Tuesday, September 7, 2010

.beringat.

RAYA, RAYA.

dah tak sabar nak raya. tapi sedih sedikit. sebab? raya pertama dirumah mertua tapi berdua. dua dalam satu la perasaan ni. takpe, kali ini kita main masak-masak dengan mom in law. nak belajar masak sambal goreng; kesukaan suami tersayang. haha. baju raya semua belum settle sepenuhnya. baju biru kosong tu tak tahu nak jahit manik atau beli rantai berantai atau rantai manik-manik? aku bingung. baju im dah settle (baju jalan). baju melayu; tinggal sampin dan butang baju melayu. lagi? baju kurung; tinggal jahit kaki tangan. tapi entah bila nak jahit. busy, saya masih kerja. haih. -.- yang penting baju raya first dah settle.

semalam ke metro plaza, jammed! aku sempat rembat tudung lagi 3 helai. haih. tak boleh tahan nafsu. sebab tengok murah dan cantik. rugi tak beli. HAHA. ingat zeera, dah nak masuk rumah baru. BERINGAT!

sebut tentang beringat ni, mahu cerita tentang kebakaran di rumah jiran saya. pagi tadi, masa orang sedang sibuk sahur, bomba datang ke rumah mereka untuk memadamkan api. takut bukan? lagi 2 hari je nak raya. kesian. tiba-tiba aku jadi insaf. banyak betul dugaan di bulan puasa. maksud aku orang disekeliling aku. ayah accident, rumah jiran terbakar, kereta im calar (hee. nak juga masuk ;p). maka yang balik kampung tu, beringat la ye. ingat orang yang tersayang dan berhati-hati di jalan raya. tahun ini beraya di bangi. seronok! ;p

oh, rumah saya dah ada lampu liplap. teruja. haha. memang gelap sebab camera cap ayam sahaja. :(

1 comments:

Ali Imran Sarmin said...

rumah ibu mertua mu pn ade lampu..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio