Monday, December 19, 2011

.corat-coret.

selamat kembali ke rumah sendiri. hihi. duduk Bangi seminggu, duduk Kajang dua hari je. boleh? meme boleh la. sebab aku sukaaa duk Bangi. orang-orang kat Bangi at least bersopan santun bawa kereta tak macam sini. haih. tapi meme lagi best duduk rumah sendiri kan? aku selalu berangan-angan macam mana la aku duduk berdua dengan baby nanti tah? nak hangkut naik lift bagai. memang kena jadi supermak! insyaAllah :')

malam tadi misi mencuci peti ais selesai. rasa rimas dengan bau-bauan yang tidak segar. rasa nak sembur febreez je tau. heh. misi pertama selesai. malam ni terus dengan misi kedua ketiga dan seterusnya, insyaAllah.

lately aku selalu sakit bahu dan leher. meaning dari leher ke bahu dan selalu suruh incik somi urut. macam salah bantal (kesian bantal juga dipersalahkan) setiap kali berubah tempat tidur, maka aku akan sakit leher bila bangun pagi pada keesokkan harinya.

perut membesar dengan jayanya. hihi. esok check ultrasound lagi. baby sihat tak dalam perut mama? dan gembira rasanya bila dengar seorang dari officemates dah preggy juga for her second baby. meme kat sini berjangkit-jangkit kalau bab mengandung ni. haha. pening bos lepas sorang, sorang staff dia cuti tiga bulan :')

ada yang kata perut saya besau. ada yang kata perut saya comel dan tak nampak sangat. hihi.

hati memberontak nak itu ini, hati juga berkata simpanan perlu ada. yang mana perlu di ikut? :/
*soalan bengong, haha*
tapi, paling tak sabar nak siapkan si purple grasshopper :D

menunggu tarikh keramat 25 Disember 2011; genap dua tahun menjadi si isteri kepada si pemuda yang pernah dan selamanya bertakhta di hati ini <3

dan juga menunggu saat bergembira bersama sahabat tersayang!

masa ni 'the bump' kecil je kan? :)

1 comments:

♥ FeRra ♥ said...

3 days to go !! x sbr nyeee :))

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio