Friday, December 30, 2011

.mood holiday.

Kalau dah nama suami isteri, pakai blackberry sesama ken maka sesama la update belog guna bb. Haha. Saja try test tengok final output dia macam mana. Mata aku pun da takleh nak buka luas-luas. Maka salam sayang dari kami di Lexis Port Dickson :)

Esok baru nak bawa baby dengar ombak laut :')

Selamat malam kawan-kawan!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, December 28, 2011

.baby girl VS baby boy.

sebelum tu nak cerita pasal SBPA. aku dah sign opsyen SBPA. sign je la kan. what else we can do? huhu. pencen aku confius sedikit. maka aku pilih belum muktamad. hewhew :p

dulu aku berangan nak baby girl. sebab mostly baju baby girl sangat comel to the max. kannn? nama baby girl dalam notes bb aku berlambak. HAHA.
*over mak kau ni kan dik?

then bila tahu baby boy aku masih juga gembira sebab memang naluri dapat rasa macam baby boy :) baba kau la gembira gila kan. heh. sibuk dah cari jam ben10 nak sama dengan abang amsyar dia. hehe. sebelum ada anak sendiri, memang rajin layan anak buah punya baju, menan dan bla bla bla. aku siap remind esok ada anak sendiri berkira nak beli siap! :p

aku dah bayangkan dah dulu anak aku pakai baju cecomel cenggini

sumpah comel T_T

ini comel juga kannnn? -_____-

pants ni cute banget, macam nak menari ballet ;)

then pakai kasut ni, wah comel anak mama. tapi anak mama boy kan? (insyaAllah) so tak boleh pakai semua ni, kang lain jadinya. HAHA. baby boy kena hensem-hensem macam Awal Ashaari. kena macho dan romantic macam Aaron Aziz dan mesti kelakar macam baba; Ali Imran.
*kena la up juga la laki sendiri kennn? :p


inilah baby saya :')

baba tangkap gambar ni bila doctor sedang check ultrasound. baby main tepuk amai-amai ke dik? hehe. hopefully baby sentiasa mendapat makanan yang cukup sepanjang dalam perut mama. baby jadi good boy okay? we love you :)

esok aku dah start cuti. YEAY! sampai tahun depan. bercuti-cuti cinta bersama suami tercinta. untuk celebration yang kedua tahun menjadi suami isteri sebenarnya. lepas ni aku nak jadikan percutian hujung tahun sebagai perkara wajib. bercuti sambil sambut anniversary, kan best. kalau celebrate on 25th pun pergi mana-mana menu Christmas, so tak kan tiap tahun nak ngadap menu itu je every year? aku bukan orang putih kan? heh.

SELAMAT TAHUN BARU KAWAN-KAWAN.
*aku malas nak cipta azam baru dah -_____-

Tuesday, December 27, 2011

.Happy 2nd Anniversary.

25 December 2011 yang lalu, genap 2 tahun kami mendirikan perkahwinan. Alhamdulillah.

baby kini mencecah usia 21 minggu kini. tahun depan kita bakal sambut Hari Raya bertiga dan sambutan Anniversary bertiga juga, insyaAllah :')

buat suamiku; ALI IMRAN SARMIN

tiada kata yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan cinta serta kasih sayang yang wujud dalam diri ini. semoga ikatan yang halal ini akan terus mekar dengan bunga-bunga cinta dari kita berdua. saat kau berjanji akan menjaga aku hingga akhir hanyat mu di saat kita di nikahkan, aku harap kau mengekalkan segala janji mu terutamanya pada Allah s.w.t yang Maha Mendengar.

cuma ingin ku katakan disini bahawa; Aku kini bahagia di sismu suami ku :')

Hari Raya yang lepas. masa ni aku tak tahu lagi dah ada isi, tapi sedar dah lewat datang bulan dan masih merahsiakan dari suami sendiri :)

kami menumpang di pelamin kawan dan aku kini yang semakin mengembang :')

tiada makan malam istimewa kali ini. cuma bersuka ria sehari suntuk bersama teman-teman tercinta sehingga lewat malam pada 24 December 2011.


p/s: i always love you baba :))

Friday, December 23, 2011

.JJCM at Jusco.

bila dah mengandung, aku mampu tengok je jeans yang bersangkut sekian lama. try juga nak pakai, sumpah tak boleh kancing butang. sedih doh T_T

last aku pakai jeans masa tiga bulan pregnant. la ni pakai seluar gerbang-gerbang yang lembut tu je. selai takde getah, selesa. selai cik bella punya, tapi labuh nau. selai tu sedang elok cuma dia terlebih lebau. sampai pernah tersangkut pada dawai masa di rumah in law sebab dia extra gerbang bila di tiup angin. maka, berlubang sedikit, tapi aku balun juga. semua warna hitam. aku ni jenis macam tak berkembang sangat otak, semua nak play safe and senang nak matching with. erti kata lain tak berani bermain dengan colours. *gila kampung kau zeera, so sad!

last weekend (Ahad) dah g Jusco IOI Mall konon nak beli underware 3 pieces RM10 tu kan. la ni dah takde kann? 2 je RM10 dan aku rasa mahal. tapi beli juga 4 pieces. aku suka pakai sebab dia bawah perut, so tak seksa perut. dan ianya cotton, selesa! even beli kat cotton shop pun tak selesa itu
(ke sebab aku beli yang rerenda gitu? :p)

tetiba haritu usha online nampak maternity jeans tapi model dia kurus gila. aku pun pelik eh betul ke pregnancy punya? aku tanya juga orang-orang yang pernah mengandung, so ada yang jawab try cari di Jusco. maka sekali lagi aku ajak incik somi g Jusco Equin even konon-konon dah janji Ahad ni nak g Jusco Bukit Tinggi. hehe. cari punya cari ada la beberapa helai yang berpotensi untuk dibeli. Scarlet Plus jenamanya. tapi still tak dapat kain jeans dan beli colour hitam lagi, AGAIN? :p tapi dia jenis fitted sikit.

yang bestnya seluar hitam ni, dia macam ada kain lembut di perut, selesa sangat!
yang coklat pula ada getah keliling, sumpah murah! RM25 je.
Jusco IOI dah beli baju Tom's Girl, ini beli kat Scarlet pula. hihi.
*yang penting tak sampai RM68 pun :p tapi kau asik beli bajuuuu je?

baju semalam yang konon-konon akak tu kata nipis tu. eh aku suka pakai baju nenipis ni. sejuk je :) kannn? la ni duk pakai baju cenggini g opis, malas nak iron baju kurung. hewhew.

bila sejuk kita pakai cardigan kan? baju Zara, semalam aku nampak design cenggini kat Scarlet pe kes? sedih je beli memahal sekali tengok kat Scarlet Rm59.90. seb baik takde colour ni. colour Scarlet dengan Zara beda amat. Scarlet tiru design Zara eh? HAHA.


p/s: mama asik beli baju mama je kan? bila nak beli baju baby tah? hihi. wan suruh kumpul duit je dulu. tapi sekarang mama dah try-try usha apa yang patut :)

Thursday, December 22, 2011

.kasut VS handbag.

aku si gila kasut! haha. tapi la ni ada satu je sandal/kasut/selipar sampai naik lunyai dah pakai. so SAD :( incik somi, nak beli kasut baru buleh?

ada orang pula jenis nak kasut matching dengan handbag, ye dok?
macam kasut ni, comel sangat! <3


matching dengan handbag ni. tapi entah bila dapat beli tah? kalau beli pun hangkut paper bag Coach dengan bangganya dari downtown :p
*aku tak buat lagi ek, hihi.



and pakai jam ni :) *Coach juga, pengsan!


tak pun beli handbag ni je? tak mampu beli Coach ken. hehe.


kasut ni comel juga. custom made. rm100+ rasanya. kau nak wedges tinggi mana pun boleh request. aku rasa kasut ni sangat kasual. mentang-mentang handbag sekarang warna cekelat ken? hihi.

ini pun comel. warna cekelat lagi. custom juga :)

satu lagi yang aku suka in custom made. ketiga-tiga harga lebih kurang sama tak silap aku. tapi kalau aku tempah, bila nak pakai? :/

matching ke dengan handbag ni? :p

AND LASTLY,


ilovethisone <3


.perbezaan pendapat.

adoi la, tadi masa makan tak rasa perut penuh, selepas 15 menit rasa sesak nafas. nak makan bubur mcd je tadi sekali beratur punya panjang sebab satu kaunter je buka. sengai. tapi gagah gak tunggu sampai jadi 2 lane, tapi tak bergerak sebab orang hok depang sekali beli banyak gils nak mamps. terus blah ajak incik somi makan nasi kandar. sebab aku dah habis cerita + gosips dengan incik somi dan bosan beratur tanpa kata ken? *nampak sangat kepoh :p

tapi aku nak cerita sikit, sikit je tak banyak. and nak tanya bagaimana pemilihan atau kriteria yang patut ada pada baju yang korang akan beli?

bukan apa, tadi ada la orang ni juai baju tshirt hok labuh-labuh nuu (muslimah t). rm68 for cash and rm75 if 2x bayar.

bagi korang mahal ke murah?
bagi aku mahal sebab tshirt je pun satu hal, satu lagi sebab dia kosong semata. ada la dia jahit kat bahagian tepi tu kaler lain sikit from based kaler. tu je?
bila aku jawab mahal ada sorang kakak ni kata "mahal ke?"
aku jawab "saya beli baju ni tak sampai rm50 kot?"
(sebab less 50% :p brand Message, beli kat OU)
then dia cakap sambil rasa kain baju aku "umm..ni nipis"

oh motif? baju Zara aku pun nipis, up to 100++ aku spent on for sehelai, kemeja la tapi and tutup bontot. ada aku kisah? bukan nak berlagak, dan aku tak cakap pun kat dia centu, hihi. tapi hagak-hagak la nak sound pun. aku jenis beli baju tengok design. setakat baju tshirt kosong dan kau nak jalan-jalan pergi KLCC boleh ke? memang la kain tebal dan labuh, tutup bontot cuma aku unsatisfied with the price and the design. ke memang market harga dia macam tu? tah la, yang penting aku tak minat dan aku rasa mahal. kalau bawah rm50 or rm59.90 should be okay rasanya. baju aku pun bukan semua yang berjenama. ada juga cik bella beli baju nipis (untuk kegunaan bersama) rm19 je pung dan tiada jenama but still boleh pakai pergi KLCC, kemeja juga dan menutup bontot.

pilihan hati orang lain-lain kan?

tahu la gaji kakak banyak, maka boleh cakap adik sampai centu sekali?
sabar je la kan? :/

.pengalaman mengandung.

orang kata kalau mengandung baby girl, senang je. tak ada banyak ragam. segala benda boleh makan. suka makan benda-benda masam. suka berhias, tak selekeh pergi kerja or keluar jalan-jalan. segalanya indah masa mengandungkan baby girl. orang kata la, kan?

orang kata pula kalau mengandung baby boy pula suka makan benda-benda manis. malas je rasa. kadang-kadang or most of the time macam selekeh. some said tak suka pakai lipstik (macam mak aku) tak boleh masak and so on lah.

bagi aku semua pengalaman mengandung lain-lain perangainya. selalunya orang kata juga anak sulung macam teruk morning sicknessnya. ada juga yang tidak. aku kena sickness or tak? tak la teruk sampai everytime kau makan kau muntah. aku cuma loya bila bangun tidur. dan akan muntah selepas atau semasa gosok gigi. masa tu macam hantu merah mata aku. haha. sekarang dah tak, tapi ada juga sekali sekala rasa loya bila colgate kena pada lidah. tapi aku akan gosok juga lidah sebab aku jenis tak boleh tak berus lidah. selain tu, aku juga boleh masak sebab incik somi akan suruh juga masak. goreng ayam drummet pun takpe. sedih je dengar. so aku prefer lauk se simple je masak. kalau aku teringin nak makan sumtin' baru aku beria masak. incik somi layan je. sonang kerja acik, pasal makan dia sumpah tak cerewet langsung. nak kata selekeh, kadang-kadang aku selekeh kot? tapi aku tak suka tengok bibir aku pucat. at least aku pakai lip balm yang pink-pink tu :') dari tak mengandung sampai ke mengandung beli baju tak pernah missed. haha. tapi tak sekerap dulu kot. sekarang beli baju besau-besau. dan aku suka makan benda masam. limau orange tu wajib ada la either lepas makan or sebelum makan. dulu awal-awal pregnant depan rumah mak aku ada pokok mangga epal, sumpah asik makan benda tu je. oih, terliur sudah. mak mertua pun rajin beli mangga manis untuk menantu dia, beli baju segala. terima kasih mak :') mak aku rajin layan aku nak makan apa. masak dan aku makan je :p masakan mak aku tiada tandingan. tu je kot yang aku rasa sepanjang 5 bulan ni.

p/s: TAK SABAR NAK BORONG BAJU BABY!

