Tuesday, July 12, 2011

.the truth that cannot be covered.


aku sebagai seorang manusia yang berhati perut, sedih melihat arwah menahan kesakitan dengan keadaan tangan terikat. tiada seorang polis pun yang mahu membantu membuka ikatannya, dan hanya memandang tanpa belas kasihan. memang mungkin arwah bersalah kerana menghadiri perhimpunan HARAM seperti yang di war-warkan. tetapi, adakah salah kita sebagai rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi polis mungkin lebih bertanggungjawab dalam hal-hal sebegini. tindakan melihat dan tidak membuat apa-apa sangat mendukacitakan. aku cuba bayangkan jika ahli keluarga kita/mereka yang ditimpa bala sedemikian rupa, mati dalam keadaan yang menyedihkan. I cannot bear this. sumpah aku menangis teresak-esak melihat kejadian itu. sedih, sedih melihat arwah terseksa dan meninggal dalam keadaan yang menyedihkan dengan mayatnya di bawa dengan menaiki kereta sahaja. tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan perempuan berpurdah itu melihat kejadian tersebut di depan matanya. trauma mungkin?

Ya Allah, hanya kau yang maha mengetahui segalanya.
selamatkanlah Negaraku ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio