Thursday, July 28, 2011

.sesi meluahkan perasaan.

gila menyampah dengan orang yang tak reti speak in a proper way dengan aku. macam aku tak buat kerja langsung. kerja tu kan berperingkat, so it maybe takes time to achieve the goal. faham tak? kau pangkat tinggi, so kau patutnya lebih faham. and kalau orang tak hormat kita, macam mana kita nak hormat orang tu kan? patutnya, orang yang lebih tinggi pangkatnya mesti hormat orang bawahannya. sebab dia mungkin lebih berpelajaran dan lebih pengalamannya. and orang bawahan ini lah yang akan tolong korang buat kerja bodoh yang mungkin korang rasa korang mungkin tak layak nak buat benda-benda bodoh macam tu kan? haih. please la, aku dah banyak kali kena dengan kau. muka cantik, tapi cakap main sembur + kasar and kau fikir orang bawahan takde hati perut ke? takde perasaan langsung? aku tak reti nak kipas-kipas orang ni dan kalau orang macam kau ni tak guna buat baik. bila mood baik lembut la percakapan kau. kalau mood gila kau datang macam aku kena hari la kau cakap dengan aku kan? so, aku nak kena ikut mood kau? kau tak payah ikut mood aku pulak ke? ke kau benci dengan aku? pelik la. sebab boss aku pun tak layan aku macam ni tahu? RESPECT orang sikit la at least! BENCI! grr.


semalam baru dengar ceramah agama. so orang buat kita, kita senyum je la. SABAR, kan? :)

.update si comel.

dah khamis?

sekejap sungguh hari-hari berlalu begitu sahaja, kan?

dalam minggu ini, hari ini baru drive sendiri bawa si comel pergi ke kantor. sebelum-sebelum ini dah bawa tapi wiring radio belum buat lagi. maka sangap la aku bawa kereta tiada radio. haha. maka, hari gaji hari yang ditunggu-tunggu. terus hantar bengkel untuk bla, bla & bla. yang aku tahu keluar bengkel sudah ada bunyi "Ka Chingg". syiok weh! haha.

semalam hantar untuk wiring radio + alarm kereta.
burger + laci sikat dah dapat.
cermin pandang belakang + cermin make up dah dapat - thanks my bonch!
cover dashboard walnut pun dah dapat.
so, tinggal pasang boost meter.
console belum dapat :( *update from this entry.

kalau boleh nak cat si comel secepat mungkin. hee.

wishlist LUAR KERETA:
  • spoiler nak tukar lain :D
  • lips depan dah ada, tinggal cari skirting.
  • incik somi nak pasang sunroof.
  • scoop depan pun belum dapat - susah nak deal dengan barang rare ni.
  • ekzos pun belum sempat buat.
  • spring pun belum beli.

wishlist DALAMAN KERETA:
  • power window please! susah gila nak pusing-pusing to open the window. gila old school -,-
  • cat dashboard. dah beli otter, tapi tak tahu bila incik somi nak buat :(
  • balut seat + door trim. coming soon.
  • handbrake walnut macam tak tercapai akal je? sebab jauh sangat nak ambil incik somi kata. redha je la T_T
  • floor carpet pun tak cari lagi.


minggu depan dah nak puasa. maka, selamat berpuasa.
dan masa untuk fokus baju raya! :p
make up kereta kena rehat sekejap. gaji bulan depan sambung lagi okay. heh.

Wednesday, July 27, 2011

.wordless Wednesday 3.

eatPRAYlove

Friday, July 22, 2011

.lagi-lagi 5S.

lagi-lagi 5S la kan. apa lagi mahu buat. memang kerja lain tak payah buat. 5S paling penting sekarang kan? :p

selasa depan 26 Julai 2011 ada Audit betul-betul punya. orang luar datang untuk dapat sijil 5S. dapat ke tak? itu yang kita tak tahu tu. heh.

5S ni sebenarnya sesi mencantikkan ruang kerja. dan kita mesti seragamkan dia. selain itu aku rasa membazir printer color & membazir kertas laminate. sepuluh juta kali nak edit dan tampal. membazir masa pun ye jugak.

dah, saya nak show off tempat saya je. hihi.

:)

ini last week. this week dah tukar wallpaper baru :')

printer dan telefon di sebelah kanan meja.

softboard disebelah kiri meja. ada perubahan juga di sini. yang love (sudut informasi zeera) tu dah ganti dengan papan notis yang berbunga-bunga :)

tiga ketul je cop. nak suruh juga letak kat benda bulat ni. layan je la.

ini fresh dari mesin laminating. hihi. baru buat tadi.

fail belakang saya. tak banyak fail pun dalam ni, sebab ada bilik fail. so semua fail unit i&i letak situ.
jenuh aku nak p belakang ambil fail.

belakang aku ada benda ni. buruk gila. but aku dah buat dia jadi cantik sikit :p

tu fail (putih) yang tak sempat nak letak belakang. malas nak menapak sampai depan. fail hujung tu (yang tebal) fail orang lain. ada kerja yang perlu diselesaikan dengan fail itu. tapi kini dah pulang dah.

indeks terhadap fail-fail tersebut.

ini paling saya suka! TAMAN BUNGA :)

nanti bilik boss saya update bila rajin. hihi.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Thursday, July 21, 2011

.tak boleh blah.

aku tak boleh blah la bila orang buat aku bengang then tetiba dia cakap dengan aku macam takde salah or macam takde apa-apa benda yang berlaku. padahal aku tengah marah lagi ni. tak kan tak kenal aku lagi kan, tak kan tak paham-paham lagi kan? paling penting bila aku marah aku malas nak cakap. bila aku dah start cakap memang semua benda aku sembur. seperti; sarang tebuan jangan di jolok. tapi aku akan cool sendiri, ikut situasi. biasanya aku akan okay bila bangun dari tidur. tapi di ingatkan kembali ikut situasi ye kawan-kawan. HAHA.

ingat tegur macam takde apa-apa berlaku boleh settle masalah ke? tak paham aku. so, kau ikut kepala kau. aku ikut kepala aku. kita tengok apa akan jadi.

.perihal kereta.

dulu sebelum dapat kereta gila search macam-macam design kereta. bila dah dapat kereta sibuk fikir balik nak buat design apa. walnut ke? macam menarik juga. so hari ini search mudah and macam seronok dapat tengok macam-macam benda accessories yang rare / half-cut. tiba-tiba tak sabar nak beli macam-macam bila dapat gaji. baju tak heran dah. ye ke? :p


tak sabar nak beli / nak cari:

audio kereta.
floor carpet.
cermin pandang belakang.
burger + laci + console.
power window.

tadi nampak handbrake walnut. macam cantik je?

oh, sangat tak sabar nak cat dashboard nanti.
tak sabar nak balut seat and door trim.
AND
paling tak sabar nak cat kereta!

lama lagi nak tunggu kereta siap dan jadi cantik kan?
sebab banyak lagi tanggungjawab lain yang kena buat.
T_T

Wednesday, July 20, 2011

.wordless Wednesday 2.

Tuesday, July 19, 2011

.si manis dan inai di jari.

cantiknya inai di jari dia kan? :')

rasa nak kahwin dan pakai inai sekali lagi. sedih sebab inai aku dulu shumut. mencik!


this is the making of or malam berinai. cantiknya farah ni kan?

lovely <3

baju pun cantik gila. subhanallah :')

pelamin pun cantik kan?

oh, macam ni ke cara pakai inai? hehe.

Friday, July 15, 2011

.celebration birthday boy :').

selamat datang ke Garden, Alamanda :)
memang niat nak belanja dia makan kat sini sebab aku pun memang nak cuba makan kat sini kan. environment dia macam best je kan? sweet sangat. pekerja semua melayu kot? orang yang served aku pakai tudung, comel dan baik hati. terima kasih :')

then im kata tak payah la, tunggu gaji. honey bukan banyak duit pun. GRR. memang duit tinggal ciput, tapi ada lagi okay. ciput sebab apa? sebab sopin terlebih la kan :p

nampak kepala akak tu. hihi.

macam buku cerita. comel lagi buku full house la tapi.

iLOVEthisone, thankyouLOVE

tak nampak macam duduk kat buaian pun? :(

birthday boy takde birthday cake. sorry, kereta takde. maka aku patah kaki. nak tempah kat ex-schoolmate tu dia tak boleh buat tempah last minute pula kan. so nanti-nanti la ye? :p

gambar berdua. boleh la dari takde. haha.

cantik kan? :D

1st menu. grilled chicken black pepper. ayam sedikit hangus, lebih-lebih lagi di hujung-hujung tu kan.


2nd menu. birthday boy punya; marinara. dia memang tak cukup satu dish kalau western. hihi.

aku punya. carbonara. ada promotion on pasta beli dua dapat one free. tapi free kena pilih antara dua menu ini, so kami ambil marinara.


baik punya!




comel kan air dia :')

close up bunga sudu.

our suite: kata akak tu.



dah, jom balik!

ada ke im kata jangan goyang-goyang! dah tu ini kan namanya buaian, dah la kaki tak sampai bawah kan. cenggana tak berbuai mendalah ni. kan? haih.



p/s: asal banyak "kan" kan kat entry kali ini? LAYAN je la. hihi.

Thursday, July 14, 2011

.penghargaan buat suamiku.

Suamiku,

hampir satu tahun tujuh bulan sudah kita berkahwin. hari ini hari lahir awak yang kedua kali kita sambut bersama. cuma tahun ini, kita berdua di rumah sendiri :')
terima kasih kerana banyak bersabar dengan saya selama ini. sebab saya tak sesabar awak. dan walaupun kita banyak perbezaan, itu yang menjadi kekuatan antara kita.
terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat bila diri ini dilanda kemurungan dan kesedihan. awaklah sumber kekuatan dan mengembalikan kegembiraan dalam diri ini.
terima kasih kerana mengucapkan kata-kata 'sayang & cinta' kepada isterimu ini setiap hari. moga itu akan berkekalan hingga hujung nyawa. ketahuilah juga bahawa diri ini begitu juga perasaannya kepadamu <3

terima kasih kerana menyediakan rumah dan kereta untuk kesenangan kita bersama. kita kenal sejak sekolah menengah lagi. waktu kita tidak punya apa dan masih bergantung harap pada kedua ibubapa kita. kini, hanya awak yang bertanggungjawab ke atas saya.

akhir kata, saya berdoa dengan penambahan setahun lagi umur mu ini akan mengeratkan lagi kasih, sayang dan cinta antara kita hingga ke syurga. semoga kita sentiasa di dalam lindunganNya. ilebiu :*

L.O.V.E

setelah hampir setahun kahwin. gems gila :S

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

" daku hadiahkan sekeping hati milik ku ini buatmu selamanya :') "

I love you 'till eternity!
 
Blog Template by Delicious Design Studio