Wednesday, December 21, 2011

.Allah pasti turunkan pelangi.

orang kata jika kita sedih, tak selamanya kita sedih. Allah pasti turunkan pelangi buat kita, kan? :)

*dah malas nak sedih-sedih. ikut macam bos saya yang sangat positif! dosa kau sila tanggung sendiri*

hari ini sudah pasti aku tersenyum sentiasa melihat perut yang semakin membesar. pagi-pagi lagi staff dari Pusat Kesihatan UKM dah call remind untuk check up ultrasound pagi ini. selama ni aku yang call tanya doctor dah ada ke belum? huhu. tumbesaran baby is on track and went well. ibu mana yang tidak gembira mendengar semua itu bukan? dapat lihat jantungnya berdegup, melihat kaki dan tangannya sudah lengkap seperti seorang bayi yang sihat, insyaAllah. semuanya membuatkan kami sebagai ibubapa tersenyum riang. lebih lebar senyuman bila doctor dah nampak gender baby. awal-awal mesin scan diletakkan di perut doctor dah tersenyum dan memberitahu gendernya. comel :') sebelum ni doctor tidak berapa pasti sebab masih kecil mungkin.

jeng, jeng, jeng? apakah jantinanya? *wink!

iloveyoubaby, somuch!

p/s: pusat pun macam dah nak terkeluar. perut keras macam batu jika terlebih makan. ngeri! hehe.

Tuesday, December 20, 2011

.saya dah bosan.

persekitaran kerja KERAJAAN memang macam ni ke? kaki ampu dan kaki bodek sangat berluasa. aku tak kisah kalau kau nak bodek untuk kesenangan kau sekalipun, tapi boleh tak jangan salahkan orang lain atas kesalahan kau sendiri? even kau tak nak mengaku itu salah kau dengan menjawab "saya tak tahu atau saya tak faham". then bila di tanya adakah kau marah? kau jawab tidak. then mengadu pada si polan dan si polan untuk mendapat perhatian seperti orang yang dahagakan kasih sayang dan kini kau mampu tersenyum bangga kerana semua menyokong kau? permasalahannya sekarang kau bermasalah dengan orang lain dan menyalahkan aku kerana salah cakap? kalau aku boleh rekod apa yang kau cakap kan best.

balasan dari Allah tidak akan datang sekarang, tunggu dan lihat sahaja.

kalau benar itu salah aku, aku boleh mengaku. dah dua kali aku kena macam ni. kau sebar benda bukan-bukan sehingga orang boleh berfikir negatif tentang aku, itukah yang kau mahu? semua yang baik hanya dari kau kah? like you're so perfect and you'll never be wrong at all? itukah corak seorang ketua yang perlu ditonjolkan? adilkah sikap kepimpinan yang sebegitu? dengan menceritakan perihal buruk orang lain kepada orang lain?

sumpah sekarang aku benar-benar stress untuk menghadapi dua orang ini. aku boleh je nak g jumpa dan tanya apa yang aku salah cakap? aku tak takut pun even kau seorang yang berpangkat tinggi. aku bukan penakut untuk mengaku kesalahan yang aku buat. aku bukan seorang yang putar belit cerita. aku bukan seorang yang hipokrit macam kau. boleh tak jangan hanya dengar sebelah pihak?


saya rasa saya nak mak saya. saya nak cik bella. saya geram dan sedih sebab saya tak boleh nak pertahan diri saya sendiri. maka sebab itu saya STRESS :'(

Monday, December 19, 2011

.corat-coret.

selamat kembali ke rumah sendiri. hihi. duduk Bangi seminggu, duduk Kajang dua hari je. boleh? meme boleh la. sebab aku sukaaa duk Bangi. orang-orang kat Bangi at least bersopan santun bawa kereta tak macam sini. haih. tapi meme lagi best duduk rumah sendiri kan? aku selalu berangan-angan macam mana la aku duduk berdua dengan baby nanti tah? nak hangkut naik lift bagai. memang kena jadi supermak! insyaAllah :')

malam tadi misi mencuci peti ais selesai. rasa rimas dengan bau-bauan yang tidak segar. rasa nak sembur febreez je tau. heh. misi pertama selesai. malam ni terus dengan misi kedua ketiga dan seterusnya, insyaAllah.

lately aku selalu sakit bahu dan leher. meaning dari leher ke bahu dan selalu suruh incik somi urut. macam salah bantal (kesian bantal juga dipersalahkan) setiap kali berubah tempat tidur, maka aku akan sakit leher bila bangun pagi pada keesokkan harinya.

perut membesar dengan jayanya. hihi. esok check ultrasound lagi. baby sihat tak dalam perut mama? dan gembira rasanya bila dengar seorang dari officemates dah preggy juga for her second baby. meme kat sini berjangkit-jangkit kalau bab mengandung ni. haha. pening bos lepas sorang, sorang staff dia cuti tiga bulan :')

ada yang kata perut saya besau. ada yang kata perut saya comel dan tak nampak sangat. hihi.

hati memberontak nak itu ini, hati juga berkata simpanan perlu ada. yang mana perlu di ikut? :/
*soalan bengong, haha*
tapi, paling tak sabar nak siapkan si purple grasshopper :D

menunggu tarikh keramat 25 Disember 2011; genap dua tahun menjadi si isteri kepada si pemuda yang pernah dan selamanya bertakhta di hati ini <3

dan juga menunggu saat bergembira bersama sahabat tersayang!

masa ni 'the bump' kecil je kan? :)

Friday, December 16, 2011

.pelik tapi benar.

kita nak cerita pasai ayah kita. kami adik-beradik semua manja sangat dengan ayah masa kecik-kecik. sekarang cik wawa si tua je yang manja terlebih sebab until now still tidur dengan my parents. haha. even dah ada bilik sendiri. umur cik wawa dah 14 yo. tahun depan form 3. pelik? tapi BENAR. heh.

ayah aku ni macam over protective. mungkin dia rasa selamat jika dia yang buat sendiri untuk anak-anak dia. so kami semua sangat dependent, tapi pasai duit kami tak meminta-minta. tak tahu kenapa? (baik kan? HAHA) contoh paling ketara tentang memandu kereta. aku je yang lambat sikit ambil lesen sebab busy dengan PLKN segala. lepas SPM mesti akan ambil lesen. but, lepas 2 tahun pun kau tak kan dapat rasa bawa kereta. boleh? cik bella pun sama, lesen dah full kot masih ayah say NO on driving. hihi. dulu suruh aku ambil lesen sebab ayah and mak nak pergi umrah untuk kali kedua, tapi lepas dapat lesen ayah tak sedap hati nak tinggalkan kami. tunggu lepas aku kahwin baru ayah berani untuk tinggalkan adik-adik dengan aku dan menantu dia. lebih percaya menantu dari anak dia sendiri. so sad kan? HAHA.

kadang-kadang aku rasa comel. dulu sampai dah dapat kereta (myVi) ayah still nak hantar g kerja :/ sampai mak aku kena slow talk dengan dia 2x untuk benarkan aku bawa kereta sendiri g kerja. kami memang satu company, tapi jalan asing-asing oh. sorang utara sorang selatan.

seminggu ni aku duduk bangi, g kerja bawa kereta myVi. tiap kali aku masuk parkir dengan mombontot keluar esok pagi ayah dah siap-siap alih bontot ke dalam seperti gambar di bawah. macam aku tak reti keluar secara reverse, lebih tepat macam tak percaya yang aku boleh buat. kalau dia terlambat nak alih kereta, dia akan tengok dari belakang aku bawa kereta until dia rasa selamat untuk biarkan aku pergi. haha.

aku rasa sebab tu aku kurang keyakinan terhadap diri sendiri kot? sodih T_T

Thursday, December 15, 2011

.selamat menjadi separuh dari aku.



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

p/s: comelnya anda Zahiril Adzim. sangat menyentuh hati dan perasaan. lebih-lebih lagi melihat Syira menangis terharu. oh suweet sangat :')

Wednesday, December 14, 2011

.makaroni goreng.

hari ni adeq lelaki aku ada kelas 5 jam, yes persediaan untuk belajar lesen memandu. kereta dan motor spesel sikit dari aku dan cik bella. ayah spent almost 1.2k, gila mahal kan ambil lesen sekarang? sian ayah den. hihi. aku bangun nak mandi pagi tadi, dia duduk minum air kosong dan makan twiggies. sian pula T_T

maaflah, kakak kau ni jenis liat gils nak bangun pagi. tak tahu kenapa. so tak sempat nak siapin sarapan. huhu. tapi esok ada anak pepandai la kau manage time. sebab kau la sibuk nak hantar anak segala bagai. hehe. so tadi dah siap-siap keluar daging, lunch nanti nak masak makaroni goreng tuk adik-adik dan incik somi balik kul 3pm jap lagi. sian juga asal lunch tak makan kan. aku ni memang garang duk bising-bising kat rumah, tapi hati aku baik. hahahaktuih. jenis tak sampai hati. kadang-kadang la, based on situation.

