rm11 ja. ohoi comel-comel. hehe. baju jalan aku suka pergi Mothercare. beli jeans dengan 3 ke 4 helai tshirt tah? sehelai di Esprit. semua ni masa di SCM.

tu dia maktok pun kata banyaknya baju Aaris! dah jangan beli dah. sebenaqnya beli untuk pergi USS la maktok. nak kejar sales bulan December ni. so bulan Januari ni no more shopping for Aaris. sehelai lagi jeans beli di The Curve masa pergi IKEA beli barang-barang office mama. ada yang beli di Alamanda. see tak pernah la tak membeli baju untuk anak. aku rasa baju di rumah tu pun kena sort mana yang tak boleh pakai simpan untuk adik Aaris. eh? 

hensem la anak mama ni. muat-muat je jeans ni. yang dark jeans tu pinggang besar sikit. suka betul main dekat cpu baba. sebab ada lampu-lampu kot. ini dekat office baba. mama pun first time masuk office baba. baba singgah semata-mata nak amik mouse game yang mahal nak mampus tu. boleh?

 ini pula dekat Mines. saja jalang-jalang test stroller baru. semua untuk Aaris sayang. mula-mula plan nak ambil Quinny Zapp je sebab jimat space and senang nak bawa ke USS, tapi baba kata ikut hati nak Quinny Zapp Xtra sebab boleh pusing-pusing boleh baring segala maka mama layan je la. hihi.

 Aaris suka tak? gila tak SUKA? haha.

the latest picture in 2013. Happy New Year Everyone. kami sambut kat rumah je sebab pagi tu baba kerja. as usual, public holiday je baba pulun OT la. sebab nak bayar rumah, kereta and all bills kan. lepas baba balik kerja kami ke TESCO Kajang sebab nak beli groceries. mama nak masak pasta untuk Aaris :)

Aaris suka buat muka notty. Aaris tak suka duduk bila dalam kereta, suka berdiri, suka tolong baba drive and bagi signal even tak diperlukan, tekan wiper, bagi lampu tinggi, hoih bahaya kalau bagi dia duduk dengan baba masa tengah drive. haha. but, i still love you my son. eternity :*

pasta untuk Aaris! mula-mula letak semua bahan-bahan di kotak satu tu je. bila rasa macam something kurang. tengok balik resepi kena letak tomato puree sikit rupanya. nasib baik ada stock kat rumah. hopefully Aaris suka sebab mama pun suka! haha. over sangat. tapi macam kasar sikit kot? nanti dengar review from wan petang nanti (pengasuh Aaris).

okay, rasanya semua yang nak cerita dah cerita so far. but belum masuk cerita pergi jalang-jalang ganung. hujung bulan ni nak g USS pula yeay. baba belanja, orang taknak pun suruh pergi juga :p but passport belum renew. and Aaris, di usia 8m dah ada passport? untunglah. hewhew.

sampai jumpa lagi :) 
 
Blog Template by Delicious Design Studio