bulan Ogos, birthday ayah saya yang tercinta. juga birthday amsyar wafiq yang sangat comel. selang sehari je. amsyar sekarang sudah makin keletah. haih. sangat geram.
okay, lets start with celebration for my father. konon-konon nak buat surprise, sekali imran dah bocor rahsia. haiyo. patut tengok ayah relax je bila tengok mak balik lambat dan tak masak. siap tanya, "bila nak pergi?". so emak pun jawab "pergi mana?" pandai berlakon kan? haha. kami pergi ke JM Bariani House dalam pukul 7.45pm. berbuka di rumah dulu dan selepas solat maghrib baru bergerak ke sana. sampai-sampai makanan dah kurang. orang dah serbu dulu. menyesal pula pergi lambat. dan JM tak tambah pun makanan mereka. haih, sedih. -.- aku memang niat nak belanja mereka semua sebab ayah teringin nak makan beriani since pergi Melaka lagi. sebab aku dapat cek elaun khas yang tertunggak. tapi cek tu pula hilang. itu lagi satu hal nak cerita. nanti saya explain. dah jom layan gambar. tak banyak pun. hee.
one happy family at JM Bariani House.
penulis bergambar bersama cameraman a.k.a adik saya. ;p
cik bella pose bersama ibunda tercinta.
tada. comel tak saya? HAHA.
TERIMA KASIH JM BARIANI HOUSE.
balik dari JM, kami ke Bangi downtown. teehee.
inilah senapang nya. hee.
okay, itu on 30th of August, ini pula on 31st of August. AMSYAR WAFIQ birthday celebration. :)
uncle dia sibuk nak beli senapang untuk anak buah dia. tapi anak buah dia sangat suka dengan bear yang mak tok dia bagi. besar punya. maaf tiada gambar. menu dia nasi lemak, mee goreng, kuih muih. sedap kak june masak. semua puji. tapi semua tak percaya kak june masak. huhu. cake juga dibuat sendiri oleh ummi dia. tokey cake ni. jom layan picture lagi.
kek dia cantik kan kan?
masa ni amsyar tengah takut. takut dengan apa? dengan BELON. kelakar kan? hee. tapi kesian pun ada. sebab belon besar-besar dan banyak. dia sampai tak nak keluar bilik okay. heheh.
ha amsyar naik syer nak potong cake. haha.
ha, ini uncle dia punya bear-bear. dia selalu main-main dengan bear ini. hehe. comel tak? ;p