so tadi balik rumah masak la makaroni goreng ke panggil tah? balun! dapat resepi dari elyana. iye, elyana penyanyi tu. magazine apa tah dedulu. suruh mak aku masak terus melekat sampai sekarang. aku pun baru belajar cara masak dia baru-baru ni. tu yang rajin je nak masak, somi acik pun suka. senang kerja acik.

tak payah sayur-sayur sebab adik-adik aku jenis tak makan sayur ye puan-puan. sumpah senang gils masak dia. masak pemalas aku panggil. hihi. kadang-kadang bubuh daging, kadang-kadang bubuh udang. mana-mana pun sodap :)

maaf rupa tak menarik langsung kan? -__________-


p/s: dik, awak buat apa dalam perut mama ni? ken main sejak dua menjak ni awak selalu tendang-tendang mama ye? seronok ke main dalam tu? kenyang tendang, bila tidur perut terhimpit pun awak tendang mama. hehe. jom kita makan makaroni goreng. semoga awak sihat sentiasa dalam perut mama :')

Tuesday, December 13, 2011

.kerja dan makan.

mak kata aku ni tak berhenti makan :/

abah (in law) kata zeera dah banyak makan :/

adeq kata perut aku besau, kau makan je ke kerja kau? :/

actually bukan makan. mengunyah. hihi.

dan aku suka makan makanan berunsurkan coklat. roti Gardenia 70sen dan milo tin original macam makanan ringan. mana tak nya, makan roti sambil drive. haha. bila jadi co-driver pun makan roti minum milo. haish. esok kalau mengembang gila-gila baru fikir pasal nak diet, sekarang kita makan je okay? :D

eh eh bila kau nak ganti puasa tah zeera? :S

.recently.

tu dia. ni la bilik yang penuh dengan timbunan baju. bila tah nak lipat? sebab weekend je hilang g balik umah mak pak masing-masing kan. mungkin lepas mak balik Sarawak ni cuba gagahkan diri untuk melipat. bukan apa, aku ni jenis cerewet sampai kadang-kadang nak sama je saiz tiap lipatan. la ni dah malas sikit hentam je kadang-kadang :p

haritu incik somi minta orderkan cheese tart ni. aku duk tambah hazelnut truffle tu. sumpah best!

jam jatuh lalu pecah. malang betul aku hari tu. grr. seb baik jam murah, nak tukar cermin depan pun tak berbaloi. tapi, tapi sayang sangat jam ni. best je bila pakai sebab tak longgar dan tak ketat :)

bila keluar lunch tetiba benda ni terjatuh ke bawah masa tengah drive. bila u-turn nak ambil balik sudah jadi cenggini. sodih sangat.

cacat keretaku seminggu :(

dalam gambar tengok macam sama dengan kaler rim. sekali dapat kaler gini. tak matching langsung dengan kaler rim. adoiyai. inilah risiko beli online kan?

p/s: ini la satu-satunya aku beli dengan duit sendiri untuk si comel. teehee. sebab tak sabar nak tukar even incik somi kata nanti la, bukan benda terpenting. tapi aku kan head headed :p kan dah nyesal beli sebab tak sama colour. durhh.

disebabkan aku dedulu selalu beli t-shirt yang cutting baby-t saiz S kan, la ni bila dah jadi mak yong semua baju macam nak terkeluar perut (bak kata mak den). so sempena PADINI sales gegila kononnya tu kan aku pun rembat 4 lai. saiz M dan L. tapi asal tak nampak besau pun? :p

sedang asyik aku memilih, incik somi pun milih gak. 2 lain t-shirt berharga bawah rm15 yakni rm14.70 (0.30 je kurang? ceh) dan yang purple rm 19.95. pelik bin ajaib ni. dia susah gila nak shopping baju. aku ni la yang rajin belikan dia baju. teehee. dia kan g kerja pakai baju cenggini bila shift malam dan weekends, so memang perlu banyak t-shirt dan kemeja-T only. sonang kerja acik tak gosok seluar slack, baju batik bagai :D


next week update pasai makanan pula sepanjang minggu ni. mak g Sarawak, kepala ligat fikir nak masak apa. tekak ayah yang penting, cerewet cam aku juga. hiks. adik-adik lagi. nak masak apa ye hari ni? :S

