Tuesday, July 6, 2010

.ceritera di Jakarta.

day 1;
flight kami pada pukul 9.10am, sampai dalam 10.10am waktu tempatan (di sana). cuaca mendung. sampai-sampai dah ada orang pegang signboard "mr. aliimran". so im pun datang dekat dan salam. dia minta beg dan menuju ke mobil terus menuju ke hotel. supir itu okay, friendly. so banyak juga tahu serba sedikit tentang Jakarta. dan tanpa ditanya dia bercerita. seronok. tapi, lupa tanya nama dia! haha. jauh juga dari airport ke hotel. lagi-lagi bila macet. tahu macet itu apa? jammed, panggilnya macet di sana. sampai hotel check in semua, lepak-lepak dan siap-siap mahu turun cari makan. erm, blur sekejap. jalan-jalan nampak satu restoran nasi ayam, terus masuk. then, nampak banyak makanan yang dipanggil bebek. tahu apa? itik. geli doh. haha. aku makan tom yam kung. tom yam dia ada ikan. pelik lagi. haih. im makan nasi ayam hainan. air teh dia pun pelik. im order. haha. bella dah warn aku air teh dia rasa lain, so aku order coke for safety. hehe. lepas makan cari teksi, mahu ke Jakarta Fair. agak jauh juga, dan lama sebab macet. masuk kena Rp. 15.000, seorang. beratur panjang, longkang besar dan busuk, orang ramai mahu nitip lagi, motong barisan lagi, aduh. RIMAS. bila dah masuk, takde la best sangat. bukan syurga shopping la. jalan-jalan lagi, tiba-tiba sampai di dalam mall. okay, sini dah nampak baju-baju semua. dapat sehelai baju. abah, imran dan ayah beli kemeja batik. hehe. jalan-jalan lagi masuk Levis, aku dapat jeans sehelai. murah! sebab factory outlet punya. imran punya? takde saiz. heh. pukul 6pm dah gelap. mahu pulang. naik bajai. mahal doh. baik naik teksi. ingat nak saving, tapi? haih. from now and onwards, naik teksi sudah.

pintu masuk Jakarta Fair.

hasil rembatan. :))

tomyam kung yang ada ikan. ;p

makam malam di dalam bilik sahaja. senang. burger dia terbaik! :)

day 2;
mahu ke Taman Puring, mula-mula tak tahu apa ada disana. pergi atas recommendation bos imran. driver teksi pun tak pernah pergi. boleh tak? haih. dalam 30 menit kot sampai. sampai-sampai, mereka baru nak buka. imran suka pergi sini, barang lelaki banyak. macam downtown. dapat handbag kat sini. pakej sekali lagi, aku, mak imran, mak saya juga. lagi beli belt, bag laptop maira, spec hitam dan kasut. lepas pergi sini, pergi Tanah Abang pula. lagi teruk macetnya. sampai kena turun dan jalan kaki sedikit. sini penuh textile. baju kebaya sulam, telekong, banyak lah. pening aku tengok, jalan sempit sangat. tapi sempat rembat beberapa helai. bila dah peluh-peluh maka kami pulang ke hotel dahulu. dalam pukul 1.30pm kami ke Senayan City. dua-dua pakai selipar, selekeh! sebab kat sana semua grand belaka. macam ala-ala klcc la. dapat handbag lagi. guess. sale! ;) malam, makan di hotel sambil nonton bola.

di Taman Puring.

pink itu saya punya! ;)


spec yang dikirim oleh en.zaimi. :)

handbag kedua dalam masa satu hari!


oh, kasut im lupa nak capture! huhu.

day 3;
pergi Mangga Dua Mall. ada satu jalan tu penuh air.

so aku tanya, "ini air apa?".
driver teksi tu jawab, "air laut".
aku tanya lagi, "memang hari-hari begini?".
dia menjawab "iya".
aku tanya lagi "enggak pernah surut?".
dia jawab, "tidak".

dan aku terus diam. hoho. sampai Mangga Dua, masih tak banyak yang buka lagi. tapi pelik, kenapa penuh barang IT? tapi kami tahu, Mangga Dua ni ada banyak, so kami keluar naik jambatan turun jambatan terus ketemu mall yang penuh baju-baju murah, handbag semua. dah puas kat Mangga Dua, pergi Taman Puring lagi. im nak shopping. wah, lagi pening datang sini bila petang. ramai gila orang. jalan-jalan habiskan duit semua. dan bila dah tak tahu nak cari apa. balik. macet terus. on the way balik, lalu Plaza Indonesia. suruh driver teksi berhentikan kami. dia kata okay, tapi mahu mutar sebab tak boleh berhenti disitu. sekali, jauh gila dia mutar. sampai tambang dari Rp. 30.000, terus jadi Rp. 50.000, benci aku. dah la bawa kereta macam apa tah. haih. jalan-jalan kat sini nak habiskan duit je. ada lagi sejuta. deposit hotel ada lagi Rp. 800.000, banyak lagi duit tu. nampak Zara, masuk cari jeans, try, terus bayar. heh. then, cari makan lagi. jumpa Coffee Bean. terus lepak. hilangkan penat. jalan-jalan cuci mata kejap, then balik. masa ni dah jammed teruk. driver teksi tu kata malam minggu memang begini. padahal masa tu baru 5pm waktu tempatan. hotel kami dah la berhadapan jalan, dan jalan itu memang selalu sesak. tapi malam sabtu memang jalan macet teruk. tak bergerak pun kereta. tengok dari atas sahaja.

hasil rembatan tiga tempat.


day 4;
mahu pulang sudah. bangun pagi, pergi breakfast. final packing dan turun check out. tunggu orang datang ambil bawa kami ke airport. sampai airport dalam pukul 1pm. tunggu lama sangat untuk check in. lepas tu jalan-jalan dalam airport. lepak Starbucks. jalan-jalan lagi dan sempat rembat t-shirt Rp. 125.000, sehelai. mahal doh. tapi nak habiskan duit punya pasal. jam 3.05pm dah kena masuk. lepas dua jam, sampai di Malaysia! oh, rindu. :) akan rindu Jakarta juga.

tara. LOVE you.

MH 720. ;)

daaaa! ;)

2 comments:

♥ FeRra ♥ said...

buah tgn utk kami xd dlm pic ke yang. hehe ;)

zeera said...

heheh. tu la. takpe, nanti aku capture ye? heh. ;)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio