i will miss them!
SIAPA?
mak dan ayah saya akan ke tanah suci menunaikan umrah esok hari. semoga segalanya dipermudahkan. masuk kali ni dah 3x mak dan ayah pergi ke bumi Allah, alhamdullilah. kali ini juga kali kedua menunaikan umrah, selepas menunaikan haji tahun 2003 yang lalu. aku teringin sangat nak ikut. tapi kalau asik shopping g mana mahu ikut der? haihh. :p
mak, doakan kami suami isteri, adik-adik terutama ajeem yang akan menduduki SPM tahun ini. mak selalu pergi Mekah masa kami adik beradik akan menghadapi exam besar. terima kasih mak.
mak juga selalu cakap, biar orang benci kita, biar orang tak suka kita tapi jangan biar Allah benci kita. terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar selama ini. kaklong doakan mak dan ayah selamat pergi dan selamat pulang. kaklong akan jaga adik-adik, hantar dan ambil dari sekolah, masak dan lain-lain seperti yang selalu mak dan ayah buat. u can count on me and imran. mak tumpu dan doa banyak-banyak kat sana ye.
we love you both! :)
0 comments:
Post a Comment