Friday, December 9, 2011

.perut berombak.

perut ku rasa berombak-ombak.

since dari malam tadi lagi. masa sedang asyik nengok ombak rindu. aku ingat sebab senak. ni dapat rasa lagi. adakah dia menendang? lagi-lagi bila perut sedikit terhimpit. hehe. nak suruh mama duduk betul-betul ek?

comel :')

iloveyouuu <3


Minggu 18
Umurku 16 minggu sekarang. Panjangku 12,5 sampai 14 cm dan beratku berkisar 120 sampai 150 gram. Aku sedang sibuk bergerak, berguling, dan menendang. Ibu sudah dapat merasakan gerakanku. Aku juga sudah dapat mendengar suara. Tinggal 22 minggu lagi!

Thursday, December 8, 2011

.HELP, HELP.

tak mau cerita kat facebook, tapi mau cerita sini boleh?

saya sembelit.

HAHA. tu pun cerita ka?

tapi tapi, sakit pinggang tu tak leh nak tahan, perut senak lagi. rasa macam dah nak terkeluar, but then bila duduk atas jamban dia takmau keluaq. tekanang ja. kalau duk jamban tinggung, perut sakit. tak selesa.

HELP, HELP! T_T

p/s: jangan suruh saya bersabar, sebab saya memang sedang bersabar dan saya bersyukur kerana diberi pengalaman untuk merasa semua kenangan manis ini :')

.yang mana satu.

mana satu pilihan kalbu?

number 1?

number 2? ini aku sukaaa! but sesuai ka dengan muka?

yang ini sumpah suka! ala-ala matching dengan kereta gitu ken? sumpah ni mahal, tapi nak T_T

.kuik update.

vitamin M banyak sangat dalam badan sekarang. sampai bilik tengah penuh dengan baju tidak berlipat. sampai incik suami pn kata:

"senang kan, ambil je baju kat sini. tak payah lipat"

-_______________________-
perli ke cadangan tah?

tapi yang pelik, duduk rumah mak or in law rajin gila lipat kain baju. rumah sendiri? sumpah malas.

next week berkampung lagi di rumah ibubapa, sebab? mak ke Sarawak (outstation) kesian ayah dan adik-adik takde orang jaga makan minum. sangat anak mithali kan? hahahaktuih situ.

last 2 weeks mak ke Sabah. then duduk rumah in law sampai Selasa and malam tu baru balik rumah sendiri. semalam makan luar with family, hari ni dating dengan incik suami so tiada masa nak lipat kain.
boleh diterima pakai kan alasan tu? :p

belog pula banyak benda mahu story. sumpah banyak. tapi malas sangat nak update plus insert gambar bagai. maaf.
*minta maaf like sekampung baca belog kau? durhh.

and tadi pergi check up. semua okay, urine and darah. tu je kot for monthly check up kan? berat baru 46.4kg sahaja. check ultrasound - doctor tidak berapa pasti. macam gegurl la. hee. 21 Dec next check up for ultrasound. agak-agak nampak tak kali ni? :)

dah itu je nak bebel kat sini. rajin nanti update lagi. daaaaa!

Tuesday, December 6, 2011

.unsatisfied things.

bila fikir tentang kereta, saya rasa stresss!

kalau dulu stress bila nak cat, but then bila dah siap hati tidak boleh lagi berkata puas!
SEDIH T_T

apa yang kau tak puas hati lagi zeera?

PERTAMA: dashboard tidak dibuat dengan begitu kemas atau sempurna di mata saya. haruslah di mata saya sebab kereta saya bukan? dan dimaklumkan seawalnya, saya adalah seorang yang cerewet to the max! perfectionist ke? more to that way. heh.

KEDUA: di bahagian pintu sebelah driver terdapat sedikit kecacatan yang boleh saya nampak. orang lain tak nampak aku tak kisah. saya kisah sebab saya nampak itu! itu terjadi bila 2nd time touch up. nasib baik boleh touch up. and warranty setahun. bengkal cat kau adaaa? heh.

KETIGA: aku tak tahu benda itu dipanggil apa. tapi yang pasti dia dilekatkan di bahagian pintu seperti line (yang sebelum ini berwarna hitam bagi kancil 660). sedang aku memandu aku terdengar seperti benda terjatuh dan aku melihat di cermin pandang sisi "Ya Allah, benda tu jatuh". dan kebetulan ada bus dibelakang. kalau boleh mahu saja aku u turn disitu tetapi memandangkan aku tengah cuak so tak boleh, kena cari tempat lapang sikit. dan buat u turn di Kolej Rahim Kajai lalu srett bersagat bumper depan dibahagian bawah. sebab apa? sebab skirt depan labuh sangat dan aku tengah cuak terus lupa untuk selow. haih. lepas u turn ambil benda yang jatuh dan lihat ia sudah dilanggar orang. sedih kuasa dua. but boleh hantar cat balik, tapi aku mahu kondisinya baik seperti sebelum ini boleh? sebab ia ada kesan batu-batu jalan disitu. depressed acik! okay, sebelum kejadian ini berlaku, alarm kereta macam bengong. lock takmau unlock. aku yang blur call incik somi dan dia kata try guna kunci. kan? kenapa aku tak terfikir masa tu? memang aku mudah cuak orangnya. hihi.

KEEMPAT: dalaman kereta masih bersepah, berhabuk dan tidak sempurna. cepatlah BONUS masuk, nak siapkan keretaaaaaa!

KELIMA: side mirror kiri tidak berfungsi. mungkin si tukang cat lupa untuk pasang wayar dia kembali. hadoi, nyusahkan aku betul.

so, sekarang aku hanya perlu tarik nafas dan BERSABAR.


itu sahaja yang mahu dibebelkan. mahu lihat gambar kereta? nantilah. bila rajin aku upload. HAHA.

Monday, December 5, 2011

.hadiah sendiri VS hadiah anniversary.

gumbira rasa di hati, dah dapat handbag yang boleh sumbat segalanya di dalam and easy to bring anywhere. usha yang lain, beli yang lain. bila try test yang di usha sebelum ini tak berkenan di hati pula. so, i'll take this one memandangkan dia tak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. dan takde zip! just seluk je. haha. sia-sia simpan rm300 and spent on handbag on the next month bak kata incik suami. so bila duit nak bertambah. kennn? -_________-
wallet di atas bag itu kepunyaan incik suami. disebabkan beli dua biji handbag + one pencil case, so dapat la voucher rm100. so topup sikit dapat wallet sebiji as hadiah anniversary, boleh? hee. awak yang kaya, saya tak kaya :p

cik bella peminat tegar handbag Roxy, grab yang ini. aku minat juga design ini tapi malas nak gaduh-gaduh so ambil design atas. lagipun boleh tukar-tukar. eh sempat ke nak tukar? haha.

maka, sekian sahaja cerita hadiah untuk diri sendiri dan hadiah anniversary.


p/s: dah dua tahun dah kau kahwin zeera? sungguh cepat masa berlalu. tahun ini mahu dinner di mana ya? tapi yang tak bestnya, anniversary time Christmas. so speciality on dinner semua menu Christmas on so many places. sedih! tapi nak juga makan berdua for the seoncd year ni sebelum bertiga on the third year, insyaAllah :')

.dress comel.

sumpah comel gila.



custom made! fitting ikut saiz kita sendiri. best bukan? mahu juga?

sila kesini kamu.

available in three colours.

BLACK, TURQUOISE and BROWN

tapi aku tengah pening, nak ukur macam mana? sebab perut akan makin membesar. ye dok? memang niat untuk baju maternity je pun. sebab baju maternity diluar sana harga mencekik! pelik bin ajaib. kalau aku bersuamikan VVIP tidak mengapa. haha.

:')

Tuesday, November 15, 2011

.diary omel-omel.

tiba-tiba terasa mahu berdiary sendiri dan kemana-mana dengan membawanya, plus bila tengok ada diary yang comel plus ukm kedek gila dah tak bekalkan diary kat kami lagi-lagi PA-PA bos ni ken. haih. tapi reganya buat aku fikir 2, 3 kali. tapi memang comey sangat oh!

comel kan? comel kan?






comel, kecil dan padat. tapi rega nak tahu berapa?

RM58 + RM7 (posatage)

MAHU?

sila kesini kamu.

saya juga mahu..tapi?

ada sponsorship tak? sobs T_T
 
Blog Template by Delicious Design Studio